مُصَوِّر
Yang Membentuk Rupa.
اَلَّذِي هُوَ صُورَةُ اللهِ غَيْرِ الْمَنْظُورِ، بِكْرُ كُلِّ خَلِيقَةٍ.
Dia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan.
Termaktub di Kitab Allah Injil Surah Kolose 1:15.
Kata dalam Bahasa Arab moden untuk jurugambar adalah مُصَوِّر. Kata itu berasal dari asma’ul husna مُصَوِّر Yang Membentuk Rupa.
المُصَوِّر Yang Maha Membentuk Rupa, Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Arab hampir sama pelafasannya, ejaannya.
المُصَوِّر (Al-Muṣawwir) yang ertinya Yang Maha Membentuk Rupa memiliki kaitan erat dengan …
… المُصَوِّر (Al-Muṣawwir) yang ertinya Yang Maha Membentuk Rupa,lebih menyatakan bahawa sesungguhnya Allah mencipta Adam dan seluruh manusia untuk menjadi suratan ilahi, ertinya menjadi cermin yang mencerminkan Allah.
Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) 1:27, yang bermaksud,
Demikianlah Allah menciptakan manusia dan menjadikan mereka seperti diri-Allah sendiri. Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan.
Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) 2:7, yang bermaksud,
Kemudian TUHAN Allah mengambil sedikit tanah dan membentuk
Manusia dalam Bahasa Isra’il Ibrani adalah
Jadi, Bahasa Melayu meminjam dari Bahasa Isra’il Ibrani menjadi surat atau suratan atau tulisan atau apa yang disuratkan.
Jadi benarlah bahawa manusia
adalah suratan ilahi ertinya menjadi cermin yang mencerminkan Allah.
Namun sejak dari orangtua kita iaitu Adam dan Siti Hawa, manusia menjadi tergelincir terkena pengaruh Syaitan yang licik dan licin. Bahkan orang-orang yang disebut nabi setelah Adam pun juga dalam keadaan tergelincir kerana terkena pengaruh Syaitan yang licik dan licin. Nuh, Ibrahim, Musa dan Daud pun juga sama, tergelincir semua.
Termaktub di dalam Kitab-Kitab Allah bahawa semua manusia tanpa pandang bulu dalam keaadan tergelincir kerana terkena pengaruh Syaitan. Oleh kerana itulah, para nabi disebutkan di dalam Kitab-Kitab Allah juga memohon ampun kepada Allah. Pasti kerana salah dan lupa lah, para nabi memohon ampun kepada Allah.
Disebutkan dalam hadis,
الإنسان محل الخطإ والنسيان
Manusia adalah tempat kesalahan dan lupa.
Dalam hadis lain dikatakan yang ertinya;
Rasulullah saw bersabda: “Setiap keturunan Adam yang lahir pasti dicubit oleh jari-jari syaitan di kedua pinggirnya kecuali Isa putranya Maryam.”
(HR Bukhari.)
Sebelum seluruh manusia di zaman Nabi Nuh diazab air bah oleh Allah, Allah sudah mengetahui bahawa keadaan manusia yang penuh dengan salah dan lupa itu, dari hari ke hari semakin menyesakkan dada. Oleh kerana itulah, Allah menyatakan,
“Aku akan membinasakan manusia yang sudah Kuciptakan itu.”
Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) 6:7.
Nabi Musa ingat kemurahan yang besar yang pernah Allah berikan kepada seluruh makhluk di hari seluruh makhluk dicipta Allah. Nabi Musa juga ingat kemurahan yang besar yang pernah Allah berikan kepada Bani Isra’il umatnya sehingga hanya kerana kemurahan Allah sahaja, Bani Isra’il boleh merdeka dari penjajahan Raja Fir’aun yang zalim. Oleh kerana ingat akan kemurahan Allah, Nabi Musa mengingatkan kepada Bani Isra’il jangan sampai LUPA akan kemurahan Allah. Termaktub di dalam Kitab Taurat At-Tasyniyati (Ulangan) 4:32-40.
Namun kenyataannya, Bani Isra’il LUPA. Oleh kerana itulah, Bani Isra’il disebut sebagai bangsa yang tergelincir kerana pengaruh Syaitan yang licik dan licin. Bangsa Isra’il adalah bangsa yang khilaf atau salah dan LUPA. Dan Bangsa Isra’il diazab dengan cara dihancurkan sampai porak-peranda bercerai-berai kemana-mana di dunia ini menularkan penyakit lupanya.
Di sebutkan di dalam Kitab Allah Injil Surah Ar-Ruum (Rom) 3:23 …
إِذِ الْجَمِيعُ أَخْطَأُوا وَأَعْوَزَهُمْ مَجْدُ اللهِ
‘iżiljamī’u ‘akhṭa’ū wa ‘a’wazahum majdullah.
