Ya Qahhār

القهار

Yang Maha Perkasa.

Kaherah adalah ibu negara dan bandar terbesar di Mesir. Orang-orang Arab menyebutnya  القاهرة‎  (Al-Qāhira), yang bermaksud “Berjaya.” Kaherah didirikan pada tahun 969 oleh dinasti yang bermazhab Shi’ah.

Secara asal-usul, kata kaherah memiliki kaitan dengan salah satu asma Allah القهار (Al-Qahhār), yang bermaksud “Yang Maha Perkasa.”

Di Zaman Moden seperti sekarang ini, Kaherah merupakan Dunia Arab terbesar dan bandar metropolitan terbesar di benua Afrika dan merupakan pusat ilmu dan pusat pendidikan dan pusat perdagangan dan banyak pejabat organisasi Dunia Arab ada di sana. Al-Azhar, salah satu universiti paling tua di dunia juga ada di sana. Di Kaherah ada beribu-ribu masjid dan beratus-ratus gereja bagi warga Kaherah yang berjumlah lebih dari 16 juta.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, tidak ada kata yang secara etimologi mirip atau berkaitan dengan asma Allah, Al-Qahhār, yang bermaksud, “Yang Maha Perkasa.”

Dalam Kitab Taurat memang terdapat sebuah kalimat, yang bermaksud, “menduduki seluruh muka bumi dan menguasai seluruh muka bumi”. Namun kalimat itu adalah tentang tugas khalifah, yakni, amanah dari Tuhan Allah untuk manusia mula-mula dan keturunannya untuk “menduduki seluruh muka bumi dan menguasai seluruh muka bumi.”

Ratusan tahun berikutnya setelah Adam dan Hawa tergelincir terkena pengaruh Syaitan dan Bani Adam menjadi semakin menyesakkan dada, di dalam Kitabul Anbiya’ Surah Mikha terdapat ayat yang membuat orang yang membacanya menjadi termenung-menung membayangkan siapakah yang berjaya menduduki seluruh muka bumi dan menguasai seluruh muka bumi ini. Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Mikha 7:18-19, yang bermaksud,

Ya Allah, tiada yang seperti Engkau. Engkau mengampunkan dosa umat manusia ciptaan-Mu. Engkau suka menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada kami. Engkau akan mengasihani kami lagi. Engkau akan memijak-mijak dosa kami dan membuangnya ke dasar laut!

Nabi Daud adalah juga seorang sultan atau raja yang terus menerus berada di medan pertempuran menghadapi musuh-musuhnya yang sangat ganas dengan cara menewaskan atau membunuh mereka. Raja Daud banyak menumpahkan darah. Oleh kerana itulah, Allah halang niyat Raja Daud membina Baitullah di Tanah Suci Yerusalem. Allah anggap Raja Daud yang banyak menumpahkan darah itu bukanlah orang yang tepat untuk membina Baitullah di Tanah Suci Yerusalem.

Tapi sebenarnya Tuhan Allah lah yang berjaya menyebabkan Raja Daud menang berkali-kali dalam menaklukkan musuh-musuhnya.

Dua kali Raja Daud pernah mengalami kemenangan, tapi, peliknya, kemenangan itu tidak disertai rasa gembira dan sorak sorai yang berlangsung lama. Hal itu disebutkan di Kitabul Anbiya’ Surah Shamū’īl Tsānī (2 Samuel) 19:2, yang bermaksud,

Oleh itu kegembiraan atas kemenangan pada hari itu berubah menjadi perkabungan bagi semua askar Raja Daud, kerana mereka mendengar bahawa raja berkabung bagi putera baginda.

Jadi semua askar Raja Daud berkabung bersama Raja Daud yang meneteskan air mata mendengar puteranya yang bernama Abshalum meninggal dunia.

Di akhir hayatnya, dua kali, Raja Daud pernah mengalami kemenangan, tapi dalam kemenangan itu, bukan Raja Daud yang dihargai dikagumi dan disanjung orang ramai. Terdengar setelah kemenangan itu, orang ramai bersorak-sorai,

“Allah lah yang memperoleh kemenangan yang besar itu!”

Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Shamū’īl Tsānī (2 Samuel) 23:10.

Tidak lama setelah peristiwa kemenangan-kemenangan yang merendahkan hati itu Raja Daud itu, Raja Daud meninggal dunia.

Dalam Kitab Zabur Raja Daud Surah 98 ayat 1 disebutkan, yang bermaksud,

Nyanyikan lagu pujian yang baru untuk Allah kerana Allah telah melakukan perkara yang menakjubkan; tangan kanan-Allah dan lengan-Allah yang suci telah membawa kemenangan untuk-Allah.

Itulah hikmah daripada Raja Daud bahawa dalam segala pertempuran nyata, ketahuilah sesungguhnya pertempuran nyata itu bukan pertempuran antara kita dengan musuh kita, namun itu adalah pertempuran antara Allah melawan musuh-Nya.

Jadi perjuangan yang nyata itu menjadi tidak terasa. Yang terasa di dalam batin kita adalah pertempuran ilahi demi untuk memberi kita keselamatan,

 /yashua/

yang bermaksud,

“Allah Yang Memberi Keselamatan.”

“Allah Yang Memberi Keselamatan” itulah hikmah daripada Raja Daud.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, nama putera Maryam adalah,

 /yashua/,

yang bermaksud,

“Allah Yang Memberi Keselamatan.”

Sedangkan orang-orang Negeri Syam yang berbahasa Suryani memanggilnya,

/’iisho/ atau /’iisa/.

Masyarakat Arab Kristian yang sudah ada sebelum Islam memanggilnya  يَسُوعَ /yasū’a/.

Orang-orang Rom dan Yunani dari benua Eropa memanggilnya Iésous /yesus/.

Seperti orang-orang Negeri Syam yang berbahasa Suryani, Al-Qur’an dan para pembacanya memanggilnya  عِيْسَى /’īsa/.

Ulama Islam yang bernama Imam Al-Ghazali yang meninggal dunia tahun 1111 adalah salah satu pemikir yang berjasa memberikan banyak nasihat kepada seluruh umat manusia, bukan hanya orang-orang Islam sahaja.

Banyak orang-orang non-Muslim pun sangat kagum pada pandangan beliau perihal filsafat dan theologi. Imam Al-Ghazali pernah menulis buku pendek mengenai 99 Asma Allah. Dalam bukunya itu, Imam Al-Ghazali menyatakan,

“Orang boleh disebut sebagai pemenang sejati apabila dia berjaya menaklukkan musuh-musuhnya. Musuh paling ganas daripada manusia adalah dirinya sendiri.”

Menurut sebuah riwayat mengenai alam pikir nashara, disebutkan bahawa Al-Ghazali pernah beberapa kali mengkhatamkan seluruh Surah-Surah Injil.

Kitab Injil Surah Yahya 16:33 menyatakan dengan sangat jelas tentang Sayidina Isa yang telah mencapai kejayaan yang gilang-gemilang. Barangsiapa sahaja yang dengan takzim dan tawadu’ mengikuti Sayidina Isa, pasti pernah diberitahu Sayidina Isa tentang kejayaan yang dicapai oleh Sayidina Isa dengan gilang-gemilang itu.

Kepada barangsiapa sahaja yang takzim dan tawadu’ mengikuti Sayidina Isa, Sayidina Isa bersabda, yang bermaksud,

16:33 “Tabahkanlah hatimu, kerana Aku telah menewaskan dunia.”

Kata “menewaskan” dalam bahasa antar-bangsa Bahasa Yunani yang dipakai dalam Kitab Injil adalah …

  /nike/.

Kalau mengkaji Kitab Injil Surah 1 Kurintus 15:54-58, kita akan mendapati, bahawa, menurut Pa’ul al-Hawariyun, kejayaan yang dicapai oleh Sayidina Isa dengan gilang-gemilang itu adalah Sayidina Isa berjaya bangkit hidup kembali.

Bahawa barangsiapa sahaja yang mengikuti Sayidina Isa, oleh Allah, ditakdirkan selalu mengatasi musuhnya. Hal itu dinyatakan dalam Kitab Injil Surah 1 Yahya 4:4, yang bermaksud,

Anak-anakku, kamu milik Allah. Kamu telah menewaskan, kerana roh yang ada padamu lebih berkuasa daripada roh yang ada di dalam dunia.

Kitab Al-Qur’an Surah Ali Imran [3]:55 juga menyatakan begitu.

Munajat:

Wahai Isa Roh Allah! Kematian adalah musuh terakhir kami. Kejayaan-Mu bangkit hidup kembali menaklukkan kematian semoga mempersiapkan kami semua bersorak-sorai mengatasinya.

Pemenang selalu tewaskan musuhnya. Musuh paling ganasnya ialah dirinya sendiri.

Pemenangnya pasti Allah.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini