اَلْــمُجِيْب
Yang memenuhi permohonan siapa saja yang berdoa pada-Nya.
Kitab Quran selalu beranggapan bahawa pembacanya sudah khatam membaca dan mengamalkan kitab-kitab sebelum Quran, iaitu, Taurat, Zabur dan Injil, walaupun terjemahannya sekalipun demi ilmu hakiki. Kitab Quran beranggapan begitu kerana ada keindahan yang gaib dalam rentetan kitab-kitab Allah tersebut. Jadi sungguh amat mustahak bagi pembaca Quran untuk memenuhi anggapan daripada Quran mengenai pembaca-pembacanya.
Dalam Bahasa Arab,
اَلْــمُجِيْب /al-mujib/
memiliki akar kata yang sama dengan
يُجِيْب /yujib/
yang ertinya ‘menjawab.’ Dalam Bahasa Bani Isra’il, menjawab adalah,
Namun Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Suryani tidak langsung memakai kata kerja
untuk Tuhan Allah. Jadi Kitab Taurat Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani tidak langsung berkata, “Tuhan Allah menjawab.” Tidak! Tidak langsung berkata begitu.
Namun seringkali Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Suryani justeru menyatakan …
Tidak pernah dikatakan, “Tuhan Allah menjawab.” Itulah cara unik Taurat, Zabur dan Injil yang berbahasa Ibrani dan Bahasa Suryani dalam mengungkapkan sifat Tuhan Allah tersebut.
Tuhan Allah mengabulkan doa Nabi Ilyas dengan cara mengirim api turun dari langit yang menyantap semua haiwan korbannya Nabi Ilyas. Api yang turun dari langit itu sebagai tanda atau bukti diterimanya korban Nabi Ilyas. Setelah api dari langit itu menyantap haiwan korban Nabi Ilyas, semua penyembah-penyembah Dewa Ba’l ditangkap dan dibunuh di mata air Kishon.
Terjemahan Bahasa Melayu Suhuf al-Anbiya Surah al-Mulukil Awal (1 Raja Raja) 18, dan QS As Saffat [37]:125-126, QS Al Baqarah [2]:123.
Itulah bukti “jawaban” Tuhan Allah terhadap permohonan Nabi Ilyas. Namun “jawaban” Tuhan tidak selalu senyata dan seterang api yang turun dari langit. Kerana dikisahkan Nabi Ilyas pernah bersembunyi di dalam gua, menyepi sendirian. Di dalam gua yang sepi itu, Nabi Ilyas mengungkapkan kesepian dan keperihatinan dan kesedihannya kepada Yang Maha Mendengar (اَلْسَمِيْع) As Samī’.
Jadi benarlah peribahasa Timur Tengah
لِلْحِيْطَانِ آذَانٌ (lilḥīṭāni ażānun),
yang bermaksud “Dindingpun punya telinga.” Jadi hati-hati.
Tuhan Maha Mendengar. Tuhan Allah Maha “Menjawab.” Lalu atas izin Allah, datanglah angin topan yang menghancurkan gunung batu. Kemudian datanglah gempa bumi yang dahsyat. Lalu turun api yang berkobar-kobar turun dari langit. Namun bukan melalui hal hal dahsyat itu, bukti “jawaban” Tuhan Allah untuk Nabi Ilyas yang amat perihatin di gua yang sepi itu dinyatakan. Kemudian setelah api yang berkobar-kobar yang turun dari langit itu sudah tidak ada. Ada bisikan yang lemah lembut. Ketahuilah, justeru melalui bisikan yang lemah lembut itulah, Nabi Ilyas merasakan bukti “jawaban” Allah. Oleh Nabi Ilyas yang amat berharap kepada Tuhan Allah dan amat berserah diri bulat-bulat kepada Tuhan Allah, bisikan yang lemah lembut itu dianggap sebagai bukti Tuhan Allah “menjawab.”
Termaktub di Suhuf al-Anbiya’ al-Mulūkil ‘Awal (1 Raja-Raja) 19:12.
Dalam Kitab Taurat Zabur Injil yang berbahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Suryani memang disebutkan bahawa Tuhan Allah dan hamba-hambanya sesungguhnya saling “bertanya-jawab.” Sesungguhnya jika diibaratkan, kedua-duanya saling “bertanya-jawab.” Ibaratnya begitu. Namun uniknya, untuk Tuhan Allah, Kitab Taurat Zabur Injil yang berbahasa Ibrani dan Bahasa Suryani tidak memakai kata,
atau tidak memakai kata
يُجِيْب /yujib/
yang ertinya ‘menjawab.’
Allah tidak pernah diibaratkan langsung menjawab.
يُجِيْب yujib atau اَلْــمُجِيْب al-mujib,
yang bermaksud, “menjawab” dipakai dalam kesusasteraan Arab moden. Dan salah satu Asma-ul Husna adalah,
اَلْــمُجِيْب /al-mujib/ (Yang Menjawab).
Melalui bukti-bukti dan tanda-tanda kuasa ilahi, dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, al-Quran,
اَلْــمُجِيْب /al-mujib/ (Yang Menjawab)
dengan bukti-bukti nyata dan tanda-tanda nyata dan kuasa ilahi adalah Tuhan Allah sendiri. Tuhan Allah “menjawab” melalui bukti-bukti nyata dan tanda-tanda nyata dan kuasa ilahi.
Yang diibaratkan sebagai,
اَلْــمُجِيْب /al-mujib/ (Yang Menjawab)
dengan kuasa ilahiN-ya di dalam Kitab Taurat Zabur Injil dan Quran memang seringkali “bertanya-jawab” dengan makhluk-makhluk-Nya. Bahkan pernah disebutkan didalam Kitab Taurat, sebelum menciptakan manusia, al-Khalik terkesan sedang “bertanya-jawab.” “Bertanya-jawab” dengan siapa al-Khalik ketika itu? Padahal ketika itu belum ada manusia satupun. Allahu’alam.
Termaktub di terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Kitab Taurat Surah at-Takwin [Kejadian] 1:26 …
قَالَ اللهُ: ”لِنَصْنَعِ الْإِنْسَانَ لِيُعَبِّرَ عَنَّا وَعَنْ صِفَاتِنَا
qālallah: “linaṣna’il insāna liyu’abbira ‘annā wa ‘an ṣifātinā”
yang bermaksud,
Allah berfirman, “Sekarang Kita akan mencipta manusia yang akan menjadi seperti Kita dan menyerupai Kita.”
Akhirnya terciptalah Adam manusia pertama, khalifah Allah fiil ardhi (Wakil Allah di dunia). Akhirnya Tuhan Allah memberi Adam kemampuan untuk berkata-kata untuk menamai segala makhluk ciptaan Tuhan Allah.
Oleh itu Allah mengambil sedikit tanah dan membentuk semua jenis binatang dan burung. Kemudian Allah membawa semuanya kepada manusia itu untuk mengetahui nama yang akan diberikannya kepada binatang dan burung. Demikianlah caranya tiap-tiap binatang dan burung mendapat nama. Manusia itu memberikan nama kepada semua binatang dan burung.
(Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Kitab Taurat Surah at-Takwin (Kejadian) 2:19-20.)
Suhuf Kitab Ayub adalah kitab dalam sastera yang berbahasa Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Suryani. Suhuf Kitab Ayub adalah salah satu kitab terbaik dalam sastera Bani Isra’il dalam Bahasa Ibrani dan Bahasa Suryani. Suhuf Kitab Ayub berisi “tanya-jawab” antara Ayub dengan sahabat-sahabatnya. “Tanya-jawab” itu dilakukan Ayub ketika Ayub sedang sakit. Bahagian pertama Suhuf Ayub berisi “tanya jawab” antara Tuhan Allah dengan Syaitan. Di situ dikisahkan Tuhan Allah bertanya kepada Syaitan, …
“Darimana kamu?” Syaitan menjawab,” “Aku telah mengembara ke sana sini dan menjelajahi seluruh bumi.”
(Termaktub di terjemahan Suhuf Kitab Ayub 1:7.)
Kemudian sahabat-sahabat Ayub juga ikut bergabung dalam “tanya-jawab” itu. Pendapat sahabat-sahabat Ayub berbeza-beza atau tidak yang sama. “Tanya jawab” itu akhirnya berakhir Tuhan Allah memberi izin kepada Syaitan untuk menzalimi Ayub seteruk-teruknya asalkan jangan sampai mati.
(Termaktub di terjemahan Suhuf Kitab Ayub 1:12.)
Para Penasihat yang bijaksana yang adalah juga sahabat-sahabat Ayub datang kepada Ayub memberi nasihat Ayub yang ketika itu sedang memohon kepada Allah untuk diberi kesabaran dan ajal. Namun, Ayub justeru memberi pertanyaan kepada salah seorang penasihatnya yang bernama Bildad. Pertanyaan Ayub itu adalah:
“Macam mana manusia dapat baik kepada Allah kalau dibiarkan dalam keadaan menderita seperti ini? Bagaimanakah manusia boleh menang dalam perkaranya terhadap Allah?”
(Termaktub di terjemahan Suhuf Kitab Ayub 9:1-2.)
Terus terang, ketika itu, Ayub menjadi was-was terhadap Tuhan Allah. Iman Ayub kepada Tuhan Allah menjadi menurun dan tidak tetap, tidak istiqamah. Kerana penderitaan yang begitu teruk itu, Ayub sempat menjadi was-was dan ragu terhadap Tuhan Allah. Namun akhirnya, Ayub dengan istiqamah menjawab sendiri pertanyaannya sendiri,
“Tetapi aku tahu bahawa di syurga ada Penyelamatku; akhirnya Dia akan datang menolong aku.”
(Termaktub di terjemahan Suhuf Kitab Ayub 19:25.)
Seperti Nabi Ayub yang penuh dengan penderitaan, Nabi Isa sudah ditetapkan atau diizinkan oleh Tuhan Allah menjadi al-Masih yang menghadapi Syaitan yang disebut Dajjal. Nabi Isa adalah al-Masih yang Allah izinkan untuk menjalani hidup penuh dengan perjuangan dan penderitaan. Seperti Nabi Ayub, dalam perjuangan dan penderitaan yang teruk itu, Nabi Isa dalam perjuangan dan penderitaan yang teruk menjawab berbagai pertanyaan mengenai siapakah beliau atas izin Allah.
Bahkan ketika Nabi Isa diadili di Mahkamah Ugama, Hakim Agung Mahkamah Ugama di Tanah Suci al-Quds Yerusalem melontarkan pertanyaan kepada Nabi Isa mengenai siapakah beliau atas izin Allah. Untuk menjawab pertanyaan yang dilontarkan kepada Nabi Isa mengenai siapakah Nabi Isa atas izin Allah, Nabi Isa menjawab:
فَأَجَابَهُ عِيسَى: ”أَنَا كَلَّمْتُ الْعَالَمَ عَلَنًا، وَدَائِمًا عَلَّمْتُ فِي بُيُوتِ الْعِبَادَةِ وَفِي بَيْتِ اللهِ حَيْثُ يَجْتَمِعُ كُلُّ الْيَهُودِ، وَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فِي السِّرِّ.
Yang bermaksud,
Isa menjawab, ‘Aku sentiasa bercakap terang-terangan di hadapan orang ramai. Aku sering mengajar di saumaah dan di rumah ibadat, tempat semua orang Yahudi berhimpun. Tidak pernah Kukatakan apa-apa secara rahsia.
(Terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Yahya 18:20.)
Bulus al-Hawari, salah satu sahabat setia Sayidina Nabi Isa, memberi nasihat kepada para hawariyyun saleh di Kota Tak Berkhatan Kūlūsī (sekarang Turki).
لِيَكُنْ كَلَامُكُمْ دَائِمًا لَطِيفًا وَلَهُ تَأْثِيرٌ حَسَنٌ، لِكَيْ تَعْرِفُوا أَنْ تُجَاوِبُوا كُلَّ وَاحِدٍ كَمَا يَجِبُ.
Yang bermaksud,
Perkataanmu hendaklah sentiasa penuh dengan ni’mat, digarami kebijaksanaan, supaya kamu tahu menjawab setiap orang dengan sewajarnya.
(Terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Suhuf al-Hawari Kūlūsī 4:6.)
Munajat:
Ya Allah, Yang Maha Mendengar segala kata-kataku yang keluar dari mulutku dan yang juga mendengar segala hal yang tak terucapkan dengan kata-kata yang hanya diungkapkan oleh qalbuku kepada-Mu. Dengarkanlah, hamba-Mu ini, ya Yang Maha Mendengar, ya Yang Maha Menjawab, Yang Mengabulkan semua permohonan hamba ini.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…