القيوم
Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya; iaitu baik Zat-Nya, Sifat-Nya, Af’al-Nya.
Juga membuat berdirinya apa-apa yang selain Dia. Dengan-Nya pula berdirinya langit dan bumi ini.
Baik dalam Bahasa Bani Isra’il mahupun Bahasa Arab, nama Allah ini akar katanya sama. Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani,
Dalam Bahasa Arab,
قُمْ juga qum.
Ertinya, ‘berdiri tegak.’
Namun apabila digunakan untuk perkara ugama,
bererti,
orang mati bangkit dari kematiannya dan hidup lagi.
Kitab Taurat, Zabur, Injil dalam Bahasa Yunani dan Bahasa Arab dan Kitab al-Quran memakai kata itu yang berakar kata yang rasanya sama. Semua menggunakan,
yang bermaksud,
‘orang mati bangkit dan hidup lagi.’
Untuk membangkitkan atau menyebabkan berdiri, Kitab al-Quran cenderong memakai kata al-bā’ith اَلْبَاعِث yang bererti ‘yang membangkitkan orang mati’ dan merupakan salah satu nama Allah.
Al-Quran juga menggunakan ar-rafīq الرافق ketika menceritakan kisah dibangkitkannya Isa dari kuburnya dan ditinggikannya Isa kembali kepada Allah yang menyebabkan bangkitnya orang mati. (QS Ali Imran [3]:55, An Nisā [4]:158.)
Ketika al-Quran berbicara perihal hari berdirinya semua orang untuk di-hisab atau dihitung di hari pembalasan, Al-Quran memakai kata,
قُومُ /qūm/
seperti di …
يَوْمَ يَقُومُ النَّاسُ لِرَبِّ الْعَالَـمِينَ
/yauma yaqūmunnāsu lirabbil’ālamīn/
yang bermakna,
‘pada hari semua orang bangkit menghadap Tuhan seluruh alam’
(QS Al Mutaffifin [83]:6.)
dan seperti di …
يَوْمِ الْقِيَامَةِ ۖ
/yaumil qiyāmat/
yang bermakna,
‘hari semua orang bangkit menghadap Tuhan seluruh alam.’
(QS Ali Imran [3]:55, Al Mā’idah [5]:14, dan Al Qiyāmah [75]:1, 6.)
Para hawariyyun penyokong-penyokong setia Nabi Isa di Negeri Syam tidak lupa mendirikan qawmo lilyo atau qiyam al-lail, iaitu bangkit dari tidur di tengah malam untuk mendirikan solat untuk menghidupkan malam dengan solat dan mentilawatkan ayat-ayat Allah dari Kitab-Kitab Allah dan suhuf-suhuf al-Anbiya’ dan menjadikannya sebagai zikir untuk dijadikan peringatan di dalam hidup.
Amalan ini juga disebut tahajud. (QS Ali Imran 113, 52).
Rasulullah berkata,
“Lazimkan dirimu untuk mendirikan solat malam kerana hal itu adalah kebiasaan orang-orang salih sebelummu.”
(Hadis Riwayat Ahmad.)
Dalam Kitab Taurat, Zabur, Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani Suryani, kata,
digunakan yang ertinya adalah,
‘mendirikan tiang, monumen, tugu dari batu untuk menjadi tanda peringatan.’
Contoh penggunaan
adalah di Suhuf Yasyu’a 4:9 …
(1) Ketika umat Allah, iaitu Bani Isra’il dalam perjalanan keluar dari cengkeraman Fir’aun yang bengis, umat Allah menghadapi sebuah sungai yang menghalangi perjalanan mereka keluar dari cengkeraman Fir’aun menuju ke tanah yang diwakafkan Allah kepada mereka.
Sebelum memasuki tanah wakaf yang dijanjikan Allah itu, pengganti Musa yang bernama Yasyu’a (Yosua) (Yusha ibn Nun) memimpin Bani Isra’il dan menyuruh umat Allah itu untuk mendirikan monumen atau tugu batu sejumlah 12 untuk memperingati 12 putera Nabi Ya’qub cucu Nabi Ibrahim. Nabi Ya’qub, oleh Allah digelari ‘Isra’il’. Isra’il ertinya berjuang mencari pahala daripada Allah bukan mencari pujian daripada manusia.
Keturunan Nabi Ya’qub disebut …
żurriyyati ibrāhīm wa isrā’īl
ذُرِّيَّةِ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْرَائِيلَ
keturunan Ibrahim dan Isra’il (QS Maryam [19]:58).
Keturunan-keturunan Nabiullah Ya’qub juga biasa disebut …
bani isrā’īl
بنی اسرائیل
(QS Bani Isra’il [17]:2.)
Kitab al-Quran Surah Al Jāsiyah [45]:16 menyebutkan bahawa Bani Isra’il adalah bangsa yang paling afdol atau paling dilebihkan Allah di atas semua bangsa-bangsa /wa faḍḍolnāhum/.
Mereka menurut perintah Yosua. Sebagaimana perintah TUHAN kepada Yosua, mereka mengambil dua belas buah batu dari tengah-tengah Sungai Yordan, sebuah batu untuk setiap suku Isra’il. Mereka memikul batu-batu itu ke tempat perkhemahan lalu meletakkan semuanya di sana. Yosua juga menyusun dua belas buah batu di tengah-tengah Sungai Yordan, di tempat imam-imam itu berdiri. (Batu-batu itu masih ada di sana sampai sekarang.)
(Suhuf Yasyu’a [Yosua] 4:8-9.)
Contoh lainnya mengenai penggunaan
adalah di Suhuf Rā’ūṡya [Rut] 4:4 dan seterusnya …
(2) Ingatlah cerita tentang Rā’ūṡya [Rut] seorang perempuan dari bangsa tidak berkhatan yang menikah dengan seorang penganut tauhid bangsa berkhatan Bani Isra’il yang sedang menjadi hijrah mengungsi ke wilayah kaum Muʾāb مؤاب yang tidak berkhatan. Mereka tinggal di padang pasir Urdun yang di zaman moden sekarang ini disebut Jordania.
Pengungsi Bani Isra’il itu menikah dengan perempuan tempatan di kawasan kaum tidak berkhatan itu. Perempuan bukan Bani Isra’il itu bernama Rā’ūṡya. Dapat dikatakan, Rā’ūṡya adalah perempuan jahiliyah.
Pada zaman dahalu, bahkan Jaluth orang Filistin yang berbadan besar musuh Daud itupun dari bangsa tidak berkhatan Filistin. Filistin di zaman sekarang adalah Palestin. Seluruh bangsa Arab pada zaman dahulu itu adalah bangsa tidak berkhatan atau bangsa jahiliyah. Hanya Bani Isra’il yang memeluk iman tauhid kepada al-ilah yang mewajibkan mereka berkhatan.
Suami Rā’ūṡya yang adalah seorang penganut tauhid Bani Isra’il itu akhirnya meninggal di tempat pengungsian di wilayah bangsa yang tidak berkhatan. Semua keluarga suaminya mati kecuali ibu mertuanya yang bernama Na’imah [Naomi]. Namun walaupun begitu, Rā’ūṡya tidak meninggalkan keluarga suaminya yang bernasib malang itu.
Menurut adat kaum tauhid Bani Isra’il, apabila ada perempuan yang bersuamikan Bani Isra’il dan suaminya itu mati, maka perempuan itu harus mau dinikahi keluarga suaminya yang Bani Isra’il. Rā’ūṡya perempuan jahiliyah itu akhirnya mengurusi pernikahannya dengan keluarga Allahyarham suaminya. Namun ternyata semua keluarga suami sudah menikah.
Jadi Rā’ūṡya harus menikah dengan keluarga jauh dari Allahyarham suaminya. Yang berhak menikahi Rā’ūṡya itu bernama Bo’az, seorang penganut tauhid Bani Isra’il juga. Rā’ūṡya mahu menikah lagi kerana untuk menjunjung tinggi adat tauhid Bani Isra’il yang adalah adat daripada Allahyarham suaminya. Jadi untuk menjaga nama Allahyarham suaminya itu Rā’ūṡya mahu dinikahi oleh orang Bani Isra’il juga.
Walaupun berasal dari bangsa tidak berkhatan Muʾāb, Rā’ūṡya mahu menghormati dan menjunjung tinggi adat bangsa berkhatan Bani Isra’il, adat daripada Allahyarham suaminya. Alhasil, kesungguh-sungguhan Rā’ūṡya ini sungguh amat dihormati oleh orang-orang Bani Isra’il. Kerana Rā’ūṡya mahu menikahi dengan kerabat Allahyarham suaminya, nama Allahyarham suaminya pun masih tetap ditinggikan dan dipandang. Walaupun suaminya mati, suaminya tidak dianggap hilang dari salasilah Bani Isra’il dan dianggap masih berhak menjadi penerima warisan dalam adat Bani Isra’il. (Suhuf Rā’ūṡya [Rut] 4:4 dan seterusnya.)
Terus berkukuh meninggikan harga diri orang yang lemah atau sudah mati dalam adat tauhid Bani Isra’il disebut,
Itulah ertinya mendirikan ibadah.
Akhirnya Rā’ūṡya perempuan yang rela melupakan dirinya sendiri dan bangsanya demi menjunjung tinggi nama Allahyarham suaminya dalam adat masyarakatnya Allahyarham suaminya itu memiliki cicit yang bernama Isa bin Maryam.
Qum dalam Kitab Injil Ibrani Suryani juga bererti ‘memandang ke atas.’
(3) Sayidina Isa pernah bercerita ada seorang kaya raya dan tetangganya yang fakir miskin. Si fakir miskin itu bernama La’azar. Orang yang kaya raya itu angkuh dan amat sombong dan kedekut, tidak mahu menolong tetangganya yang miskin itu. Kata Sayidina Isa, akhirnya si kaya dan si fakir itu meninggal dunia, namun si kaya masuk ke tempat penyiksaan di alam barzah yang bak neraka jahanam, dan si miskin masuk surga jannah duduk disebelah Nabi Ibrahim. (Kitab Injil Surah Luqa [Lukas] 16:19 dan seterusnya.)
Si fakir yang bernama La’azar ini bukanlah La’azar, orang mati yang pernah dihidupkan lagi oleh Sayidina Isa. (Kitab Injil Surah Yahya 11.)
Lalu dari neraka jahanam, si kaya memandang ke atas, dia nampak Nabi Ibrahim dan La’azar, jirannya yang dahulu fakir itu, berada di syurga jannah. Dan orang yang dahulu kaya itu memohon kepada Nabi Ibrahim untuk menyuruh La’azar untuk meneteskan setetes air dari syurga ke mulutnya kerena orang yang dahulu kaya itu merasa amat haus kerana panasnya api neraka.
Namun permintaannya kepada Yang Di atas akan setetes air dari jari si fakir ahli syurga itu ditolak mentah-mentah. Lalu orang yang dahulu kaya yang ahli neraka itu memandang ke atas lagi memohon agar La’azar yang dahulu miskin yang ahli syurga itu diizinkan hidup kembali ke dunia agar dia boleh memberi nasihat dan peringatan dan keterangan kepada orang-orang di dunia. Namun permintaannya itu juga ditolak mentah-mentah.
Berikut ini alasan Sayidina Isa kepada para pendengarnya yang tidak mengambil peduli tentang adanya Allah dan nabi-nabiNya dan kitab-kitab Allah.
“Jikalau mereka tidak mahu mendengar pengajaran Taurat kitab Musa dan kitabul anbiya’ atau kitab nabi-nabi, mereka akan tetap congkak-bongkak dan bengal dan tidak akan percaya sekalipun seorang mati keluar dari kubur bangkit dan hidup lagi.”
(Kitab Injil Surah Luqa [Lukas] 16:31.)
Jadi sejak zaman dahulu kala ketika Sayidina Isa masih hidup dibumi ini memang sudah ada banyak orang yang tidak mahu percaya akan telah dibangkitkannya lagi Sayidina Isa yang sudah mati dari kuburnya. Mereka tidak nak percaya itu.
Tidak seperti Muhammad dan Quran, di zaman moden, banyak orang yang mengaku umat Muhammad pun juga cenderong tidak mahu percaya bahawa Sayidina Isa yang sudah mati dihukum mati salib, dan dikuburkan, dan bangkit dari kuburnya, dan diangkat kembali kepada Allah …
Mereka tidak sendirian dalam ketidakpercayaan itu.
Tak lama setelah Sayidina Isa dikuburkan, Sayidina Isa bangkit keluar dari kuburnya hidup lagi. Kuburnya terbuka dan didalam kubur itu yang ada hanyalah kain kafannya, mayat Sayidina Isa tidak ada. Namun pemimpin-pemimpin orang-orang Yahudi bukannya percaya tapi malah mahu mengeluarkan wang demi untuk membuat berbagai macam fitnah dan menyebarkan fitnah-fitnah itu untuk tidak mengakui fakta bangkitnya Sayidina Isa dari kematiannya. (Kitab Injil Matta [Matius] 28:11-12.)
Sesungguhnya di dalam masyarakat Yahudi ada mazhab tauhid Sadduqiyyin yang memiliki ajaran yang menolak segala macam kepercayaan akan bangkitnya orang mati. Mazhab tauhid Yahudi Sadduqiyyin dengan cergas berusaha menyebarkan ajaran bahawa tubuh orang mati tidak mungkin bangkit keluar dari kuburnya dan hidup balik. (Kitab Injil Matta [Matius] 22:23 dan seterusnya.)
Bulus al-Hawari atau Paulus sering bertemu dengan orang orang intelektual yang mengandalkan logika otak di tamadun bangsa tidak berkhatan Kurintus. Kata Bulus al-Hawari, para hawariyyun intelektual di bangsa tidak berkhatan Kurintus itu juga cenderong tidak mahu percaya pada fakta bangkitnya Sayidina Isa dari kematiannya. Pola pikir otak mereka selalu mendikte mereka untuk berpandangan bahawa tubuh orang mati tidak mungkin bangkit keluar dari kuburnya dan hidup balik. Jadi otak mereka mencari-cari berbagai macam alasan, salah satunya menyatakan Sayidina Isa mungkin tidak mati. Namun Bulus al-Hawari menyatakan kepada para hawariyyun intelektual yang mempertanyakan peristiwa bangkitnya Isa dari kuburnya itu,
” إِنَّمَا الْحَقِيقَةُ هِيَ أَنَّ الْمَسِيحَ قَامَ مِنَ الْمَوْتِ “
Tetapi Almasih memang telah dibangkitkan daripada kematian.
Bulus al-Hawari menyatakan itu kerana kasihan kepada para hawariyyun interlektual itu di negeri yang menjunjung tinggi ilmu mantik atau ilmu logik. (Suhuf 1 Korintus 15:20.)
Al-Quran Surah Ali Imran [3]:110-113 memberi nasihat kepada umat manusia agar berlaku jujur.
Munajat:
Wahai Yang Ilahi yang mengetahui perjalanan kehidupan hamba ini, walau hamba dalam keadaan amat lemah, hamba menyadari bahawa kekuatan ilahi yang membangkitkan Putera-Mu itu adalah af’al ilahi yang adalah perbuatan Allah yang setiap saat ada untuk membangkitkan hamba-Mu ini juga, wahai Yang Ilahi.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…