Categories: Article

Ya Razzaq

الرزاق

Yang Maha Pemberi Rezeki.

Ada seorang nabi yang, oleh Allah, diberi gelar Isra’il, yang ertinya “berjuang untuk mendapat pahala daripada Allah.” Nabi itu bernama Ya’qub bin Ishaq bin Ibrahim. Oleh kerana itulah, Ya’qub lebih sering disebut Isra’il.

Keturunan Isra’il ertinya keturunan Ya’qub. Hal ini jelas termaktub di Al-Qur’an Surah Maryam [19]:58.

Namun, keturunan-keturunan Ya’qub lebih sering disebut,

BANI ‘ISRĀ’IL atau ŻURRIYYATI ‘ISRĀ’IL,

yang bermaksud,

“Bin Isra’il” atau “Binti Isra’il.”

Jadi penyebutan Isra’il dalam semua kitab-kitab Allah, Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an, bukan mengenai Zionis di zaman moden ini.

Hampir semua nabi adalah BIN ISRA’IL. Jelas, para nabi Bani Isra’il tidak ada kaitan dengan desas-desus orang moden perkara Zionis, Freemasonry dan Illuminati, kerana boleh jadi desas-desus itu semua akan memfitnah nabi-nabi Allah dan mendustakan nabi-nabi Allah itu. Awas! Merbahaya! Dapat merugikan kita sendiri!

Musa bin Isra’il, Daud bin Isra’il, Sulaiman bin Isra’il, Daniyal bin Isra’il, Maryam binti Isra’il, Isa bin Isra’il. Ertinya, mereka adalah keturunan-keturunan Nabi Ya’qub yang, oleh Allah, diubah namanya menjadi Isra’il.

Semua manusia tanpa pandang bulu disebut BANI ADAM, yang ertinya, semua manusia tanpa pandang bulu adalah anak-anak Adam atau keturunan-keturunan Adam. Apabila satu manusia tidak peduli dengan perasaan manusia lainnya, maka dia tidak pantas disebut Bani Adam.

Dahalu ada seorang Bin Isra’il yang bernama Yusuf. Yusuf sangat disayangi oleh Isra’il.Oleh kerana itulah, putera-putera Isra’il yang lainnya merasa iri hati.

Isra’il memiliki empat istri yang bernama Rahil, Liyah, Zilpah dan Bilhah. Daripada empat istri itu, Isra’il punya 12 anak laki-laki dan satu anak perempuan yang bernama Dina binti Isra’il. Ruba’in, Yahuda, Bunyamin, Naftali adalah sebagian dari 12 putera-putera Isra’il.

Isra’il juga punya banyak sekali cucu dan cicit. Mereka sering disebut Bani Isra’il.

Kerana iri hati, abang-abang Yusuf menzalimi Yusuf dengan cara memasukkan Yusuf ke dalam sumur.

Sungguh sangat susah sekali apabila dizalimi oleh keluarga sendiri. Begitu tega abang-abang Yusuf menzalimi adik kandung sendiri. Kemudian, oleh abang-abangnya, Yusuf dijual sebagai budak belian kepada saudagar-saudagar keturunan-keturunan Isma’il yang lewat di dekat sumur yang gelap di mana di dalamnya Yusuf berada.

Padahal Isma’il adalah datuk saudara atau nenda saudara daripada Yusuf. Isma’il adalah abang daripada Yusuf punya datuk, Ishaq. Mereka semua kaum berkhatan keturunan Ibrahim, penyembah Allah. Tapi mengapa mereka begitu tega menzalimi Yusuf?

Kemudian, oleh saudagar-saudagar keturunan Isma’il, Yusuf dijual sebagai budak belian ke negeri daripada Fir’aun, raja dari bangsa yang tidak berkhatan dan bukan keturunan Ibrahim dan bukan penyembah Allah. Mereka bukan keturunan Ibrahim.

Raja Fir’aun dan rakyatnya adalah bangsa yang tidak berkhatan. Mereka tidak menyebut ilah sesembahan mereka Allah. Ilah sesembahan mereka adalah raja-raja mereka yang bergelar Fir’aun. Mereka membina piramid sebagai tempat-tempat keramat mereka.

Sama seperti keturunan-keturunan Isma’il, keturunan-keturunan Isra’il adalah juga keturunan Ibrahim juga, jadi mereka semua adalah bangsa yang berkhatan. Bangsa berkhatan menyebut ilah sesembahan mereka Allah. Jadi, Yusuf sungguh merasa pelik dan susah dan amat prihatin kerana Yusuf dizalimi oleh sesama bangsa berkhatan dan dijual ke negeri Fir’aun, negeri orang-orang tidak berkhatan. Yusuf dizalimi oleh orang-orang yang mengaku sebagai penyembah-penyembah Allah. Mereka menjual Yusuf sebagai budak belian kepada penyembah-penyembah Fir’aun.

Di negeri Fir’aun, Yusuf dipaksa bekerja sebagai jongos. Walau sebagai jongos, Yusuf bekerja dengan baik dan penuh pengabdian kepada majikannya. Yusuf adalah seorang muda yang kacak dan segak. Istri majikan Yusuf tertarik pada Yusuf dan mengajak tidur Yusuf.

Namun, Yusuf lari menjauh dari wanita istri majikannya itu. Namun oleh istri majikannya, Yusuf difitnah seolah-olah Yusuf telah berusaha merogolnya. Majikan Yusuf sungguh sangat marah kepada Yusuf dan memasukkan Yusuf ke dalam penjara.

Dikurung dalam penjara, Yusuf disiksa, namun Yusuf terus beriman kepada Allah, ilah sesembahan kaum berkhatan.

Allah menolong sehingga Yusuf mampu menafsir mimpi orang dan Yusuf memberitahu erti mimpi orang. Kerana pertolongan Allah, tafsir mimpi Yusuf sungguh terkenal selalu tepat dan benar, sampai-sampai terdengar oleh Raja Fir’aun, bahawa ada seorang jongos dari kaum penyembah Allah yang disembah Bani Isra’il yang pandai menafsir mimpi kerana ditolong oleh Allah, ilah Bani Isra’il.

Pada suatu hari, Raja Fir’aun bermimpi. Raja Fir’aun lalu memanggil Yusuf keluar dari penjara untuk menghadap kepada beliau untuk menafsir mimpi beliau. Raja Fir’aun suka dengan tafsir Yusuf dan mengangkat Yusuf untuk mengahadapi masa kebuluran yang panjang yang akan melanda kerajaan beliau seperti dikatakan Yusuf ketika menafsir mimpi beliau. Akhirnya, oleh Raja Fir’aun, Yusuf dibebaskan dari penjara dan dilantik menjadi Perdana Menteri di Kerajaan Fir’aun. Yusuf memimpin rakyat Fir’aun dengan sangat bijaksana dan berjaya mensejahterakan seluruh rakyat Kerajaan Fir’aun dan membuat seluruh rakyat di Kerajaan Fir’aun selamat dari masa kebuluran yang amat teruk. Semua bangsa kelaparan, hanya Kerajaan Fir’aun yang tidak kelaparan. Semua bangsa dilanda kebuluran, hanya Kerajaan Fir’aun yang aman dan tidak dilanda kebuluruan. Ini semua kerana adanya Yusuf di Kerajaan Fir’aun.

Selama menjadi Perdana Menteri di Kerajaan Fir’aun, Yusuf sungguh-sungguh mengabdi kepada Raja Fir’aun. Oleh Tuhan Allah, Yusuf diberi karunia memberi nasihat. Jadi, Yusuf memakai karunia dari Tuhan Allah itu untuk menasihati Raja Fir’aun. Nasihat Yusuf banyak menolong Raja Fir’aun dalam memimpin kerajaan beliau dan rakyat beliau. Oleh Raja Fir’aun, walau masih muda berumur 30 tahun, Yusuf diberi kedudukan yang sangat tinggi, yakni sebagai Perdana Menteri. Karena kebijaksaan Yusuf, Kerajaan Fir’aun memiliki amat banyak gudang-gudang makanan yang selalu penuh dengan makanan melimpah-limpah.

Oleh Raja Fir’aun, Yusuf dijodohkan dengan anak perempuan daripada pemimpin ugama Kerajaan Fir’aun. Yusuf sangat mencintai istrinya itu. Yusuf mempunyai dua anak lak-laki. Yusuf menamai mereka Manasye dan Efraim.

Anak sulung, oleh Yusuf, diberi nama Manasye, yang ertinya, “Allah sudah membuat aku lupa akan segala penderitaanku ketika harga diriku dihancurkan justeru oleh sesama kaum keluarga bapaku sendiri.”

Anak bungsu, oleh Yusuf, diberi nama Efraim, yang ertinya, “Allah justeru menjadikan aku boleh hidup bermakna dan bermanfa’at di negeri orang, tempat aku dibuang.” Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Takwin (Kejadian) 41:51-52.

Dari nama-nama putera Yusuf itu, kita melihat dua macam keadaan:

  1. Adanya rasa sakit hati kerana harga diri diinjak-injak.
  2. Adanya pertolongan yang penuh ni’mat yang memulihkan harga diri yang sudah hancur.

Yusuf jelas merasakan bahawa Allah Yang Maha Pemurah/Pengasih dan Penyayang lah yang menyebabkan dia yang terzalimi dapat melupakan sakit hatinya dan, akhirnya, dapat merasakan hidup yang bermakna dan bermanfa’at, padahal sebelumnya dia dizalimi dan disiksa oleh keluarganya sendiri dan juga oleh majikannya yang memfitnah dia sampai dia harus dikurung di penjara di negeri orang.

Jadi sungguh benar apa yang termaktub di Kitabullah Zabur 62:11-12, yang bermaksud,

Satu kali Allah berfirman, dua ilmu aku dapatkan, iaitu, kekuatan daripada Allah asalnya dan pertolongan terus-menerus yang penuh ni’mat juga daripada Allah asalnya.

Kata “Ar Razzaq” memang tidak ada di Kitab-Kitab Allah dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani. Namun bahawa Allah Maha Pemberi Pertolongan atau Rezeki atau Maha Mencukupi, hal itu memang diakui oleh semua Kitab-Kitab Allah itu. Kitab Taurat menyebutkan bahawa selama 40 tahun Tuhan Allah menurunkan al-ma’idah, ertinya, makanan yang langsung dari langit untuk Bani Isra’il yang sedang dalam perjalanan keluar dari Negeri Fir’aun yang zalim.

Di sebutkan di Kitab Taurat Surah Al-Khuruj (Keluaran) bab16 dan Kitab Al-Qur’an Surah Al A’raf [7]:160 bahawa Tuhan Allah mengizinkan Bani Isra’il setiap hari mengambil al-ma’idah, ertinya, makanan yang langsung turun dari langit dalam wujud mann dan salwa, kecuali pada hari ke-7 dilarang. Hari ke-7 dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani adalah  שַׁבָּת‎‎ /sabbath/, Bahasa Arab Qur’an  السَّبْتِ /sabt/, Bahasa Melayu, Sabtu.

Kerana hari ke-7 adalah hari yang dikhususkan oleh Kitab Taurat untuk Tuhan Allah. Di dalam Al-Quran Surah Al Baqarah [2]:65 disebutkan bahawa apabila orang melanggar larangan pada hari ke-7 itu, oleh Allah, orang itu diazab menjadi kera yang hina. Ertinya, melanggar larangan pada hari ke-7 dapat menyebabkan diazab Allah.

Dan, kerana pertolongan Allah, Bani Isra’il boleh tiba dan tinggal di Tanah Kanahan, suatu tempat yang, kerana Allah, adalah tempat yang penuh dengan “kolam susu dan kolam madu.” Termaktub di Kitab Taurat Surah At-Tasyniyati (Ulangan) 31:20. Namun, Bani Isra’il justeru menjadi kufur ni’mat, bukannya bersyukur atas ni’mat kemurahan Allah kepada mereka. Kerana mereka menjadi kufur ni’mat, kebuluran, diizinkan Allah, datang kembali.

Sampai-sampai Nabiullah Amuus meratapi kedegilan umatnya, iaitu, Bani Isra’il. Nabiullah Amuus penuh keprihatinan atas umatnya, Bani Isra’il, yang mengeraskan hati dan menjadi tegar itu. Nabiullah Amuus menyampaikan firman Allah kepada umatnya, iaitu, Bani Isra’il. Begini maksud firmanNya.

Akulah yang mendatangkan kebuluran kepada semua kota kamu, tetapi kamu tidak kembali kepada-Ku.

Termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Amus 4:6.

Diberi makanan memang merupakan salah satu wujud rezeqi. Namun, kalau kita kufur ni’mat atau tidak mensyukurinya dan tidak bersyukur kepada Allah Sang Pemberi, rezeqi boleh jadi menimbulkan azab Allah, akhirnya.

Ratusan tahun sebelumnya, Sayidina Musa pernah menyampaikan firman Allah di Kitab Taurat Surah At-Tasyniyati (Ulangan) 8:3 bahawa …

“manusia tidak hidup dengan makanan untuk mengisi perut sahaja, melainkan manusia juga harus hidup dengan tiap-tiap firman Allah.”

Ratusan tahun setelah sepeninggalnya Sayidina Musa, Sayidina Isa kembali mengingatkan di Kitab Injil Surah Matta (Matius) 4:4 bahawa …

“manusia tidak hidup dengan makanan untuk mengisi perut sahaja, melainkan manusia juga harus hidup dengan tiap-tiap firman Allah.”

Namun mengapa ketika Sayidina Isa mengajar apa erti doa yang sesungguhnya, Sayidina Isa justeru menyuruh siapa sahaja yang adalah umat Kerajaan Allah untuk memohon kepada Allah agar apabila mereka diberi kesempatan untuk hidup satu hari oleh Allah, semoga juga, oleh Allah, mereka diberi makanan untuk satu hari itu?

Termaktub di Kitabullah Injil Surah Matta (Matius) 6:11 tarjamah Bahasa Arab

خُبْزَنَا كَفَافَنَا أَعْطِنَا الْيَوْمَ,

yang bermaksud,

“Berilah makanan kami untuk hari ini.”