Semua manusia berdosa (menyesakkan dada) dan tidak dapat mencapai kemuliaan Allah.
Jadi benarlah hadis yang menyatakan, ertinya:
Rasulullah saw bersabda: “Setiap keturunan Adam yang lahir pasti dicubit oleh jari-jari syaitan di kedua pinggirnya kecuali Isa putranya Maryam.”
(HR Bukhari.)
Jadi semua sudah tidak di pantas lagi disebut
Surah dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani bererti manusia.
Semua sudah tidak pantas disebut suratan ilahi untuk menjadi cermin yang mencerminkan Allah.
Sekarang yang tersisa adalah Almasih Isa. Beliaulah satu-satunya suratan ilahi yang masih mencerminkan Allah.
Termaktub di Kitab Allah Injil Surah Kolose 1:15 …
15 اَلَّذِي هُوَ صُورَةُ اللهِ غَيْرِ الْمَنْظُورِ، بِكْرُ كُلِّ خَلِيقَةٍ.
Dia adalah gambar Allah yang tidak kelihatan, Dialah anak sulung antara segala yang diciptakan.
Perlu diketahui, Almasih Isa adalah gambar Allah yang tidak kelihatan dan sekaligus, Almasih Isa adalah Adam Akhir Zaman.
Termaktub di Kitab Injil Surah 1 Kurintus 15:45 …
هَكَذَا مَكْتُوبٌ أَيْضاً: «صَارَ آدَمُ الإِنْسَانُ الأَوَّلُ نَفْساً حَيَّةً وَآدَمُ الأَخِيرُ رُوحاً مُحْيِياً
hakażā maktūbun ‘aiḍan: ṣāra ādamul ‘insānul awwalu
nafsan ḥayyatan wa ādamul ‘akhīru rūḥan muḥyiyan.
Sebagaimana telah tersurat, ‘Adam, manusia yang pertama, menjadi makhluk yang hidup,’ manakala Adam yang terakhir menjadi roh yang menghidupkan.’
Sebelumnya Kitab Allah Injil Surah 1 Kurintus 15:22 menyatakan,
لِأَنَّهُ كَمَا فِي آدَمَ يَمُوتُ ٱلْجَمِيعُ، هَكَذَا فِي ٱلْمَسِيحِ سَيُحْيَا ٱلْجَمِيعُ.
li’annahu kamā fī adama yamūtuljamī’, hakaża fīl masīḥi sayuḥyāl jamī’
karena sebagaimana dalam Adam semua manusia mati, demikian juga dalam Almasih semua manusia akan dihidupkan semula.
Almasih adalah gambar Allah yang tidak kelihatan selalu memukau barangsiapa yang haqul yaqin kepada Almasih, sebab “nyawa ruhani daripada jongos-jongosnya Allah itu” secara gaib dan secara mukjizat ditempatkan “di dalam Almasih”. Oleh kerana itulah, agar orang-orang yang takzim pada Almasih tidak menjadi sombong, ada nasihat yang disebutkan di dalam Kitab Allah Injil Surah Filibbi (Filipi) 2:5-8 …
5 فَكِّرُوا مِثْلَ الْمَسِيحِ عِيسَـى:
6 فَهُوَ لَهُ طَبِيعَةُ اللهِ، لَكِنَّهُ لَمْ يَعْتَبِرْ أَنَّ مُسَاوَاتَهُ لِلَّهِ غَنِيمَةً يَتَمَسَّكُ بِهَا.
7 بَلْ جَعَلَ نَفْسَهُ لا شَيْءَ، أَخَذَ طَبِيعَةَ عَبْدٍ، صَارَ مِثْلَ الْبَشَرِ، جَاءَ فِي هَيْئَةِ إِنْسَانٍ،
8 تَوَاضَعَ جِدًّا، وَأَطَاعَ فِي كُلِّ شَيْءٍ إِلَى الْمَوْتِ، لِدَرَجَةِ أَنَّهُ مَاتَ عَلَى الصَّلِيبِ.
yang bermaksud,
5 Hendaklah ada dalam dirimu pemikiran yang ada dalam diri Isa al-Masih:
6 Dia yang sekalipun adalah gambar Allah, tidak menganggap kesetaraan dengan Allah sesuatu yang harus dipertahankan,
7 tetapi Dia telah mengetepikan martabat diri-Nya, mengambil bentuk seorang jongos, dan datang dengan rupa manusia.
8 Dalam keadaan sebagai manusia, Dia telah merendahkan diri-Nya dan taat hingga kepada kematian – bahkan kematian di hukuman mati salib!
Orang-orang mengaku Muslim tentunya sudah tahu bahawa Allah bersifat wujud. Menurut orang-orang Muslim, memang betul Allah punya wujud. Namun, perkara perihal “gambar Allah,” orang-orang Muslim paling tidak suka dan susah bagi mereka memahami apa itu “gambar Allah.”
Walaupun begitu, dalam adat Islam, ada seorang ulama Islam yang bernama Ibn Hanbal yang pernah berkata, “Adam, oleh Allah, dicipta mengikut gambar Allah.” Jadi, Adam dicipta mencerminkan Allah itu sendiri.
Gambar Allah! Itulah yang masyarakat Muslim paling tidak suka. Mereka tidak suka dengan konsep gambar Allah. Dalil mereka terdapat di Al-Qur’an Surah An Nahl [16]:74
16|74| فَلَا تَضْرِبُوا لِلَّهِ الْأَمْثَالَ ۚ
yang bermaksud,
Oleh itu, janganlah kamu mengadakan sesuatu yang sebanding dengan Allah.
Jadi oleh kerana itulah, dalam masyarakat Islam, apapun yang sebanding dengan Allah tidak dibenarkan diletakkan di masjid. Gambar atau patung tidak dibenarkan diletakkan di masjid. Tapi kaligrafi dan seni garis diperbolehkan.
Namun walau Adam disebut gambar Allah, Adam boleh tergelincir terkena pengaruh Syaitan yang licik dan licin. Buah Khuldi juga sangat menggambarkan Allah. Kerana Buah Khuldi lah, kisah tergelincirnya Adam dan Siti Hawa yang sesungguhnya adalah orangtua segala manusia itu termaktub di Al-Qur’an Surah Al A’raf [7]:23 di mana di situ disebutkan, setelah makan buah Khuldi yang terlarang, kedua nenek moyang kita itu mengaku khilaf,
Mereka berdua merayu: “Wahai Tuhan kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan kalau Engkau tidak mengampunkan kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya menjadilah kami dari orang-orang yang rugi.”
Akhirnya Adam mengaku salah jalan dan lupa pada Kalimat Allah atau Perintah Allah untuk tidak menyentuh dan merasakan Pokok Buah Khuldi. Adam mengakui telah salah jalan dan lupa pada Kalimat Allah. Dan rupanya, oleh Allah, kedua nenek moyang itu akhirnya diampuni dan diterima oleh Allah. (Termaktub di QS Tā Hā [20]:120 dan seterusnya).
Perintah Allah itu juga sangat menggambarkan Allah.
Bukankah Al-Qur’an juga berisikan hal-hal yang menggambarkan Allah. Buah Khuldi. Kalimat Allah. Perintah Allah. Wajah Allah. Tangan Allah. Kursi Allah. Itu semua adalah ayat atau tanda yang penuh dengan Gambar Allah sesungguhnya. Penggambaran Allah seperti itu sah-sah sahaja. Itu kalau menurut Kitab Al-Qur’an.
Mengenai Gambar Allah, Kitab Taurat, Zabur dan Injil lebih menekankan kehebatan Allah dalam mencipta. Jangan sampai manusia berusaha menyaingi, melawan untuk mengatasi atau untuk melebihi kehebatan Allah dalam mencipta. Nafsu untuk melebihi kehebatan Allah, itulah yang tidak dibenarkan Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Dibenarkan melakukan apa sahaja, asalkan tidak untuk mengatasi atau melebihi kehebatan Allah dalam mencipta. Melebihi kehebatan Allah itulah yang dilarang Kitab Taurat, Zabur dan Injil.
Dalam Kitabullah Anbiya’ Isya’ya (Yesaya) bab 43, Nabi Isya’ya mencuba membandingkan kehebatan Allah dalam mencipta dan membentuk itu dengan …
Kalau bukan kerana kekuatan Allah dalam membentuk dan mengaturnya, bagaimana mungkin ketiga hal itu boleh berlaku.
Nabiullah Irmiya atau Yeremia menyebut bahawa, sebelum dia berada di rahim ibunya, dia sudah dikenal Allah dan sudah ditetapkan Allah menjadi nabi bagi seluruh bangsa-bangsa di dunia ini. Termaktub di Kitabullah Anbiya’ Irmiya (Yeremia) bab 1 ayat 5.
Munajat:
Ya Allah, gambar Mu atau bukti adanya Engkau di isinya alam ini seringkali jadi kabur tak terlihat jelas.
Ya Allah, berilah hamba ampun atas ketidakmampuan hamba dalam melihat kemurahan Mu.
Allah Maha Membentuk Rupa.
Isa Gambar Allah.
Allah itu Wujud.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…