Ya Mu’min

Sumber keamanan yang terpercaya

22إِنَّهُ مِنْ إِحْسَانِ اللهِ أَنَّنَا لَمْ نَفْنَ, لأَنَّ رَحْمَتَهُ لا تَزُولُ. Ž

23جَدِيدَةٌ هِيَ كُلَّ صُبْحٍ, عَظِيمَةٌ أَمَانَتُكَ!

Kasih Allah abadi dan rahmat-Nya tidak berkesudahan; selalu baru setiap pagi, sesungguhnya Dia setia!

(Termaktub di Kitab Al-Anbiya Surah Maraatsii Irmiya 3:22-23.)

Ibrahim memilih iman kepada Tuhan dalam menghadapi berbagai perkara di dalam hidupnya. Dalam bahasa Kitab Taurat dan Zabur dalam bahasa Bani Isra’il, iman adalah ‘aman. Dalam kehidupan Ibrahim, iman kepada suatu kekuatan yang sangat setia itu adalah pilihan kehidupannya.

Oleh kerana itulah, Tuhan Allah di Kitab Taurat Surah At Takwin (Kejadian) 15:6 menyebut Ibrahim sebagai orang yang kepadanya Allah berkenan …

فَآمَنَ أَبْرَامُ بِاللهِ فَاعْتَبَرَهُ لَهُ صَلاحًا

Ibrahim percaya kepada Allah, maka Allah berkenan kepadanya.

Beratus-ratus tahun kemudian, ketika berjaya untuk merdeka dari cengkeraman Raja Fir’aun yang zalim, Bani Isra’il mengumumkan bahawa mereka memilih iman kepada Allah dan hambaNya Musa, kerana secara mukjizat mereka boleh merdeka dan terbebas dari cengkeraman penjajah yang zalim kepada mereka. (Termaktub di Kitabullah Taurat Surah al-Khuruj 14:31).

Maka inilah tanggapan Tuhan Allah kepada barangsiapa yang memilih iman kepadaNya. Ketika Tuhan Allah memberi Syariah dari Tuhan Allah kepada Musa, bersabda Tuhan Allah (Ulangan 7:9):

فَاعْلَمُوا أَنَّ الْمَوْلَى إِلَهَكُمْ هُوَ اللهُ الإِلَهُ الأَمِينُ, يَحْفَظُ الْعَهْدَ وَيَرْحَمُ مَنْ يُحِبُّونَهُ وَيَعْمَلُونَ بِوَصَايَاهُ إِلَى أَلْفِ جِيلٍ.

Ingatlah bahawa TUHAN, Allah kamu satu-satunya Allah, dan Dia setia. Dia akan menepati perjanjian-Nya dan sentiasa menunjukkan kasih-Nya kepada seribu generasi orang yang mengasihi Dia, dan yang taat kepada hukum-Nya.

Nabi Irmiya menyatakan apabila ada orang dengan sungguh-sungguh menaruh iman kepada Tuhan Allah, maka Tuhan Allah sungguh-sungguh pula kepada orang yang sungguh-sungguh menaruh iman kepadaNya itu. Hal ini termaktub di Kitab Al-Anbiya Surah Maraatsii Irmiya 3:23.

Contoh lagi.

Dengan sungguh-sungguh, Dawud, yang walau kecil namun harus menghadapi raksasa Jaluth dan puasanya dijadikan puasa sunnah Daud, Daud dengan penuh air mata, memohon kepada Tuhan Allah,

وَأَنْتَ يَا رَبُّ, لا تَمْنَعْ رأَفَتَكَ عَنِّي. بَلِ احْفَظْنِي دَائِمًا بِرَحْمَتِكَ وَأَمَانَتِكَ.

Janganlah berhenti memberikan belas kasihan-Mu, Ya Tuhan;

peliharakanlah aku sentiasa dengan kasih-Mu dan kebenaran-Mu.

(Termaktub di Kitab Allah Zabur 40:11.)

Kitab Al-Anbiya’ Nabi-Nabi Bani Isra’il menyampaikan dua perkara tentang iman manusia.

