Yā Muqaddim

اَلْمُقَدِّم

Maha Mendahulukan, Maha Menyegera;

iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.

اَلْمُقَدِّم Muqaddim adalah nama Allah. اَلْمُقَدِّم Muqaddim memiliki akar kata yang banyak digunakan untuk membentuk banyak kata di masyarakat Bani Isra’il maupun masyarakat Arab.

Contohnya, di masyarakat Bani Isra’il,

 /kadima/

bererti ‘ke hadapan.’

Dalam masyarakat Arab,

قُــــــدّامَ /quddama/ bererti ‘ke hadapan.’

Dalam masyarakat Arab,

muqaddam

ertinya, ‘yang di hadapan.’

Itu adalah contoh kata yang akar katanya sama dengan nama Allah …

Al-Muqaddim المقدم

yang bermakna,

‘Maha Mendahulukan, Maha Menyegera; iaitu mendahulukan sebahagian benda dari yang lainnya dalam mewujudnya, atau dalam kemuliaannya, selisih waktu atau tempatnya.’

Sungguh satu pasang,

  • Al-Muqaddim (اَلْمُقَدِّم) Yang Maha Mendahulukan, dan
  • Al-Muakhkhir (اَلْمُؤَخِّر) Maha Membelakangkan, Maha Mengakhirkan, iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya

Al-Muqaddim — Al-Muakhkhir ibaratnya, Banjaran Yang Ilahi Yang Maha Luas.

Secara masa atau waktu, kita semua pasti mengalami didahulukan oleh-Nya dan kita semua akan atau bahkan sedang dikebelakangkan oleh-Nya.

Pada umumnya,

 /kadima/

atau,

قُــــــدّامَ /quddama/

itu bererti posisi atau berhubungan dengan tempat.

 /kadima/

atau,

قُــــــدّامَ /quddama/

bererti, ‘menghadap’ atau ‘datang menemui atau berada di hadapan.’

Disebutkan dalam Suhuf Mikha 6:6 dalam Bahasa Ibrani,

 /aqaddem/, 

bermaksud, ‘datang menghadap.’

bama aqaddem yh ikkaf lelohei marom ha’aqaddem ennu v’olot ba’agalim benei shana

yang bermaksud,

Apakah yang harus aku persembahkan kepada Yang Ilahi, Allah di syurga, apabila aku datang menyembah Dia?

Haruskah aku datang membawa anak lembu yang terbaik dan membakarnya sebagai korban untuk-Nya?

Jelas itu berbicara soal posisi atau berada di hadapan Yang Ilahi.

Namun,

Al-Muqaddim اَلْمُقَدِّم

juga mengenai masa atau berada di masa apa.

Al Muqaddim اَلْمُقَدِّم yang mengenai masa ini adalah tema yang banyak direnungkan di dalam masyarakat berbahasa Bani Isra’il Para Nabi.

Tersebut di Suhuf al-Amtsali (Amsal Sulaiman) 8:22 …

 /qedem/

… dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani,

qadīmah قَدِيمَةِ

… dalam Bahasa Arab,

yang dalam bahasa Melayu bererti, ‘pada permulaan pada zaman dahulu kala.’

Suhuf al-Amtsali (Amsal Sulaiman) 8:22 menyebutkan …

yh qanani re’shit darkho qedem mif’alaw me’az

yang bermaksud,

Yang Ilahi mencipta aku pada permulaan karya-Nya,

akulah hasil karya-Nya yang pertama, pada zaman dahulu.

Terjemahan Bahasa Arabnya …

اللهُ اقْتَنَانِي فِي أَوَّلِ طَرِيقِهِ, مِنْ قَبْلِ أَعْمَالِهِ الْقَدِيمَةِ.

Allahuqtanānī fī ‘awwali ṭarīqihi, min qabli ‘a’mālihil qadīmah

Yang Mulia Daud, raja Kerajaan Bani Isra’il, mengucap syukur kepada Yang Mulia Yang Ilahi yang diutamakannya:

Dia memohon hidup daripada-Mu, lalu Kaukurniakan – panjang umur untuk selama-lamanya.

Yang Mulia Daud merindukan …

chayyim yamim ‘olam

yang bermaksud,

‘hidup untuk selama-lamanya’

(Kitab Zabur 21:4.)

Di zaman dahulu kala, Nabiullah Daniyal pernah mengalami kejadian ghaib di mana beliau melihat kalam ilahi yang menyatakan turunnya …

bar enash ‘attiq yomayy’a 

Putera Insan daripada Dia Yang Hidup Selama-lamanya yang ditetapkan untuk menolong umat manusia.

Dialah rabbinnās, malikinnās, ‘ilahinnās. Dia tuhan yang memelihara dan melindungi manusia. Dialah raja yang menguasai sekalian manusia. Dialah ilah sembahan umat manusia.

Disebutkan dalam Suhuf nabi Daniyal 7:13-14 …

Dalam penglihatanku pada malam itu, aku nampak sesuatu yang seperti manusia. Dia datang diliputi awan, lalu menghampiri Dia Yang Hidup Selama-Lamanya, dan dihadapkan kepada-Nya. Dia diberikan kuasa, kehormatan, dan kedaulatan, agar orang daripada semua bangsa, kaum, dan bahasa mengabdikan diri kepadanya. Kuasanya akan kekal, dan pemerintahannya tidak akan berakhir.

Sesuatu yang seperti manusia itu adalah Putera Maryam.

Putera Insan dari Dia Yang Hidup Selama-lamanya yang ditetapkan untuk menolong umat manusia itu tidak lain adalah Putera Maryam.

bar enash ‘attiq yomayy’a 

Putera Insan daripada Dia Yang Hidup Selama-lamanya yang ditetapkan untuk menolong umat manusia adalah Putera Maryam.

Dialah rabbinnās, malikinnās, ‘ilahinnās. Dia tuhan yang memelihara dan melindungi manusia. Dialah raja yang menguasai sekalian manusia. Dialah ilah sembahan umat manusia.

Sayidina Isa Putera Maryam menggambarkan turunnya beliau ke bumi adalah untuk menyampaikan hidup untuk selama-lamanya bagi manusia.

Sayidina Isa Putera Maryam menggunakan gaya bahasa bernuansa akhir zaman untuk menyampaikan hidup untuk selama-lamanya bagi manusia tanpa pandang bulu.

Bersabda Sayidina Isa Putera Maryam,

“Sesungguhnya, Putera Insan akan datang seperti kilat yang memancar di seluruh langit, dari timur hingga ke barat.”

لأَنَّ مَجِيءَ ابْنِ الإِنْسَانِ سَيَكُونُ مِثْلَ الْبَرْقِ الَّذِي يُضِيءُ مِنَ الشَّرْقِ إِلَى الْغَرْبِ.

Terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Arab Kitab Injil Surah Matta [Matius] 24:27.

Dalam Hadis Riwayat Ahmad dan Muslim, disebutkan bahawa Isa bin Maryam akan menggemakan tahlil seperti gemuruhnya orang-orang yang beribadah haji atau umrah di segala lorong.

Menurut Hadis Riwayat Bukhari, turunnya Sayidina Isa adalah peristiwa yang dinanti-nantikan semua orang Muslim dan turunnya Sayidina Isa adalah tanda atau bunga kiamat. Turunnya Isa putera Maryam menyebabkan rukunnya semua makhluk bahkan serigala dan domba pun hidup rukun dan harta dunia melimpah ruah, namun tidak diinginkan manusia lagi kerana manusia lebih menikmati sujud kepada Yang Ilahi. Turunnya Sayidina Isa adalah paristiwa bagi semua orang tanpa pandang bulu.

Mengenai turunnya, Sayidina Isa berjanji kepada para hawariyyun bahawa …

“Tanda Putera Insan atau Putera Maryam akan kelihatan di langit. Semua suku bangsa di bumi akan menangis melihat Putera Insan di awan dengan kekuasaan dan kemuliaan yang agung.”

(Kitab Injil Surah Matta [Matius] 24:30.)

Kitab Injil Surah Ru’ya [Wahyu] 1:7 mengkisahkan turunnya al-Masih Isa Putera Maryam dari langit terlihat oleh setiap mata manusia dan di situ sebenarnya tersebut juga perkataan Nabi Zakharia pada zaman dahulu kala:

Lihatlah, Dia datang dalam awan! Seluruh umat manusia akan melihat-Nya, termasuk mereka yang telah menikam Dia. Semua bangsa di bumi akan berkabung kerana Dia. Ya, tentu sekali.

Suhuf Zakharia 12:10

Mereka akan memandang orang yang ditikam oleh mereka, lalu meratapinya seperti orang yang meratapi kematian anak tunggal. Mereka akan meratap dengan pilu, seperti orang yang kehilangan anak lelaki sulung.

Anak sulung selalu memiliki kedudukan terhormat. Isa adalah putera sulung daripada Maryam. Kitab Injil surah Matta [Matius] dan surah Luqa [Lukas] menyatakan,

“Dia (Maryam) melahirkan seorang anak lelaki, iaitu anak sulungnya.”

(Kitab Injil Surah Luqa [Lukas] 2:7.)

Turunnya ke dunia akhirnya menyebabkan dibunuhnya dia sampai mati dan dibangkitkannya dia dari kuburnya dan diangkatnya dia kembali ke hadrat Ilahi. Sungguh bagi orang mu’min, itu semua adalah sungguh cepat kejadiannya. Tidak dilambat-lambatkan, namun seolah-olah didahulukan oleh Allah Muqaddim اَلْمُقَدِّم Yang Maha Mendahulukan.

Oleh kerana itulah, bagi Bulus al Hawari, Sayidina a-Masih Isa Kalimah Allah adalah,

“anak sulung antara segala makhluk” dan “anak sulung yang bangkit dari kematian”

(Suhuf Kulusi [Kolose] 1:15, 18.)

Bulus al Hawari menyebut orang-orang Hawariyyun penyokong-penyokong setia Sayidina Isa tidak lain adalah,

“buah pertama Roh Allah”

(Suhuf Ruum [Rom] 8:23.)

Ya’qub al Hawari menasihati orang-orang mu’min hawariyyun hamba-hamba Allah untuk hidup sedemikian rupa jangan sampai memalukan, kerena mereka sebenarnya ditinggikan derajad oleh Allah menjadi “anak sulung” yang tinggi maqamnya …

Munajad:

Wahai Yang Tiada Bandingan-Nya, Engkau ada sebelum segala isi alam ini ada. Engkau haqul yaqin hamba haqul yaqin kepada Engkau.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini