Melihat adanya perbezaan pandangan dalam dunia Muslim mengenai kesungguh-sungguhan Muslim terhadap Kitab-Kitab Allah yang dibaca insan-insan saleh yang bernafaskan Yahudi dan insan-insan saleh yang bernafaskan Nashara, Ibn Taymiyya (tahun 1263-1328), seorang cendikiawan Islam yang sangat salafiyah, berpendapat:
(1) Ada pandangan insan-insan Muslim bahawa di dunia ini sudah tidak ada lagi peninggalan Kitab yang sama persis seperti apa yang telah diwahyukan Allah Azza wa Jalla di dalam Kitab Taurat, Kitab Zabur dan Kitab Injil. Yang ada sekarang ini adalah yang sudah diubah-ubah.
Mengenai Kitab Taurat, kebiasaan mewariskan Taurat dari satu generasi ke generasi berikutnya sudah tidak pernah dilakukan lagi.
Mengenai Kitab Injil, macam mana Injil ditulis oleh empat orang!
Kemudian, di antara insan-insan Muslim, ada beberapa insan-insan Muslim yang menuduh bahawa banyak sekali isi Kitab Taurat dan Kitab Injil yang sekarang ini sudah menyimpang dari kebenaran dan tidak boleh disebut sebagai Kalam Ilahi.
Ada pula insan-insan Muslim yang berpandangan bahawa di dalam Kitab Taurat dan Kitab Injil yang sekarang ini, isi yang menyimpang dari kebenaran tidak banyak. Artinya isinya masih banyak yang benar.
(2) Namun ada lagi pandangan insan-insan Muslim yang mengatakan bahawa tidak ada satupun manusia di alam semesta ini yang memiliki kemampuan boleh mengubah-ubah Kalam Allah.
Diakui memang ada oknum-oknum dalam kaum Yahudi dan oknum-oknum dalam kaum Nashara yang menyalah gunakan dan menafsirkan Kalam Allah dalam Kitab-kitab Allah At Taurat, Az Zabur, Al Injil untuk kepentingan sendiri sehingga menyebabkan maknanya jadi lain. Pandangan-pandangan tersebut kedua-duanya dipegang dianut oleh banyak insan-insan Muslim.
(3) Namun pandangan yang benar yang paling takut berselisih dengan Kitab Al Qur’anul Karim adalah pandangan yang ketiga yang menyatakan bahawa Kitab-Kitab Allah yakni At Taurat, Az Zabur dan Al Injil yang asli sampai sekarang masih ada di dunia ini.
Kalau seandainya tidak ada, jelas Kitab Al Qur’an menyatakan tidak ada. Namun kenyataannya, Kitab Al Qur’an justru menyatakan bahawa Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil masih ada. Kitab-kitab Allah yakni Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil yang asli tersebut sudah ada sebelum dan di zaman Nabi Muhammad s.a.w. Namun juga ada oknum-oknum munafik yang menafsirkan At Taurat, Az Zabur dan Al Injil untuk memuaskan nafsu dan kepentingan mereka. Oknum-oknum munafik bermuka dua inilah yang menyebabkan terjemahan dan tafsir mereka menjadi lebih mustahak dan lebih sahih daripada Kalam di Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil.
Jadi kalau ada yang berpandangan bahawa tidak ada tafsir-tafsir At Taurat, Az Zabur dan Al Injil hasil dari kemunafikan dan nafsu yang mengutamakan kepentingan sendiri sahaja, pandangan tersebut sebenarnya menyangkal fakta.
Namun sebaliknya jika ada yang berpandangan bahawa semua tarjamah dan tafsir Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil setelah zamannya Nabi Muhamad s.a.w. sudah diubah-ubah dan tidak sesuai lagi dengan apa yang diwahyukan Allah Azza wa Jalla dalam mushaf-mushaf Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil, pandangan seperti itu jelas-jelas juga salah.
Pandangan seperti itu jelas-jelas salah dan malah berselisih dan bertentangan dengan Kitab Allah Al Qur’anul Karim kerana Kitab Allah Al Qur’anul Karim menyatakan adanya ahlul injiil, yakni orang-orang yang tidak menyia-nyiakan semua Kitab-kitab Allah termasuk Kitab Al Injil. Lihat QS ‘Ali Imran [3]:113, QS Yunus [10]:94, QS Al Ma’idah [5]:47.
Ahlul Injiil atau Ahlal Kitab adalah segala macam orang-orang yang beriman dan mengamalkan perintah-perintah Allah di dalam Kitab Injil juga, kerana mereka diperintahkan Allah untuk begitu. Ahlul Injiil boleh jadi terdiri dari segala macam insan, baik insan-insan saleh yang bernafaskan Yahudi dan insan-insan saleh yang bernafaskan Kristian atau Nashara dan insan-insan Muslim yang saleh.
Oleh Allah SWT, segala insan-insan saleh diperintahkan untuk tidak menyia-nyiakan Kitab Al Injil. Oleh Allah SWT, segala insan-insan saleh diperintahkan untuk terus tetap memakai Kitab-Kitab Allah At Taurat, Az Zabur, Al Injil sebagai dasar atau dalil untuk mengatur dan menjalani kehidupan mereka sampai kapanpun, kerana itu sudah menjadi perintah Allah yang ada di Kitab Suci Al Qur’anul Karim.
Disebutkan dalam Surah Al Ma’idah [5]:46-47,
46|وَقَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِم بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ ۖ وَآتَيْنَاهُ الْإِنجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ وَمُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ
47| وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنجِيلِ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فِيهِ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ
46| Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi sebelumnya), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang bertaqwa.
47| Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
Dan lagi, Allah Azza wa Jalla berfirman bahawa dalam At Taurat, Az Zabur, Al Injil ada nur yang menerangi dan hidayah dan pengajaran Ilahi. Kitab Allah Al Qur’anul Karim tidak pernah menyebutkan bahawa Kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil sudah diubah-ubah oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Nashara. Kitab Al Qur’an hanya menyatakan bahawa ada oknum-oknum munafik yang mengaku Yahudi dan oknum-oknum munafik yang mengaku Nashara menafsirkan Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil untuk memuaskan nafsu dan kepentingan mereka sendiri sahaja.
Disebutkan dalam apa yang kita kenal sebagai AYAT KURSI di QS Al Baqarah [2]:255 bahawa,
اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ ۚ لَا تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلَا نَوْمٌ ۚ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۗ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِندَهُ إِلَّا بِإِذْنِهِ ۚ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلَّا بِمَا شَاءَ ۚ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ ۖ وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا ۚ وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Allah, tiada ilah melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan. Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki. Luasnya Kursi Allah meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).
Sungguh merbahaya kerana boleh menyebabkan jatuh ke dalam shirik apabila orang dengan gegabah berani menyatakan manusia telah mengubah-ubah Kalam Allah di Taurat, Zabur dan Injil. Sungguh merbahaya kerana boleh menyebabkan jatuh ke dalam shirik apabila orang dengan gegabah berani menyatakan Kalam Allah di Taurat, Zabur dan Injil sudah hilang dan sudah tidak ada. Bukankah di dalam AYAT KURSI, Allah yang maha mengetahui dan tidak mengantuk usahkan tidur. Kursi Allah meliputi langit dan bumi.
Allah maha memelihara dan maha menjaga. Oleh kerana itulah, kita harus berhati-hati, jangan sampai kita berselisih dengan Kitab Al Qur’an. Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil adalah kitab-kitab Allah. Oleh kerana itulah pandangan kita mengenai Kitab-kitab Allah tersebut harus teliti dan berhati-hati, jangan sampai kita menjadi berselisih dengan Kitab Al Qur’an. Kalam dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, tidak ada satupun manusia yang punya kemampuan mengubah-ubah Kalam. Kalam Allah yang ada di dalam Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil tentu sahaja dijaga dan dipelihara oleh Allah SWT Al Hafiidz lah Yang Maha Memelihara dan Menjaga Kitab-kitabNya.
Dan lagi, beriman kepada Kitab-kitab Allah At Taurat, Az Zabur dan Al Injil merupakan salah satu Rukun Iman dalam Islam. Kitab-kitab Allah yang juga dibaca oleh Ahli Kitab tersebut, disebut Kitab At Taurat, Az Zabur dan Kitab Al Injil.
Memang ada penyalah tafsiran Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil dan penterjemahan-penterjemahan yang tidak sahih yang dilakukan oleh oknum-oknum munafik yang menimbulkan kesan seolah-olah Kalam dalam At Taurat, Az Zabur dan Al Injil sudah diubah-ubah menurut nafsu dan kepentingan mereka. Kegiatan oknum-oknum munafik tersebut tidak serta merta bererti Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil sudah diubah-ubah.
Sebagai ibarat, kalau anda tidak tahu berapa gram berat cincin emas anda, lalu anda timbangkan di kedai emas yang resmi, lalu setelah cincin emas anda ditimbang, anda mendapati cincin emas anda tidak seberat perkiraan anda, itu bukan berarti timbangannya yang salah. Itu berarti memang itulah berat cincin emas anda. Yang salah adalah perkiraan anda yang penuh dengan nafsu!
Adalah haq bahawa Kitab At Taurat, Az Zabur dan Al Injil tetap dijaga dan dipelihara oleh Allah SWT Al Hafiidz kerana wahyu-wahyu ilahi yang terpelihara dan terjaga di dalam Kitab At Taurat, Az Zabur, Al Injil tersebut nuzul dari Allah SWT jadi Kitab-kitab Allah tersebut dijaga oleh Allah Yang Hidup kekal lagi terus menerus mentadbir. Allah tidak pernah tidur dan tidak pernah mengantuk. Tidak ada satupun manusia yang punya kemampuan mengubah-ubah Kitab-kitabNya.
Pada Zaman Keemasan Islam, pada zaman dahulu yaitu pada abad-abad persis setelah datangnya Al Islam, pada saat itu bukan lah barang aneh bagi insan-insan Muslim mencari dan menggali ilmu dan mengaji pada Ahli Kitab yaitu insan-insan saleh yang bernafaskan Yahudi dan insan-insan saleh yang bernafaskan Nashara dan insan-insan yang mukmin yang saleh dan alim yang bernafaskan Al Islam. Pada saat itu, kalau ada insan-insan Muslim mencari ilmu dengan cara yang seperti itu, oleh insan-insan Muslim pada Zaman Keemasan Islam pada zaman dahulu tersebut, tidak dianggap aneh, malah dianggap sangat wajar dan masuk akal sekali. Ketika itu, sungguh tidak ada yang merasa pelik. Tapi, di zaman moden sekarang ini, bentuk pencarian ilmu seperti itu sudah dilupakan orang dan dianggap tidak umum dan tidak trendy secara politik dan menyebabkan pelik.
Padahal salah satu Rukun Iman adalah beriman pada Kitab-Kitab Allah. Iman tanpa amal jelaslah tidak mungkin. Tapi anehnya di Zaman Modern sekarang ini, ada banyak insan-insan Muslim di seluruh dunia Muslim mengeluh bahawa keadaan masyarakat Muslim tidak semaju dan setenteram dan seadil seperti keadaan masyarakat Muslim di Zaman Keemasan Islam dahulu dimana ketika itu ilmu pengetahuan dan peradaban yang tinggi dan luhur dan mulia dinikmati oleh masyarakat Muslim di Zaman Keemasan Islam dahulu kala. Adakah kebiasaan Muslim di Zaman Keemasan Islam pada dahulu kala yang telah kita lupakan kerana sesuatu hal?
Misalnya, beriman juga pada Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil dan mengamalkannya dengan sukacita dan ikhlas.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…