Zabur Surah 24

Petikan dari Kitab Zabur Surah 24.

Mazmur Daud.

1Bumi ini milik Tuhan dengan seluruh isinya,

dunia, dan semua penghuninya;

2kerana Dia telah mengasaskannya di atas lautan dan menegakkannya di atas perairan.

3Siapa yang boleh naik ke bukit Tuhan?

Siapa yang boleh berdiri di tempat suci-Nya?

4Manusia yang bersih tangannya dan murni hatinya,

yang tidak mempersembahkan jiwanya kepada berhala

atau sumpah palsu.

5Dia akan diberkati Tuhan

dan menerima kebenaran daripada Allah Penyelamatnya.

6Inilah keturunan yang mencari Dia,

yang mencari wajah-Mu,

Ya Allah Tuhan Yakub.

7Angkatlah kepalamu, wahai pintu gerbang;

dan terangkatlah, kamu pintu yang kekal,

Raja kemuliaan akan berangkat masuk.

8Siapakah Raja kemuliaan ini?

Tuhan yang gagah perkasa,

Tuhan yang perkasa dalam peperangan.

9Angkatlah kepalamu, wahai pintu gerbang;

angkatlah, kamu pintu yang kekal,

Raja kemuliaan akan berangkat masuk.

10Siapakah Raja kemuliaan ini?

Tuhan segala tentera — Dialah Raja kemuliaan.

Cerita yang sebelum ini Senarai Cerita Nabi Cerita yang selepas ini