Orang-orang tidak berkhatan atau orang-orang kafir di Kota Niniwah ketika diperingatkan Nabi Yunus untuk bertaubat dan untuk segera beriman kepada Tuhan Allah, orang-orang tidak berkhatan atau orang-orang kafir itu justeru mendengarkan dengan sungguh-sungguh apa yang dikatakan Nabi Yunus itu. (Termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Yunus 3:5) Dan orang-orang yang tidak berkhatan atau kafir itu akhirnya mengamalkan memilih beriman kepada Tuhan Allah.

Sikap orang-orang tidak berkhatan atau orang-orang kafir itu terhadap iman tauhid jauh lebih baik daripada sikap orang-orang dari bangsa yang berkhatan atau bangsa yang alim.

Orang-orang Bani Isra’il yang adalah bangsa yang berkhatan atau bangsa yang alim, ketika diperingatkan Nabi Allah Habakuk untuk menjunjung tinggi iman tauhid kepada Allah, orang-orang Bani Isra’il yang terkenal sebagai bangsa yang alim itu justeru tidak mahu mendengarkan nasihat untuk menjunjung tinggi iman tauhid kepada Allah. (Termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Habakuk 1:5).

Di Al-Qur’an, Yunus disebut sebagai salah satu nabi. Al-Qur’an surah Yunus mencatat paristiwa bertaubatnya orang-orang kafir yang lebih memilih beriman kepada Tuhan Allah. Namun Al-Qur’an mengingatkan bahawa memilih sungguh-sungguh beriman kepada Allah itu adalah bukan perkara prestasi kecerdikan manusia, tapi semuanya itu adalah kerana izin Allah.

Disebutkan di Al-Qur’an Surah Yunus [10]:100

Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah; dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami.

Ketahuilah, apa yang dikatakan dan apa yang dicontohkan oleh Sayidina Isa sesungguhnya adalah hanya untuk orang-orang yang memang ingin mengimaninya sebagai Kalimat abadiNya. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, orang-orang yang memilih beriman kepada Tuhan Allah pasti sudah sangat haqul yaqin bahawa Tuhan Yang Maha Abadi pasti sangat menjaga dan sangat melindungi kesejahteran dan kesehatan orang-orang yang memilih beriman kepadaNya. Tapi sesungguhnya tidak ada bukti bahawa memilih beriman kepada Tuhan Allah itu selalu adalah kerana akal sehat. (Termaktub di Kitab Injil Surah Ar Ruum (Rom) 4:13 dan seterusnya).

Kitabullah Taurat, Zabut dan Injil menyatakan bahawa menaruh iman kepada Tuhan Allah itu tak payah harus faham dahulu dan tak payah harus banyak ilmu dahulu, baru kemudian boleh memutuskan untuk beriman kepada Tuhan Allah. Sesungguhnya, prosesnya sangat “simple” dan sangat cepat, sampai Nabi Isa berkata,

Sudah pokoknya, berimanlah kepada Aku dan Allah Sang Khaliq yang ibaratnya adalah Bapa tempat kita semua berasal.”

Itu sahaja!” (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Yahya 14:1, 11.)

Al-Qur’an Surah Ali Imran ayat 50 menyatakan bahawa apabila seseorang mengikut Nabi Isa, kepada Allah dia akan kembali. Faham atau tidak, berilmu atau tidak, itu adalah perkara nanti. Allah akan bagi kefahaman kepada orang itu apabila orang itu nak. Allah akan bagi ilmu kepada orang itu apabila orang itu memerlukannya.

Termaktub di Kitabullah Injil Surah 1 Kurintus 11:23, Ar Ruum (Rom) 1:3. Tidak ada paksaan. Termaktub pula di Qur’an Surah Al Baqarah [2]:256.

Tidak ada paksaan dalam agama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan. Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Banyak orang dengan takzim datang kepada Sayidina Isa, jika ada udang di balik batu, Sayidina Isa pasti mengetahui niyatan orang itu. Termaktub di QS Ali Imran [3]:49.

Di zaman Nabi Isa, banyak orang-orang di Tanah Suci Yerusalem atau Al-Qudsi mengaku akan menjadi takzim kepada Sayidina Isa apabila mereka melihat dengan mata mereka sendiri Sayidina Isa mengadakan mukjizat. Tapi Sayidina Isa tahu ketidak sungguh-sungguhan mereka. Kerana Sayidina Isa tahu mereka tidak sungguh-sungguh ingin takzim, maka Sayidina Isa pun tidak menganggap mereka kerana Sayidina Isa tidak percaya kepada mereka.

Namun sekali kamu menaruh iman kepada Nabi Isa, mukjizat akhlaq pasti akan teralami olehmu.

Mukjizat akhlaq adalah perkara yang dipercakapkan Nabi Isa ketika bercakap-cakap dengan alim ulama pemimpin Bani Isra’il yang bernama Niqidimus. Niqidimus adalah alim ulama yang sangat cerdas dan berilmu dan sangat terdidik. Niqidimus memberi pertanyaaan kepada Sayidina Isa. Dan Sayidina Isa menjawab bahawa orang kena dilahirkan semula apabila orang ingin menjadi warga atau ahli Kerajaan Allah.

Itulah yang dimaksud mukjizat akhlaq oleh Sayidina Isa. Kemudian Niqidimus bertanya lagi kepada Sayidina Isa, “Bagaimana mungkin orang yang sudah dewasa dilahirkan semula? Tidak mungkin orang yang sudah dewasa masuk semula ke rahim ibunya lalu dilahirkan sekali lagi!”

Lalu Sayidina Isa memberikan jawaban yang sangat menantang akal dan kecerdasannya orang cerdik pandai itu. Inilah jawaban Sayidina Isa yang sangat menantang akal manusia.

Li’annahu hākażā ‘aḥabballahul ‘ālam ḥatta bażalabnahul waḥida

lika lā yahlika kullu man yu’minubihi bal takūnu lahul ḥayātul ‘abadīyah.

Yang bermaksud,

Allah begitu mengasihi umat manusia sehingga Allah dengan penuh ni’mat menganugerahkan Putera-Nya yang tunggal untuk dijadikan badal bagi manusia supaya orang yang percaya kepada Putera itu tidak binasa tetapi mendapat hidup kekal.

(Termaktub di Kitab Allah Injil Surah Yahya 3:16.)

Putera adalah kiasan yang ertinya yang terbaik dari Allah untuk dijadikan Qurban menjadi badal pengganti manusia dalam menghadapi dan mengalami azab kekal Allah.

Jawaban Sayidina Isa yang sangat menantang akal manusia itu menjadi inti Kabar Yang Melegakan yang disampaikan Sayidina Isa.

Dalam menjelaskan sesuatu yang pelik, Sayidina Isa suka membuat perumpamaan atau ibarat.

Ada seorang majikan yang kaya raya punya tiga orang pekerja. Oleh majikan kaya raya itu, ketiga pekerjanya itu masing-masing dipercayai harta untuk dijalankan dengan arif bijaksana. Akhirnya, kepada dua pekerjanya, majikan kaya raya itu memberi pahala dan sanjungan, “Kalian adalah pekerja yang cerdik, pandai, setia dan dapat dipercaya apabila diberi amanah.”

Tapi pekerjanya yang satu lagi, oleh majikan yang kaya raya itu dilaknat dan dihujat kerana dia hanya menyimpan sahaja apa yang diamanahkan kepada dia, tidak dijalankan dan tidak berani mengamalkannya, tapi disimpan saja di tempat yang tersembunyi.

Oleh kerana itulah dia dilaknat. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Matta (Matius) 25:14 dan seterusnya.)

Munajat:

Ya Allah yang Mengawasi Yang Sangat Terpercaya, hamba merasa diberi amanah dan titipan oleh Engkau, tolonglah hamba untuk menjadi arif dan bijaksana dan sekaligus berani mengamalkan dan menjalankan apa sahaja yang Engkau amanahkan kepada hamba agar bermanfaat dan memuliakan AsmaMu, Ya Allah!

Allah sungguh-sungguh.

Tapi, Allah tahu niat orang.

Allah pun beri Qurban.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini