Yā Ẓāhir

الظاهر

Maha Zahir, Maha Nyata, Maha Menyatakan;

iaitu menyatakan dan menampakkan kewujudan-Nya itu dengan bukti-bukti.

Dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani ada kata yang sama dengan …

ẓāhir (الظاهر),

iaitu …

/tzohar/

yang bermaksud,

‘siang hari bolong atau tengah hari bolong di mana segala sesuatu terlihat terang benderang.’

āhir (الظاهر) bererti terlihat jelas terang benderang dan juga bererti tampaknya atau zahirnya.

/tzohar/

yang bermaksud,

‘siang hari bolong atau tengah hari bolong di mana segala sesuatu terlihat terang benderang,’

… terdapat dalam Suhuf Bahasa Suryani, iaitu Suhuf Daniyal 12:3

whamaskilim yazhiru kzohar haraqia’ umatzdiqei harabbim kakokharim l’olam ‘ed

yang bermaksud,

Pemimpin-pemimpin yang bijaksana akan bersinar seperti langit yang cerah, dan mereka yang mengajar orang berbuat baik dan adil akan bersinar seperti bintang selama-lamanya.

Orang yang mendapat kejelasan yang terang benderang selalu memberi makan barangsiapa sahaja yang lapar dan selalu menolong barangsiapa yang terzalimi. Itu memang amat erat kaitannya.

Disebutkan di Suhuf Isya’ya [Yesaya] 58:10

wtafeq lara’eu nafshekha wanefesh na’ana tasbia’ wzarach bachoshekh ‘orekha wa’afelatekha katzoharayim

أَعْطِ لُقْمَتَكَ لِلجَائِعِ, وَأَشْبِعِ احْتِيَاجَ الذَّلِيلِ, بِذَلِكَ يُشْرِقُ نُورُكَ فِي الظَّلامِ, وَيَكُونُ لَيْلُكَ كَالظُّهْرِ

‘a’ṭi luqmataka lijā’i’i, wa ‘asybi’ aḥtiyājażżalīl, biżalika yusyriqu nūruka fīẓẓalām, wayakūnu lailuka kāẓẓuhri

Jika kamu memberikan makanan kepada orang yang lapar, dan memenuhi keperluan orang yang tertindas, maka kegelapan di sekitar kamu akan menjadi seterang siang.

Kitab Zabur 80:1 adalah doa yang dipanjatkan kepada Yang Ilahi, pelindung dan pemelihara keturunan-keturunan Nabi Ya’qub, zuriat Isra’il atau Bani Isra’il.

Di situ Yang Ilahi dipuji-puji …

noheq katzo’n yosef yoshev hakeruvim hofi’a

Ya Ilahi, Engkau yang telah memandu Yusuf seperti sekawan domba; Engkau yang tinggal di antara malaikat-malaikat kerub, limpahkanlah sinar-Mu.

Orang yang mendapat kejelasan yang terang benderang selalu memberi makan barangsiapa sahaja yang lapar dan selalu menolong barangsiapa yang terzalimi. Itulah bukti apabila seseorang mendapat hidayah yang memberi kejelasan yang terang benderang.

Yang Ilahi itu memang sungguh ada. Yang Ilahi memakai banyak cara untuk menyatakan keagungan-Nya kepada umat-Nya agar umat-Nya merasakan bahawa Yang Ilahi sungguh ada.

Melalui mimpi, keagungan Yang Ilahi sering terasa. Nabi Yusuf dan Raja Fir’aun mengalami petunjuk atau hidayah dari Yang Ilahi lewat mimpi. (Kitab Taurat Surah at-Takwin [Kejadian] 41.)

Nabiullah Daniyal dan Raja Babilonia juga mengalami petunjuk dan hidayah dari Yang Ilahi lewat mimpi. (Suhuf Daniyal 2:6.)

Nabi Musa menasihati umat Allah Bani Isra’il untuk tabah dan tidak takut kepada kekuatan Raja zalim Fir’aun. Musa berkata,

“Jangan takut! Tabahlah! Perhatikanlah apa yang akan dilakukan oleh Yang Ilahi untuk menyelamatkan kamu pada hari ini;  

/yeshu’a yah/

Yang Ilahi menyelamatkan, kamu tidak akan melihat kekuatan Fir’aun yang bengis itu lagi.

Yang Ilahi akan berjuang untuk kamu. Kamu tidak perlu berbuat apa-apa.”

(Kitab Taurat Surah al-Khuruj [Keluaran] 14:13.)

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Koptik Arab, Putera Maryam disebut Yeshu’a yang ertinya ‘Yang Ilahi menyelamatkan.’

Keselamatan adalah bukti bahawa Allah itu ada dan secara terang benderang ada. Kitab Zabur 147:19 adalah ungkapan untuk memuji-muji Allah yang menyatakan Kalimah-Nya kepada Nabi Ya’qub …

Dia mengisytiharkan Kalimah-Nya kepada Yakub, ketetapan dan hukum-Nya kepada Nabiullah Isra’il dan zuriat keturunan-keturunannya.

Oleh Allah, Nabi Ya’qub diberi nama baharu menjadi Isr’ail. Keturunannya disebut Bani Isra’il atau zuriat Isra’il. Zuriat Isra’il atau Bani Isra’il adalah umat Allah.

Yang Ilahi paling sering menyatakan diri dengan memberi rahmat-Nya kepada makhluk-Nya. Dalam Bahasa Bani Isra’il, rahmat adalah …

 /raham/, 

 /rahum/, 

 /rahamani/.

Semua bermaksud, ‘sifat murah hati penuh kasih saying.’

Dengan menunjukkan sifat yang murah hati dan penuh kasih sayang kepada makhluk-Nya, Allah menyatakan diri bahawa Allah itu sungguh ada. Kepada banyak hamba-Nya termaksuk Nabi Daud, Allah menunjukkan sifat murah hati-Nya yang penuh kasih sayang. (Kitab Zabur 18:50.)

Kasih Allah dibuktikan dengan setia dan dengan tindakan nyata dan tanpa syarat. Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani, kasih yang setia macam itu disebut,

 /chesed/.

Allah membuktikan kasih yang setia itu kepada banyak sekali orang.

Ya Ilahi, Engkau menunjukkan kasih-Mu yang abadi kepada beribu-ribu orang.

Ya Ilahi, Engkau menunjukkan …

 /chesed/

kasih-Mu yang abadi.

(Suhuf Irmiya 32:18.)

Terjemahan Bahasa Yunani Kitab Taurat Zabur dan Injil juga kaya dalam kosa kata sama seperti Kitab Taurat Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani.

Suhuf Hawariyyun Tītūs 1:2-3 menyatakan bahawa Yang Ilahi itu memang sungguh-sungguh ada dan amat nyata …

… Allah tidak berdusta, Dia telah menjanjikan hidup ini sebelum permulaan zaman. Pada masa yang telah ditentukan, Allah menyatakan janji itu melalui perkhabaran-Nya yang diamanahkan kepadaku.

Aku menyebarkan perkhabaran ini dengan perintah Allah Penyelamat kita.

Bulus al-Hawari menyampaikan dengan penuh sukacita kepada muridnya yang bernama Timutawus mengenai dilimpahkannya ni’mat Allah yang sudah ada sejak zaman purbakala yang sekarang dilimpahkan dengan adanya Isa al-Masih sebagai bukti bahawa Allah menyelamatkan manusia yang penuh salah dan lupa ini.

Sekarang segala ini telah dinyatakan dengan kedatangan Penyelamat kita Isa al-Masih yang daripada Allah, yang melenyapkan kematian dan memberikan penerangan tentang hidup kekal selama-lamanya melalui Kabar Yang Melegakan daripada Allah.

(Suhuf 2 Timutawus 1:10.)

Kepada para hawariyyun, dengan hati-hati dan bijaksana, Isa putera Maryam berusaha menyatakan siapa dirinya sesungguhnya. Namun para hawariyyun terkesan tidak faham mengenai apa sebenarnya yang diamanahkan kepada Isa putera Maryam, kerana Sayidina Isa hanya ada tiga tahun bersama dengan para hawariyyun.

Filibu al-Hawari pernah berkata kepada Sayidina Isa Putera Maryam,

‘Ya Sayidina Isa, tunjukkanlah Bapa atau al-Khaliq Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada kami, supaya puaslah hati kami.’

Lalu Sayidina Isa menjawab,

‘Sekian lama Aku bersama kamu semua, belum lagi kau kenal Aku, ya Filibu? Sesiapa yang telah melihat-Ku, telah melihat Bapa Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Mengapa kamu berkata, “Tunjukkanlah Al-Khaliq Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang kepada kami?”

(Kitab Injil Surah Yahya 14:9.)

Kemudian selama berhari-berhari, Sayidina Isa memberitahu para hawariyyun tentang keadaan muqarrabīn nya Sayidina Isa kepada Allah. Muqarrabīn itu bererti dekat kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Kemudian Sayidina Isa menjanjikan barangsiapa yang mengikuti-Nya diberi hidayah, Roh yang hakiki yang daripada Yang Ilahi agar dijelaskan dengan penuh kemuliaan secara terang-benderang oleh-Nya mengenai Allah dan Kalimah Allah. Roh yang hakiki yang daripada Yang Ilahi akan menjelaskan secara terang benderang mengenai Allah yang ibaratnya adalah Bapa dan mengenai Kalimah Allah yang ibaratnya adalah ‘Putera’ daripada Allah. (Kitab Injil Surah Yahya 16:13 dan seterusnya.)

Sayidina Isa menerangkan kepada para hawariyyun bahawa Roh Hakiki itu sesungguhnya daripada Allah al-Khaliq Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan bahawa Roh Hakiki yang daripada Allah itu …

“akan bersaksi tentang Sayidina Isa”

… dan bahawa para hawariyyun sesungguhnya adalah saksi mata kehakikian Sayidina Isa dan mereka wajib secara lisan mahupun secara tauladan menjelaskan secara terang benderang kehakikian Sayidina Isa. (Kitab Injil Surah Yahya 15:26 dan seterusnya.)

Munajad:

Semoga terang benderang yang daripada Engkau, wahai Yang Ilahi, menyinari hamba dan mengamati hamba terus-menerus dengan penuh perhatian dan penuh kasih sayang dan kemurahan.

Artikel yang sebelum ini Blog Abdushomad Artikel yang selepas ini