الوكيل
Maha Pentadbir; Maha Berserah;
Maha Memelihara penyerahan, yakni memelihara semua urusan hamba-hambaNya dan apa-apa yang menjadi keperluan mereka itu.
Pada zaman dahulu kala dalam kebudayaan-kebudayaan dan tamadun-tamadun yang dikisahkan dalam Kitab-Kitab Allah Taurat Zabur dan Injil, pertemuan empat mata atau pertemuan secara langsung selalu dihindari dengan cara diwakilkan kepada seorang wakil yang mewakili. Hanya pertemuan sehari-hari sahaja yang boleh dilakukan secara langsung. Misalnya urusan jual beli di pasar.
Yang mewakili jelas mewakili dengan amat sungguh sungguh. Dalam mewakili, dianya tidak pandang berada dalam situasi yang menguntungkan atau berada dalam situasi yang merugikan. Wakil selalu dengan tegas dan tanpa ragu dalam mewakili.
Wakil dianggap hadirnya yang diwakili, kerana dia adalah yang mewakili.
Al-Wakīl, salah satu asmaul husna ini, akar katanya berasal dari Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Suryani,
yang bererti, “mampu” atau “memiliki wewenang.”
Dalam Kitabullah Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Ibrani dan Suryani,
dipakai sebagai kata kerja yang ertinya, “mampu” atau “memiliki wewenang.”
Dalam Tamadun Bangsa Tidak Berkhatan, iaitu, Tamadun Yunani dan Bahasa Yunani, yang mewakili seringkali disebut hamba daripada yang diwakili. Wakil dianggap lebih rendah daripada yang diwakilinya.
Tapi dalam ibarat-ibarat yang diceritakan oleh Sayidina Nabi Isa, yang mewakili justeru dikatakan sudah diberi wewenang penuh dan sudah dianggap amat dekat dan amat shahib dengan yang diwakilinya. Jadi, oleh Sayidina Isa, wakil sama sekali bukan dianggap sebagai hamba yang lebih rendah.
Dalam hal kepemerintahan, business, dan militer, kita sering mendengar Bahasa Arab modern memakai kata وِكَالَة wikālah, yang bererti agensi atau perantaraan. Dalam Tamadun Bani Isra’il Ibrani dan Tamadun Suryani dan Tamadun Moden, agensi atau perantara memiliki kualiti yang sama dengan pusatnya.
Pernah ketika Sayidina Nabi Isa sedang mengajar orang ramai, tiba-tiba datanglah seorang bapa daripada seorang anak yang menderita sawan babi kerana dirasuk Syaitan. Orang itu datang kepada Sayidina Isa secara tiba-tiba ketika Sayidina Isa sedang mengajar orang ramai. Orang itu dengan prihatin dan minta ma’af kepada Sayidina Isa kalau dia harus melaporkan langsung kepada Sayidina Isa bahawa dia telah meminta hawariyun penyokong-penyokong setia Sayidina Isa untuk mengusir Syaitan yang merasuk puteranya itu, namun puteranya itu tetap sahaja sakit sawan babi itu.
Sebagai ‘pusat’ atau ‘tok guru’ daripada hawariyun, mendengar keluhan orang itu, Sayidina Isa langsung marah kepada Syaitan yang merasuk anak itu. Sayidina Isa langsung mengusir keluar Syaitan yang merasuk anak itu. Kemudian Sayidina Isa juga memarahi para hawariyun penyokong-penyokong setia beliau, kerana mereka tidak mampu menjadi wakil yang mewakili Sayidina Isa, terbukti mereka tidak memiliki kemampuan untuk menyembuhkan anak yang menderita sawan babi itu. Ketika orang ramai sudah tidak ada, Sayidina Isa memberi tahu para hawariyun tentang penyebab mereka tidak mampu menyembuhkan anak yang sakit itu adalah kerana mereka tidak haqul yaqin dengan sungguh sungguh kepada Sayidina Isa.
Kata Sayidina Isa kepada mereka,
فَقَالَ لَهُمْ: ”لِأَنَّ إِيمَانَكُمْ قَلِيلٌ. وَأَقُولُ لَكُمُ الْحَقَّ، لَوْ كَانَ عِنْدَكُمْ إِيمَانٌ مِثْلُ حَبَّةِ الْخَرْدَلِ، لَكُنْتُمْ تَقُولُونَ لِهَذَا الْجَبَلِ: ’اِنْتَقِلْ مِنْ هُنَا‘، فَيَنْتَقِلُ، وَلَا يَسْتَحِيلُ عَلَيْكُمْ شَيْءٌ.
yang bermaksud,
20 | Isa menjawab, ‘Kerana kamu tidak beriman. Sekiranya kamu mempunyai iman sebesar biji sawi, kamu dapat berkata kepada bukit, “Beralihlah ke situ!” maka bukit itu akan beralih. Kamu dapat melakukan apa saja.
(Termaktub di Terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Kitab Injil Surah Matta 17:14-20.)
Yang mewakili wajib tidak was was dan wajib tidak ragu ragu kepada yang diwakilinya. Yang mewakili wajib haqul yaqin pada yang diwakilinya.
Pernah pada suatu hari, Sayidina Isa disapa oleh seorang pemuda yang kaya raya yang menjadi seorang pemerintah di satu kawasan.
”أَيُّهَا الْمُعَلِّمُ الصَّالِحُ، مَاذَا أَعْمَلُ لِكَيْ يَكُونَ لِي نَصِيبٌ فِي حَيَاةِ الْخُلُودِ؟“
yang bermaksud,
‘Ya Guru yang baik, apakah yang harus aku buat untuk beroleh hidup yang kekal?’
Sayidina Isa bertanya balik kepada pemerintah muda yang kaya raya itu,
“Apakah engkau sudah menerapkan Hukum Allah atau Hukum Hudud?”
Kepada pemerintah muda yang kaya raya itu, Sayidina Isa berkata,
“Engkau mengetahui hukum-hukum Allah, iaitu: “Jangan berzina, jangan membunuh, jangan mencuri, jangan berdusta, hormati bapa dan ibumu.”
Pemimpin muda yang kaya raya itu berkata, ‘
Semua ini telah kuturuti sejak kecil.’
Apabila Isa mendengar ini, Sayidina Isa berkata kepadanya,
‘Satu perkara yang mustahak yang perlu kau lakukan. Juallah segala hartamu dan dermakan wangnya kepada orang miskin. Engkau akan beroleh harta di syurga. Kemudian, ikutlah Aku.’
Tetapi apabila pemimpin itu mendengar demikian, dia menjadi sangat sedih kerana dia seorang yang amat kaya. Lalu Sayidina Isa memandang pemimpin muda yang kaya raya itu dan Sayidina Isa berkata kepada beliau,
25مُرُورُ جَمَلٍ مِنْ ثُقْبِ إِبْرَةٍ أَسْهَلُ مِنْ أَنْ يَدْخُلَ غَنِيٌّ إِلَى مَمْلَكَةِ اللهِ!“
yang bermaksud,
Lebih mudah memasukkan seekor unta ke lubang jarum daripada memasukkan seorang kaya ke dalam kerajaan Allah.
Kemudian salah satu hawariyun yang bernama Butrus bertanya kepada Sayidina Isa,
“Lalu macam mana dengan tanggung jawab untuk mencari nafkah untuk menghidupi keluarga kami, jika kami harus mengikuti Engkau? Macam mana dengan keluarga kami? Kami sudah meninggalkan keluarga kami demi mengikuti Engkau, ya Sayidina Isa?”
Dijawab oleh Sayidina Isa,
”مَا لَا يَقْدِرُ عَلَيْهِ النَّاسُ، يَقْدِرُ عَلَيْهِ اللهُ.“
yang bermaksud,
‘Apa yang mustahil bagi manusia itu tidak mustahil bagi Allah.’
Termaktub di terjemahan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu Kitabullah Injil Surah Luqa 18:18-25.
Sebenarnya baik Kitab Injil dan Kitab al-Quran justeru menyatakan bahawa ada pahala yang besar apabila orang mengikuti Sayidina Isa. Tuhan Allah sendiri akan memberi pahala yang teramat besar apabila orang mengikuti Sayidina Isa.
Termaktub di Kitab …
menyatakan …
وَجَاعِلُ ٱلَّذِينَ ٱتَّبَعُوكَ فَوْقَ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓا۟ إِلَىٰ يَوْمِ ٱلْقِيَٰمَةِ ۖ
yang bermaksud,
“Allah akan menjadikan orang yang mengikuti Sayidina Isa mengatasi orang yang kafir hingga hari kiamat.”
Bagi orang-orang yang memikirkan pentingnya mengikuti Sayidina Isa sudah pasti ada hikmah yang dapat dipetik dari kedua kejadian itu.
Sayidina Isa memberi contoh bahawa manusia pasti akan mengalami keadaan yang penuh dengan masalah yang pelik dan susah sampai manusia menjadi pening dan tidak tahu macam mana penyelesaian bagi masalahnya.
Sampai peningpun, manusia tidak akan pernah dapat berkata kepada bukit,
“Wahai bukit, beralihlah dari sini ke situ!”
lalu bukit itu menurut dan beralih sesuai perkataan manusia itu. Sampai peningpun, manusia tidak akan pernah dapat memasukkan unta ke lubang jarum!
Tapi justeru di situlah, Sayidina Isa Tuk Guru kita siap membuktikan kepada kita bahawa Beliau siap membantu kita, siap memberi wewenang kepada kita untuk mendapat penyelesaian yang mudah bagi setiap permasalahan yang pelik dan susah, agar nantinya hanya Allah yang dipuji-puji oleh umat manusia.
Itulah wewenang Kerajaan Allah. Itulah Jannahnya Allah yang penuh dengan kemudahan asalkan manusia mengikuti Sayidina Isa Tuk Guru kita yang daripada Allah asalnya. Sayidina Isa tidak pernah was-was dan tidak pernah ragu ragu kepada Allah.
Beliaulah al-Wakīl daripada Allah dan sekaligus al–Wakīl daripada manusia yang mengalami kesusahan yang teramat pelik. Itu semua dilakukan Sayidina Isa demi Jannah Allah dapat terasa ni’matnya bagi semua orang tanpa pandang bulu.
Akibatnya, para hawariyun yang dahulu kurang percaya kepada Sayidina Isa akhirnya menjadi amat haqul yaqin kepada Sayidina Isa. Mereka menjadikan Sayidina Isa handalan mereka dalam menghadapi masalah yang amat mustahil untuk mendapat penyelesaian yang mudah. Mereka menjadi amat haqul yaqin kepada Sayidina Isa. Mereka menjadikan Sayidina Isa sebagai perantara atau wakil, bukan hanya untuk sekedar memindahkan gunung atau memasukkan unta ke dalam lobang jarum, namun untuk membuat insan manusia dapat merasakan nikmatnya Jannahnya Allah. Mereka mempercayakan insan manusia kepada Sayidina Isa agar, oleh Sayidina Isa, insan itu dijadikan berada di sabilillah atau di jalan Allah, bukan lagi dijalan manusia, namun di jalan Allah.
50 hari setelah Sayidina Isa dihidupkan semula dari alam kubur dan diangkat oleh Allah, Butrus al-Hawari dengan lantang berceramah kepada khalayak ramai di Tanah Suci al-Quds Yerusalem. Butrus al-Hawari menyatakan bahawa, melalui perantaraan Roh Allah, beliau adalah saksi tentang adanya Sayidina Isa.
Termaktub di Kisah Para Hawariyun (Kisah Para Rasul) 5:32 dan seterusnya.
Sebagai pemimpin para Hawariyun, Butrus al-Hawari bahkan menulis surat kepada sesama penyokong setia Sayidina Isa untuk terus dengan setia menyokong Sayidina Isa dengan cara menjadi amanah dan menjadi dapat dipercaya atas segala titipan Allah yang dititipkan Allah dengan penuh ni’mat kepada mereka di dalam kehidupan mereka.
Terjemah Bahasa Melayu Kitabullah Injil Surah 1 Butrus (Petrus) 4:10.
Munajat:
Ya Allah, ketika hamba dalam keadaan gembira dan senang, iaitu ketika hamba menyadari bahawa Engkau ada, hamba menjadi sadar bahawa Engkau adalah pemilik kehidupan dan nyawa hamba. Hamba sungguh tenteram haqul yaqin kepada Engkau, ya Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…