Yā Wāḥid

الوَاحِد

Maha Esa

Ibrahim dan Sarah adalah suami istri yang sampai tua tidak berjaya memiliki anak. Sarah itu adalah seorang yang wanita yang mandul. Sampai tua renta, Sarah tidak dapat hamil. Namun Yang Ilahi sudah berjanji akan menyebabkan Sarah yang mandul dan sudah tua itu hamil. Namun kerana lama tidak menjadi hamil, muncullah kebimbangan kepada janji Yang Ilahi itu, Sarah menyuruh Ibrahim untuk menikah lagi agar punya keturunan.

Ibrahim menikah dengan jongos daripada Sarah. Jongos yang dinikahi Ibrahim itu bernama Siti Hajar. Bini tua Ibrahim bernama Sarah. Jongos daripada Sarah itu menjadi bini muda Ibrahim. Jongos yang sekarang menjadi isteri muda Ibrahim itu bernama Siti Hajar. Bini tua Ibrahim yang bernama Sarah itu adalah seorang yang wanita yang mandul yang sampai tua renta tidak punya anak.

Sebenarnya Allah sudah berjanji akan menyebabkan Sarah yang tua dan mandul itu hamil. Namun kerana kebimbangan kepada janji Yang Ilahi itu, Sarah menyuruh Ibrahim untuk menikah lagi dengan Siti Hajar agar punya keturunan.

Maka dari bini muda itu lahirlah Isma’il. Tapi yang sungguh mencengangkan adalah akhirnya Allah sungguh melaksanakan janjiNya kepada Ibrahim dan Sarah, Sarah yang mandul dan sudah tua renta itu menjadi hamil dan, dari rahim Sarah, bini tua yang mandul itu, lahirlah Ishaq.

Jadi Ishaq keluar dari bini tua. Isma’il keluar dari bini muda. Oleh kerana itu tidaklah hairan, termaktub tiga kali dalam Kitab Allah Taurat, Ishaq disebut …

 (yahid)

yang ertinya anak satu-satunya Ibrahim. (Kitab Taurat Surah at-Takwin [Kejadian] 22:2, 12, 16.)

Isma’il memang juga anak Ibrahim namun dari bini yang muda. Sedangkan Ishaq adalah putera yang bak haiwan yang dikhususkan untuk korban, Ishaq adalah putera Ibrahim yang seharusnya dikorbankan di Gunung Moriyya atau Marwah dekat Yerusalem.

Ishaq adalah satu-satunya putera Ibrahim dari sebab Allah kerana bini tuanya yang mandul yang bernama Sarah itu akhirnya melahirkan Ishaq putera Ibrahim, kerana sebab Allah sudah berjanji kepada Ibrahim dan Sarah. Jadi Ishaq boleh dikatakan putera ghaib atau unik …

… menyatakan bahawa putera yang seharusnya dikorbankan itu adalah Ishaq, yang akhirnya digantikan oleh kambing ghaib kerana sebab Allah.

Ishaq adalah putera yang unik, satu-satunya, ghaib. Perintah untuk korbankan anak itu adalah kerana sebab Allah. Jadi semuanya adalah kerana sebab Allah semata.

Allah hanyalah memberi ujian kepada Ibrahim. Perintah ujian dari Allah. Jawaban bagi ujian itu dan hasil daripada ujian itu haruslah dari Yang Memberi Ujian, bukan dari yang menerima Ujian. Perintah ujian, jawaban dan hasilnya haruslah dari Allah Yang Memberi Ujian, bukan dari Ibrahim yang mendapat ujian. Ghaib atau unik sungguh kisah ini.

Dalam Kitab Injil Bahasa Yunani, kata yang dipakai untuk …

 (yahid)

adalah

 /monogene/

yang bererti,

‘satu-satunya tidak ada yang lain,’ UNIK!

Untuk menterjemahkannya ke dalam Bahasa Inggris Kitab Injil Surah Yahya 3:16, kebanyakan terjemahan Bahasa Inggris memakai …

ONLY BEGOTTEN

yang ertinya,

SATU-SATUNYA KETURUNAN KANDUNG.

Terjemahan itu adalah terjemahan kata-per-kata yang kaku dan susah diterima akal manusia. Seharusnya untuk menterjemahan Kitab Injil Surah Yahya 3:16 secara dinamis adalah sebagai berikut,

“Allah begitu mengasihi umat manusia sehingga Allah mengikhlaskan bagi umat manusia satu-satunya putera yang unik daripada Allah”

kerana Isa Almasih bukanlah keturunan kandung Allah. Isa adalah yang unik daripada Allah. Isa Almasih bersifat unik dan satu-satunya tidak ada yang lain.

Uniknya …

Eashoa’ Msheekha

 atau yang dalam Bahasa Ibrani …

Yeshua Hamashiach

atau yang dalam Bahasa Arab …

Isa Almasih

adalah amat berkaitan erat dengan akar kata …

 (yahid)

ertinya adalah …

tauhid atau united atau kesatuan atau integrasi.

Isa adalah ungkapan tauhidnya Allah yang membuktikan dakwah para nabi bahawa Allah di akhir zaman akan hadir dalam wujud yang nyata iaitu dalam wujud Putera Insan yang tidak lain adalah Putera unik yang ghaib daripada Yang Ilahi.

Para nabi zuriyah Isra’il atau para nabi keturunan Nabi Ya’qub yang, oleh Allah, digelar ‘Isra’il’ sudah lama meramalkan bahawa Yang Sudi Menjadi Hamba Yang Penuh Dengan Kesabaran itu sebenarnya adalah memiliki kesatuan dengan penguasa yang ilahi di akhir zaman yang menjadi pembela umat manusia.

Seorang dara yang melahirkan putera yang adalah kerana sebab Allah itu memang sudah diramalkan akan berlaku dan akan datang oleh Nabi Isya’ya ratusan ribu tahun yang lalu. Putera ghaib yang unik itu adalah bukti ungkapan tauhid Ilahi bahawa Yang Ilahi redha tidak enggan menjadi hamba untuk menolong insan yang penuh lupa dan khilaf dan fana. (QS An Nisa’ [4]:172.)

Perkara ghaib yang unik ini sudah diramalkan nabiullah Isya’ya ratusan ribu tahun yang lalu.

lakhen yitten adonay hu’ le akhem ‘ot hinne ha ‘alma hara yoledet ben w qara’t shem ‘immanu’el

لِذَلِكَ يُعْطِيكُمُ اللهُ نَفْسُهُ آيَةً: الْعَذْرَاءُ تَحْبَلُ, وَتَلِدُ ابْنًا, وَتَدْعُو اسْمَهُ عَمَّانُوئِيلَ

Baiklah, Tuhan sendiri akan memberikan tanda kepada tuanku: seorang gadis yang mengandung akan melahirkan seorang bayi lelaki yang dinamakannya “Imanuel.”

Kitab Injil Surah Matta [Matius] juga mencatat bahawa bayi lelaki putera gadis itu dan keluarganya pernah terzalimi mengungsi ke Mesir yang zaman dahulu adalah tempat dizaliminya umat Allah Bani Isra’il oleh Fir’aun. Itu bukti bahawa bayi itu tidak enggan mengalami kerendahan hamba seperti hamba-hamba Allah pada zaman dahulu kala direndahkan dan dizalimi oleh Raja Fir’aun. Dan itu menjadi bukti ramalan kuno Nabi Husya’a memang akhirnya sungguh berlaku. Ramalan Nabi Husya’a ratusan ribu tahun yang lalu itu disebutkan di Kitab Husya’a 11:1:…

Yang Ilahi berfirman,

“Aku mengasihi Isra’il sejak dia masih kecil;

Aku memanggil anak-Ku keluar dari Mesir.

Uniknya …

Eashoa’ Msheekha

atau yang dalam Bahasa Ibrani …

Yeshua Hamashiach

atau yang dalam Bahasa Arab …

Isa Almasih

adalah keadaannya sebagai yang dekat dengan Allah atau dalam Bahasa Quran Surah Ali Imran [3]:45 …

الْمُقَرَّبِينَ [al muqarrabīn].

Kerana begitu dekatnya dengan Allah, sampai-sampai Sayidina Isa Almasih mengibaratkan Allah itu bagaikan Bapanya. 

Namun orang-orang Bani Isra’il marah mendengar Isa menyebut Allah itu Bapanya. Orang-orang Bani Isra’il mengingatkan Isa bahwa Bani Isra’il adalah keturunan Ibrahim dan Bapa Bani Isra’il adalah Ibrahim. Orang-orang Bani Isra’il itu menyanggah perkataan Isa yang berkata bahawa Allah itu Bapanya. Orang Bani Isra’il membantah Isa,

“Bapa kami adalah Ibrahim!”

Sayidina Isa kemudian berkata kepada orang-orang Bani Isra’il itu,

“Sekiranya kalian benar-benar anak Ibrahim, tentu kalian lakukan apa yang dilakukan Ibrahim. Aku hanya memberitahukan apa yang difirmankan Allah kepada-Ku, tetapi kamu hendak membunuh-Ku. Itu bukan perlakuan Ibrahim! Tak tahu keturunan siapakah kalian? Kalian melakukan apa yang dilakukan oleh bapa kalian!”

Orang-orang Bani Isra’il itu menjawab,

“Kami bukan anak haram. Kami bukan anak di luar nikah. Bapa kami satu, iaitu Allah.

“Kalaulah benar Allah Bapa kalian, tentu kalian mengasihi-Ku, kerana Aku datang daripada Allah, bukan kehendak-Ku sendiri, tetapi diutus Allah. Mengapa kalian tidak mengerti kata-kata-Ku,”

…berkata Sayidina Isa kepada orang-orang Bani Isra’il itu. (Kitab Injil Surah Yahya 8:39 dan seterusnya.)

Itulah uniknya Sayidina Isa. Bukan lagi semoga dalam keadaan dekat dengan Allah, atas izin Allah, Sayidina Isa memang selalu dalam keadaannya sebagai …

“yang dekat dengan Allah”

atau dalam Bahasa Quran Surah Ali Imran [3]:45 …

الْمُقَرَّبِينَ [muqarrabīn].

Tapi, keadaan الْمُقَرَّبِينَ [muqarrabīn] atau dekatnya Sayidina Isa dengan Allah itu menjadi tidak ada ketika Sayidina Isa harus taat rela dibunuh dihukum mati salib dikorbankan sampai mati. Itulah kedekatan yang tidak lagi ada antara anak dan bapa, seperti ketika putera Ibrahim harus dibunuh dikorbankan oleh bapanya sendiri.

Kerana taat untuk dijadikan korban, maka kedekatan anak dan bapa menjadi tidak ada. Kerana kedekatan itu tidak lagi ada, Sayidina Isa mengalami sakit lahir bathin yang amat teruk ketika harus mengalami dijadikan korban hukum mati salib oleh Allah. Kerana taat menjadi korban, Sayidina Isa merasa sakit lahir bathin menjadi korban, Sayidina Isa sampai memohon kepada Allah yang ibaratnya adalah Bapanya agar sudi membatalkan pembunuhannya secara hukuman mati salib sebagai korban itu.

Tapi yang paling menyakitkan lahir bathin adalah terputusnya tali silaturahmi antara putera dan bapa ketika anak taat dan rela dijadikan korban oleh bapanya.

Kerana kedekatannya dengan Allah itu tidak lagi ada, Sayidina Isa mengalami sakit lahir bathin yang amat teruk ketika harus mengalami dijadikan korban hukum mati salib. Kerana begitu sakit lahir bathin menjadi korban dan lagi kerana kedekatan dengan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang yang ibaratnya adalah Bapanya tidak ada, Sayidina Isa sampai memohon kepada Allah yang ibaratnya adalah Bapanya agar sudi membatalkan pembunuhannya secara hukuman mati salib sebagai korban.

Namun bagai putera Ibrahim, Sayidina Isa dengan taat menerima nasib terputus kedekatannya dengan Bapanya iaitu Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. (Kitab Injil Surah Luqa [Lukas] 22:42.)

Sudah lama diramalkan oleh para nabi bahawa Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang akan mengorbankan yang ibaratnya Putera-Nya sendiri yang begitu taat kepada Bapanya. Ini pasti menjadi kisah yang amat unik kerana matinya Putera Ilahi itu dan bangkitnya Putera Ilahi itu dari kuburnya. Itu adalah kisah yang amat unik yang sudah lama diramalkan oleh para nabi ratusan ribu tahun yang lalu. (QS Maryam [19]:29-34; Ali Imran [3]:55 dan An Nisa’ [4]:153-159, 172.)

Ratusan ribu tahun yang lalu, Nabi Isya’ya sudah meramalkan akan adanya Yang Sudi Dan Tidak Enggan Menjadi Hamba.

Inilah ramalan nabiullah ratusan ribu tahun yang lalu itu

“Hamba-Ku akan berjaya dalam tugasnya; dia akan disanjung tinggi.disanjung tinggi … “ (atau disanjung dan ditinggikan lagi.)

(Suhuf Al-Anbiya’ Suhuf Isya’ya [Yesaya] 52:13.)

Dengan taat walau penuh pengorbanan dibunuh sampai mati, Yang Sudi Menjadi Hamba itu mengikhlaskan nyawanya.

Oleh itu Aku akan memberi dia kedudukan yang mulia, kedudukan di kalangan orang besar dan kenamaan.

Dia rela mengorbankan nyawanya, dan dia dianggap sebagai orang jahat.

Dia menanggung dosa banyak orang, dan berdoa agar mereka diampuni.”

(Suhuf Al-Anbiya’ suhuf Isya’ya [Yesaya] 53:12.)

Para hawariyyun sahabat-sahabat setia adalah saksi mata terbunuhnya Isa dan dibangkitkannya Isa dari kuburnya hidup kembali dan diangkatnya Isa kepada Allah. Para hawariyuun adalah saksi mata kejadian-kejadian unik itu. Para hawariyyun sungguh haqul yaqin pada kejadian-kejadian yang amat unik itu. (Kitab Injil Surah Yahya 20:30-31, Luqa [Lukas] 24:44 dan seterusnya.)

Sesungguhnya …

… pun juga menyatakan apa yang dilihat oleh saksi-saksi mata itu adalah fakta yang benar-benar terjadi.

Bulus al-Hawari memulai suhuf Rum dengan penuh pengharapan:

Namun dengan Roh Allah, Dia telah diisytiharkan melalui kuasa yang besar sebagai Putera Allah, iaitu dengan kebangkitan-Nya daripada kematian. Dialah Isa al-Masih, Junjungan kita yang ilahi.

(Suhuf Rom 1:4.)

Munajad:

Ya Allah, Engkau Yang Maha Luas dan Al-Khalik Yang Maha Pencipta.

Engkaulah Penyebab kehidupan hamba menjadi terasa baharu dengan adanya ni’mat datangnya Almasih Isa yang daripada Allah untuk umat manusia tanpa pandang bulu.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini