Ya Wahhab

ُاَلْوَهَّاب

Yang Maha Pemberi.

Keluarga Kerajaan penguasa Arab Saudi menganut faham Wahhabi yang suka membuat peraturan-peraturan masyarakat Muslim yang amat sangat ketat dan tidak memberi keleluasaan. Setiap orang yang lahir di Saudi selalu dimata-matai dan selalu diawasi gerak-geriknya. Barangsiapa yang non-muslim, apabila ingin melakukan ibadah, harus sembunyi-sembunyi, tidak diberi izin untuk melakukannya secara terang-terangan.

Di negeri Arab macam Jordan, Suriah, Iraq, Mesir, Lebanon, Palestin, Libya, Tunisia, bangunan gereja diperbolehkan ada. Tapi di Arab Saudi, bangunan gereja dilarang keras, tidak diperbolehkan ada.

Namun, seperti termaktub di Al-Qur’an Surah Al Hujurat [49]:13, kerana Allah mencipta manusia berbeza-beza jenis kelamin, bangsa, suku, bahasa dan bahkan ugama untuk lita’aarafuu saling mengenal dan saling beramah mesra, jadi pasti selalu ada banyak orang di sana tetap sahaja terus-menerus mengungkapkan iman dan ibadah mereka, namun dengan cara yang tidak menyolok mata, iaitu, dengan cara seperti seorang budak belian yang bernama Yusuf di zaman dahulu, yang, kerana Allah, bermanfaat kepada Raja Fira’un. Yusuf berasal dari kaum berkhatan Bani Isra’il, sedang Fir’aun majikannya adalah raja kaum tidak berkhatan. Jelas, keduanya memiliki budaya, kebiasaan dan faham ugama yang tidak sama yang sudah selazimnya saling menutup diri.

Namun Yusuf terus-menerus memberi segala puji kepada Tuhan al-Khaliq Yang Maha Mengatur.

Demikian pula Raja Fir’aun. Kita tidak boleh syu’udzon, tidak boleh berprasangka buruk.

Hal ini mengingatkan kita akan Firman Allah di Kitab Zabur 29:2, yang bermaksud,

Beri segala puji kepada Asma Allah yang mulia,

Sujudlah kepada Allah dengan berhiaskan kesucian!

Walau dalam keadaan apapun, kita kena beri segala puji kepada Asma Allah yang mulia, itu pesan dari Kitab-Kitab Allah sebelum Al-Qur’an dan demikian pula Kitab Al-Qur’an Surah Al Hajj [22]:40 juga menyatakan begitu, yang bermaksud:

Iaitu mereka yang diusir dari kampung halamannya dengan tidak berdasarkan sebarang alasan yang benar, (mereka diusir) semata-mata kerana mereka berkata: “Tuhan kami ialah Allah.” Dan kalaulah Allah tidak mendorong setengah manusia menentang pencerobohan setengahnya yang lain, nescaya runtuhlah tempat-tempat pertapaan serta gereja-gereja, dan tempat-tempat sembahyang (kaum Yahudi), dan juga masjid-masjid di mana di tempat-tempat itu semua sentiasa disebut nama Allah banyak-banyak padanya dan sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolongNya; sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa;

Kita kena terus memberi, memberi, dan memberi apabila kita memang ditakdirkan menjadi perantara pemberian Allah.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Kitab Taurat, Zabur dan Al-Anbiya’, kata ‘memberi‘ adalah  יָהַב /yahab/, dalam Bahasa Arab  َوَهَب /wahab/.

Ingatlah kisah Yusuf, seorang anak muda dari Bani Isra’il pada zaman dahulu yang dimasukkan sumur dan dijual sebagai budak belian ke Keraja’an Bangsa Tidak Berkhatan, iaitu, Kerajaan Raja Fir’aun yang tidak menyembah Allah tentunya. Namun Yusuf tidak berkeluh kesah meratapi nasibnya, tapi malah terus menyebut Asma Allah setiap saat di dalam kehidupan nya yang penuh dengan kesusahan dan kepelikan.

Sebelum masa kebuluran yang amat teruk melanda Kerajaan Fir’aun, Yusuf ditakdirkan Allah mengabdi kepada Raja Fir’aun di istana Raja Fir’aun sebagai perdana menteri Kerajaan Raja Fir’aun. Ketika itu Yusuf didatangi rakyat Raja Fir’aun yang menderita kebuluran yang amat teruk. Kerana mereka amat sangat kelaparan, mereka sungguh memohon kepada Yusuf, “Berilah kami makanan!”

Yusuf berjanji akan memberi mereka makanan dengan syarat mereka harus memberikan haiwan-haiwan ternak-ternak mereka kepada Yusuf. Kerana mereka sangat lapar, mereka memberikan lembu, kambing dan unta mereka kepada Yusuf, dan Yusuf memberi mereka makanan yang mereka amat sangat perlu di masa kebeluran itu.

Mereka ammat lega diberi makanan untuk menyambung hidup di masa kebuluran.

Dan ketika mereka kehabisan makanan lagi, mereka datang lagi kepada Yusuf untuk meminta makanan. Dan mereka berikan tanah mereka kepada Yusuf untuk ditukar dengan makanan dari Yusuf. Lalu, oleh Yusuf, seluruh tanah yang diberikan rakyat, oleh Yusuf, diberikan kepada Raja Fir’aun atasannya. Dan Yusuf memberi perintah kepada seluruh rakyat Raja Fir’aun agar seluruh tanah di wilayah Kerajaan Fir’aun, diberi bibit gandum agar tumbuh gandum agar mereka boleh berjaya mempunyai persediaan makanan untuk menghadapi kebuluran itu. Dan seluruh rakyat bergembira sekali diberi pemimpin yang arif dan bijaksana seperti Yusuf. Mereka semua tetap sejahtera di masa kebuluran itu. (Kejadian 47:15).

Dalam Kitab Al-Qur’an, ada surah yang bernama Surah Yusuf. Surah itu berisi kisah Yusuf. Kisah Yusuf di Surah Yusuf di Al-Qur’an pada dasarnya sama dengan kisah Yusuf di kitab sebelum Qur’an, iaitu, Kitab Taurat Surah At Takwin (Kejadian) bab 37-bab 50. Surah Yusuf di Al-Qur’an hanya menyatakan bahawa Yusuf memiliki banyak sekali tanah di Negeri Fir’aun.

Apa yang berlaku sehingga Yusuf memiliki banyak tanah, oleh Surah Yusuf di Al-Qur’an, tidak dijabarkan secara terperinci.

Al-Qur’an Surah Yusuf [12] ayat 56 hanya menyatakan,

yang bermaksud,

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa tanah; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.

Ingatlah pula seorang dari Bani Isra’il yang kena mengungsi keluar kampung halamannya kerana Tanah Suci Yerusalem Bani Isra’il diserang dan dihancurkan bangsa-bangsa yang zalim. Bani Isra’il itu bernama Daniyal. Daniyal sangat mengutamakan iman tauhid kepada Allah. Daniyal mengungsi ke Kerajaan Bangsa Tidak Berkhatan di mana rajanya adalah raja yang zalim yang bernama Nebukadnezar.

Di zaman moden seperti sekarang ini, negeri Raja Nebukadnezar itu terletak di sekarang Iraq dan Suriah. Walaupun Daniyal pengungsi yang miskin, namun Daniyal tak henti-hentinya memberi pujian kepada Allah yang disembahnya siang dan malam pada waktu-waktu solat seperti yang dia diberi didikan oleh masyarakatnya di Tanah Suci Yerusalem.

Daniyal menyampaikan hikmah yang amat mustahak dalam pantun dan puisi dalam Bahasa Suryani Negeri Syam tempat dia mengungsi. Inilah contoh pantun dan puisi Daniyal dalam Bahasa Suryani yang termaktub di Kitab Al-Anbiya’ Surah Daniyal (Daniel) 2:20-21 …

yang bermaksud,

“Allah sungguh bijak dan berkuasa! Pujilah Dia selama-lamanya.

Dialah yang memberikan kebijaksanaan dan pengertian.

Dia menyatakan rahsia yang amat dalam.”

Memang kalau kita mengkaji Kitab Al-Anbiya’ Surah Daniyal (Daniel) 2:37-38, kita akan mendapati bahawa Allah memang secara melimpah-limpah memberi kepada Raja Nebukadnezar yang sombong dari Kerajaan Tak Berkhatan Babilonia itu.

“Kerajaan,” Allah bagi pada dia. Kitab Al-Anbiya’ Surah Daniyal (Daniel) 2:37.

“Kejayaan dalam menaklukkan semua orang,” Allah juga bagi pada dia. (Kitab Al-Anbiya’ Surah Daniyal (Daniel) 2:38.

Tapi menurut Daniyal, oleh Allah, semua pemberian Allah itu akan dirampas dari tangannya. Dan Raja Nebukadnezar gila kerana merasa sangat kehilangan semua pemberian Allah itu.

Oleh Raja Nebukadnezar, Daniyal diberi harta kekayaan Raja Nebukadnezar dan kedudukan yang sangat tinggi di Kerajaan Raja Nebukadnezar, namun Daniyal tidak mahu terima pemberian-pemberian itu semua. Daniyal berkata kepada Raja Nebukadnezar,

“Hamba mohon tuanku menyimpan hadiah tuanku itu untuk tuanku sendiri, atau memberikannya kepada orang lain.”

Kitab Al-Anbiya’ Surah Daniyal (Daniel) 5:17.

Daniyal tidak mahu terima pemberian Raja Nebukadneszar yang angkuh itu.

Ingatlah juga kisah dari Negeri Syam yang berbahasa Suryani, di mana dikisahkan ‘ĪSA M’SHĪKH, begitu orang-orang Syam yang berbahasa Suryani menyebut Īsa Almasih. Almasih ertinya Yang, oleh Allah, diberi Kerajaan dan Kejayaan Dalam Menaklukkan Semua Orang.

Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih sudah sangat tahu bahawa kata “beri” itu kelihatannya sangat sederhana, namun dibalik kata “beri” itu ada hikmah yang amat sangat dalam.

Pernah pada suatu hari, Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih yang berasal dari Bani Isra’il dari Tanah Suci Yerusalem pergi ke kawasan yang disebut Samiri. Kawasan Samiri sering dihina oleh orang-orang Tanah Suci Yerusalem sebagai kawasan sesat yang merusak akidah tauhid Tanah Suci Yerusalem. Walau begitu keadaan sosial pulitik ketika itu, Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih tetap sahaja pergi ke Kawasan Samiri.

Ketika Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih berada di Kawasan Samiri, ada seorang wanita Samiri yang sudah rosak dan tidak tahu akidah datang mendekati Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih yang berasal dari Tanah Suci Yerusalem. Tapi Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih justeru tidak merasa syak dan tidak segan didekati wanita Samiri yang sudah rosak dan tidak tahu akidah itu.

Kepada wanita Samiri itu, Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih justeru mengemis, “Berilah aku air!” Termaktub di Kitab Injil Yahya 4:7.

Dimintai air oleh seorang Bani Isra’il dari Tanah Suci Yerusalem, wanita Samiri yang merasa sudah rosak akidahnya itu sungguh merasa syak dan sangat curiga, tapi wanita Samiri itu tidak lari terbirit-birit menjauhi Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih. Wanita Samiri itu malah bercakap-cakap dengan penuh semangat dengan Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih. Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih justeru menjawab rasa curiga dan was-wasnya wanita Samiri itu tentang mengapa Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih mahu bersilaturahmi dengannya seorang wanita dari kaum Samiri yang terkenal sesat dan rosak akidah di mata Bani Isra’il dari Tanah Suci Yerusalem.

Kepada wanita rosak yang berasal dari Kaum Samiri yang sesat dan rosak akidahnya itu, Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih menjawab, yang bermaksud,

“Jika seandainya kamu tahu akan pemberian Allah, dan siapa yang meminta diberi minum daripadamu, tentu kamu akan meminta diberi minum daripada-Nya, lalu Dia akan mengurniakan air yang memberikan hidup kepadamu.”

Kitab Injil Surah Yahya 4:10.

Tidak lama setelah bercakap-cakap dengan wanita rosak dari kaum yang terkenal sesat dan sudah rosak akidahnya itu, Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih didatangi banyak orang-orang yang mengaku sudah terlanjur sangat suka pada Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih dan mengaku tidak ada was-was dan curiga mengenai Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih. Orang-orang yang mengaku sangat suka pada Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih itu minta kepada Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih agar mereka diberi izin merasakan mukjizat Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih yang mampu menurunkan hidangan makanan dari langit kepada mereka.

Namun Yang Mulia Sayidina Īsa Almasih sudah dapat merasakan niyat mereka dan langsung menolak mereka dengan berkata kepada mereka,

“Hidangan makanan yang dahulu pernah turun dari langit itu, bukan Musa yang beri. Allah, tempat Aku berasal itulah yang memberi kamu hidangan makanan sebenar dari syurga itu.”

Munajat:

Beri hamba pemberian setiap hari untuk dapat menjalani hidup pemberian-Mu.

“Beri” memang kata sederhana. “Beri” boleh jadi ujian.

“Minta” dan “Beri” pasti Allah di balik kedua kata itu.

Kita kena peka di jalan Tuhan ini.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini