Categories: Article

Yusuf di Pusat Tamadun Peradaban Bangsa Tidak Bersunat (Bhg.4/4)

Diceritakan, orang-orang dari puak yang tidak bersunat yaitu rakyatnya Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun sungguh-sungguh mencintai raja mereka yang bergelar Fir’aun. Oleh rakyatnya Raja Fir’aun sungguh-sungguh dihormati. Rakyatnya Raja Fir’aun sungguh-sungguh mengabdi kepada raja mereka. Gelaran yang mereka gunakan untuk menyebut raja mereka adalah Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun. Bagi orang-orang yang tidak bersunat tersebut, Fir’aun adalah raja bagi mereka yaitu bangsa yang tidak bersunat.

Diceritakan, walaupun Yusuf mengungsi di Kerajaan Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun, Yusuf tetap hidup takut kepada Tuhan Allah sahaja. Yusuf solat bersujud kepada Tuhan Allah, tidak pernah lupa. Oleh Tuhan Allah, Yusuf diberi rahmad dan barokah. Oleh karena itulah, Yusuf penuh dengan kebaikan dan murah hati dan sejuk dan sopan santun pada setiap orang tanpa pandang bulu. Malah oleh Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun, Yusuf dirasa lebih banyak manfaatnya daripada mudaratnya.

Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun sungguh sangat membutuhkan Yusuf. Sebab Yusuf hidup takut kepada Tuhan Allah, Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun dengan penuh keikhlasan menjadi pasrah dan berserah diri kepada kuasa Allah. Iman dan ketawakalan Yusuf yang istiqamah kepada Tuhan Allah banyak memberi manfaat kepada Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun. Jadi, dengan perantaraan Yusuf, Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun menjadi haqul yaqin kepada Tuhan Allah Yang Maha Murah dan Maha Penolong.

Jadi, oleh Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun, Yusuf dilantik menjadi Pembesar di Kerajaan Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun, agar Yusuf boleh mengatur Kerajaan Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun dalam menghadapi paceklik yang sangat teruk yang akan datang. Begitulah ceritanya Yusuf, seorang hukuman, seorang pengungsi, yang dimuliakan oleh Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun, dijadikan Pembesar di Kerajaan Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun. Ketika itu, Kerajaan Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun adalah pusat tamadun peradaban bangsa-bangsa yang tidak bersunat.

Walaupun Yusuf menjadi Pembesar di Kerajaan Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun, Yusuf tetap takut kepada Tuhan Allah yang yang dipertuan dan disembah oleh orang-orang daripada kaum yang bersunat, yakni, Datuk Ibrahim, Isma’il, Ishaq dan Ya’qub sahaja. Yusuf tetap membutuhkan Tuhan Allah bak orang yang kehausan membutuhkan air kosong. Sebab Yusuf pasrah dan berserah diri kepada Tuhan Allah Yang Maha Pemurah, Yusuf sungguh-sungguh hidup penuh nikmat dan bermurah hati pada orang-orang yang tidak bersunat rakyatnya Yang Dipertuan Agong Raja Fir’aun.

Oleh Yusuf, orang-orang yang tidak bersunat tersebut diberi contoh dengan sayang dan hormat mengenai bagaimana menghadapi masa paceklik yang teruk yang akan berlaku. Oleh Yusuf, dengan penuh nikmat dan penuh sayang, orang-orang yang tidak bersunat tersebut diberitahu bagaimana menghadapi masa paceklik yang teruk yang akan berlaku tersebut. Oleh Yusuf, seluruh orang-orang tidak bersunat rakyat Raja Fir’aun tersebut dipimpin dengan penuh sayang dan hormat kepada mereka. Oleh Yusuf, mereka disuruh menyisihkan 1 kilogram beras dari setiap 5 kilogram beras yang mereka peroleh untuk dijadikan persediaan dalam menghadapi paceklik di masa yang akan datang. Seluruh orang-orang tidak bersunat rakyat Raja Fir’aun tersebut dengan senang hati melaksanakan perintah dari Yusuf.

Akhirnya datanglah masa paceklik yang sangat teruk tersebut. Namun, di masa paceklik tersebut, orang-orang tidak bersunat rakyatnya Raja Fir’aun hidup tetap sejahtera tidak kekurangan apa-apa. Tapi orang-orang yang di luar Kerajaan Raja Fir’aun, mereka sungguh merana kelaparan kerana tidak ada bahan makanan untuk mereka makan. Sebaliknya, kehidupan di Kerajaan Raja Fir’aun sangat sejahtera kerana orang-orang tidak bersunat yang dipimpin oleh Yusuf tetap memiliki bahan makanan yang berlimpah ruah. Masya’ Allah. Alhamdulillah!

Diceritakan, Ya’qub, bapak dari Yusuf dan saudara-saudara Yusuf yang adalah kaum bersunat pun juga mengalami kekurangan bahan makanan yang teruk tersebut. Sudah 2 tahun ini, orang-orang bersunat keturunan Ya’qub menderita kelaparan yang teruk. Ya’qub tahu di mana-mana tempat kekurangan bahan makanan kecuali di Negeri orang-orang tidak bersunat di Kerajaan Raja Fir’aun sahaja, berlimpah ruah dengan bahan makanan. Ya’qub menyuruh keturunannya untuk pergi mengemis bahan makanan ke Kerajaan Raja Fir’aun. Jadi orang-orang bersunat keturunan Ya’qub tersebut lalu mengungsi mengemis bahan makanan kepada orang-orang yang tidak bersunat di Kerajaan Raja Fir’aun.

Oleh Ya’qub, seluruh putera-puteranya disuruh pergi ke Kerajaan Raja Fir’aun, kecuali Binyamin, anak emas kesayangannya sebagai pengganti Yusuf. Oleh Ya’qub, Binyamin sahaja tidak dibenarkan untuk ikut pergi mengemis bahan makanan ke Kerajaan Raja Fir’aun kerana Ya’qub takut kehilangan anak emas lagi.

Ketika putera-putera Ya’qub tersebut tiba di istana Raja Fir’aun, putera-putera Ya’qub tersebut menyembah-nyembah Pembesar Istana Raja Fir’aun, memohon belas kasihan Pembesar Istana Raja Fir’aun tersebut untuk diizinkan memperoleh beras untuk menyambung hidup. Putera-putera Ya’qub tersebut menyembah-nyembah Pembesar Istana Raja Fir’aun tersebut. Mereka tidak berani menatap langsung wajah Pembesar Istana Raja Fir’aun tersebut. Oleh karena itulah, putera-putera Ya’qub tersebut sama sekali tidak menyadari bahawa Pembesar Istana Raja Fir’aun tersebut tidak lain adalah Yusuf, saudara mereka yang dahulu mereka masukan ke dalam sumur dan yang dahulu mereka jual ke saudagar kaya raya yang masih keturunan Atuk Isma’il. Putera-putera Ya’qub tersebut sama sekali tidak menyadari bahawa Pembesar Istana Raja Fir’aun tersebut tidak lain adalah Yusuf. Jadi berlaku sungguh mimpi Yusuf yang dahulu pernah diceritakan Yusuf kepada saudara-saudaranya bahawa Yusuf akan ditakuti dan disembah-sembah abang-abangnya tersebut.

Akhirnya, orang-orang bersunat pengemis bahan makanan tersebut yang tidak lain adalah abang-abang Yusuf tersebut diberi izin membawa pulang beras dari Kerajaan Raja Fir’aun dengan satu syarat, Binyamin, anak emas Ya’qub, harus dibawa ke istana Kerajaan Raja Fir’aun dan salah satu dari putera Ya’qub harus dimasukkan penjara sebagai jaminan.

Syarat tersebut sesungguhnya syarat yang susah dilaksanakan oleh kaum bersunat tersebut. Tapi, akhirnya demi untuk menyambung hidup, syarat membawa Binyamin, anak emas Ya’qub, ke istana Kerajaan Raja Fir’aun, dilaksanakan oleh Ya’qub dan putera-puteranya tersebut walau dengan berat hati kerana tidak ada pilihan lain.

Diceritakan, ketika Yusuf melihat Binyamin, Yusuf langsung terharu dan tidak kuat menyembunyikan perasaan harunya tersebut. Yusuf lalu berkata kepada saudara-saudaranya tersebut,

“Wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya aku ini adalah Yusuf, saudara kandung kalian sendiri yang dahulu kalian zalimi dengan cara dimasukkan ke dalam sumur dan dijual ke saudagar yang lewat di padang pasir. Tataplah wajahku, wahai saudara-saudaraku!”

Tetap dengan perasaan takut sekali, saudara-saudaranya tersebut lalu menatap Pembesar Istana Raja Fir’aun tersebut yang tidak lain adalah Yusuf, saudara mereka yang dahulu mereka masukan sumur.

Melihat saudara-saudaranya diliputi perasaan takut, Yusuf berkata kepada suudara-saudaranya,

“Wahai, saudara-saudaraku, jangan takut. Jangan ingat-ingat kejadian kejadian-kejadian di masa lampau. Aku tidak berhak balas dendam kerana Aku bukan Tuhan Allah. Bahawa dahulu kalian zalim dan menganiaya aku, itu memang sudah ditakdirkan Allah begitu dan sudah menjadi ketetapan Allah. Justru kerana sebab itu, aku menjadi pembesar di Kerajaan Raja Fir’aun ini dan boleh menjadi manfaat menolong kalian, yang tidak lain adalah saudara-saudaraku, kaum bersunat keturunan Ya’qub. Sekarang untuk menyelamatkan kalian dari paceklik teruk ini, kalian semua kaum bersunat keturunan Ya’qub, pindahlah ke Kerajaan Raja Fir’aun ini.”

Begitu kata Yusuf kepada saudara-saudaranya.

Akhirnya, Ya’qub, oleh saudara-saudara Yusuf, diberi tahu bahawa Yusuf masih hidup dan Pembesar Istana Raja Fir’aun tersebut tidak lain adalah Yusuf. Mendengar khabar yang melegakan ini, Ya’qub berkata,

“Masya’ Allah. Alhamdulillah. Anakku, Yusuf, ternyata masih hidup.”

Aku ingin sekali bertemu dengan Yusuf selagi aku masih hidup. Oleh kerana itulah, seluruh kaum bersunat keturunan Ya’qub dengan gembira dan penuh ucapan syukur kepada Tuhan Allah pindah ke Kerajaan Raja Fir’aun, pusat tamadun peradaban orang-orang tidak bersunat. Butuh masa berhari-hari bagi kafilah orang-orang bersunat keturunan Ya’qub tersebut mengadakan perjalanan hijrah ke Kerajaan Raja Fir’aun.

Selepas tiba di istana Kerajaan Raja Fir’aun, Ya’qub ditemui Yusuf dan Ya’qub sungguh terharu dan penuh ucapan syukur diizinkan Allah bertemu dengan Yusuf, puteranya yang disangka sudah lama mati dimakan haiwan-haiwan buas. Ya’qub berkata,

“Sekarang saya sudah boleh bertemu lagi dengan awak, wahai anakku Yusuf. Walau saya mati sekarang ini, saya ikhlas!”

Yusuf pun juga merasa terharu dan penuh ucapan syukur kepada Tuhan Allah. Oleh Yusuf, orangtuanya tersebut diperkenalkan kepada Raja Fir’aun. Raja Fir’aun juga merasa terharu kepada apa yang sudah berlaku yang sudah diizinkan oleh Tuhan Allah tersebut.

Akhirnya, Ya’qub yang sudah sangat tua tersebut mengungkapkan perasaan hutang budi yang sebesar-besarnya kepada Tuhan Allah dan perasaan syukur yang tidak ada batasnya kepada Tuhan Allah, yang sudah memberi perlindungan kepada Ya’qub dan seluruh Bani Isra’il kerana nama lain dari Tuhan Allah untuk Ya’qub adalah Isra’il.

Ya’qub dan seluruh keturunan beliau hidup dengan tenang dan sejahtera di Kerajaan Raja Fir’aun.

Termaktub di QS Al Baqarah [2]:132-133 …

2|132| وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ

2|133|أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَٰهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

2|132| Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih din ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam (dalam keadaan berserah diri (tunduk taat) kepada Tuhan Yang Memelihara dan mentadbirkan sekalian alam).”

2|133| Kamu tiada hadir ketika Nabi Ya’kub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman).”

Setelah sudah lama tinggal di Kerajaaan Raja Fir’aun, Ya’qub merasa sakaratul maut sudah dekat, dan Ya’qub berpesan kepada Yusuf,

“Kalau aku meninggal dunia, kuburkanlah aku jadi satu dengan nenek moyang kita kaum bersunat, yaitu Datuk ku Ibrahim, paman ku Isma’il dan bapak ku Ishaq, yaitu di Tanah Yang Sudah Diikhlaskan Tuhan Allah kepada nenek moyang kita, yaitu Tanah Qan’an.”

Termaktub pula dalam Taman Sari Kitab-Kitab Allah, dipetik dari Terjemah Kitab Allah At-Taurat, Surah At-Takwin (Kejadian) 42-49.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago