Categories: Article

Sombong

Sombong! Angkuh! Tinggi hati!

Siapapun yang sombong tidak mempunyai sebab untuk dihormati. Itulah yang menjadi sebab mengapa umat manusia berpecah-pecah menjadi golongan-golongan.

Menurut ulama-ulama Ahli Sunnah wal Jama’ah, sesungguhnya kesombongan lah yang membuat malaikat tidak mau menjalankan Titah Allah kepada mereka, iautu, bersujud kepada Adam.

Ketika Allah menciptakan manusia dan menjadikan manusia sebagai Khalifah Allah (Wakil Allah), malaikat justeru suudzon atau berprasangka buruk terhadap manusia. Sikap suudzon atau berprasangka buruk adalah salah satu bentuk kesombongan.

Disebutkan di Al-Qur’an Surah Al Baqarah [2]:30

2|30| وَإِذْقَالَرَبُّكَلِلْمَلَٰٓئِكَةِإِنِّىجَاعِلٌفِىٱلْأَرْضِخَلِيفَةًۖقَالُوٓا۟أَتَجْعَلُفِيهَامَنيُفْسِدُفِيهَاوَيَسْفِكُٱلدِّمَآءَوَنَحْنُنُسَبِّحُبِحَمْدِكَوَنُقَدِّسُلَكَۖقَالَإِنِّىٓأَعْلَمُمَالَاتَعْلَمُونَ

2|30| Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.” Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

Dan Allah memerintah bangsa malaikat untuk sujud menyembah manusia di bumi.

Disebutkan di Al-Qur’an Surah Al Baqarah [2]:34

وَإِذ قُلنا لِلمَلٰئِكَةِ اسجُدوا لِءادَمَ فَسَجَدوا إِلّا إِبليسَ أَبىٰ وَاستَكبَرَ وَكانَ مِنَ الكٰفِرينَ

Dan (ingatlah) ketika kami berfirman kepada malaikat: “Bersujudlah kepada Adam.” Lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Namun, diperintah Allah untuk menjadi hamba manusia, malaikat yang paling bijaksana itu menolak untuk bersujud kepada kepada manusia. Sebaliknya, malaikat itu ingin disembah manusia. Dengan tidak menghiraukan perintah Allah itu, Malaikat itu tidak tunduk kepada Kalimat Allah atau Sabda Allah. Hanya kesombongan lah yang membuat malaikat tidak mahu menjalankan Titah Allah atau Kalimat Allah.

Itu bererti manusia sombong terhadap Allah. Itu bererti manusia sombong terhadap al-ilah yang sesembahan manusia.

Semua nabi yang jumlahnya 124,000 selalu mengingatkan manusia untuk selalu takzim kepada al-ilah dan tidak sombong dan tidak pongah kepada al-ilah sesembahan manusia.

Namun manusia tempatnya kesalahan dan lupa. Manusia cenderung menjadi sombong dan tinggi hati. Yang satu terhadap yang lainnya, manusia menjadi sombong.

  • Masing-masing menyombongkan warna kulitnya.
  • Masing-masing menyombongkan kaumnya.
  • Masing-masing menyombongkan pengalaman dan perjalanan hidupnya.
  • Masing-masing menyombongkan ilmu pengetahuannya.
  • Masing-masing menyombongkan mazhabnya.
  • Masing-masing menyombongkan bahasanya, loghatnya.
  • Masing-masing menyombongkan posisi dan keadaannya.
  • Masing-masing menyombongkan sudut pandangnya atau perspectivenya.
  • Masing-masing menyombongkan prestasinya.
  • Masing-masing menyombongkan siapa yang lebih dahulu ada.
  • Masing-masing menyombongkan kekayaannya.
  • Masing-masing menyombongkan asal-asul nenek moyangnya dan kastanya.
  • Ada yang dengan sombong berkata, “Kami keturunan Nabi Ibrahim! Kami kaum yang berkhatan!”
  • Ada yang dengan sombong berkata, “Kami Bani Isra’il bangsa pilihan keturunan para nabi Allah!”
  • Ada yang dengan sombong berkata, “Kami penduduk Tanah Suci!”
  • Ada yang dengan sombong berkata, “Kami rakyat Kaisar Rom! Bangsa kami bangsa Rom, bangsa yang terkuat dan terbesar diseluruh dunia!”
  • Ada yang dengan sombong berkata, “Kami murni keturunan nabi-nabi Allah dan ilmu kami murni dari nabi-nabi Allah dan kitab-kitab Allah yang ditulis dalam bahasa kami bahasa Ibrani bahasa paling suci yang dipakai untuk menulis Kitab-Kitab Allah!”

Malaikat dengan sombong berkata, “Kami terbuat dari api, sedangkan manusia dari tanah.” Sombong!

Jadi kalau awak berkata, “Si Fulan sombong terhadap saya!” itu ertinya Si Fulan kafir terhadap awak. Kalau awak berkata bahwa si Fulan sombong terhadap awak, itu berarti si Fulan kafir kepada awak. Jadi makna kafir sesungguhnya sombong.

Kalau si Fulan berkata kepada awak, “Kamu sombong terhadap saya!” itu ertinya kamu kafir terhadap si Fulan. Makna kafir itu sesungguhnya sombong.

Setiap orang sombong terhadap setiap orang. Sebenarnya erti daripada kafir adalah sombong.

Bangsa yang kaya nak terpisah dari bangsa miskin. Bangsa Isra’il nak terpisah dari bangsa-bangsa non-isra’el.

Kerana menurut Bangsa berkhatan, bangsa tidak berkhatan menajiskan bangsa berkhatan.

Kesombongan lah yang menyebabkan di binanya tembok-tembok pemisah.

Muslim mengkafir-kafirkan Kristian. Kristian mengkafir-kafirkan Muslim.

Muslim anggap Kristian sombong. Kristian anggap Muslim sombong.

Nabi Isa lahir dan dibesarkan di masyarakat bangsa yang berkhatan yang disebut Bani Isra’il. Tanah suci kiblat orang-orang muslim ketika itu adalah di Al-Quds Yerusalem Bani Isra’il. Ramai orang Bani Isra’il menyombongkan diri bahawa mereka adalah keturunan Nabi Ibrahim dan mereka adalah keturunan Nabi Ya’qub yang bergelar Isra’il. Bani Isra’il menyombongkan diri bahawa mereka ada bangsa pilihan.

Disebutkan di Al-Qur’an Surah Jathiyah [45]:16, yang ertinya …

Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Bani Israil Kitab Taurat, dan pangkat kehakiman serta pangkat kenabian; dan Kami telah kurniakan mereka benda-benda yang baik-baik, serta Kami lebihkan mereka di atas segala umat manusia.

Namun orang-orang Bani Isra’il menjadi sombong menyombongkan kedudukan mereka yang tinggi. Bani Isra’il sombong sebab mereka adalah bangsa yang berkhatan. Mereka menjuluki orang-orang dari bangsa-bangsa yang tidak berkhatan sebagai “anjing.”

Dikisahkan di Tarjamah Kitab Injil Surah Marqusa (Markus) 7:24-30 Nabi Isa pergi ke kawasan bangsa yang tidak berkhatan. Sungguh hal yang tidak lazim bagi orang dari Tanah Suci Bani Isra’il yang terkenal dengan sebutan bangsa berkhatan sudi masuk ke kawasan orang-orang yang tidak berkhatan.

Ketika berada di kawasan bangsa yang tidak berkhatan, ada seorang wanita memberanikan diri mendatangi Nabi Isa dan bersujud dikaki Nabi Isa. Wanita itu dari bangsa yang tidak berkhatan. Wanita itu orang Yunani. Rupanya wanita itu punya masalah sehingga berani mendatangi Nabi Isa. Wanita itu punya anak yang kerasukan makhluk halus. Wanita itu datang kepada Nabi Isa dan memohon Nabi Isa menghalau makhluk halus yang merasuk anaknya.

Nabi Isa menjawab,

“Ada peribahasa. Anak wajib didahulukan diberi makan. Tidak patut makanan untuk anak dilemparkan kepada anjing.”

Namun kerana pendirian wanita itu untuk memperoleh pertolongan kepada Nabi Isa sudah tegar dan tidak dapat diubah-ubah lagi, wanita tidak mengendahkan peraturan bahwa sungguh tidak patut orang dari bangsa tidak berkhatan minta tolong orang dari bangsa yang berkhatan.

Wanita dari bangsa yang tidak berkhatan itu berkata kepada Nabi Isa,

“Betul, betul, peribahasa itu. Memang tidak patut makanan untuk anak dilemparkan kepada anjing. Tapi anjing di bawah meja makan anak pasti mahu memakan apapun yang terjatuh dari meja makan anak yang sedang makan makanannya!”

“Aku tahu dari jawabanmu. Pendirianmu untuk mendapatkan pertolongan daripadaku memang sudah tegar dan tidak dapat dirintangi oleh apapun. Kamu sungguh-sungguh memerlukan Aku. Kamu sungguh-sungguh menganggap Aku mustahak untuk menghalau makhluk halus yang merasuk anakmu. Oleh kerana itu, sekarang pulanglah. Roh halus yang mengganggu anak mu sudah Aku usir keluar dari tubuh anak mu.”

Memang benar. Apabila ibu itu pulang ke rumahnya, dia mendapati anaknya sudah sembuh dan tenang sentosa tidak lagi diganggu roh halus.

Kisah ini diambil dari Tarjamah Kitab Injil Surah Marqusa (Markus) 7:24-30.

Hadis juga menyatakan Dajjal apabila diberitahukan kepada Nabi Isa, Dajjal akan meleleh seperti garam di air.

Diganggu makhluk halus, beritahu Nabi Isa.

Nabi Isa mustahak. Nabi Isa sungguh punya wibawa dan kuasa ilahi.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago