اَلْوَاجِد
Maha Menemui
Polis memang boleh menemui dadah yang disembunyikan orang di manapun, di dalam perut sekalipun, namun polis tidak pernah lebih dulu ada di dalam orang yang dia temui menyembunyikan dadah itu.
Allah Yang Maha Terpuji bukan sekedar menjadi yang menemukan dan mengamankan, sesungguhnya, di manapun dan dalam keadaan apapun, Dia sudah terlebih dulu ada di situ menanti-nanti kita dengan sabar. Jadi dalam keadaan apapun kita berada, Dia sudah terlebih dulu ada di situ menanti-nantikan kita dengan sabar. Dalam keadaan apapun, suka atau duka, dan di manapun kita berada, Dia sudah ada di situ menemui kita. Kitabullah Zabur menyatakan,
“Ke mana manusia dapat lari dari hadirat-Mu, ya Allah?”
Jika aku naik ke syurga, Engkau sudah terlebih dulu di sana menanti-nanti aku dengan sabar.
Jika aku masuk neraka, Engkau sudah terlebih dulu di sana menanti-nanti aku dengan sabar!
(Kitab Zabur 139:7-8.)
Jika Allah sudah terlebih dulu di syurga menanti-nanti kita dengan sabar, apabila kita naik ke syurga, hal itu tidak mengejutkan.
Tapi jika dikatakan Kitab Zabur bahawa, jika kita masuk neraka, Allah sudah terlebih dulu ada di neraka menanti-nanti kita dengan sabra, itu sungguh pelik!
Dalam keadaan apapun suka atau duka dan di manapun kita berada, Dia sudah ada di situ menemui kita.
Al-Wajid اَلْوَاجِد, nama ilahi ini memang tidak tertera di Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Ibrani Suryani. Namun dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, Yang Ilahi itu sifatNya memang selalu ingin menemui dan memang Dia selalu menemui. Dia dengan setia dan penuh kasih sayang selalu ingin menemui dan mendapati semua makhluk-makhlukNya dalam keadaan aman sentosa dalam pemeliharaan dan perlindunganNya. Itulah sifat Allah yang ada di dalam Kitab Taurat, Zabur, dan Injil.
Kitab Zabur selalu menekankan sifat Allah yang selalu ingin menemui tersebut. Disebutkan dalam Zabur Daud 139:1-2 …
يَا رَبُّ, أَنْتَ اخْتَبَرْتَنِي وَعَرَفْتَنِي. أَنْتَ تَعْرِفُنِي فِي وَقْتِ رَاحَتِي, وَفِي وَقْتِ عَمَلِي. أَنْتَ تَعْرِفُ أَفْكَارِي مِنْ بَعِيدٍ.
Ya Allah, Engkau telah menelitiku dan mengenalku. Engkau mengenal dudukku dan berdiriku; Engkau memahai fikiranku dari jauh.
Apapun yang ada di dalam kehidupan kita baik yang bersifat rahsia yang masih belum diketahui oleh kita sekalipun, Allah sudah lama mengetahuinya secara pasti.
أَنْتَ خَلَقَتَ تَرْكِيبِيَ الدَّاخِلِيَ, صَنَعتَنِي فِي بَطْنِ أُمَّي.
رَأَتْنِي عَيْنَاكَ وَأَنَا جَنِينٌ. كَتَبْتَ أَيَّامِي كُلَّهَا فِي كِتَابِكَ وَحَدَّدْتَهَا مِنْ قَبْلِ أَنْ تَبْدأَ.
Engkau telah membentuk bahagian-bahagian dalamku; Engkau melindungiku di dalam rahim ibuku.
Mata-Mu telah melihat zatku yang masih belum dibentuk. Dan di dalam kitab-Mu segalany tersurat.
(Kitab Zabur 139:13, 16.)
Sejajar dengan pantun-pantun dalam Zabur yang berbahasa Ibrani Suryani, ibarat-ibarat yang keluar dari lisan Sayidina Nabi Isa adalah ganjil dan tidak ada yang menyamainya, satu-satunya.
Hal itu mengingatkan kita akan apa yang tersebut dalam hadis Nabi.
إن للهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الوِتْرَ
Sesungguhnya Allah SWT itu ganjil dan menyukai bilangan ganjil.
(HR Bukhari dan Muslim.)
Banyak alim-ulama Yahudi menerima Isa putera Maryam dengan perasaan bimbang dan ragu-ragu. Mengenai Isa putera Maryam, alim-ulama amat was-was. Alim-ulama Yahudi sudah termakan fitnah Dajjal yang keji. Alim-ulama Yahudi menghindari Isa putera Maryam. Alim-ulama selalu berkeluh-kesah membicarakan tingkah laku ganjil Isa putera Maryam. Alim-ulama Yahudi selalu was-was dengan Isa putera Maryam kerana Isa putera Maryam suka berkawan dengan orang-orang kurang ajar yang tidak bersusila dan makan-minum bersama orang-orang berdosa itu. (Kitab Injil Surah Luqa 15:2.)
Menanggapi alim-ulama Yahudi dan ahli fiqh Yahudi yang tidak suka dengan tingkah laku ganjil Isa putera Maryam yang suka berkawan dengan orang-orang yang kurang ajar, Sayidina Nabi Isa membuat tiga ibarat, salah satunya ibarat seorang anak yang kerjanya berfoya-foya sahaja.
Sayidina Isa mulai dengan ibarat seorang gembala kambing yang kehilangan satu ekor kambingnya.
Kemudian Sayidina Isa meneruskan dengan ibarat seorang wanita yang kehilangan sekeping wangnya.
Diceritakan dalam kedua ibarat itu, kedua masalah kehilangan itu akhirnya terselesaikan dengan ditemukannya yang hilang hilang tersebut, dalam hal ini, seekor kambing yang hilang dan sekeping uang yang hilang. Setelah akhirnya gembala yang sungguh-sungguh yang kehilangan seekor kambingnya itu dapat menemukan kambingnya yang hilang itu, gembala yang sungguh-sungguh yang kehilangan seekor kambingnya itu menjadi amat lega dan berteriak kegirangan sampai semua sahabat-sahabat dan jiran tetangganya juga turut lega pula,
“Bergembiralah dengan aku kerana aku telah menemukan seekor kambing ku yang hilang!”
Dan wanita yang sungguh-sungguh yang kehilangan sekeping wangnya itu akhirnya dapat menemukan sekeping wangnya yang hilang itu. Dan wanita itu yang kehilangan itu menjadi amat lega dan berteriak kegirangan sampai semua sahabat-sahabat dan jiran tetangganya juga turut lega pula,
“Bergembiralah dengan aku kerana aku telah menemukan sekeping wang ku yang hilang!”
(Kitab Injil Surah Luqa 15:6,9.)
Dan akhirnya Sayidina Isa meneruskan dengan ibarat seorang anak yang hidup terlalu joli dan boros yang kerjanya berfoya-foya sahaja. Dua ibarat sebelumnya berakhir dengan happy ending.
Ibarat yang ketiga ini tidak berakhir dengan happy ending. Ibarat yang ketiga ini tidak happy, tidak gembira sifatnya. Karena akhirnya, anak yang hidup terlalu joli dan boros itu akhirnya hidup merana di negeri orang dan hidup dengan babi dan makan makanannya babi!
Dan akhirnya anak yang boros yang merana itu akhirnya terpaksa harus pulang dan mendapati bapanya yang selalu prihatin menunggu mendamba-dambakan anak bungsunya itu pulang. Namun ketika anak bungsu yang boros itu pulang, abangnya geram dan pura-pura tidak mengenalnya.
Abangnya bersikap diam, sinis dan memandang rendah kejadian yang menimpa keluarganya itu. Anak sulung itu seolah tidak merasa punya adik dan dengan mati rasa menyebut adiknya, “seorang anak ayah pulang setelah menghabiskan harta ayah.”
Itu membuktikan bahawa anak yang sulung selama ini mati rasa tidak merasa prihatin dan tidak merasa kasihan kepada adiknya. Bagi anak sulung, anak yang bungsu itu pulang atau tidak, hidup atau mati, anak yang sulung itu memang sudah tidak peduli dan sudah mati rasa. Anak sulung itu sudah tidak peduli lagi pada kepulangan adiknya. (Kitab Injil Surah Luqa 15:30.)
Dalam ibarat kambing yang hilang, dari 100 kambing, satu yang hilang. Dalam ibarat wang yang hilang, dari 10 keping wang, satu yang hilang. Dalam ibarat anak yang berfoya-foya, dari dua anak yang dimiliki bapa itu, satu yang hidupnya terlalu joli dan boros dan kerjanya berfoya-foya sahaja.
Melalui Sayidina Isa, ayah yang selalu perihatin menanti-nanti dengan sabar dan mendamba-dambakan anak bungsunya itu pulang sebenarnya mengungkapkan perasaan yang amat dalam namun selazimnya harus cergas dinyatakan:
KITA PATUT BERSUKA RIA KERANA ADIKMU INI TELAH MATI DAN HIDUP KEMBALI. DIA TELAH SESAT DAN DITEMUKAN KEMBALI.
(Kitab Injil Surah Luqa 15:6,9.)
Yahya al-Hawari, penyokong setia Isa Kalimah Allah, menyatakan barangsiapa yang didapati namanya tidak tercantum di …
Kitabul Hayat di Lauh Mahfudz pasti dicampakkan ke dalam lautan api.
(Kitab Injil Surah ar-Ru’ya [Wahyu] 20:15.)
Bulus al-Hawari, penyokong setia Isa Kalimah Allah, selalu dengan khusuknya memanjatkan doa semoga dia ditemui dalam keadaan di dalam al-Masih Isa. (Suhuf Filibi 3:9.)
Munajat:
Wahai Isa Kalimah Allah, kehadiran-Mu memang amat nyata dan, ibaratnya, tangan-Mu selalu terulur siap menolong hamba. Nasihat-Mu selalu terasa di manapun Kau temui hamba berada. Kemudian Engkau tuntun hamba kepada Allah Yang Maha Terpuji.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |