اَلرَّءُوْف
Yang Maha Maha Belas Kasih.
Allah memiliki sifat-sifat yang pemurah dan penuh belas kasih dan penyayang, penyabar, pema’af, pengampun, pemurah.
Ar-Ra’ūf menyatukan semua sifat- sifat Allah yang pemurah dan penuh belas kasih itu. Sifat Pema’af daripada Al-Afuw (Yang Maha Pemaaf) juga ada di Ar-Ra’ūf Yang Maha Belas Kasih. Dengan begitu, apabila manusia berpikir tentang Allah, manusia pun harus bersifat pemurah dan penuh belas kasih kepada Allah. Dalam masyarakat Arab terdapat peribahasa yang berbunyi,
inna rahmatī ghalabat ghaḍabī
yang bermaksud,
“Sudah terlanjur sayang, macam mana boleh marah!”
Peribahasa itu berasal dari hadis Bukhari,
Abu Huraira berkata Rasulullah saw berkata,
“Ketika Allah sudah menyelesaikan penciptaan seluruh isi alam ini, Allah menulis di kitab-Nya yang ada dengan Allah di kursi tahta-Nya: SUDAH TERLANJUR SAYANG, MACAM MANA BOLEH MARAH.
(Termaktub di Hadis Sahih Bukhari 3022 dan Sahih Muslim 2751.)
Memang Allah membuktikan bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Perkasa, Maha Kuat, Maha Agung dan Mulia. Dan kita dibuat terkesima oleh kerana itu. Namun, Allah juga membuktikan bahawa Allah itu Maha Pemurah dan Penyayang. Dengan begitu, Allah juga menginginkan kita terkesima pada sifat-Nya yang pemurah dan penuh belas kasihan itu.
Ar-Ra’uf memiliki akar kata yang sama dengan kata dalam Kitab Zabur 65:11-13 dalam Bahasa Isra’il Ibrani,
yang ertinya,
‘mencurahkan’ atau ‘menyuburkan.’
Termaktub di Kitab Zabur 65:11-13, Allah mencurahkan rahmat-Nya dan barakah-Nya kepada umat manusia,
Engkau mencurahkan rahmat-Mu sepanjang tahun, melimpahkan kemakmuran merata-rata.
Rahmat-Mu menyuburkan padang rumput di gurun;segala bukit kecil di sekitar bergembira.
Padang-padang rumput penuh dengan ternakan lembah lurah kaya dengan ternakan; semuanya bersorak riang dan menyanyi.
Ar-Ra’ūf juga memiliki akar kata yang sama dengan kata har’ifu dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani di Kitab Al-Anbiya’ Surah Isya’ya 45:8 …
har’ifu shamayim ma’al
yang bermaksud,
“Aku menurunkan rahmat dari langit yang tinggi.”
Aku akan menurunkan kemenangan seperti hujan dari langit; bumi terbuka untuk menerimanya, lalu tumbuhlah kebebasan dan keadilan, kerana Aku, TUHAN, akan melaksanakan hal ini.
dalam Bahasa Arab Moden bererti,
‘hidung berdarah.’
Kata ini berasal dari Bahasa Kana’an Kuno. Kata ini mirip
yang adalah salah satu dari nama Allah yang bererti ‘yang maha belas kasih.’ Rupanya dalam budaya Kana’an Kuno dan Arab, apabila berbelas kasih, pastilah kena ada pengorbanan sampai menumpahkan darah.
Sifat Allah yang penuh dengan belas kasih dan kemurahan seringkali dikisahkan di banyak surah-surah Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Kitab Taurat Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Suryani/Ibrani menyebut sifat penuh belas kasih dan kemurahan itu,
yang ertinya,
Namun dalam Kitab-Kitab Allah dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani/Suryani, namun macam mana belas kasih dan sayang dan kemurahan Allah itu dicurahkan dan dilimpahkan kepada umat manusia kadang bukanlah hal yang senang.
Tersebut dalam Terjemahan Bahasa Melayu Kitabul Anbiya’ Surah Maraatsī Irmiya [Ratapan] 1:12,
“Pandanglah aku,” serunya kepada setiap orang yang lalu di situ. “Belum pernah sesiapa pun menderita seperti aku, penderitaan yang didatangkan oleh TUHAN kepadaku kerana kemurkaan-Nya.
Jadi yang didatangkan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang adalah penderitaan. Memang biasanya Allah Yang Maha Belas Kasih mendatangkan belas kasih dan sayang dan kemurahan, namun Dia tanpa belas kasihan juga mendatangkan penderitaan dan rasa sakit. Ujian itulah bukti belas kasih ilahi.
Disebutkan di Terjemahan Bahasa Melayu Kitabul Anbiya’ Surah Maraatsī Irmiya [Ratapan] 2:2,
“Tuhan Allah memusnahkan semua kampung di Yehuda tanpa belas kasihan.”
(tanpa belas kasihan).
Bagaimana sakitnya dihukum atau diberi ujian oleh Allah Yang Maha Belas Kasih, itulah tema utama Kitab Al-Anbiya’ Surah Ratapan.
Sang Nabi sambil menangis berkata,
“Air mataku tidak akan berhenti bercucuran!”
(Tarjamah Bahasa Melayu Kitabul Anbiya’ Surah Maraatsī Irmiya [Ratapan] 3:49.)
Nabi Isa yang oleh Allah digelari ALMASIH NYA pun juga pernah menangis ketika beliau berada di Tanah Suci Al-Quds Yerusalim. Sambil menangis, beliau mengucapkan ucapan yang pada zaman dahulu pernah diucapkan oleh Nabiullah Irmiya,
‘Baitulmaqdis, Baitulmaqdis! Engkau membunuh nabi dan merejam utusan Allah! Sudah berapa kali aku ingin mendakap semua pendudukmu seperti ibu ayam menaungi anak-anaknya di bawah sayapnya, tetapi kamu tidak mahu. Rumahmu akan ditinggalkan dan terbiar.
(Tarjamah Bahasa Melayu Kitabullah Injil Surah Matta [Matius] 23:37.)
Tidak lama setelah berkata begitu, Sayidina Isa memanjatkan doa sendirian di Taman Getsemani. Dengan perasaan amat tersiksa dan sengsara, Sayidina Isa memanjatkan doa kepada Allah. Begitu tersiksa dan sengsara perasaan beliau, sampai-sampai ketika beliau berdoa, peluh beliau seperti darah menitik ke tanah. (Termaktub di Tarjamah Kitabullah Injil Surah Luqa [Lukas] 22:44.)
Begitu sengsara beliau, sampai-sampai beliau memohon dengan penuh harapan semoga cawan penderitaan daripada Allah Yang Maha Belas Kasih diedarkan oleh Allah dan dijadikan beralih oleh Allah, (Termaktub di Tarjamah Kitabullah Injil Surah Matta [Matius] 26:39.)
Namun permohonan Sayidina Isa itu tidak dikabulkan oleh Allah. Dan kemudian Sayidina Isa dihukum mati salib. Darah beliau bercucuran keluar dari luka-luka beliau dihukum mati salib. Sambil darah beliau terus bercucuran, beliau memohon dibelas kasihani oleh Allah,
“Ya Allah, Ya Tuhan-Ku, mengapa Kautinggalkan Aku?’
Termaktub di …
- Tarjamah Kitabullah Injil Surah Matta [Matius] 27:46
- QS Al-Mā’idah [5]:33-34
- QS Maryam [19]:33
- QS Surah Ali Imran [3]:55
- QS An-Nisā’ 153-159.
Hukuman mati salib bukan senang, siapa yang mahu. Semua orang pasti sungguh merasa tidak tega melihat hukuman mati salib yang dialami oleh Sayidina Isa. Namun dibalik itu sengsara itu semua, dihukum matinya Sayidina Isa itu sungguh menyentuh hati manusia terhadap usaha Allah Yang Maha Belas Kasih untuk menyelamatkan manusia sekaligus dengan adil mengampuni manusia dari segala khilaf dan salahnya.
Munajad:
Segala puji bagi Allah atas segala ni’mat yang tercurah dari dihukum matinya Sayidina Isa dengan cara dihukum mati salib.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |