اَلرَّقِيْب

Maha Peneliti / Maha Pengawas Maha Waspada;

iaitu yang mengamat-amati gerak-geri segala sesuatu dan mengawasinya.

Sungguh Tuhan Allah adalah Penjaga makhluk-makhluk-Nya. Kitab Taurat Zabur dan Injil menyebutkan bahawa Tuhan Allah lah pemilik makhluk-makhluk-Nya dan yang berhak memiliki segala makhluk-makhluk-Nya. Kitab Taurat Zabur dan Injil bahkan mengibaratkan bahawa Allah sungguh memiliki sifat amat cemburu seperti sifat cemburunya suami pada istrinya. Begitulah ibaratnya cemburunya Allah mengenai makhluk-makhluk-Nya.

Dalam terjemahan Bahasa Arab Suhuf Sulaiman (Amsal Sulaiman) 6:34-35 disebutkan,

لِأَنَّ الْغِيرَةَ تُثِيرُ غَضَبَ الزَّوْجِ، فَلَا يَرْحَمُ عِنْدَمَا يَنْتَقِمُ. 35 وَلَا يَقْبَلُ تَعْوِيضًا، وَمَهْمَا قَدَّمْتَ لَهُ مِنْ هَدَايَا لَا يُمْكِنُ أَنْ تُرْضِيَهُ.

yang bermaksud,

34 Seorang suami paling marah apabila dia cemburu. Dendamnya tidak mengenal batas. 35 Dia tidak mahu menerima ganti rugi; pemberian sebanyak apa pun tidak dapat meredakan kemarahannya.

Begitulah Tuhan Allah akan bersikap apabila ada makhluk-Nya yang melupakan Tuhan Allah.

Baca kitab terjemahan Bahasa Melayu Taurat Surah al-Khuruj (Keluaran) 20:5

لِأَنِّي أَنَا الْمَوْلَى إِلَهَكَ إِلَهٌ غَيُورٌ، أُعَاقِبُ ذُنُوبَ الْآبَاءِ فِي أَبْنَائِهِمْ إِلَى الْجِيلِ الثَّالِثِ وَالرَّابِعِ مِنَ الَّذِينَ يَكْرَهُونِي.

Akulah TUHAN, Allah kamu, dan Aku amat cemburuan dan tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun. Aku menghukum orang yang membenci Aku. Aku juga menghukum keturunan mereka sehingga generasi yang ketiga dan keempat.

Begitulah cemburunya Allah mengenai makhluk-makhluk-Nya yang sujud menyembah dewa-dewi ilah-ilah yang aneh-aneh.

Ketika umat Allah Bani Isra’il dalam perjalanan keluar dari cengkeraman Fir’aun, ada orang-orang Bani Isra’il yang sujud menyembah dewa-dewi ilah-ilah yang aneh-aneh. Tuhan Allah geram pada orang-orang yang menyembah dewa-dewi ilah-ilah yang aneh-aneh itu. Tuhan Allah mengadzab orang-orang yang menyembah dewa-dewi ilah-ilah yang aneh-aneh itu.

Tapi, nasib baik, ada Syafaat Imam Harun sehingga Allah tidak jadi geram dan membatalkan adzab-Nya kepada orang-orang Isra’il. Syafa’at Imam Harun adalah perjuangan mengajak orang-orang Isra’il untuk menjauhi dewi-dewi atau ilah-ilah yang aneh aneh. Syafa’at Imam Harun adalah perjuangan untuk mengajak orang-orang Isra’il untuk istighfar bertaubat memohon ampunan Allah dan menerima keadilan Allah untuk mendapatkan belas kasihan Allah.

Disebutkan di Kitab Taurat Surah al-‘Adadi (Bilangan) 25:11

Keturunan Imam Harun telah menyurutkan murka-Ku daripada orang Isra’il, oleh kerana ia begitu giat membela kehormatan-Ku di tengah-tengah mereka, sehingga tidaklah Kuhabisi orang Isra’il dalam cemburu-Ku. Jadi nasib baik masih ada keturunan Imam Harun yang berjuang untuk mengajak orang-orang Bani Isra’il untuk menjunjung tinggi iman tauhid kepada Tuhan Allah sesembahan nenek moyang Bani Isra’il iaitu sesembahan Ibrahim, Ishaq, Isma’il dan Ya’qub.

Sesungguhnya ar raqib اَلرَّقِيْب adalah istilah kuno yang jarang digunakan yang ertinya adalah “Cemburuan” dan juga bererti “perasaan amat memiliki” atau “perasaan amat mengingini.”

Dalam menterjemahkan Kitab Taurat Surah al-Khuruj (Keluaran) 20:5, terjemahan Bahasa Arabnya, memakai istilah yang umum untuk cemburuan, iaitu, غَيُورٌ ghuyūrun.

لِأَنِّي أَنَا الْمَوْلَى إِلَهَكَ إِلَهٌ غَيُورٌ

Aku amat cemburuan dan tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun.

Pada zaman dahulu, Bani Isra’il membentuk Kerajaan atau Kesultanan disebabkan kerana nafsu mereka. Pada zaman penuh kegelapan dan penuh nafsu itu, Tuhan Allah Yang Maha Perkasa sekaligus Maha Pemurah dan Penyayang memerintahkan nabi-Nya yang bernama Nabi Ilyas di Gunung Karmel untuk merendahkan Dewa Ba’l beserta penyembah-penyembah Dewa Ba’l. Dan Nabi Ilyas berjaya menang melawan Dewa Ba’l dan penyembah-penyembahnya.

Kemenangan Nabi Ilyas dalam melawan Dewa Ba’l dan penyembah-penyembahnya dapat dibaca di terjemahan Bahasa Melayu Suhuf al-Anbiya Surah al-Mulukil Awal (1 Raja-Raja) 18.

Al Quran juga mengingatkan tentang kemenangan ini di QS As-Saffat [37]. Tersebut di QS As Saffat [37]:125-126 …

“Patutkah kamu menyembah berhala Ba’l, dan kamu meninggalkan (ibadat kepada) sebijak-bijak pencipta? (125)

“Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu yang telah lalu!” (126)

Seperti biasanya, Kitab Al-Qur’an biasanya sudah menganggap pembacanya sudah membaca dan mengamalkan Kitab-Kitab sebelumnya, iaitu, Taurat, Zabur, Injil. Oleh kerana itulah, QS As-Saffat [37]:125-126, QS Al Baqarah [2]:123 pun rupanya sudah beranggapan pembacanya sudah khatam Kitab Taurat, Zabur dan Injil dan sudah beranggapan pembacanya sudah mengenal kisah-kisah dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil serta mengamalkannya. Itulah pentingnya pembaca Al-Quran untuk memenuhi anggapan Quran tersebut terhadap pembacanya.

Disebutkan dalam Kitab-Kitab sebelum Quran, tidak lama setelah perjuangannya menegakkan iman tauhid kepada Tuhan Allah dan kemenangannya melawan Dewa Ba’l dan penyembah-penyembahnya, Nabi Ilyas berseru kepada Tuhan Allah bukan dengan hati yang gembira dan lega, namun dengan hati yang menangis dan amat perihatin, kerana Nabi Ilyas merasa dialah satu-satunya yang menjunjung tinggi iman tauhid kepada Allah ketika itu. Tidak ada kawan. Kerana merasa berjuang sendirian dalam menjunjung tinggi iman tauhid kepada Tuhan Allah, Nabi Ilyas berseru dengan penuh rasa perihatin kepada Tuhan Allah,

Ilyas menjawab, “Ya TUHAN, Allah Yang Maha Kuasa, aku sentiasa mengabdi kepada-Mu dan kepada-Mu sahaja dan aku selalu geram dan cemburuan apabila melihat orang-orang Israel menyembah dewa-dewi dan tidak menyembahMu. Tetapi umat Israel telah melanggar perjanjian mereka dengan Engkau. Mereka merobohkan mazbah-Mu dan membunuh semua nabi-Mu. Hanya aku seorang yang masih hidup, dan kini mereka hendak membunuh aku pula!”

(Termaktub di terjemahan Suhuf al-Anbiya’ Surah al-Mulukil Awal (1 Raja Raja) 19:14.)

Namun Tuhan Allah memberitahu Nabi Ilyas bahawa bukan dia sendiri sahaja yang dengan setia berjuang menjunjung tinggi iman tauhid kepada Tuhan Allah, namun masih ada sekitar 7,000 orang yang tidak mahu bersujud kepada Dewa Ba’l dan tidak mahu mencium Dewa Ba’l.

(Termaktub di terjemah Suhuf al-Anbiya’ Surah al-Mulukil Awal (1 Raja-Raja) 19:18.)

Nabi Zakharia dengan amat jelas menyampaikan sifat Allah dalam menjaga Kota Suci al-Quds (Ur Salim atau Yerusalem) dan umat-Nya. Allah berfirman,

“Aku sangat mengasihi kota Yerusalem dan mengambil berat terhadap kota-Ku yang suci itu.”

(Terjemah Suhuf al-Anbiya’ Surah Zakharia 1:14.)

Allah memiliki sifat mengasihi Tanah Suci-Nya, al-Quds Yerusalem. Itulah yang mendorong orang-orang Bani Isra’il yang ketika itu menjadi pengungsi sampai ke Tanah Bangsa Tak Berkhatan Babilonia dan menjadi jongos-jongos sultan-sultan tak berkhatan Babilonia untuk kembali ke Tanah Suci Allah, al-Quds Yerusalem untuk membangunnya kembali setelah al-Quds dihancurkan oleh musuh-musuh Allah.

Itulah yang menjadi niatan orang-orang Bani Isra’il membangun balik Kota al-Quds Yerusalem yang terletak di dekat Har Tsiyon atau Jabal Sahyoun atau Bukit Raja Daud. Ingin melestarikan sifat Allah yang sangat mengasihi Tanah Suci-Nya.

Itulah motivasi umat Allah, orang-orang berkhatan Bani Isra’il, untuk membangun kembali al-Quds setelah al-Quds dihancurkan oleh musuh-musuh Allah. Dahulu kala setelah orang-orang Bani Isra’il berjaya merebut kembali Tanah Suci al-Quds dari tangan bangsa tidak berkhatan, Bani Isra’il memang berjaya membersihkan Tanah Suci Allah itu daripada segala macam dewa-dewi ilah-ilah yang aneh-aneh dan pelik.

Namun, tetap sahaja, orang-orang Bani Isra’il tidak bersih dari dosa-dosa dan tidak bersih dari nafsu dosa mereka. Oleh kerana itulah Nabi Isa dan ajaran-ajaran dan amalan-amalan beliau jelas adalah nak menyatakan pentingnya taubatan nasuha bagi umat Allah di al-Quds Yerusalem.

(Termaktub di terjemahan Bahasa Melayu Surah Luqa (Lukas) 13:4-5.)

Munajat:

Ya Allah, ajarilah hamba cara-Mu yang sempurna, termasuk juga cara-Mu yang sempurna dalam menjaga dan mengawasi dan memilikiku dengan cara yang sungguh sempurna itu. Hamba bangga dan bersyukur atas kecemburuan-Mu.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini