القوى
Maha Kuat; Maha Memiliki Kekuatan;
iaitu yang memiliki kekuasaan yang sesempurnanya.
Asma Allah ini mengingatkan kita akan nama-nama Allah yang bererti Maha Perkasa, Maha Kukuh dan Maha Kuat. Manusia pasti merasa tidak dapat membayangkan bagaimana bersifat pemurah, penyayang, pengasih dan penyabar, namun sekaligus bersifat pemaksa maha perkasa dan maha kuat dan maha mematikan. Cara manusia membayangkan sungguh amat berhad dan tidak luas sifatnya.
Namun itulah rahsia misteri tauhid bahawa Tuhan itu satu, esa yang wajib diutamakan hanya satu, bukan 99. Yang satu itulah yang wajib diutamakan, bukan 99 jumlah daripada Allah. Allah itu Satu. Itulah Tauhid. Allah Utama. Itulah Tauhid.
99 asma Allah itu adalah bagaimana manusia mengungkapkan begitu banyak sifat-sifat Allah itu, walau dengan bahasa manusia yang terbatas namun tujuannya adalah untuk menggambarkan Yang Satu itu. Karena kita tahu bahwa manusia adalah tempatnya salah dan lupa, sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.
اَلْإِنْسَانُ مَحَلُ الْخَطَاءِ وَالنِّسْيَانِ
“Manusia adalah tempatnya salah dan lupa.” (al-Hadis)
Para hawariyun pun memandang Sayidina Isa adalah salah satu pengungkapan keesaan Allah itu. Kitab-Kitab Allah menyatakan bahawa semua kekuatan dan kesaktian Sayidina Isa adalah diterima Sayidina Isa daripada Allah Sumber Kekuatan. Kerana Allah adalah Sumber Kekuatan daripada Sayidina Isa, Allah diibaratkan sebagai Bapa daripada Sayidina Isa. Semua ini tujuannya adalah untuk menggambarkan Yang Satu itu.
Dalam surah-surah Kitab Allah Injil yang berbahasa Yunani, ada dua perkataan dalam Bahasa Yunani yang bererti Perkasa.
Dua perkataan BahasaYunani itu adalah,
dan,
Termaktub di Kisah Para Hawariyun (Kisah Para Rasul) 1:7-8 …
Dia berkata kepada mereka, ‘Tidaklah diberi bagi kamu mengetahui waktu atau saat yang sudah ditetapkan oleh Bapa dalam kekuasaan-Nya sendiri. [exousia] 8 Tetapi kamu akan menerima kuasa [dunamis] apabila Roh Suci datang ke atasmu; dan kamu akan menjadi saksi-Ku di Baitulmaqdis, di seluruh Yudea dan Samaria, bahkan sampai ke hujung bumi.’
Dalam Kitab Allah Injil berbahasa Yunani, kekuatan ilahi atau kekuasaan ilahi ketika masih di sumbernya disebut,
namun apabila sudah dialirkan disebut,
Di dalam Kitab Allah Injil disebutkan Sayidina Isa memiliki kedua-dua kuasa itu. Kekuasaan ilahi ketika masih disumbernya dan juga kekuasaan ilahi yang sudah dialirkan. Sayidina Isa mempunyai kuasa mengampuni dosa. Oleh kerana itulah, oleh orang-orang Yahudi, Sayidina Isa dimusuhi dan dianggap berlagak.
Lihatlah Kitab Injil Surah Matta 9:6-8.
Sayidina Isa menyatakan bahawa kekuasaannya itu adalah Allah sumbernya. Sayidina Isa juga mengalirkan kekuasaan ilahinya kepada para hawariyun penyokong-penyokong setianya untuk mengusir Dajjal dan jin-jinnya.
Termaktub di Kitab Injil Surah Matta 10:1.
Di akhir masa pengabdiannya di bumi ini, Sayidina Isa berkata yang bermakna,
“Segala kekuasaan telah diserahkan kepada-Ku, baik di syurga mahupun di bumi.”
(Termaktub di Kitab Injil Surah Matta 28:18.)
Dalam suhuf-suhuf para hawariyun yang takzim kepada Sayidina Isa, dua jenis kuasa itu samar-samar sama. Contoh, tersebut di Suhuf Rom 13:1, Bulus al-Hawari menyatakan,
“Setiap orang harus tunduk kepada pihak berkuasa.”
Kemudian Bulus al-Hawari langsung menyatakan alasannya adalah kerana,
“tidak ada kekuasaan yang tidak datang daripada Allah.”
Jadi kedua-dua kuasa itu memang sungguh-sungguh terasa walaupun samar-samar.
Dalam Suhuf 2 Kurintus 4:7, Bulus al-Hawari dengan lantang menyatakan,
“Kuasa yang melebihi segala-galanya berasal daripada Allah, bukan daripada diri sendiri.”
Namun, dalam Suhuf 2 Kurintus 6:6-7, Bulus al-Hawari dengan lantang pula menyatakan bahawa hamba-hamba Allah dikaruniai dengan,
“Roh Suci, kasih sejati, kebenaran yang hakiki, kuasa Allah.”
Apabila kita membaca Kitab Allah Injil Surah ar-Ru’ya (Wahyu) 5:12, kita akan merasakan hadirnya banyak pengungkapan-pengungkapan ketauhidan ilahi, namun yang paling pelik adalah ketika ada banyak suara yang berseru dengan lantang dan jelas,
“Anak Domba yang telah disembelih layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, kehormatan, kemuliaan dan puji-pujian.”
Disebutkan dalam al-Quran Surah Maryam [19]:33 …
19|33|وَالسَّلَامُ عَلَيَّ يَوْمَ وُلِدتُّ وَيَوْمَ أَمُوتُ وَيَوْمَ أُبْعَثُ حَيًّا
Berkata bayi yang bernama Isa, “Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.
19|34|ذَٰلِكَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ ۚ قَوْلَ الْحَقِّ الَّذِي فِيهِ يَمْتَرُونَ
Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
Disebutkan pula di al-Quran Surah Ali Imran [3]:55 …
إِذْ قَالَ اللَّهُ يَا عِيسَىٰ إِنِّي مُتَوَفِّيكَ وَرَافِعُكَ إِلَيَّ وَمُطَهِّرُكَ مِنَ الَّذِينَ كَفَرُوا وَجَاعِلُ الَّذِينَ اتَّبَعُوكَ فَوْقَ الَّذِينَ كَفَرُوا إِلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۖ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأَحْكُمُ بَيْنَكُمْ فِيمَا كُنتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ,
yang bermaksud,
“(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir (yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.”
Oleh Allah, Sayidina Isa sudah tidak lagi dibumi kerana Tuhan Allah sudah mengangkat Sayidina Isa.
Bak putera Ibrahim, Sayidina Isa diperintah untuk dibunuh dikorbankan. Bak kibas dari langit, Sayidina Isa dibunuh oleh Allah.
Sepupu tua Isa bernama Yahya. Nabi Yahya memanggil Nabi Isa sebagai,
“Kibas daripada Allah.”
Termaktub di Kitab Injil Surah Yahya 1:29 …
وَفِي الْغَدِ رَأَى يَحْيَى عِيسَى مُقْبِلا إِلَيْهِ، فَقَالَ: “اُنْظُرُوا! هَذَا هُوَ الْحَمَلُ الَّذِي أَرْسَلَهُ اللهُ لِيَرْفَعَ خَطِيئَةَ النَّاسِ.
yang bermaksud,
Pada keesokan harinya, Yahya melihat Isa berjalan ke arahnya lalu berseru, “Lihatlah Anak Domba Allah yang menghapuskan dosa umat manusia!”
Nabi Isa lah yang dimaksud oleh Kitab Injil Surah ar-Ru’ya (Wahyu) 5:12 sebagai Anak Domba Allah atau Anak Kibas daripada Allah.
“Anak Domba yang telah disembelih layak menerima kekuasaan, kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan, kehormatan, kemuliaan dan puji-pujian.”
Banyak kitab yang membahas pengungkapan ketauhidan ilahi di Kitab Injil Surah Ru’ya. Contohnya ungkapan Maha Kaya, Maha Kuasa,
Kuasa itulah yang menyebabkan menjadi kuat dan penuh kuasa. Dalam Bahasa Bani Isra’il, kuat adalah,
Dalam Kitab al-Anbiya’ Surah Irmiya 10:12, Yang Kuat tidak lain adalah Pencipta Semesta Alam.
Dalam Kitab Zabur 65:7, Yang Kuat tidak lain adalah Pemelihara dan Pengatur seluruh isi alam semesta.
Di dalam Kitab al-Anbiya’ dalam Kitab Taurat, pernah dikisahkan seorang hamba Allah yang bernama Samsan atau Samson yang diberi karunia kuat tapi akhirnya kehilangan kekuatannya.
(Lihat Kitab Taurat Surah Hakim-Hakim 16:5 dan seterusnya.)
Juga, Daud dikisahkan pernah mengalami keprihatinan yang amat teruk sampai beliau tak boleh menangis lagi.
(Termaktub di 1 Samu’il 30:4.)
Disebutkan di dalam Suhuf 1 Kurintus 1:24,
يَهُودًا كَانُوا أَوْ غَيْرَ يَهُودٍ، فَهُوَ الْمَسِيحُ قُوَّةُ اللهِ
yang bermaksud,
Namun bagi mereka yang dipanggil Allah, baik dari Golongan Alim Berkhatan (Bani Isra’il) mahupun Golongan Kafir Tak Berkhatan, al-Masih Kuasa Allah.
Ucapkanlah:
Munajat:
Ya Allah, Engkaulah sumber dari segala kekuatan.
Dengan begitu, semoga hamba tidak sombong dan semoga hamba menjadi rendah hati. Engkaulah sumber agar hamba menjadi rendah hati dan jujur.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…