Kepada siapa sahaja yang rela menjadi jongos-jongos yang takzim dan ta’at kepada Sayidina Isa, oleh Sayidina Isa, mereka diberi nasihat untuk dengan sungguh-sungguh meminta ampunan daripada Allah bak pekerja meminta bayaran daripada majikannya, dan mereka pun sekaligus harus selalu memberi ampunan kepada orang yang sangat memohon ampunan daripada mereka.

Matius 6:12 …

وَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا كَمَا نَغْفِرُ نَحْنُ أَيْضاً لِلْمُذْنِبِينَ إِلَيْنَا,

yang bermaksud,

“Ampunkanlah kesalahan kami sebagaimana kami mengampuni mereka yang bersalah terhadap kami.”

Jawabannya adalah kerana Sayidina Isa bersabda di Kitab Injil Surah Yahya ayat 6:48 …

أَنَا هُوَ خُبْزُ الْحَيَاةِ,

yang bermaksud,

“Akulah makanan kehidupan.”

Dengan kata lain, Sayidina Isa rezeki kehidupan.

Semoga sabda Sayidina Isa itu menjadi ilmu yang masuk bukan hanya lewat lubang yang bernama mulut sahaja, tapi melalui banyak lubang yang diciptakan Allah untuk masuknya ilmu.

Izin Allah itu sungguh luas dan tidak dapat dibatasi oleh logika manusia …

  • Dengan izin Allah, oleh Sayidina Isa, tanah ditiup, seketika itu pula, tanah itu menjadi burung!
  • Dengan izin Allah, oleh Sayidina Isa, orang buta sejak lahir, disembuhkan!
  • Dengan izin Allah, oleh Sayidina Isa, orang sopak yang berpenyakit kulit yang berbelang-belang putih sekujur badannya disembuhkan!
  • Dengan izin Allah, oleh Sayidina Isa, orangmati dihidupkan.
  • Dengan izin Allah, apa yang dimakan manusia dan apa yang disimpan manusia, Nabi Isa tahu.

Itu semua termaktub di Kitab Al-Qur’an Surah Ali Imran [3]:49. Izin Allah itu sungguh luas dan tidak dapat dibatasi oleh logika manusia.

Sayidina Isa pernah berkata di Kitab Injil Surah Matta (Matius) 19:24 yang maksudnya,

“Adalah lebih mudah bagi seekor unta memasuki lubang jarum, daripada bagi orang ahli duniawi yang merasa kaya-raya masuk syurganya Allah.”

Sayidina Isa bersabda di Kitab Injil Surah Yahya ayat 6:48 …

أَنَا هُوَ خُبْزُ الْحَيَاةِ,

yang bermaksud,

“Akulah makanan kehidupan.”

Semoga sabda Sayidina Isa itu menjadi ilmu yang masuk bukan hanya lewat lobang yang bernama mulut sahaja, tapi melalui banyak lobang yang diizinkan Allah untuk masuknya ilmu yang manfa’at.

Sayidina Isa bersabda yang termaktub di Kitab Injil Surah Matta (Matius) 6:31-32 ..

31 فَلاَ تَقْلَقُوا وَتَقُولُوا: مَاذَا نَأْكُلُ؟ أَوْ: مَاذَا نَشْرَبُ؟ أَوْ: مَاذَا نَلْبَسُ؟

32 كُلُّ هَذِهِ الأُمُورِ يَجْرِي وَرَاءَهَا أَهْلُ الدُّنْيَا، وَأَبُوكُمُ السَّمَائِيُّ يَعْلَمُ أَنَّكُمْ تَحْتَاجُونَ إِلَيْهَا كُلِّهَا.

yang bermaksud,

Jangan runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu. Kerunsingan ini dialami oleh orang yang tidak mengenal Allah. Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang di syurga tahu bahawa kamu memerlukan semua itu

Senada dengan apa yang disabdakan Sayidina Isa di Kitab Injil, Kitab Qur’an menyatakan di Surah Al-A’raf [7]:40-42.

إِنَّ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآيَاتِنَا وَاسْتَكْبَرُوا عَنْهَا لَا تُفَتَّحُ لَهُمْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ وَلَا يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّىٰ يَلِجَ الْجَمَلُ فِي سَمِّ الْخِيَاطِ ۚ وَكَذَٰلِكَ نَجْزِي الْمُجْرِمِينَ ٤٠

yang bermaksud,

Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat (tanda-tanda) Kami dan yang angkuh daripada mematuhinya, tidak sekali-kali akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan mereka tidak akan masuk Syurga sehingga unta masuk di lubang jarum dan demikianlah Kami membalas orang-orang yang melakukan kesalahan

Makanan ialah rezeki lewat mulut.

Isa itu rezeki.

Isa lewat lobang-lobang yang diizinkan Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago