Bismillah, assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah.
Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai sesi diskusi pertama ini dengan tema: KRISTIAN DALAM PENGERTIAN ISLAM.
Pemahaman tentang Kristian dalam Islam dapat direkomendasikan melalui beberapa dalil (dasar) yaitu:
Agama Kristian itu, Islam menyebutnya dengan NASRANI atau NASORO.
Dalil dasarnya ialah QS. Al-Maidah (5):82 …
… Dan sesungguhnya kamu dapati yang paling dekat persahabatannya dengan orang-orang yang beriman (Islam) ialah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya kami ini orang Nasrani (Kristian).” Yang demikian itu disebabkan kerana di antara mereka itu (orang-orang Nasrani/Kristian) terdapat pendeta-pendeta, dan rahib-rahib (juga) kerana sesungguhnya mereka tidak menyombongkan diri.
Demikian juga Hadits Rasulullah s.a.w. yang disadur oleh Imam Bukhary dan Muslim, serta mendapat kesepakatan daripada para ulama Islam baik di masa awal (kalaf) dan di masa moden (syalaf), membenarkannya bahawa:
Ciri-ciri seperti:
Akhlak mulia seperti:
Contohnya seperti:
Demikian akhlak inilah yang harus bagi kita (umat Islam dan Nasrani) mengambil sebagai contoh untuk berahlak dan menjadi rahmat kepada umat manusia yang lain di bumi ini, maka mencegah beragam konflik kemanusian atas nama Agama.
Mereka juga tidak menyombongkan diri. Al-Qur’an menyaksikan demikian sebab Isa al-Masih mengajarkan bahawa kesombongan itu ialah ajaran SYAITAN bukan ajaran Allah atau Muhammad dan juga bukan ajaran al-Injil atau Isa al-Masih.
Dan untuk mengalahkan SYAITAN hanya dengan RENDAH HATI dan tidak sombong, Isa al-Masih bersabda,
Marilah belajar dari-Ku, kerana Aku lemah lembut dan rendah hati. Injil Surah Matius 11:30.
Sifat ini begitu penting dan sebagai pusat energi daripada AKHLAK MULIA. Itulah juga yang telah diwariskan Isa al-Masih kepada pengikut-Nya dari masa awal (umat Kristian awal) hingga masa sekarang (umat Kristian sekarang) dan selepas 600 tahun kemudian, Nabi Muhammad mengumumkannya kembali seperti yang termaktub di al-Qur’an.
Kisah yang saya pandang sebagai SUNNAH yang terlupa hingga hari ini bagi sebahagian umat Islam. Berikut cerita dikisahkan pada awal dakwah Rasulullah (tahun 610 M) di Mekah. Hubungan Rasulullah dan orang-orang Nasrani pada masa itu sangat baik dan penuh keakraban.
Pada tahun 615 M, Rasulullah dan pengikutnya sekitar 80 orang mendapat penyiksaan yang sangat keras daripada penduduk Mekah (Arab jahiliah) bahkan mengancam akan membunuh mereka semuanya. Allah s.w.t. kemudian perintahkan kepada Rasulullah untuk menghijrahkan mereka ke tempat lain yaitu, Habsyah (negara Surya hari ini) yang pada masa itu dipimpin oleh seorang pemimpin yang beragama Nasrani bernama Najasyi/Nejeb (penduduknya mayoritas Kristian) di masa itu.
Para sahabat bertanya kepada Rasulullah, “Mengapa kita disuruh hijrah kepada orang-orang Nasrani?” Lalu Rasulullah menjawab, “Allah yang perintahkan untuk hijrah ke sana kerana orang-orang Nasrani itu menyembah Allah dan Isa al-Masih bin Maryam menurut ajarannya, Arrahman-Arrahim, maka mereka akan menyambut kamu dengan penuh kasih sayang, rendah hati dan tidak menyombongkan diri. Maka turunlah ayat al-Qur’an surah Al-Ma’idah (5):82.
Perhatikan bahawa sebelum Muhammad menjadi Nabi dan berdakwah tentang Isma kepada kaumnya (orang-orang Arab Mekah), sebenarnya Muhammad tidak terlalu asing dengan orang-orang Nasrani (Kristian) di masa itu.
Sebagai contoh:
Nama paman Siti Khadijah ialah Warakah bin Naufal. Sejarah Islam mencatatat bahawa, kedudukan Warakah bin Naufal sebagai seorang Rais Am (pendeta dan pemimpin tertinggi bagi umat Nasrani di masa itu dan di wilayah jazirah Arab). Warakah bin Naufal sendiri berasal daripada keturunan suku kaum Arab Quraisy (sama dengan suku Muhammad).
Cerita ini sangat menarik yang mengisahkan betapa dekatnya hubungan Muhammad dengan keluarga umat Kristian di masa itu. Sebab, Muhammad sejak kecil lagi tidak asing bergaul akrab dengan orang Kristian sebagai keluarga sebangsanya, tetapi beliau juga dinikahkan menurut tradisi agama yang bertauhid Nasrani (Krtistian). Pendeta Warakah bin Naufal yang menikahkan Muhammad dengan Siti Khadijah menurut tata ibadah Nasrani.
Sedangkan pada masa itu, Muhammad belum menjadi orang Islam dan Nabi.
Ini sekaligus menyedarkan kita bahwa pernikahan dengan tata cara agama Nasrani (Kristian) adalah sah dan benar dalam perspektif al-Qur’an dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.
Demikianlah sedikit kupasan tentang agama Kristian serta hubungannya dengan umat Islam. Mudah-mudahan berkenan dan mendapat keridhaan Allah s.w.t.
Insya Allah akan berlanjut pada sesi berikutnya. Kurang dan lebinnya ana afwan (saya mohon maaf).
Wallahu’alam bisawab. Wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Ustaz M. Faridz Al-Salmani
Artikel sebelum ini | Blog Ustaz Faridz | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…