Pada zaman dahulu, orang-orang Semenanjung Arab yang takzim kepada Yang Mulia Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah tersebut selalu menentang kebiasaan orang-orang Arab pada masa itu yang suka bersumpah dengan Dewa Latta dan Dewa Uzza.
Orang-orang yang membaca Kitab-Kitab Allah sebelum Rasulullah tersebut adalah orang yang berserah diri bulat-bulat kepada Allah. Mereka bukan orang Majusi. Mereka bukan orang musyrik seperti yang difitnahkan Dajjal dan jin-jinnya. Mereka orang beriman yang hidup di masa sebelum Muhammad.
Mereka bahkan memilih mati daripada meninggalkan keyakinan tauhid mereka kepada Allah. Mereka adalah Bani Isra’il yang asli dan Hawariyyun penyokong-penyokong setia Nabi Isa. Mereka tawadu’ kepada semua utusan-utusan Allah. Mereka dizalimi oleh Kaisar Rom dan pemerintah bonekanya semacam Sultan Herod dan Imam Qayafas yang adalah bentuk prototype Zionisme ketika itu. Mereka dizalimi di kampung halaman mereka sendiri yaitu Tanah Suci Yerushalayim Al Qudsi.
Berikut ini kisah mereka yang dicatat dalam Kitab yang bertajuk Biografi Muhammad bin Abdulullah, perjalanan hidup seorang nabi, oleh Zulkifli Mohd. Yusoff dan Noor Naemah Abd. Rahman.
Selepas itu, pada zaman sebelum Muhammad, ada seorang lelaki dari Najran yang bernama Abdullah bin Thabit dengan beberapa rahib Najran paderi dari orang-orang yang takzim kepada Yang Mulia Almasih Isa bnu Maryam yang daripada Allah. Mereka berasal dari Najran berpindah ke Yaman. Mereka beribadah secara rahsia di Yaman kerana mereka takut dengan orang-orang Yahudi Yaman (yang sangat mendukung prototype Zionisme ketika itu.)
Pada masa itu, Yaman masih diperintah oleh Tubba yang bernama Zu Nuwas. Zu Nuwas pula sedang mencari pengganti ahli sihirnya yang sudah tua. Dia memilih seorang remaja yang paling cerdik di negerinya bagi mewarisi ilmu sihir daripada tukang sihir diraja.
Setiap hari remaja itu pergi belajar sihir daripada tukang sihir diraja yang tinggal di bukit. Dalam perjalanan ke tempat gurunya, remaja itu melalui tempat salah seorang rahib dari Najran tadi. Di situ, dia dapat mendengar rintihan rahib ini dalam ibadahnya. Akhirnya, dia jatuh hati kepada rintihan dan doa rahib ini dan mula masuk belajar dengan rahib ini.
Pada masa yang sama, dia juga belajar ilmu sihir daripada tukang sihir diraja tadi. Lama-kelamaan, dia merasa benci dengan sihir dan tidak pergi belajar lagi dengan tukang sihir diraja. Dia hanya pergi belajar dengan rahib tadi. Tukang sihir membuat laporan kepada raja. Raja menangkap remaja itu, diazab dan dipaksa membuang ilmu tauhid yang dipelajari daripada rahib.
Raja Zu Nuwas atau Tubba Zu Nuwas memerintah remaja ini dibunuh. Pengawal raja membawanya untuk dicampakkan ke tengah laut. Apabila sampai ke tengah laut, ribut datang melanda, menyebabkan sampan terbalik dan semua pengawal raja mati. Remaja ini pulang menghadap raja dengan selamat.
Raja memerintah supaya dia dicampak dari atas gunung pula. Semua rakyat menyaksikan peristiwa ini. Apabila tentera raja mahu mencampakkan remaja ini dari atas gunung, berlakug gempa bumi. Semua tentera raja yang membawa remaja ini jatuh dari atas gunung dan remaja ini selamat. Pelbagai cara digunakan oleh Tubba Zu Nuwas bagi menghapus remaja beriman ini tetapi tidak berjaya.
Akhirnya, remaja ini memberitahu Tubba, “Wahai Tubba Zu Nuwas, kalau tuanku mahu membunuh saya, hendaklah tuanku mengumpulkan semua rakyat dan ikat saya pada pokok, kemudian ambil panah ini dan panahlah saya dengan menyebut, ‘Dengan nama Yang Mulia yang ditakzimi dan ditawadu’i remaja ini.’ Kalau tuanku laksanakan apa yang saya katakan ini baru tuanku dapat membunuh saya.”
Apabila Zu Nuwas melaksanakan seperti yang disebut oleh remaja beriman ini barulah dia berjaya membunuhnya.
Semua rakyat yang menyaksikan peristiwa itu berkata, “Bagaimanakah Zu Nuwas dengan kekuasaan dan kegagahannya tidak berjaya membunuh remaja ini melainkan dengan menyebut, ‘Dengan nama Yang Mulia yang ditakzimi dan ditawadu’i remaja ini.’”
Dengan peristiwa itu, Allah campakkan iman ke dalam hati 20,000 rakyat Yaman pada masa itu. Mereka semua beriman dengan agama yang benar atau din yang haq dan benar tersebut. Tubba Zu Nuwas yang terlalu marah dengan peristiwa itu, akhirnya memerintahkan tenteranya menggali lubang yang besar. Di dalam al-Qur’an disebut al-Ukhdud. Dipenuhkan kayu api di dalamnya, kemudian dinyalakan api yang besar. Siapa yang tidak mahu murtad daripada agama yang benar atau din yang haq dan benar tersebut dicampakkan ke dalam api itu. Peristiwa ini disebut di dalam al-Qur’an dalam Surah al Buruj [85].
Perkara ini juga ada diceritakan dalam hadis. Muhammad berkata, “Daripada ramai-ramai yang menunggu giliran dibakar, ada seorang ibu dengan bayinya yang masih menyusu. Dia merasa takut dan teragak-agak, juga merasa kasihan ke atas anaknya yang masih kecil untuk dibakar dalam api Tubba. Bayinya bercakap kepada ibunya, ‘Wahai ibu, jangan takut, terjun sajalah ke dalam api itu, sesungguhnya ibu sedang menuju ke syurga.’”
20,000 orang beriman itu dibakar kerana mereka beriman kepada Allah Tuhan Yang Maha Esa. Mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan, tidak menentang raja. Tetapi oleh kerana mereka beriman, Tubba membakar mereka semua.
Itulah maruah dan semangat orang-orang yang takzim dan tawadu’ kepada Yang Mulia Almasih Isa bin Maryam yang daripada Allah.
Taman Sari Kitab-Kitab Allah, tengok di tapak web https://allahitukasih.com/kitab-kitab-suci/.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…