Maha Pencinta / Maha Menyayangi;
iaitu yang menginginkan segala kebaikan untuk seluruh hambaNya dan juga berbuat baik pada mereka itu dalam segala hal dan keadaan.
Tuhan Allah bersifat penuh kasih sayang kepada setiap makhluk-Nya. Nama Allah adalah Maha Pencinta. Penuh dengan kasih mesra. Cinta daripada Yang Maha Besar dan Yang Maha Pemurah itu sungguh amat melegakan dan menakjubkan. Nama Allah adalah Maha Pencinta.
Maha Kasih. Itulah memang salah satu daripada 99 Nama Allah. Dalam Tamadun Semitik atau Peradaban Asia Timur Tengah Bani Isra’il, Suryani, dan Arab ada dua cara ketika bercerita tentang Cinta. Cinta Aktif dan Cinta Pasif.
اَلْوَدُوْد / al-wadūd,
adalah Bahasa Arab, ertinya,
pencinta.
Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani adalah,
atau
Ertinya ‘pecinta.’
Di dalam Quran, wadūd memang bukanlah yang paling sering dipakai ketika berbicara tentang cinta. Terjemahan Bahasa Arab Kitab Taurat Zabur Injil pun juga tidak sering memakai kata wadūd untuk cinta.
أَحَبَّ / ahab,
lebih sering dipakai orang-orang Arab Kristian.
Terjemahan Bahasa Arab Kitab Injil Surah Yahya 3:16 memakai kata ‘ahab.’
أَحَبَّ اللهُ كُلَّ النَّاسِ
(aḥabballahu kullannās),
yang bermakna,
“Allah begitu mengasihi umat manusia tanpa pandang bulu.“
Quran memakai ahab untuk menyatakan bahawa Allah mencintai hanya orang-orang yang berbuat baik sahaja,
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
Allah tidak mencintai orang yang zalim,
وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الظَّالِمِينَ
QS Alī Imrān [3]:57.
Ahli tasawuf dari Persia yang bernama Jalaluddin Rumi yang meninggal di tahun 1273 seringkali berbicara perihal cinta dalam banyak karya-karyanya mengenai ruhani Islam atau tasawuf Islam. Jalaluddin Rumi menyatakan bahawa cinta itu bukan hanya untuk diterima sahaja namun juga syahwat untuk diungkapkan. Menurut Jalaluddin Rumi, Allah pernah berfirman,
“Syahwat Ku adalah Aku paling suka dikenal, oleh kerana itulah Aku menciptakan segala makhluk, kerana Aku paling suka dikenal.”
Jalaluddin Rumi menyatakan bahawa sifat-sifat Allah dapat dirasakan dalam kehidupan hamba-hamba Allah. Namun segala macam manusiapun, menurut Jalaluddin Rumi, juga berusaha bersifat seperti sifat-sifatnya Allah, walau terkesan hanya meniru-niru sifat-sifatnya Allah tersebut. Semua 99 sifat-sifat Allah dalam Asmaul Husna dapat diteladani oleh segala macam manusia tanpa pandang bulu.
Nama al-wadūd yang bererti Maha Pencinta ini banyak disebutkan di dalam suhuf-suhuf Zabur. Al-wadūd Maha Pencinta lebih terkesan diam dan pasif dan hanya menikmati keadaan dengan tenang dan lemah lembut dan kelihatannya memang pasif tidak berbuat apa-apa dalam bercinta. Al-wadūd boleh dikata sebagai cinta yang bersifat pasif, malu-malu kucing, jinak-jinak merpati.
Lain dengan …
cinta aktif yang dibuktikan dan diungkapkan dengan perbuatan aktif dan menjolok mata.
Kitab Taurat Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il dan Bahasa Suryani memang penuh cinta aktif atau yang dalam bahasa Bani Isra’il Ibrani,
yang bermaksud cinta aktif.
Wadūd, yadid atau dawud, adalah ungkapan cinta yang jarang dipakai di dalam Kitab Taurat, Zabur Injil Bahasa Ibrani.
Tapi ketahuilah, wadūd, yadid atau dawud adalah Cinta Yang Dirindukan Jiwa (pantun di Zabur 84:2) dan adalah Yang Jelita atau Yang Tampan seperti yang dinyatakan di pantun Zabur 84 dan Yang Terkasih, Sayangku seperti di pantun Zabur 127:2.
Cinta itu adalah keadaan jiwa atau kerinduan jiwa atau, boleh dikata, syahwatnya jiwa, mahu diungkapkan secara menjolok mata, malu, jadi lebih baik diungkapkan dengan cara wadūd, yadid atau dawud, yakni, cinta pasif, pura-pura diam, malu-malu kucing, jinak-jinak burung merpati. Jadi tahu malulah! Kalau begitu, cinta harus diungkapkan secara tidak langsung yakni dengan perantaraan pantun dan puisi.
Raja Sulaiman terkenal memiliki banyak istri dan banyak selir atau gundik. Jadi beliau mengibaratkan kehakikian cinta ilahi pun juga unik. Dalam Suhuf Nabi Sulaiman Nasyiidil Ansyaadi [Kidung Agung] bab 2:ayat 8-14, Nabi Sulaiman menyampaikan kisah percintaan wanita dan lelaki sebagai ibarat atau pantun mengenai rasa cinta al-Khalik kepada makhluk-Nya.
Sebagai pantun yang mengibaratkan cinta ilahi kepada makhluk-Nya, dikisahkan ada pasangan bercinta yang masing-masing saling menyebut يَا حَبِيبَتِي yā ḥabībī (Wahai Kekasihku) dan يَا جَمِيلَتِي yā jamīlatī (Wahai Jelitaku).
Inilah pantun Nabi Sulaiman di dalam Zabur dan Suhuf al-Anbiya:
أَسْمَعُ صَوْتَ حَبِيبِي، اُنْظُرُوا! إِنَّهُ قَادِمٌ، يَطْفِرُ عَلَى الْجِبَالِ وَيَقْفِزُ عَلَى التِّلَالِ. حَبِيبِي هُوَ كَغَزَالٍ أَوْ إِيَّلٍ صَغِيرٍ
تَكَلَّمَ حَبِيبِي وَقَالَ لِي: ”قُومِي يَا حَبِيبَتِي، يَا جَمِيلَتِي، وَتَعَالَيْ مَعِي.
لِأَنَّ الشِّتَاءَ مَضَى، وَالْمَطَرَ انْتَهَى وَزَالَ.
الزُّهُورُ ظَهَرَتْ فِي الْأَرْضِ، حَانَ الْوَقْتُ لِلْغِنَاءِ، وَصَوْتُ الْيَمَامَةِ سُمِعَ فِي أَرْضِنَا.
التِّينَةُ أَخْرَجَتْ ثِمَارَهَا، وَالْكُرُومُ أَزْهَرَتْ وَفَاحَ عَبِيرُهَا، فَقُومِي يَا حَبِيبَتِي يَا جَمِيلَتِي وَتَعَالَيْ مَعِي.“
العريس
حَبِيبَتِي كَحَمَامَةٍ فِي شُقُوقِ الصَّخْرِ، وَفِي الْمَخَابِئِ عَلَى سَفْحِ الْجَبَلِ. أَرِينِي وَجْهَكِ، أَسْمِعِينِي صَوْتَكِ. لِأَنَّ صَوْتَكِ حُلْوٌ، وَوَجْهَكِ جَمِيلٌ.
حَبِيبِي لِي وَأَنَا لَهُ
Wanita …
8| Aku mendengar suara kekasihku. Dia lari kepadaku melalui bukit dan gunung.
9| Kekasihku seperti kijang; dia seperti anak rusa.
Lelaki …
10 | Marilah, hai sayangku, marilah jelitaku, marilah.
11 | Musim sejuk sudah berlalu; hujan pun sudah berhenti.
12 | Bunga di padang sudah mekar. Inilah masanya untuk menyanyi; bunyi tekukur terdengar di padang.
13 | Buah ara mula masak; pokok anggur semerbak harum bunganya. Marilah, hai sayangku, marilah jelitaku, marilah.
14 | Engkau seperti burung merpati yang bersembunyi di celah-celah bukit batu. Biarlah kulihat wajahmu yang cantik itu, biarlah kudengar suaramu yang merdu. Kekasihku kepunyaanku, dan aku kepunyaannya.
Nabi Dawud puteranya Nabi Sulaiman seringkali memakai ibarat ketika bercerita tentang cinta ilahi kepada makhluk-Nya. Mereka bahkan menyebut figure “paman” atau “saudara daripada bapa” yang mereka ibaratkan sebagai sumber cinta ilahi kepada makhluk-Nya. Ya benar, Paman atau Uncle adalah simbol adanya sumber cinta ilahi kepada makhluk-Nya. Inilah pantun Nabi Daud.
وتوَلَّى عَمُّ داوُدَ، وهوَ صاحِبُ حِكمَةٍ ودَهاءٍ ومَعرفةٍ، تَربـيةَ بَني المَلِكِ .
watawallā ‘ammu dāwud wa huwa ṣāḥibu ḥikmatin wa dahā’in wa ma’rifatin, tarbiyah banil malik
Bapa saudara Raja Daud, ialah seorang penasihat yang bijak dan terpelajar. Dia diberi tanggungjawab mendidik putera-putera raja.
(Akhbarilayyamil Awal [1 Tawarikh] 27:32.)
Bahasa Yunani adalah bahasa benua Eropa dan bahasa termustahak antar bangsa di Zaman Para Nabi pada Zaman Dahulu dan bahkan sampai sekarang masih menjadi bahasa termustahak di bidang sains. Bahasa Yunani adalah Bahasa Kitab Injil. Bahasa Yunani memiliki 3 kata yang ertinya cinta …
- ἔρως Éros
- ἀγάπη Agape
- φιλία Philía
Dalam Tamadun Yunani atau Kebudayaan Yunani atau Peradaban Yunani, Éros seringkali dianggap sebagai cinta erotik yang menaikkan syahwat. Kitab Injil jarang memakai Éros. Hanya satu kali disebut dalam Kitab Injil yaitu di Suhuf Ghalatiyah 6:14 yang bermaksud,
Tetapi aku sekali-kali tidak mahu bermegah dengan apapun, dunia telah disalib dihukum mati di depan mataku dan aku juga telah disalib atau dihukum mati di depan mata dunia. Aku tidak bersyahwat pada dunia, syahwatku pada dunia sudah dihukum mati salib kerana Almasih Isa sudah dihukum mati salib.
Begitulah ungkapan Bulus al-Hawari yang dahulu adalah orang yang paling bengis memusuhi Sayidina Isa dan Hawariyunnya, namun akhirnya insyaf dan akhirnya dia sendiri malah berbalik menjadi hawariyun penyokong setia Sayidina Isa.
Éros yang dipakai oleh Kitab Injil Bahasa Yunani. Kitab Injil Bahasa Yunani paling sering memakai Agape.
Dalam Bahasa Yunani, Agape adalah cinta yang mulia daripada Tuhan Yang Maha Mulia. agape seringkali dianggap sebagai cinta ilahi atau cinta yang paling mulia.
Kitab Injil Bahasa Yunani paling sering memakai Agape apabila berbicara mengenai cinta atau kasih. Contoh, Kitab Injil Surah Yahya 3:16 memakai Agape …
yang apabila dilafazkan, …
houtos gar agapesen ho theos ton kosmon,
yang bermaksud,
Allah begitu mengasihi umat manusia di dunia ini tanpa pandang bulu dan tanpa syarat,
sebab AGAPE adalah cinta mulia.
Disebutkan di dalam Kitab Injil berbahasa Yunani Surah 1 Yahya 4:8 …
yang bermaksud
Allah itu kasih.
Namun ketahuilah, dalam Peradaban Yunani, cinta mulia atau kasih mulia daripada manusia kepada sesama manusia pun juga dapat disebut Agape. Dalam puisi dan pantun Yunani, Agape juga bererti kasih secara umum.
Lihat Suhuf al-Hawari Surah Kūrintūs Awal (1 Kurintus) 13:1 dan seterusnya.
Philía ertinya juga cinta atau kasih. Dalam alam pikir Yunani, Philía ada di antara Éros cinta erotik dan Agape cinta mulia. Philía lebih mengenai kasih yang terjalin antar abang dan adik, atau kakak dan adik atau jalinan cinta dan kasih antar saudara atau cinta kasih persaudaraan. Philía lebih bersifat umum dan memang sudah sememangnya dan sudah sepatutnya. Apabila abang dan adik, kakak dan adik dan sebaliknya saling cinta dan saling kasih, hal itu memang sudah sememangnya dan sudah sepatutnya begitu lah.
Wadūd memiliki makna yang sama dengan Philía yakni cinta yang sudah sememangnya atau cinta yang sudah sepatutnya.
Di dalam Kitab Injil berbahasa Yunani, Philía yakni cinta yang sudah sememangnya atau cinta yang sudah sepatutnya memang amat dekat dengan Agape.
Lihat terjemahan Bahasa Melayu 2 Butrus (2 Petrus) 1:17 yang menjelaskan cinta bapa kepada anaknya dan 1 Butrus (1 Petrus) 3:8 yang bermaksud,
Sebagai kesimpulan, bersatu hatilah kamu semua, dan amalkan belas ihsan antara satu sama lain. Jalinkanlah kasih persaudaraan antaramu, dengan hati yang lembut dan adab sopan yang baik.
Suhuf al-Hawari Surah 1 Butrus (1 Petrus) 3:8 memberi nasihat kepada orang-orang hawariyyun yang berkhatan yang menjadi penyokong-penyokong setia Sayidina Isa secara tasawuf hakekah dan ma’rifat. Mereka dinasihati untuk tidak memutus tali silaturahmi dengan saudara-saudara mereka yang tetap menjalani hidup secara syariat. Nasihatnya adalah sebagai berikut:
yang bermaksud,
Pastikan kasih persaudaraan berkepanjangan.
(Termaktub di Suhuf al-Hawari Surah Ibrani 13:1 dan seterusnya.)
Munajat:
Sungguh hamba bersyukur dari awal hamba beriman kepada-Mu, ya Allah, melalui perantaraan Sayidina Isa Almasih-Mu, sungguh penuh rasanya syukurku kepada-Mu, ya Allah, karena hamba sekarang merasakan sendiri bahawa Engkau adalah sahabat yang penuh dengan Cinta. Engkau adalah Sahabat Yang Penuh dengan Kasih.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |