Petikan dari Kitab Zabur Surah 8.

Untuk pemimpin muzik. Dengan iringan gitit. Mazmur Daud.

1Ya Tuhan, Tuhan kami,

betapa agung nama-Mu di seluruh bumi!

Engkau telah menetapkan kemuliaan-Mu yang mengatasi langit.

2Daripada mulut anak-anak yang masih menyusu

Engkau telah membina kekuatan untuk menentang musuh-Mu,

supaya Engkau dapat menewaskan seteru dan penuntut bela.

3Apabila aku melihat

langit-Mu,

hasil kerja jari-Mu,

bulan dan bintang,

yang Kautentukan,

4apakah manusia maka Engkau memberinya perhatian,

dan anak manusia maka Engkau memeliharanya?

5Engkau telah menjadikannya rendah sedikit daripada malaikat dan

memahkotakannya dengan kemuliaan dan kehormatan.

6Engkau telah memberinya kekuasaan atas seluruh ciptaan-Mu;

Engkau telah meletakkan semuanya di bawah kakinya:

7segala domba dan lembu,

segala binatang di padang,

8burung di udara,

dan ikan di laut,

serta segala hidupan

di lautan.

9Ya Tuhan, Tuhan kami,

betapa agung nama-Mu di seluruh bumi!

Cerita yang sebelum ini Senarai Cerita Nabi Cerita yang selepas ini