Categories: Article

Nabi Isa Alaihissalam Sang Khalifatullah fiil Ardhi dengan Izin Allah (Bhg.3/3)

Semenjak manusia pertama nabi Adam a.s. dan Siti Hawa terpengaruh fitnah almasih Dajjal sehingga mereka melanggar perintah Allah SWT dengan memakan buah khuldi yang dilarang, dosa telah merasuk ke seluruh keturunan nabi Adam a.s. Namun, kerana Allah SWT pada haqiqinya bersifat maha adil dan maha pemurah lagi maha penyayang, sudah menjadi menjadi kehendak Allah SWT, seorang perempuan perawan yang bernama Siti Maryam tanpa proses yang lazim melahirkan bayi yang oleh Kitab Allah Al-Qur’an di Surah Maryam [19], ayat 19 disebut seorang yang tanpa dosa dan tidak pernah jatuh kena pengaruh almasih Dajjal.

Ia berkata: “Sesungguhnya aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak yang suci.”

Sesungguhnya Nabi Isa suci. Sebelum beliau lahirpun beliau disebut suci tanpa dosa setitikpun. Beliau disebut suci.

SUBHANAKA ALLAHUMA! Maha suci Engkau, Ya Allah!

Di dalam Kitab Al-Qur’an, dari semua utusan-utusan Allah …

  • hanya Isa yang disebut suci tidak ada dosa setitikpun (QS Maryam [19]:19)
  • hanya Isa yang keluar dari rahim seorang dara (QS Maryam [19]:20)
  • hanya Isa yang disebutkan sebagai TANDA BAGI MANUSIA
  • hanya Isa lah yang pada waktu lahir sudah boleh bercakap-cakap dengan orang-orang dewasa (QS Maryam [19]:30)
  • hanya Isa yang ketika baru sahaja lahir sudah bergelar nabi (QS Maryam [19]:30)
  • hanya Isa lah yang dielu-elukan sebagai MUBARAK (QS Maryam [19]:31)

Dalam Hadis Sahih Bukhari disebutkan:

Kullu bani Adam yuth’inusy syaithanu fi ainaihi bishbu’ihi hina yuladu ila ‘Isabnu Maryam

Ertinya,

Semua anak Adam, kedua matanya ketika lahir pasti ditusuk Syaitan dengan ujung jarinya, kecuali Isa putera Maryam.

Dalam Al-Qur’an Tafsir bil Hadis, disebutkan bahawa Hadis Nabawi mengatakan bahawa pernyataan “yang membenarkan Kalimah daripada Allah” di QS Ali Imran [3]:39 itu ertinya adalah:

Al-‘Aufi dan yang lainnya meriwayatkan dari Ibnu Abbas, Al-Hasan, Qatadah, Ikrimah, Mujahid, Abu Asy-Sya’sa’, As-Sudi, Ar-Rabi’ bin Anas Ad Dahak, serta yang lainnya sehubungan dengan ayat “yang membenarkan Kalimah dari Allah” di QS Al Imran [3]:39 bahawa yang dimaksud Kalimah dari Allah ialah Isa bin Maryam.

Ar-Rabi’ bin Anas mengatakan bahawa Yahya adalah orang yang pertama kali percaya kepada Isa.

Ibnu Jujaij berkata bahawa Ibnu Abbas pernah mengatakan tentang maksud firman Allah di QS Ali Imran [3]:39 KALIMAT DARI ALLAH, Yahya dan Isa adalah saudara sepupu. Diceritakan bahawa Ibu Yahya kepada Maryam,

Sungguh, aku merasakan bahawa anak yang ada di dalam perutku ini BERSUJUD kepada anak yang berada di dalam perutmu.”

Yang demikian itu merupakan pembenaran Yahya kepada Isa ketika Yahya masih berada dalam perut ibunya. Yahya adalah orang yang pertama kali percaya kepada Isa yang ada melalui Kalimat Allah, dan Yahya lebih tua usianya daripada Isa. (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur’anil Azimi, jilid 3, 2000 M/1421 H:55).

Boleh dikata Isa bin Maryam a.s. adalah satu-satunya manusia yang tidak lazim dan “supra natural” dan sangat ghaib, sijil kelahirannya, resume nya dan batu nisan nya. SEMUA ASPEK NYA GHAIB. DALAM SEMUA SEGI GHAIB, SUNGGUH HANYA ISA.

ATAS IZIN ALLAH

Menurut QS Maryam [19]:21, tentang Isa sesungguhnya adalah perkara yang sudah diputuskan oleh Allah SWT, oleh kerana itulah bagi barang siapa sahaja yang tidak boleh menerima keputusan Allah itu adalah termasuk dalam golongan-golongan orang-orang kafir.

Seperti Allah, Nabi Isa a.s. tidak menikah dan tidak memiliki anak, ada dengan selalu bergantung kepada iman tauhid ALLAH UTAMA dan YANG DIUTAMAKAN.

Laa ilaaha illallaah. TIADA ILAH SELAIN ALLAH.

Disebutkan di QS Maryam [19]:30-34 …

19|30| Isa menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Allah telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Allah telah menjadikan daku seorang Nabi.

19|31| Dan Allah menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.

19|32| ” Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Allah tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.

19|33| Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.

19|34| Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.

Dalam Al-Qur’an, Surah Ali Imran [3]:55

“idz qaalallahu yaa ‘iisa inii mutawaffika waraafi’uka ilayya wa muthahhiruka minalladziina kafaruu wajaa’ilulladzinattaba’uuka fauqalladdzina kafaruu ilaa yaumilqiyaaamat. tsumma ilayya marji’ukum fa ahkumu bainakum fiimaa kuntum fiihi takhtalifuun.”

(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir, hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.”

Fenomenal. Luar biasa!

Fenomena batu nisan liang lahat beliau luarbiasa kerana kubur Isa telah kosong kerana setelah dijadikan qurban oleh Allah SWT dengan dibunuh dengan cara dihukum mati salib atas izin Allah SWT (QS An Nisa’ [4]:157), Isa, oleh Allah SWT, dihidupkan balik dan diangkat ke sisi Allah. SUBBILAHUM. Tampaknya mereka orang-orang Yahudi membunuh dan mewafatkan Isa dengan cara menghukum mati salib, tapi sebenarnya bukan mereka. Hanya tampaknya saja mereka.

Hanya tampaknya saja orang-orang Yahudi syuk itu yang melakukannya.

Jadi pada dasarnya bukan orang-orang Yahudi syuk itu yang membunuh Sayidina Isa, melainkan wafatnya Sayidina Isa adalah atas ketetapan dan kehendak Allah kerana Sayidina Isa, oleh Allah, dinilai pantas dan sempurna untuk dijadikan qurban untuk menjunjung tinggi keadilan akhirat, kemurahan Allah terhadap manusia yang didera oleh dosa dan siksa-siksa akibat dosa-dosanya akibat fitnah almasih Dajjal. Ibarat, putera Ibrahim tidak jadi dibunuh menjadi qurban kerana sudah disediakan pengganti oleh Allah SWT.

Oleh Allah SWT, putera Maryam jadi dibunuh menjadi qurban agar manusia yang lalai dan hubuth, yang jatuh, malu, kalut serta serba salah dan takut ini boleh dibayar lunas segala denda kaffarah dan tebusannya.

Telah mutawatir hadish dari Nabi Muhammad s.a.w. bahwasanya beliau mengabarkan bahawa Nabi Isa a.s. akan turun di akhir zaman. Daripada Abu Hurairah r.a., ia berkata,

Rasulullah s.a.w. telah bersabda, ‘Tidak akan ada yang mampu mengalahkan almasih Dajjal kecuali Almasih Isa putera Maryam a.s.'”

(HR Abu Dawud Ath-Thayalisi dalam Musnad nya.)

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago