Categories: Article

Bersujud Kepada yang Ada di Kandungan Dara Maryam (Bhg.2/2)

Orang sakit mencari bomoh. Orang murni mencari Isa.

Ada tanda ilahi yang dikisahkan di dalam Qur’an Surah Maryam.

Dikisahkan ada dua orang wanita. Yang satu seorang dara dan yang satunya seorang nenek yang sangat tua yang mandul. Dara itu bernama Siti Maryam. Nenek mandul itu bernama Shobah istri Zakharia. Kedua wanita itu hamil.

Siti Maryam bersedih kerana hamil dalam keadaan masih dara. Namun nenek mandul itu merasa sangat gembira kerana hamil walau dalam keadaan mandul.

Termaktub di QS Maryam [19]:4-5 …

19|4| قَالَ رَبِّإِنِّيوَهَنَالْعَظْمُمِنِّيوَاشْتَعَلَالرَّأْسُشَيْبًاوَلَمْأَكُنبِدُعَائِكَرَبِّشَقِيًّا

19|5| وَإِنِّي خِفْتُالْمَوَالِيَمِنوَرَائِيوَكَانَتِامْرَأَتِيعَاقِرًافَهَبْلِيمِنلَّدُنكَوَلِيًّا

19|4| Ia merayu dengan berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya telah lemahlah tulang -tulangku, dan telah putih melepaklah uban kepalaku; dan aku – wahai Tuhanku – tidak pernah merasa hampa dengan doa permohonanku kepadaMu.

19|5| Dan sesungguhnya aku merasa bimbang sepeninggalanku; dan isteriku pula adalah seorang yang mandul; oleh itu, kurniakanlah daku dari sisiMu seorang anak lelaki.

Dan di ayat 6 dan 7 Surah Maryam, disebutkan Allah akhirnya menyebabkan nenek tua yang mandul itu menjadi hamil. Mendengar istri mandulnya akan menjadi hamil, Zakharia menjadi sangat hairan.

Hal ini tersebut di QS Maryam [19]:8

19|8| قَالَ رَبِّأَنَّىٰيَكُونُلِيغُلَامٌوَكَانَتِامْرَأَتِيعَاقِرًاوَقَدْبَلَغْتُمِنَالْكِبَرِعِتِيًّا

19|8| Nabi Zakaria bertanya: “Wahai Tuhanku! Bagaimanakah caranya aku akan beroleh seorang anak, sedang isteriku adalah seorang yang mandul dan aku sendiri pula telah sampai had umur yang setua-tuanya?”

Nenek tua yang mandul itu menjadi hamil. Pada waktu yang bersamaan ada seorang dara bernama Maryam menjadi hamil. Ketika dara Maryam mendengar akan menjadi hamil, dara itu menjadi sangat hairan.

Hal ini tersebut di QS Ali Imran [3]:45

إِذْ قَالَتِ الْمَلَائِكَةُ يَا مَرْيَمُ إِنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

3|45| (Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan.

Hal ini juga tersebut di QS Maryam [19]:20

19|20| قَالَتْ أَنَّىٰيَكُونُلِيغُلَامٌوَلَمْيَمْسَسْنِيبَشَرٌوَلَمْأَكُبَغِيًّا

19|20| Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”

Kedua-dua wanita itu hamil. Dara itu hamil. Nenek mandul itu hamil. Tapi sungguh pelik, yang ada di kandungan nenek mandul itu sujud menyembah yang ada di kandungan dara Maryam itu.

Kejadian pelik ini disebutkan di dalam Hadis.

Disebutkan di dalam Hadis Nabawi dalam menafsirkan QS Ali Imran [3]:39 bahwa Yahya selagi dalam perut ibunya menyatakan bahwa Isa itu benar dan haq. Al-‘Aufi dan yang lainnya meriwayatkan dari Ibnu Abbas, Al-Hasan, Qatadah, Ikrimah, Mujahid, Abu Asy-Sya’sa’, As Sudi, Ar-Rabi’ bin Anas Ad-Dahak serta yang lainnya sehubungan dengan ayat  مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ  (yang membenarkan Kalimah dari Allah) bahawa yang dimaksud Kalimah Allah ialah Isa bin Maryam.

Ar-Rabi’ bin Anas mengatakan bahawa Yahya adalah orang yang pertama kali beriman kepada Isa. Ibnu Jujaij berkata bahwa Ibnu Abbas pernah mengatakan tentang maksud firman Allah,  مُصَدِّقًا بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ  (yang membenarkan Kalimah dari Allah atau Firman dari Allah), Yahya dan Isa adalah saudara sepupu. Yahya lebih tua daripada Isa. Secara garis keturunan, orangtua Yahya lebih tua daripada dara Maryam ibu Isa itu.

Diceritakan bahawa ibu Yahya berkata kepada Maryam, “Sungguh, aku merasakan bahawa yang ada di dalam perutku ini bersujud kepada yang berada di dalam perut mu.”

Yang demikian itu merupakan pembenaran Yahya kepada Isa ketika Yahya masih berada dalam perut ibunya. Yahya adalah orang yang pertama kali beriman kepada Isa. (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur’anil Azimi, Jilid 3, 2000 M/1421 H:55.)

Bayangkan, yang masih ada di kandungan pun sudah tahu bahawa Kalimat Allah adalah hadirnya Allah sendiri. Jiwa yang sangat murni pasti bersujud kepada Yang Mulia Sayidina Isa.

Kalau tak nak bersujud kepada Yang Mulia Sayidina Isa, itulah keadaan tidak murni yang sangat teruk. Kalau seseorang menderita keadaan tidak murni yang teruk, Yang Mulia Sayidina Isa berkata,

“أَقُولُ لَكَ الْحَقَّ، إِنْ لَمْ يُولَدِ الإِنْسَانُ مِنْ جَدِيدٍ، لا يَقْدِرُ أَنْ يَرَى مَمْلَكَةَ اللهِ.”

Sesungguhnya Aku berkata kepadamu, “Kecuali seseorang dilahirkan semula, dia tidak dapat melihat Kerajaan Allah.”

(Tarjamah Kitab Injil Yahya 3:3.)

Orang sakit mencari bomoh. Orang murni mencari Isa.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago