Oriental ertinya tempat bermulanya cahaya. Oriental adalah kata yang masuk ke kebudayaan dan bahasa Barat atau Eropa melalui tamadun Mediterania. Oriental adalah kata yang berasal dari Bahasa Ibrani dan Bahasa Arab. Ertinya adalah, ‘tempat bermulanya cahaya.‘
Di dalam tamadun Persia, para penenun karpet dan para pujangga dan para arkitek amat suka gambaran yang terdapat pada Qur’an Surah An-Nūr [24]:35 …
Allah cahaya langit dan bumi. Perumpamaan cahaya-Nya seperti sebuah lubang yang tidak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam tabung kaca, dan tabung kaca itu bagaikan bintang yang berkilauan … Allah memberi petunjuk kepada Cahaya-Nya bagi orang yang Dia kehendaki.
Misykat ialah suatu lubang di dinding rumah yang tidak tembus ke sebelahnya, biasanya digunakan untuk tempat lampu.
Dalam Kitab-Kitab Allah, cerahnya matahari, cerahnya bulan, cerahnya cahaya dan cerahnya kehidupan seringkali dikontraskan dengan gelap gulita, bayang-bayang, alam kubur dan ajal. Bagi manusia, itu semua adalah hal-hal yang amat kontras. Tapi, bagi Allah, itu semua adalah khazanah alam semesta ciptaanNya yang penuh misteri. Dalam Kitab Allah Taurat disebutkan bahawa yang pertama kali diciptakan Allah adalah cahaya yang amat kontras dengan gelap gulita. (Kitab Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 1:3.)
Nabi Ibrahim pernah melihat sebuah obor yang menyala-nyala di dalam kegelapan malam. Itulah cara Tuhan Allah meyakinkan Nabi Ibrahim bahawa keturunan-keturunan beliau akan berjaya masuk tanah yang dijanjikan Tuhan Allah kepada mereka, iaitu, Tanah Kan’an, dan keturunan-keturunan beliau dijanjikan menetap di Tanah Kan’an itu. (Kitab Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 15:17.)
Sebelum menjadi seorang nabi, Ibrahim tinggal di suatu daerah yang bernama Ur yang ertinya adalah sama dengan Nūr, ‘cahaya.’
Oleh Tuhan Allah, Ibrahim diperintahkan meninggalkan Ur. Ibrahim taat dan meninggalkan Ur demi meraih apa yang dijanjikan.
Tuhan Allah kepadanya bahawa, walaupun sudah tua dan beristri mandul, Ibrahim akan memiliki keturunan yang amat banyak sebanyak bintang-bintang yang cerah di langit di malam hari. (Kitab Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 15:5-7.)
Nabi Musa pernah didatangi malaikat dalam wujud pohon yang bercahaya menyala-nyala. Di situ Tuhan Allah menyuruh Nabi Musa untuk melepas kasutnya kerana tanah di mana Nabi Musa berada adalah tanah yang suci. (Kitab Taurat Surah Al-Khuruj [Keluaran] 3:2 dst.)
Ketika keturunan keturunan Nabi Ya’qub atau yang disebut Isra’il menghadapi kesusahan, iaitu, di hadapan mereka adalah Laut.
Merah sedangkan dari belakang, mereka dikejar kejar oleh askar-askar Fira’un yang akan membunuh mereka. Maju mati, mundur mati! Namun tidak mati, kerana Allah menolong mereka. Sebelum ada mukjizat Laut Merah menjadi terbuka membentuk jalan untuk keturunan-keturunan Nabi Ya’qub, Tuhan Allah menuntun keturunan keturunan Nabi Ya’qub itu dengan wujud tiang awan di siang hari dan tiang api di malam hari. (Kitab Taurat Surah Al-Khuruj [Keluaran] 13:22.)
Pada saat wahyu Kitab Taurat turun di Gunung Sinai, gunung-gunung bergoncang dan kilat memancar terang di langit. (Kitab Taurat Surah Al-Khuruj [Keluaran] 20:18.)
Ketika keturunan-keturunan Nabi Ya’qub atau yang disebut Bani Isra’il berjalan keluar dari cengkeraman Fir’aun yang bengis, mereka beribadah kepada Tuhan Allah di dalam Kemah Suci di padang pasir dan ketika mereka sudah sampai di Tanah yang dijanjikan Tuhan Allah kepada mereka, mereka beribadah kepada Tuhan Allah di Bait Allah yang didirikan oleh Nabi Sulaiman. Allah selalu hadir di tempat ibadah mereka itu. (Kitab Taurat Surah Al-Awiyaina [Lewi] 24:1 dst. dan Kitab Al-Anbiya’ Surah Al-Mulukil Awal [1 Raja-raja] 7:48.)
Apabila pelita di Bait Allah menjadi redup, pasti mereka mengalami kekalahan dalam peperangan dan kekurangan makanan yang menyebabkan kelaparan dan mereka dijajah dan ditawan oleh musuh-musuh mereka. Pelita yang terang benderang adalah bukti hadirnya Tuhan Allah. Nabiullah Irmiya pernah meramalkan tentang pelita yang meredup.
Hormatilah TUHAN, Allah kamu sebelum Dia mendatangkan kegelapan,
dan kaki kamu tersandung di pergunungan;
sebelum terang yang kamu harapkan diubah menjadi kekelaman.
Sebelumnya Nabiullah Amus berkata kepada keturunan-keturunan Nabi Ya’qub yang tinggal di Kerajaan Bani Isra’il Utara bahawa hari Tuhan yang dinanti-nanti itu bukanlah hari yang cemerlang dan bukanlah hari yang gilang gemilang namun adalah hari yang gelap gulita.
Hari TUHAN itu akan membawa kegelapan dan bukan cahaya; hari itu akan suram, tanpa cahaya sama sekali.
(Kitab Allah Al-Anbiya’ Surah Amus 5:20.)
Sebagai ibarat, cahaya dan gelap gulita seringkali dipakai oleh Sayidina Isa untuk mengingatkan orang bahawa mereka harus siap menghadapi pertemuan mempelai yang boleh berlaku bila-bila yang tak dikira-kira. Bila-bila boleh berlaku. Sayidina Isa bercerita di suatu desa di padang pasir di Timur Tengah ada 10 mempelai perempuan yang menunggu-nunggu pertemuan dengan mempelai laki-laki yang belum datang. Tapi hanya ada 5 mempelai perempuan yang minyaknya masih ada sehingga pelita mereka tidak redup pada waktu mempelai laki-laki tiba. (Kitab Allah Injil Surah Matta 25:1 dst.)
Sayidina Isa sering menyatakan diri mengenai siapa sesungguhnya beliau. Pernah Sayidina Isa menyatakan diri bahawa beliau adalah cahaya bagi orang orang di dunia.
“Akulah cahaya bagi dunia. Orang yang mengikut Aku tidak akan berjalan dalam kegelapan.”
(Kitab Allah Injil Surah Yahya 8:12.)
Di akhir zaman, Kota Suci daripada Allah adalah tempat yang akan digantikan oleh Allah sehingga tidak perlu lagi cahaya matahari dan cahaya bulan, kerana kemuliaan ilahi adalah cahaya yang gemilang dan lampunya adalah Sang Kambing Qorban Ilahi. (Kitab Allah Injil Surah Wahyu 21:23.)
Munajad:
Ya Allah, Engkau reda untuk turun demi insan manusia yang penuh khilaf dan lupa ini. Doa hamba adalah semoga Engkau menyinari hamba dengan cahaya-Mu.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…