المتعال
Yang Maha Tinggi.
Al-Muta’ālī amat berkaitan dengan Al-‘Aliy. Kedua-duanya bererti ‘maha tinggi.’
Al-Muta’ālī muncul di dalam Quran satu kali iaitu di Quran Surah Ar Ra’d [13]:9 …
عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ الْكَبِيرُ الْمُتَعَالِ
yang bermaksud,
Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya).
Di dalam Kitab Taurat Zabur dan Injil khususnya di Suhuf Daniyal terdapat Al-Muta’ālī disebut.
Raja Bangsa Tidak Berkhatan yang bernama Sultan Nebukadnasru lah yang pertama kali menyebutkan kisah Ashabul Kahfi, iaitu, pemuda-pemuda berkhatan penganut iman tauhid Yerusalem, sebagai hamba-hamba Yang Ilahi Yang Maha Tinggi.
Pernah Raja kafir itu menyebut tiga pemuda-pemuda penganut iman tauhid itu.
/shadrakh, meshakh, ‘avednego ‘avdohi di ‘elaa’ ‘illaa’/
“Sadrakh! Mesakh! Abednego! Hamba-hamba Yang Ilahi Yang Maha Tinggi, keluarlah!”
(Suhuf Daniyal 3:26.)
Oleh Sultan kafir Nebukadnasru, Ashabul Kahfi pemuda-pemuda berkhatan penganut iman tauhid itu dihukum mati dengan cara dibakar hidup-hidup dimasukkan ke dalam rumah pembakaran. Lalu Sultan Nebukadnazru menghampiri pintu relau itu dan bertitah,
“Sadrakh! Mesakh! Abednego! Hamba-hamba Yang Ilahi Yang Maha Tinggi, keluarlah dari relau itu!”
Mereka pun keluar dengan segera dari relau panas yang membara bernyala-nyala itu. Semua raja, gabenor, ketua daerah, dan pegawai-pegawai yang lain berkumpul untuk melihat tiga pemuda penganut iman tauhid itu tidak terbakar oleh api itu. Rambut mereka tidak hangus, jubah mereka tidak terbakar, bahkan mereka tidak berbau asap pun. Api tidak dapat membunuh mereka.
Kerana ada mukjizat daripada Yang Ilahi yang disembah oleh tiga pemuda penganut tauhid itu, Sultan kafir Nebukadnasru itu menetapkan undang-undang yang menyatakan bahwa Yang Ilahi Yang Maha Tinggi yang disembah oleh tiga pemuda penganut iman tauhid itu sebagai salah satu ilah daripada ilah-ilah yang disembah oleh kaum tidak berkhatan Babil itu. (Suhuf Daniyal 3:28 dan seterusnya.)
Kemudian di zaman Belshazzar, putera Sultan Nebukadnasru, Daniyal diperintahkan untuk menterjemahkan tulisan ghaib yang tiba-tiba muncul di tembok ketika berlangsung perayaan majlis makan kerajaan bangsa tidak berkhatan itu. Semua orang yang tidak berkhatan tersebut tentu sahaja tidak dapat membaca tulisan ghaib itu.
Hanya Daniyal yang adalah penganut iman tauhid Bani Isra’il Suryani-Ibrani lah yang dapat membaca tulisan Bani Isra’il Suryani-Ibrani itu. Maka Daniyal menyatakan makna tulisan ghaib yang dalam Bahasa Bani Isra’il Suryani-Ibrani itu. Sebelum menyatakan makna tulisan ghaib itu, Daniyal menyatakan,
“Wahai Sultan! Ketahuilah, Yang Ilahi Yang Maha Tinggi lah yang mengangkat Nebukadnasru Bapa mu sebagai sultan dan memberikan kejayaan dan kemuliaan kepada beliau.”
Kemudian Daniyal mengingatkan bahawa akan ada penyakit yang menyerang Sultan Nebukadnasru tersebut di mana beliau bertingkah seperti orang gila, “makan rumput seperti keldai.” Sultan Nebukadnasru akan terus dalam keadaan sakit seperti itu sampai beliau mahu menerima kenyataan bahawa Yang Ilahi Yang Maha Tinggi lah yang memerintah segala macam kesultanan manusia dan siapa sahaja tanpa pandang bulu bisa sahaja ditetapkanNya untuk menjadi sultan apabila Dia menghendakinya.” (Suhuf Daniyal 5:21.)
Yang Ilahi Yang Maha Tinggi adalah nama yang disebut lagi di bab 7 suhuf Daniyal di mana di situ disebutkan perihal keadaan masa yang akan datang yang dibuka sekarang.
“Yang Ilahi Yang Maha Tinggi akan menerima kuasa untuk memerintah selama-lamanya.”
(Suhuf Daniyal 7:18.)
Yang Ilahi Yang Maha Tinggi Yang Akan Datang di Akhir Zaman itulah kenyataan yang tidak dapat dibantah.
(Suhuf Daniyal 7:22.)
Hanya Dajjal lah yang membantah kenyataan itu. Almasih Dajjal digambarkan amat keji dan sebagai binatang buas bertanduk 10 yang amat yang tidak punya perasaan. Dajjal membantah dan menyangkal Yang Ilahi Yang Maha Tinggi Yang akan datang di Akhir Zaman. Hal itu nampak jelas pada peperangan antara almasih Dajjal yang terus membantah dan menyangkal Almasih Isa.
Peperangan antara almasih Dajjal dan Almasih Isa disebutkan juga dalam hadis sahih. Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah bahwasanya:
ٌاَ ْلأَ نْبِيَءُ إِخْوَةٌ لِعَلَّاتٍ أُمَّهَا تُهُمْ شَتَّ وَدِيْنهُمْ وَحِد
ُوَإِنِّي أَوْلَى النَّاسِ بِعِيْسَى بْنِ مَرْيَمَ لِأ َ نَـــــَّـهُ لَمْ يَكُنْ نَبِيٌّ بَيْنِيْ وَبَيْنَه
ِوَإِنَّهُ نَازِلٌ فَإِذَا رَأَيْتُمُوْ هُ فَا عْرِفُوْهُ: رَجُلٌ مَرْبُوْعٌ إِلَى
الْحُمْرَةِ وَالْبَيَاضِ عَلَيْهِ ثَوْبَانِ مُمَصِّرَان
كَأَنَّ رَأْسُهُ يَقْطُرُ وَإِنْ لَمْ يَصِبْهُ بَلَلٌ
َفَيَدُقُّ الصَّلِيْبَ وَيَقْتُلُ الْخِنْزِيْرَ وَ يَضَعُ الْجِزْيَة
وَيَدْ عُو النَّاسَ إ ِلَى اْ لإ ِ سْلَامِ وَ يُهْلِكُ الله
فِي زَمَانِهِ الْـمِلَلَ كُلَّهَا إِلَّا الِإسْلَام
َوَيُهْلِكَ اللهُ فِي زَمَانِهِ الْـمَسِيحَ الدَّجَّال
ڽُمَّ تَقَعُ اْلأ َمْنَةُ عَلَى اْلأ َرْضِ حَتَّى
تَرْتَعَ اْلأ ُسْوُدُ مَعَ اْلإ ِ بِلِ وَالنِّمَارُ مَعَ الْبَقَر
ِوَالذِّئَابُ مَعَ الْغَنَمِ وَيَلْعَبُ الصِّبْيَانُ بِالْحَيَّت
لاَ تَضُّرُهُمْ فَيَمْكُڽُ أَرْبَعِيْن َسَنَةً ڽُمَّ يُتَوَ فِّى
وَيُصَلِّيْ عَلَيْهِ ا ْلـمُسْلمُوْنَ
yang maksudnya,
“Para nabi itu bersaudara dari satu bapak dan ibu mereka berlainan, namun keadaannya satu, yakni semua berserah diri kepada Tuhan Allah.
Sesungguhnya saya adalah orang yang paling dekat kepada Isa bin Maryam, kerana tiada nabi antara aku dan dia. Sesungguhnya dia akan turun.
Jika kamu melihatnya, maka kenalilah dia. Dia seorang yang sedang tingginya, berkulit kemerah-merahan, mengenakan dua lapis pakaian yang berwarna dua, dan kepalanya meneteskan air walaupun kepalanya itu tidak basah. Dia akan meniadakan siksa hukuman mati salib yang mengerikan, membunuh babi (menyediakan makanan yang halal sahaja), menghapuskan pajak dan mengajak manusia kepada keadaan islam (keadaan yang berserah diri bulat-bulat kepada Tuhan Allah).
Pada zaman Isa, Allah membinasakan almasih Dajjal. Kemudian terciptalah rukun damai di muka bumi sehingga ular besar dan unta hidup bersama dengan rukun, demikian pula singa dan lembu hidup rukun damai, serigala dan domba hidup rukun damai, dan anak-anak dapat bermain-main dengan ular sebab ular tak lagi membahayakan anak-anak.
Isa tinggal selama 40 tahun, kemudian wafat dan kaum muslim menshalatkannya.”
(Hadis Riwayat Ahmad.)
Sungguh hidup barangsiapa yang wafat di jalan Allah. Masya’ Allah. Sungguh kuat dan gagah dan manfa’at dan barakah orang yang berserah diri bulat-bulat kepada segala ketetapan-ketetapan Tuhan Allah. Itulah alam pikir tauhid yang mengutamakan Allah, yakni perjuangan sampai mati untuk berpulang kembali ke sisi Allah Yang Maha Kuasa, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Wafat itulah alam pikir tauhid yang selalu mengutamakan Allah dalam segala hal. Wafat di jalan Allah itulah hakikat hidup.
Dan juga Al-Bukhari rahimahullah meriwayatkan daripada Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:
َوَ لَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَيُوْ شِكَنَّ أَنْ يَنْزِلَ فِيْكُمُ ابْنُ مَرْيَمَ حَكَمًا عَدْلا ً فِيَكْسِرُ الصَّلِيْبَ وَيَقْتُلُ اْلخِنْزِيرَ و يَضَعُ اْلجِزْيَةَ وَ يَفِيْضُ الْـمَا لُ حَتَّى لَا يَقْبَلَهُ أَحَدٌ وَحَتَّ تَكُوْنَ السَّجْدَةُ خَيْرً الَهُ مِنَ الدُّنْيَا وَ مَا فِيْهَا
yang maksudnya,
Demi yang jiwaku dalam kekuasaannya, sesungguhnya telah dekat waktunya Isa ibnu Maryam turun kepadamu sebagai hakim yang adil. Dia akan meniadakan salib hukuman mati yang memalukan, membunuh babi (menyediakan makanan yang halal sahaja), menghapuskan pajak, dan harta kekayaan melimpah ruah hingga tidak ada seorang pun yang mau menerimanya dan hingga satu kali sujud lebih baik baginya daripada dunia dan isinya.
(Hadis Riwayat Bukhari.)
Jelas ini membuktikan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. sungguh merindukan Almasih Isa dan zamannya Almasih Isa di masa yang akan datang. Nabi Muhammad s.a.w. sungguh tahu bahawa hanya ada dua yang disebut Almasih yaitu Almasih Isa dan almasih Dajjal yang bermata satu. Dajjal ertinya palsu.
Almasih ertinya yang diberi minyak wangi sebagai tanda yang ditetapkan Allah menjadi hakim yang adil yang menyelamatkan umat manusia. Tidak ada almasih kecuali Isa. Tidak ada hakim adil yang diizinkan Allah kecuali Isa. Almasih Isa lah yang daripada Allah. Dajjal bermata satu adalah daripada nafsu. Musuh terbesar adalah yang berasal daripada nafsu.
Almasih Dajjal adalah Syaitan. Syaitan pun mengaku sebagai Almasih yang ditetapkan Allah menjadi hakim yang adil. Karena penuh fitnah, maka disebut almasih Dajjal. Dajjal ertinya palsu atau fitnah! Dengan begitu semua orang pasti merindukan Yang Ilahi Yang Maha Tinggi yang membunuh almasih Dajjal yang panas membara dengan fitnah-fitnahnya.
Dajjal menentang Yang Ilahi Yang Maha Tinggi dan menindas umat Allah. Dajjal akan cuba mengubah hukum dan perayaan agama mereka dan umat Allah akan ditakluknya selama satu tahun, kemudian dua tahun dan kemudian setengah tahun. (Suhuf Daniyal 7:25.)
Daniyal adalah penganut tauhid Bani Isra’il Suryani. Daniyal adalah salah satu Ashabul Kahfi, iaitu, pemuda-pemuda berkhatan penganut iman tauhid. Nabi Daniyal hidup tidak jauh sebelum Ni’matullah Almasih daripada Allah lahir.
Suhuf Daniyal adalah riwayat hidup Nabi Daniyal sendiri yang ditulis oleh Nabi Daniyal sendiri.
Namun ada dua pandangan yang berbeza mengenai peristiwa-peristiwa bersejarah yang terdapat di dalam Suhuf Daniyal. Nabi Daniyal disebut berkali-kali dalam Suhuf Daniyal yang ditulisnya sendiri dalam Bahasa Bani Isra’il Suryani. Suhuf Azra juga ditulis dalam Bahasa Bani Isra’il Suryani. Bahasa Suryani adalah bahasa yang amat penting dan mustahak untuk dikaji dalam pencarian ilmu tauhid dan tauladan ketauhidan.
Nabi Hazkiya menyatakan Daniyal adalah orang yang benar, jujur, adil, sabar, penuh belas kasihan dan lurus sama seperti Nabi Nuh dan Nabi Ayub yang jauh dari laknat Allah di akhirat. Mereka tidak disiksa dan dilaknat oleh Allah kerana mereka adalah orang-orang yang benar, jujur, adil, sabar, penuh belas kasihan dan lurus. (Suhuf Hazkiya [Yehezkiel] 14:14-20.)
Nabi Isa menyebut Nabi Daniyal adalah nabi yang diberi karunia untuk meramalkan nasib kota suci Baitul Maqdis Yerusalem sebagai kota yang tetap dilindungi oleh Allah dan sebagai kota yang kehancurannya ditunda oleh Allah. Kata Nabi Isa, Nabi Daniyal diberi karunia meramal bahawa Allah menunda menghancurkan kota suci Yerusalem. (Kitab Injil Surah Matta [Matius] 24:15.)
Jika dibanding-bandingkan, Sultan Nebukadnazru dari Kerajaan Babilonia (Suhuf Daniyal 3:26) memiliki kesamaan dengan orang yang dirasuk Dajjal yang disembuhkan oleh Sayidina Isa (Kitab Injil Surah Marqusa 5:7) dan juga memiliki kesamaan dengan perempuan yang dirasuk roh penilik (Kisah Para Hawariyun 16:16-17).
Ketiga-tiganya adalah orang-orang dari bangsa tidak berkhatan atau bangsa kafir yang mengakui dengan penuh hormat dan ketakziman akan adanya Yang IlahiYang Maha Tinggi.
Munajad:
Dalam ketinggian, dalam kedalaman, dalam keluasan, dalam zahir dan dalam batin, itu semua adalah tempat Engkau di mana Engkau hadir dan ada di sana, wahai Penyelamat Yang penuh belas kasihan.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…