التواب
Maha Penerima Taubat;
iaitu memberikan pertolongan kepada orang-orang untuk bertaubat lalu Allah akan menerimanya.
At-Tawwāb adalah salah satu daripada asma-ul husna.
Secara bahasa, At-Tawwāb adalah kata Bahasa Arab yang memiliki kaitan dengan kata dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani Suryani. Apabila kita memahami kaitannya dengan Bahasa Bani Isra’il Ibrani Suryani, kita akan lebih memahami definisi At-Tawwāb yang bererti,
‘Yang Ilahi yang memberikan pertolongan untuk bertaubat diterima kembali oleh Yang Ilahi.’
Kitab Taurat Zabur dan Injil dan Quran tidak segan-segan menyatakan bahawa Yang Ilahi pun juga tidak segan bertaubat. Bertaubat dalam erti mengurungkan niyat untuk mengazab. Ya, Allah memang sering mengurungkan kehendak-Nya untuk mengazab dengan tujuan agar diterima kembali oleh Yang Ilahi.
Dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil disebutkan …
/yinnachem yh/,
‘Allah mengurungkan dan menyadari dan bertimbangrasa dengan penuh keperihatinan agar diterima kembali oleh Yang Ilahi.’
Itulah pantun bahasa ungkapan untuk mengungkapkan kesabaran ilahi. ‘SABAR’ itulah sebenarnya definisi ‘bertaubat.’
Pada zaman dahulu, orang-orang Bani Isra’il menyembah patung lembu yang terbuat dari emas. Allah mengetahui makhluk-Nya menyembah patung lembu emas itu, namun Allah tidak langsung marah kepada orang-orang Bani Isra’il yang membuat berhala patung lembu dari emas untuk disembah itu. Allah masih bersabar.
Walau Allah mengetahui umat-Nya menyembah berhala, Allah tidak langsung marah. Allah tidak langsung mengazab orang-orang Bani Isra’il penyembah-penyembah berhala itu. Allah menyadari dan bertimbang rasa dengan penuh keperihatinan. Allah tidak langsung mengazab orang-orang Bani Isra’il penyembah-penyembah berhala patung lembu emas itu, Allah menangguhkan azab-Nya.
Itulah maksudnya Allah bertaubat. Dengan sabar, Allah masih mahu menunggu Musa dan Harun kerana Musa dan Harun masih ingin membuktikan bahawa masih ada orang-orang di antara Bani Isra’il yang masih beriman kepada Allah. (Kitab Taurat Surah al-Khuruj [Keluaran] 32:14).
Allah bertaubat. Maksudnya, kesabaran Allah tidak ada batasnya. Dari ufuk ke ufuk. Dari ufuk timur sampai ke ufuk barat. Di sisi Tuhan satu hari serupa seribu tahun.
Disebutkan dalam QS Hūd 11:8 …
أَخَّرْنَا /akhkharnā/
yang bermaksud …
‘Allah menanggguhkan atau mengurungkan.’
Itulah pantun bahasa ungkapan untuk mengungkapkan kesabaran ilahi. MAHA SABAR itulah bukti bahawa Allah pun bertaubat.
Dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil bahkan disebutkan …
/yinnachem yh/
yang bermaksud …
“Allah menyadari dan bertimbangrasa dan penuh keperihatinan, oleh kerana itu Allah mengurungkan azab-Nya.”
Disebutkan dalam Suhuf Hazkiya [Yehezkiel] 18:30, Yeremia 26:3 dan seterusnya …
/yh shuvu/
yang juga bermaksud …
‘Allah mengurungkan dan menyadari dan bertimbangrasa dengan penuh keperihatinan.’
Di suhuf itu, manusia pun juga diperintahkan Yang Ilahi untuk mengurungkan niyat buruknya untuk bergelimang dengan salah dan lupa dan kekhilafan. Urungkan niyat buruk untuk bersalah-salah. Urungkan niyat buruk untuk berlupa-lupa. Urungkan niyat buruk untuk berkhilaf-khilaf. Urungkan niyat buruk untuk berasyik-asyik.
Manusia pun diperintahkan untuk …
/hashivu kol pish’ekhem/
‘mengurungkan segala macam niat buruknya demi untuk menuruti nafsu haiwannya.’
Apabila manusia bertaubat atau …
‘mengurungkan segala macam niat buruknya dan mengurungkan menuruti nafsu haiwannya,’
maka Allah pun akan bertaubat dan mengurungkan dan menyadari dan bertimbangrasa dengan penuh keperihatinan kepada manusia yang insyaf menyadari dan mengurungkan segala macam kehendak nafsu haiwannya itu.
At-Tawwāb memang tidak termaktub di Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Namun ada dua kata dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani yang hampir mirip dengan At-Tawwāb, iaitu …
/shawb/ ‘menyadari dan mengurungkan niyat, dan insyaf, bertaubat’
Itulah sifat-sifat Yang Ilahi di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil. Sifat-sifat itulah yang ada di dalam At-Tawwāb, Maha Penerima Taubat, iaitu memberikan pertolongan untuk bertaubat diterima kembali oleh Yang Ilahi …
- Yang Ilahi itu Maha Penerima Taubat, bahkan taubat-Nya sendiri. Itulah sifat sifat baik dan sabarnya Yang Ilahi.
- Yang Ilahi Maha Menyadari dan Maha Mengurungkan Niyat.
- Yang Ilahi mahu menanggguhkan atau mengurungkan. Itulah sifat baik dan sabarnya Yang Ilahi.
Dalam tamadun masyarakat Barat, sifat Yang Ilahi yang baik disebut GOOD. Orang-orang di tamadun Barat menyebut nama Yang Ilahi sesuai dengan sifat-Nya yang GOOD. Oleh kerana sifat-Nya yang GOOD itu, orang-orang di tamadun Barat menyebut nama daripada Yang Ilahi itu adalah GOD.
Dalam tamadun Barat, sifat-sifat baik daripada Yang Ilahi digunakan juga sebagai nama-nama Yang Ilahi. Demikian juga dalam tamadun Timur Tengah, Bani Isra’il-Suryani-Arab, sifat-sifat baik daripada Yang Ilahi digunakan juga sebagai nama-nama Yang Ilahi.
Di dalam Kitab Taurat Surah at-Takwin [Kejadian] 1:4 disebutkan bahawa semua makhluk yang dicipta oleh Yang Ilahi adalah dalam keadaan …
atau, ‘good’ dalam Bahasa Inggris.
Kitab Injil Surah 3 Yahya 1:11 menasihati kita untuk selalu …
/tawb/ “meneladani kelakuan yang baik dan sabar.”
Dalam Kitab-Kitab Allah, kata ‘baik, sabar’ berulang-ulang kali disebut. Dalam Bahasa Inggris kata itu adalah GOOD.
Dalam Kitab Zabur 34:8 disebutkan bahawa Yang Ilahi bersifat baik dan layak untuk dipercaya. Dan disebutkan di Kitab Zabur 34:10,12,14 bahawa barangsiapa yang pasrah kepada Yang Ilahi tidak akan kekurangan sesuatu yang baik dan hidup mereka sungguh penuh ni’mat setiap hari dan umur mereka panjang dan mereka selalu melakukan kebaikan, mencari dan memburu kedamaian.
Sayidina Isa pernah memiliki kesempatan mengajar seorang alim ulama mengenai Yang Ilahi yang bersifat baik dan sabar.
Namun ketika Sayidina Isa menyuruh alim ulama itu untuk menjual seluruh harta yang dimiliki alim ulama itu untuk disedekahkan kepada fakir miskin, alim ulama itu memilih lebih cinta hartanya dan tidak peduli dengan sifat Yang Ilahi yang baik.
Alim ulama itu kemudian pergi menjauhi Yang Ilahi yang baik itu. Alim ulama itu lebih memilih mencintai hartanya.
Alim ulama itu tidak mahu menyadari hakikat Allah yang baik. Alim ulama itu tidak mahu bertimbangrasa dan tidak ada rasa keprihatinanpun. Alim ulama itu tidak mahu mengurungkan niyatnya untuk selalu mencintai hartanya. Dengan begitu, alim ulama itu menjauhi Yang Ilahi Yang Maha Baik.
‘menyadari dan mengurungkan niyat, insyaf, bertaubat’
… adalah kata yang amat mustahak dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil.
Itulah pesan utama ketika Sayidina Isa memulai dakwahnya kepada masyarakat.
تُوبُوا لأَنَّ اللهَ أَوْشَك أَنْ يُقِيمَ مَمْلَكَتَهُ
yang bermaksud,
“Bertaubatlah kerana Kerajaan syurga hampir tiba!”
(Kitab Injil Matta [Matius] 3:2.)
Butrus al-Hawari, Bulus al-Hawari, Yahya al-Hawari semuanya berdakwah kepada masyarakat Asia Kecil. Dalam dakwah mereka, mereka mengajak masyarakat untuk ‘bertaubat’ …
- Kisah Hawariyyun 2:38; 17:30,
- Ru’ya [Wahyu] 2:5; 3:19.
Dalam Kitab-Kitab Allah yang berbahasa Ibrani-Suryani, nabi-nabiullah dalam dakwah mereka mengajak masyarakat untuk bertaubat taubatan nazuha. Nabi-nabiullah iaitu, Husyia, Amus, dan Irmiya, mengajak masyarakat untuk mengurungkan menuruti nafsu dan kemudian menjadi berserah kembali kepada kehendak Yang Ilahi …
- Suhuf Husyia 7:10,
- Suhuf Amus 4:6,
- Suhuf Irmiya 3:7.
Disebutkan dalam Kitab al-Anbiya’ 1 Shomu’il 15:29 bahawa Yang Ilahi pun dapat menjadi insyaf dan bertaubat, dalam erti, menangguhkan atau mengurungkan kehendak-Nya. Di situ terjadi perbezaan pandangan antara Raja Syawul dan Nabi Shomu’il. Berbeza dengan Raja Syawul yang masih berharap Yang Ilahi mahu menyadari dan mahu bertimbang rasa dan tidak langsung mengazabnya, sebaliknya Nabi Shomu’il berpandangan bahawa Yang Ilahi bukanlah manusia yang berubah-ubah dan tidak akan pernah menangguhkan dan mengurungkan kehendak-Nya.
Raja Syawul yakin pada kesabaran Ilahi.
Sesungguhnya Yang Ilahi memang sering menangguhkan dan mengurungkan kehendak-Nya. Yang Ilahi menangguhkan dan mengurungkan azab-Nya. Pernah, ketika mendengar syafa’at permohonan Nabi Nuh, Yang Ilahi akhirnya menjadi menyadari dan bertimbang rasa dan penuh keperihatinan dan akhirnya menangguhkan dan mengurungkan azab-Nya. Demikian pula ketika mendengar syafa’at permohonan Nabi Yunus, Nabi Daniyal, Yang Ilahi menangguhkan dan mengurungkan azab-Nya. (Kitab Taurat Surah at-Takwin [Kejadian] 6:7, al-Anbiya’ Surah Yunus 3:9, Surah Daniyal 9:6.)
Nabi Zakharia menyampaikan sabda Ilahi,
“Tetapi sekarang Aku berfirman kepada kamu, kata Allah, “Kembalilah kepada-Ku, maka Aku juga akan kembali kepada kamu.”
Jadi manusia wajib mengurungkan keinginan nafsunya dan kembali kepada apa yang sudah dikehendaki Yang Ilahi. (Suhuf Nabi Zakharia 1:3.)
Di dalam Al-Qur’an ada dua contoh penggunaan At-Tawwāb untuk menyebut Yang Ilahi iaitu di Surah al-Baqarah [2]:37 dan 54, di mana, oleh penterjemah Al-Quran Abdullah Yusuf Ali ke dalam Bahasa Inggris, At-Tawwāb diterjemahkan …
‘oft-returning’
(Yang Maha Mengurungkan atau Maha Menangguhkan Kehendak).
Dan dalam Quran juga ada surah yang namanya berakar kata sama At-Tawwāb, iaitu Surah at-Taubah [9].
Yang Ilahi menerima taubat daripada barangsiapa sahaja yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa sahaja yang ragu-ragu dan bimbang dalam hatinya kepada Yang Ilahi, janji, mereka akhirnya merasa hancur dan bertaubat nazuha, Allah pasti akan menerima taubat mereka. (QS at-Taubah [9]:27 dan 110.)
Surah at-Taubah menyerang orang-orang Yahudi dan orang-orang Kristian munafik atas dosa syirik, mengutamakan apapun selain Yang Ilahi. Mereka membuang Yang Ilahi. Mereka justeru mengutamakan apapun asalkan menyukakan nafsu mereka. Sesungguhnya mereka tidak beriman kepada Yang Ilahi. Mereka membuang Yang Ilahi dan mengutamakan nafsu mereka. (QS at-Taubah [9]:30 dan 31.)
Mengutamakan apapun selain Yang Ilahi adalah syirik. Itu bererti menduakan Yang Ilahi. Tanpa pandang bulu, barangsiapa melakukan syirik akan diazab oleh Allah dengan sebesar-besarnya azab. (Qur’an Surah al-Bayyinah [98]:6.)
Munajad:
FirmanMu, wahai Yang Ilahi, yang penuh dengan kesabaran dan penuh dengan sifat mengurungkan atau menangguhkan azab adalah sungguh menjadi penyebab hamba menjadi penuh dengan kelegaan.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |