Categories: Article

Rindu: Alatnya Bahasa Ibu Bukan Bahasa yang Asing

Bahasa yang dipakai oleh Yang Rindu kepada makhluk-Nya selalu dalam bahasa makhluk itu sendiri, bukan bahasa yang asing yang tidak boleh difahami oleh kaum itu. Rindu itu terpuaskan di jalan pintas terdekat, iaitu, al-Masih yang bernama Isa. Al-Masih ertinya ‘Yang diberi Amanah’. Isa ertinya ‘Yang Maha Penyayang menyelamatkan’.

Kepada setiap kaum, Yang Maha Penyayang selalu mengungkapkan rindu dalam bahasa ibu kaum itu.

Jadi tentunya, kepada orang-orang Melayu, rindu ditunjukkan al-Khalik melalui orang Melayu dalam Bahasa Melayu dan cara asli Melayu, bukan melalui bahasa asing dan bukan melalui cara yang asing.

Kepada orang-orang Cina, rindu ditunjukkan al-Khalik melalui orang Cina dalam Bahasa Cina dan cara asli Cina.

Kepada orang-orang Singapura, rindu ilahi kepada orang-orang Singapura pasti ditunjukkan dalam Bahasa Inggris kerana bahasa orang Singapura berbahasa Inggris.

Kepada setiap makhluk di alam semesta ini, Rindu dan Sayang daripada yang Sang Penyayang selalu difahami oleh setiap makhluk dalam bahasa masing-masing setiap makhluk itu.

Termaktub di Qur’an Surah Ibrahim [14]:4

Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan kepada mereka. Maka Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya, juga memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Setiap kata dalam setiap bahasa pasti dihargai oleh al-Khalik yang Penyayang. Dalam Bahasa Arab, al-Khalik disifatkan sebagai Sifat Rindu yang teramat dalam kepada makhluk-makhluk-Nya.

Sifat Rindu pada makhluk-Nya yang juga sekaligus dialami juga oleh makhluk-Nya kepada Nya itulah AL ILAH atau ALLAH.

Jalan pintas terdekat ke pertemuan al-Khalik dan makhluk-makhluk-Nya sudah ditetapkan berlakunya, yang tidak lain adalah al-Masih Isa.

Jadi bahasa ibu masing-masing orang itu amat mustahak, karena dengan bahasa ibu itulah masing-masing orang diberi petunjuk oleh Al-Khalik mengenai tanda bagi umat manusia dan rahmat dari al-Khalik yang sudah ditetapkan.

Termaktub di Qur’an Surah Maryam [19]:20-21 …

(20) Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan aku pula bukan perempuan jahat?”

(21) Ia menjawab: “Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: Hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari Kami; dan hal itu adalah satu perkara yang telah ditetapkan berlakunya.

Apabila sudah diberi petunjuk dalam bahasa ibunya, orang masih menolak berlakunya tali silaturahmi al-Khalik Yang Penyayang dengan makhluk-Nya di dalam titik temu yang paling pintas dan terdekat iaitu al-Masih yang bernama Isa, maka orang itu masih akan diyakinkan dengan mukjizat.

Disebutkan di Qur’an Surah Ali Imran [3]:49-50  …

Dan menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil: “Sesungguhnya aku telah datang kepada kamu, dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari tuhan kamu, iaitu aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) dengan izin Allah; dan juga aku boleh menyembuhkan orang yang buta dan orang yang sopak, dan aku boleh menghidupkan kembali orang-orang yang mati dengan izin Allah; dan juga aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu makan dan apa yang kamu simpan di rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu, jika kamu orang-orang yang (mahu) beriman. 49 “Dan juga (aku datang kepada kamu ialah untuk) mengesahkan kebenaran Kitab Taurat yang diturunkan dahulu daripadaku, dan untuk menghalalkan bagi kamu sebahagian (dari perkara-perkara) yang telah diharamkan kepada kamu; dan juga aku datang kepada kamu dengan membawa satu mukjizat dari Tuhan kamu. Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah dan taatlah kepadaku. 50

Bahasa Ibu adalah alat yang mengingatkan setiap orang tentang rindu al-Khalik kepada makhluk-Nya dan sekaligus Rindu makhluk-makhluk-Nya kepada al-Khalik di jalan pintas terdekat, iaitu, al-Masih Isa.

Disebutkan di Qur’an Surah Ali Imran [3]:45

(45) (Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakan seorang anak yang engkau akan kandungkan semata-mata dengan) Kalimah daripada Allah, nama anak itu: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga yang didampingkan (di sisi Allah).

Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka janganlah kamu ragu-ragu tentang itu, dan turutlah; inilah jalan yang terdekat.

Qur’an Surah Az-Zukhruf [43]:61.

Bahasa ibu setiap orang dipakai untuk memberi petunjuk. Mujizat juga dipakai untuk memberi petunjuk.

Seharusnya orang dengan senang boleh menjadi bertemu lagi kepada Yang Rindu di jalan yang terdekat, iaitu, Almasih yang bernama Isa.

Tidak ada paksaan,

Tidak ada paksaan dalam ugama, kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut, dan ia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan (tali ugama) yang teguh yang tidak akan putus. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (256)

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (257)

Tidakkah engkau (pelik) memikirkan (wahai Muhammad) tentang orang yang berhujah membantah Nabi Ibrahim (dengan sombongnya) mengenai Tuhannya, kerana Allah memberikan orang itu kuasa pemerintahan? Ketika Nabi Ibrahim berkata: “Tuhanku ialah Yang menghidupkan dan Yang mematikan”. Ia menjawab: “Aku juga boleh menghidupkan dan mematikan”. Nabi Ibrahim berkata lagi: “Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, oleh itu terbitkanlah dia dari barat?” Maka tercenganglah orang yang kafir itu (lalu diam membisu). Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan petunjuk kepada kaum yang zalim. (258)

Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: “Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? ” Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: “Berapa lama engkau tinggal (di sini)?” Ia menjawab: “Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari”. Allah berfirman:” (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging “. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. (259)

Semoga terpuaskan Rindu itu di jalan pintas yang terdekat itu.

Sayidina al-Masih Isa adalah perkara yang sudah ditetapkan untuk menjadi jalan pintas yang terdekat.

Dengan begitu, puaslah al-Khalik dan juga puas pula makhluk-makhluk Allah.

Bahkan burung-burung pun SOLAT.

Dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, matahari, bulan dan bintang dan gunung-ganang pun TUNDUK SUJUD KEPADA ALLAH.

Pasti Allah tahu solat dan sujud burung-burung dan pokok-pokok kayu itu. Allah tahu dan mengerti bahasa makhluk-makhluk itu.

Allah menerima solat dan sujud mereka dalam bahasa masing-masing mereka tentunya.

alam annallaha yusabbiḥu lahu man fīssamāwāti wal ‘arḍi WAṬṬOIRU ṣōffātin kullun qad ‘ALIM ṢOLĀTAHU wa TASBĪḤAHU WALLAHU ‘alīmun bimā yaf’alūn.

Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya kepada Allah sentiasa bertasbih sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui akan cara mengerjakan SOLATnya kepada Allah dan memujiNya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.

QS.An-Nūr [24]:41.

Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.

QS.Al-Hajj [22]:18.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago