Ya Quddus

Allah Istimewa Utama

Termaktub di Kitabul anbiya’ Hazqiiya (Yehezkiel) 39:7

7 وَأَجْعَلُ شَعْبِيَ بَنِي يَعْقُوبَ يَعْرِفُ اِسْمِيَ الْمُقَدَّسَ, وَلا أَسْمَحُ لأَحَدٍ أَنْ يُنَجِّسَ اِسْمِيَ الْمُقَدَّسَ فِيمَا بَعْدُ. فَتَعْلَمُ الأُمَمُ أَنِّي أَنَا اللهُ قُدُّوسُ بَنِي يَعْقُوبَ.”

Allah berfirman, “Aku akan memastikan Bani Ya’qub, umat-Ku, kenal akan nama-Ku yang suci, dan Aku tidak akan membiarkan nama-Ku dicemarkan lagi. Barulah bangsa-bangsa tahu bahawa Akulah TUHAN, Allah Bani Ya’qub, Allah yang suci.”

Ketika bertemu Allah di suatu tempat yang suci, Nabi Musa melepas kasutnya.

קָדוֹשׁ  dalam Bahasa Ibrani, suci adalah qadosh.

القدوس  dalam Bahasa Arab, quddus.

Seperti Nabi Musa melepas kasut di tempat yang suci, orang-orang Muslim melakukan hal yang sama ketika mereka masuk ke masjid. Istilah qudduss, Kitab Al-Qur’an jarang memakainya. Hanya dua kali, Al-Qur’an pakai istilah quddus.

Biasanya, dalam Al-Qur’an, istilah quddus dipakai ketika berbicara …

QS Al Hasyr [59]:23

Dia lah Allah, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Selamat Sejahtera; Yang Maha Melimpahkan Keamanan; Yang Maha Pengawal serta Pengawas; Yang Maha Kuasa; Yang Maha Kuat; Yang Melengkapi segala KebesaranNya. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan denganNya.

QS Al Baqarah [2]:253

Rasul-rasul Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain. Di antara mereka ada yang Allah berkata-kata dengannya, dan ditinggikanNya  sebahagian daripada mereka beberapa darjat kelebihan. Dan Kami berikan Nabi Isa ibni Maryam beberapa keterangan kebenaran, serta Kami kuatkan dia dengan Ruhul Qudus. Dan sekiranya Allah menghendaki nescaya orang-orang yang datang kemudian daripada Rasul-rasul itu tidak berbunuh-bunuhan sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan. Tetapi mereka bertelingkah, maka timbulah di antara mereka: orang yang beriman, dan orang yang kafir. Dan kalaulah Allah menghendaki tentulah mereka tidak berbunuh-bunuhan; tetapi Allah melakukan apa yang dikehendakiNya.

Kalau Al-Qur’an memakai istilah quddus hanya untuk raja dan roh, Kitabullah Taurat Zabur dan Injil memakai istilah quddus untuk banyak hal yang menimbulkan kesan keramat atau khusus atau tersendiri misalnya paristiwa keramat, barang keramat, orang keramat atau istimewa atau khas.

Istilah quddus dalam Kitabullah Taurat Zabur dan Injil lebih bererti keadaan yang dipisahkan atau tersendiri atau dikhususkan atau tidak campur. Bani Isra’il di Zaman Kerajaan Raja Sulaiman pada zaman dahulu kala sangat mengistimewakan Baitul Muqaddas (Rumah Keramat Tuhan Allah) di Tanah Keramat Yerusalim yang asli dibina oleh Nabi Sulaiman.

Namun sayangnya, dua kali, Baitul Muqaddas di Tanah Keramat Yerusalim hancur ketika Tanah Keramat Yerusalim diserang oleh musuh-musuh Allah. Dua kali Baitul Muqaddas di Tanah Keramat Yerusalim dibina kembali dipulihkan kembali.

Padahal Baitul Muqaddas di Tanah Keramat Yerusalim itu Kitabullah Zabur 48:1-2 disebut sebagai …

  • Kota Allah
  • Bukit SuciNya Allah
  • Indah Dalam Ketinggiannya
  • Kegembiraan Seluruh Bumi

Ketika menyadari bahawa Baitul Muqaddas di Tanah Keramat Yerusalim hancur, umat Allah menyadari bahawa Tuhan Allah ternyata tidak tinggal di rumah yang terbuat dari batu. Nabi Irmiya atau Yeremia yang melihat sendiri Baitul Muqaddas di Tanah Keramat Yerusalim dihancurkan oleh musuh-musuh Allah, diberi pengertian baru oleh Tuhan Allah tentang Baitul Muqaddas yang baru bagi umat Allah.

Tuhan Allah berfirman di Kitabula Anbiya’ Surah Irmiya atau Yeremia 31:33

هَذَا كَلامُ اللهِ, أَضَعُ شَرِيعَتِي فِي فِكْرِهِمْ, وَأَكْتُبُهَا فِي قَلِبِهِمْ, وَأَكُونُ إِلَهَهُمْ

Allah berfirman, “Inilah perjanjian baru yang akan Kubuat dengan umatKu Bani Isra’il: Aku akan menyimpan syari’ah-Ku dalam batin mereka, dan menulisnya pada hati mereka. Aku akan menjadi ilah mereka, dan mereka akan menjadi umat-Ku.”

Sudah dari awalnya ketika ummah menanti dan mengharap datangnya Hakim Yang Adil yang disebut Almasih yang daripada Allah, Nabiullah Isa sudah menyatakan bahawa ada yang langsung dari Allah, iaitu, Rohul Quddus, yang datang langsung dari Allah untuk memberi semangat pada jiwa atau nyawa setiap insan di dalam ummah.

Allah dan Almasih yang ditetapkanNya, yakni, Isa, tidak lain adalah Esa (satu kesatuan) dan merupakan Tauhid dan misteri ilahi, wallahu a’lam, Allah Yang Maha Mengetahui, menyebabkan adanya satu semangat Tauhid yang dikenal sebagai Rohul Quddus.

Sebelum mengalami pembunuhan yakni hukuman mati digantung di kayu palang, Sayidina Isa berjanji kepada para Hawariyun penyokong-penyokong setianya bahawa Sayidina Isa akan menguatkan mereka dengan Rohul Quddus yang juga dari Allah. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Yahya 14:25).

Kitabullah Injil Surah Yahya 15 ayat 26 menyatakan bahawa ketauhidan atau kesatuan Allah dengan Kalimat Allah Isa dan Ruhul Quddus adalah sungguh penuh dengan keghaiban dan misteri Allah yang sukar dan bahkan tidak mungkin difahami insan manusia yang penuh lupa ini. Wallahu a’lam, Allah Yang Maha Mengetahui. Ruhul Quddus adalah hadirnya Sayidina Isa ketika Sayidina Isa secara jasad tidak bersama dengan mereka di bumi ini.

26 “وَمَتَى جَاءَ الْمُعِينُ الَّذِي أُرْسِلُهُ لَكُمْ مِنْ عِنْدِ الأَبِ، رُوحُ الْحَقِّ الَّذِي يَأْتِي مِنَ الأَبِ، هُوَ يَشْهَدُ لِي.

Apabila Penolong, Roh Kebenaran daripada Bapa, yang Kuutus kepadamu datang, Dia akan bersaksi tentang-Ku.

Wahyu-wahyu ilahi yang turun setelah peristiwa pembunuhan Sayidina Isa dan bangkit hidup kembalinya Sayidina Isa, semuanya adalah tentang bagaimana menjalani hidup di bumi ini dalam bimbingan Rohul Quddus. Seorang Hawariyun yang bernama Pa’ul yang hidup pada tahun 40-an atau 500 tahun sebelum Muhammad lahir, hawariyun itu mengingatkan bahawa memang syariah adalah keramat dan istimewa (termaktub di Kitabullah Injil Surah Rom 7:12), bersamaan itu pula, wujud baru dari Baitullah adalah tubuh dari orang mu’min atau tubuh dari orang beriman adalah kena dijaga dan kena dikeramatkan jangan sampai ternajiskan oleh nafsu apapun (termaktub di Kitabullah Injil Surah 1 Korintus 3:17). Ruhul Quddus menjadi bak materai dan penjamin keselamatan orang mu’min atau orang beriman. (Termaktub di Kitabullah Injil Surah Efesus 1:13-14).

Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil selalu menekankan bahawa quddus itu bermakna keramat, istimewa, tersendiri, tidak mungkin dicampur-campur serta dihubung-hubungkan dengan apapun kemahuan nafsu manusia. Sejak dari dahulu, sudah diperingatkan oleh Kitab-Kitab Allah bahawa Al-Khaliq tidak boleh dicampur-campur dengan makhluq. Dan akhirnya Kitab-kitab Allah memperingatkan bahawa manusia tidak boleh beralasan lupa dan khilaf. Kalau lupa tak payah katakan.

Kitabullah Injil Surah Ibrani 12:14 menyatakan …

حَاوِلُوا أَنْ تَكُونُوا فِي سَلامٍ مَعَ جَمِيعِ النَّاسِ، وَأَنْ تَعِيشُوا حَيَاةً مُقَدَّسَةً، لأَنَّهُ بِغَيْرِ الْقَدَاسَةِ لا يَقْدِرُ أَحَدٌ أَنْ يَرَى الرَّبَّ.

Berusahalah mendapatkan perdamaian dengan semua orang, serta berusahalah hidup suci tak campur-campurkan iman tauhid dengan nafsu; tanpanya tiada sesiapapun dapat melihat Tuhan.

Munajat:

Ya Allah Yang Maha Mulia dan Penuh Ni’mat, seringkali hamba hanya sekedar tahu bahawa Engkaulah Raja Penguasa dalam Kerajaan-Mu, Ya Allah, namun sekarang, hamba menyadari dan insyaf bahawa seringkali hamba tidak mahu dikuasai dan diperintah oleh Engkau, Ya Allah. Hamba hanya mahu campur-campur dengan nafsu, alhasil, tidak berwibawa lagi, hamba ini, dan tidak penuh dengan kehaqiqiyan lagi, hamba ini. Hamba menjadi penuh dengan nafsa-nafsu diri sendiri.

Allah Utama. Allah Sungguh Istimewa. Allah tidak sama dengan nafsu manusia.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini