Categories: Article

Ya Samī’

السميع

Yang Maha Mendengar.

سَمِيع (samī’) ertinya mendengar atau dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani

 (shama).

Bahasa Bani Isra’il dan Bahasa Arab memiliki kesamaan kata untuk kata “mendengar.”

Hanya dalam Bahasa Bani Isra’il dimulai dengan konsonan /sh/ (shama).

Dalam Bahasa Arab dimulai dengan konsonan /s/ سَمِيع (samī’).

Dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil terdapat banyak ibarat yang mengibaratkan kemahakuasaan ilahi bagaikan pancaindera manusia.  Contohnya, Allah adalah ilah yang mendengar.  Termaktub dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, putera Nabi Ibrahim dari Siti Hajar diberi nama (Ishmael).

Al-Qur’an menyebutnya إِسْمَعِيل (Ismail).

ISMA’ ertinya mendengar.

EL ertinya ilah atau Tuhan.

Jadi Ishmael ertinya Tuhan Mendengar.

Mengibaratkan bahawa Tuhan mendengar bak manusia bukanlah satu-satunya ibarat perihal Tuhan.

Ada asma Allah yakni Al-BAṢĪR, yang ertinya Allah Maha Melihat.

Bagaikan manusia, Allah pun melihat.

Dalam Kitabullah Taurat surah At Takwin (Kejadian) 8:21 dan 32:25 disebutkan bahawa Allah diibaratkan dapat membaui dan dapat menyentuh. Orang yang tidak menyadari bahawa itu semua hanyalah ibarat akan bertanya-tanya apakah Allah memiliki telinga, mata, hidung, tangan bak manusia, padahal Allah tidak dapat diperbandingkan dengan manusia.

Semua Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an sering menggunakan ibarat.

Termaktub di Qur’an Surah Al Baqarah [2]:26, yang bermaksud,

Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir pula maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;

Dibandingkan dengan ahli-ahli Taurat, Zabur dan Injil, para ahli fiqh Islam dan teolog-teolog Islam moden cenderung merasa pelik mengenai ayat-ayat yang jelas-jelas mengibaratkan Allah bak manusia.

Al-Qur’an juga mengibaratkan Allah bak manusia, namun Al-Qur’an lebih dahulu memberi tahukan,

“Tiada sesuatupun yang sebanding dengan Allah, namun Dia lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat.”

Jadi memang bak manusia, Allah mendengar dan melihat, namun Allah tidak dapat dibayangkan sama dengan manusia. Termaktub di QS As Syūrā [42]:11.

QS Al Baqarah [2]:255, Yūnus [10]:3, Barā’ah [9]:129 bercerita tentang Kursi Allah  كُرْسِيُّهُ (kursiyyuhu) seolah-olah Allah duduk di kursi bak manusia.

QS Tā Hā [20]:39, Hūd [11]:37 bercerita tentang mata Allah عَيْنِىٓ (‘ainī) seolah-olah Allah bermata.

QS Al Baqarah [2]:272 bercerita tentang Wajah Allah وَجْهِ ٱللَّهِ (wajhillah) seolah-olah Allah berwajah.

QS Ḥadīd [57]:29 bercerita tentang يَدِ ٱللَّه yadillah (tangan Allah) seolah-olah Allah bertangan.

QS Az Zumar [39]:67 bercerita tentang  يَمِينِهِ yamīnihi (genggaman Allah) seolah-olah Allah memiliki genggaman tangan.

Tuhan Allah hadir di mana-mana tempat dan situasi. Itu disebutkan di Qur’an Surah Al Baqarah [2]:115,

وَلِلَّهِ ٱلْمَشْرِقُ وَٱلْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا۟ فَثَمَّ وَجْهُ ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ

Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu arahkan diri (ke kiblat untuk mengadap Allah) maka di situlah arah yang diredhai Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.

Tuhan Allah berkuasa di mana sahaja. Di manapun Tuhan Allah ada. Banyak orang meyakini bahawa Tuhan Allah ada di mana-mana. Namun ada pula sebahagian orang, baik Muslim atau non Muslim, meyakini bahawa Tuhan al-ilah itu suci dan tidak mungkin berada di sembarang tempat. Mereka menyakini Tuhan Allah itu di atas, di tempat yang maha tinggi.

Mereka yang meyakini bahawa Tuhan Allah itu transcendent atau  tak terjangkau oleh alam pikir manusia pasti suka belajar di pondok pesantren atau ma’had mengenai ilmu-ilmu syariah atau hukum-hukum dan peraturan-peraturan daripada Tuhan Allah.

Namun ada pula orang-orang yang merasa bahawa Tuhan Allah itu sungguh dekat dengan manusia. Orang macam itu suka mengutip ayat dalam Qur’an Surah Qāf [50]:16,

 وَلَقَدْ خَلَقْنَا ٱلْإِنسَٰنَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِۦ نَفْسُهُۥ ۖ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ ٱلْوَرِيدِ

Yang bermaksud,

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mencipta manusia dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, sedang Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya

Mereka merasa bahawa mereka dapat merasakan Allah dan dapat melihat Allah dan dapat mendengar Allah. Orang macam itu pasti suka belajar tasawuf atau sufi. Mereka pasti suka mengamalkan ilmu tenaga dalam dan pencak silat.

Di dalam Kitab-Kitab Allah macam Kitabul Anbiya’ Surah Ayub, Surah Amsal Nabi Sulaiman dan Kitab Zabur terdapat banyak sekali ibarat yang mengibaratkan Allah itu bak manusia.

Nabi Ayub menyatakan di dalam Kitabul Anbiya’ Surah Ayub 42:5 yang bermaksud,

“Ya Allah, dahulu aku hanya mendengar tentang Engkau, tetapi kini aku sendiri melihat Engkau, ya Allah.”

Ibarat ini bercerita seolah-olah Allah dapat dilihat.

Nabi Daud sering menyatakan di dalam Kitabullah Zabur 71:2-3 yang bermaksud,

Ya Allah, dengarlah rayuanku, dan selamatkan aku.

Jadilah batu pejal perlindunganku yang perkasa, tempat aku bernaung setiap waktu.

Ibarat ini bercerita seolah-olah Allah bertelinga.

Nabi Daniyal adalah orang Bani Isra’il di Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem yang mengungsi ke negeri orang-orang yang tidak berkhatan. Di tempat pengungsian itu, Nabi Daniyal terus mendirikan tselota atau solat dan berkiblat ke Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem. Oleh raja bangsa tidak berkhatan, Nabi Daniyal dihukum mati kerana Nabi Daniyal mendirikan solat bersujud menyembah Allah walau di tempat orang-orang yang tidak berkhatan sekalipun.

Dengan menghadap kiblat ke Tanah Suci Al-Qudsi Yerusalem, Nabi Daniyal memanjatkan doa yang berbunyi,

Dengarkanlah kami, ya Allah; pandanglah kami, dan lihatlah kesusahan kami. Lihatlah penderitaan kota yang disebut dengan nama-Mu … Dengarkanlah kami, ya Allah.

Kitabula Anbiya’ Surah Daniyal 9:18-19.

Ibarat ini bercerita seolah-olah Allah bermata dan bertelinga.

Termaktub di Kitabullah Injil Surah Matta (Matius) 13:14-15, Sayidina Isa yang disebut Putera Insan atau Bani Adam suka bercerita lewat pantun dan ibarat kepada orang-orang di zamannya. Pada suatu hari, Bani Adam yang bernama Isa bercerita lewat pantun atau ibarat tentang kisah seorang petani penabur benih. Namun orang-orang yang mengikut Isa itu memohon kepada Isa untuk menjelaskan apa makna ibaratnya itu.

Lalu Sayidina Isa mengutip apa yang termaktub di Kitabullah Al-Anbiya’ Surah Isya’ya 6:9 dan Zakharia 7:11.

Nabi Isa melantunkan ayat-ayat Allah di Kitabul Anbiya’ itu.

14 تَسْمَعُونَ وَتَسْمَعُونَ وَلاَ تَفْهَمُونَ. وَتَنْظُرُونَ وَتَنْظُرُونَ وَلاَ تَرَوْنَ.

15 لأَنَّ قَلْبَ هَذَا الشَّعْبِ تَحَجَّرَ، وَآذَانَهُمْ ثَقُلَتْ عَنِ السَّمْعِ، وَأَغْمَضُوا عُيُونَهُمْ،

14‘ “Kamu terus mendengar tetapi tidak mengerti; kamu akan terus melihat tetapi tidak mengetahui.

15 Kerana hati umat ini telah buntu, mereka pekakkan telinga, dan pejamkan mata.

Termaktub di Kitabullah Injil Surah Matta (Matius) 13:14-15.

Ibarat ini bercerita seolah-olah Allah dapat didengar secara langsung dan dapat dilihat secara jelas.

Oleh kerana itu, ada nasihat di dalam Kitab Injil Surah Ya’qub 1:22,

22 اِعْمَلُوا بِالْكَلِمَةِ، لا تَكْتَفُوا بِسَمَاعِهَا فَقَطْ وَإِلا خَدَعْتُمْ أَنْفُسَكُمْ.

Amalkanlah apa yang disabdakan Allah, jangan hanya didengar sahaja.

Munajat:

Ya Ilahi Yang Maha Mendengar, dengarkanlah segala rintihan permohonan hamba, termasuk yang tak terucapkan.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago