Ya Mutakabbir

اَلْمُتَكَبِّرُ

Maha Memiliki Kebesaran

لَيْسَ مِثْلُ اللهِ يَا شَعْبِي. يَأْتِي لِـمَعُونَتِكَ رَاكِبًا عَلَى السَّماءِ, وَعَلَى السَّحَابِ فِي جَلالِهِ.

“Hai umat manusia, tiada yang seperti Allah, yang melintasi langit dengan kemuliaan, dan menembusi awan untuk menolong kamu.

Bahasa Melayu mempunyai kata pinjaman, iaitu, takabur, yang dipinjam dari kata Bahasa Arab, mutakabbiratun  مُتَكَبِّرَةٌ  yang ertinya sombong. Oleh Firman Allah di dalam Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil, manusia dilarang takabur. Manusia dilarang sombong dan angkuh, besar kepala. Dilarang keras! Menurut Nabi Sulaiman yang termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Surah Al-Amtsali (Amsal) 6:17, ada tujuh hal yang sungguh memalukan yang, boleh jadi, dapat menyebabkan dibunuhnya seseorang apabila melakukannya. Salah satunya adalah  عَيْـــنٌ مُتَكَبِّرَةٌ /’ainun mutakabbiratun/, iaitu, mata yang tampak jelas merendahkan keadaan orang lain.

Menurut Kitabullah Injil Surah Marqusa 7:22, berlagak sombong sungguh menyesakkan hati dan merupakan perbuatan yang dilarang keras dan dilaknat Allah. Orang yang berlagak sombong, dia pasti bermata jahat, iaitu, matanya selalu merendahkan keadaan orang lain. Orang yang berlagak sombong selalu mendustakan Allah atau kufur terhadap Allah. Orang yang berlagak sombong, dia selalu bersikap bodoh dan tidak berpikir panjang. Kitab-kitab Allah jelas mengutuk orang yang berlagak sombong.

Sesungguhnya manusia memang tidak pantas untuk menyombongkan diri. Oleh kerana itu, asma’ul husna al-mutakabbir pantas diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, Satu-satunya Yang Berhak Menyombongkan Diri. Allah lah yang berhak disebut al-mutakabbir.

Sebenarnya Asma’ul Husna al-mutakabbir adalah untuk lebih menekankan asma Allah  اَلكَبِير /al-kabīr/ yang ertinya, Maha Besar. Jadi kerana Allah Maha Besar, maka Allah lah yang sungguh pantas dan berhak menyombongkan diri.

Seruan takbir  ُاَللهُ اَكْبَر (Allahuakbar) yang ertinya Tuhan Maha Besar menyatakan bahawa Allah pantas dan layak disembah dan diimani dan pantas untuk ditakuti. Apabila ada orang menyerukan takbir, hal itu untuk mengingatkan siapapun yang mendengar takbir bahawa Allah pantas dan layak disembah dan diimani dan pantas untuk ditakuti.

Asma-asma Allah adalah untuk mengingatkan manusia perihal sifat-sifat Allah. Namun manusia memang daif atau lemah dan penuh dengan sifat lupa yang hanya boleh menyerap satu, kalau kena menyerap banyak ilmu, manusia cenderong tidak mampu. Oleh kerana itu Allah menyampaikan sifatNya satu satu dalam 99 Asma’ul Husna. Bagaimana manusia secara imbang boleh menyerap kesemuanya peringatan-peringatan Allah melalui 99 Asma’ul Husna itu? Itulah permasalahan manusia.

Terbukti banyak orang yang pada mulanya hanya sekedar merasa bangga tapi tidak lama kemudian menjadi riak menyombongkan diri dan besar kepala.

Di mana-mana, asma Allah terpampang mengingatkan kita bahwa  اَللهُ اَكْبَر, yang ertinya

  • Tuhan Besar
  • Tuhan lebih besar daripada apapun
  • Tuhan Maha Besar

Jelas, Tuhan Maha Besar bukanlah bererti Tuhan takabur.

Itu adalah ungkapan untuk menyatakan bahawa:

  • Tuhan itu Maha Agung
  • Tuhan itu Maha Mulia
  • Tuhan itu Muazam

Kerana memang itulah sifat-Nya.

Tidak ada yang menuduh dan memaknai bahawa Tuhan takabur.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani yaitu Bahasa Kitab Taurat, Zabur dan Kitabul Anbiya’ ada kata yang bererti agung yang tidak ada padanannya dalam Bahasa Arab.

Kata itu adalah  גָּאוֹן /ga’own/ yang memiliki erti sama dengan mutakabbiratun  مُتَكَبِّرَةٌ  dalam Bahasa Arab, yang dalam Bahasa Melayu ertinya takabur atau sombong.

Kitabullah Taurat, Zabur dan Kitabul Anbiya’ dalam Bahasa Isra’il Ibrani pun juga menggunakan kata  גָּאוֹן /ga’own/ untuk menyatakan kemahamuliaan dan keagungan dan kemuazaman Tuhan. Walaupun ga’own  גָּאוֹן  atau mutakabbiratun  مُتَكَبِّرَةٌ  bererti sombong, tapi untuk Tuhan, memang Tuhan berhak dan pantas untuk disembah, diimani dan ditakuti dan Tuhan pantas disebut Maha Besar, Maha Mulia dan memang mempunyai kemuazaman yang sangat, sangat tinggi.

Hanya manusia lah yang pantas dikata-katai “Takabur! Sombong! Besar Kepala! Angkuh! Kalau Tuhan memang tidak boleh dikata-katai begitu. Tidak mungkin!

Itulah yang dinyatakan oleh semua Kitab-Kitab Allah.

Kalau kita baca Kitab-Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil, ternyata bukan hanya manusia sahaja yang pernah dikata-katai “Takabur! Sombong! Besar Kepala! Angkuh!

Ada beberapa bangsa yang pernah dikata-katai “Takabur! Sombong! Besar Kepala! Angkuh! kerena bangsa-bangsa itu menyombongkan kekayaannya dan kedudukannya:

  • Negeri Fir’aun (termaktub di Kitabul Anbiya’ Hazqiya 32:12)
  • Negeri Mesopotamia (termaktub di Kitabul Anbiya’ Isya’ya 13:11)
  • Negeri Raksasa Jaluth yang tidak berkhatan (termaktub di Kitabul Anbiya’ Zakharia 9:6)

Dahulu negeri-negeri itu, oleh Allah, pernah dikata-katai “Takabur! Sombong! Besar Kepala! Angkuh!”

Jadi, bukan hanya manusia sahaja yang pernah dikata-katai “Takabur! Sombong! Besar Kepala! Angkuh!

Bangsa pun pernah!

Tapi kata  גָּאוֹן /ga’own/ dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani yaitu Bahasa Kitab Taurat, Zabur dan Kitabul Anbiya’ bukan hanya bererti takabur, namun juga bererti banyak melimpah-limpah.

Misalnya,

  • Termaktub di Kitabul Anbiya’ Isya’ya (Yesaya) 17:13 perihal banyak air
  • Termaktub di Kitabul Anbiya’ Ayub 1:19 perihal banyak angin
  • Termaktub di Kitabul Anbiya’ Ayub 36:31 perihal banyak makanan
  • Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) 37:18 perihal jarak yang berkilo-kilometer jauhnya

Nasihat Butros (Petrus) seorang Hawariyun, sahabat setia Nabi Isa, yang tertulis dalam suratnya diperuntukkan untuk pemimpin-pemimpin masyarakat di Anatolia yang sekarang Turki ini boleh dijadikan dzikir untuk mengingatkan kita semua jangan sampai kita menjadi besar kepala.

لأَنَّ اللهَ يُقَاوِمُ الْمُسْتَكْبِرِينَ، وَأَمَّا الْمُتَوَاضِعُونَ فَيُعْطِيهِمْ نِعْمَةً. 6 فَتَوَاضَعُوا تَحْتَ يَدِ اللهِ الْقَوِيَّةِ لِكَيْ يَرْفَعَكُمْ فِي حِينِهِ

li’annallaha yuqāwimulmustakbirīna, wa ‘ammālmutawāḍi’ūna fayu’ṭīhim ni’matan.

fatawāḍa’ū taḥtayadillahil qawiyyati likai yarfa’akum fī ḥīnihi.

Sesungguhnya, “Allah menentang orang yang angkuh tetapi dengan penuh ni’mat menganugerahi orang yang rendah hati.”

Oleh itu, rendahkan dirimu di bawah kuasa Allah, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktu yang telah ditetapkan.

Munajat:

Mulia dan Agung itulah sifatMu, Ya Allah. Aku pikir aku tinggi, mulia dan agung. Namun ternyata di atas langit masih ada langit. Ternyata aku adalah kecil. Hanya Engkaulah, Ya Allah Yang Maha Mulia, yang dapat menyelamatkanku dari segala riak yang memalukan.

Allah pantas disembah.

Allah Maha Agung.

Manusia penuh dengan riak.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini