Petikan dari Kitab Taurat: Kejadian 17:1-14,22-26.
1Ketika Abram berumur 99 tahun, TUHAN menampakkan diri kepadanya dan berfirman,
“Akulah Allah Yang Maha Kuasa. Taatilah Aku dan lakukanlah kehendak-Ku selalu. 2Aku akan membuat perjanjian-Ku denganmu dan memberikan keturunan yang banyak kepadamu.”
3Abram bersujud, lalu Allah berfirman,
4“Inilah perjanjian yang Aku buat dengan engkau: Aku berjanji bahawa engkau akan menjadi nenek moyang banyak bangsa. 5Oleh itu namamu tidak lagi disebut Abram, melainkan Abraham, kerana Aku menjadikan engkau nenek moyang banyak bangsa. 6Aku akan memberikan banyak anak cucu kepadamu, dan ada antara mereka yang akan menjadi raja. Engkau akan mempunyai keturunan yang sangat banyak sehingga mereka menjadi bangsa-bangsa.
7Aku akan menepati janji-Ku kepadamu serta keturunanmu turun-temurun, dan perjanjian itu abadi. Aku akan menjadi Allahmu dan Allah keturunanmu. 8Aku akan memberikan tanah ini kepadamu dan keturunanmu; tanah yang sekarang engkau diami sebagai orang asing. Seluruh tanah Kanaan akan menjadi kepunyaan keturunanmu selama-lamanya, dan Aku akan menjadi Allah mereka.”
9Allah berfirman lagi kepada Abraham,
“Engkau juga mesti bersetuju untuk setia kepada perjanjian itu, engkau dan keturunanmu turun-temurun. 10Engkau dan semua keturunanmu yang lelaki mesti disunat. 11-12Mulai hari ini engkau mesti menyunatkan setiap bayi lelaki apabila dia berumur lapan hari. Ini termasuk hamba yang lahir di dalam rumahmu dan hamba yang dibeli daripada bangsa asing. Sunat itu akan menjadi tanda perjanjian antara engkau dengan Aku. 13Tiap-tiap lelaki mesti disunat; sunat ini akan menjadi tanda jasmani yang menunjukkan bahawa perjanjian-Ku dengan engkau itu abadi. 14Setiap lelaki yang tidak disunat tidak dianggap anggota umat-Ku kerana dia tidak berpegang pada perjanjian itu.”
22Setelah berfirman kepada Abraham, Allah pergi dari situ.
23Pada hari itu juga, Abraham mentaati Allah dengan menyunatkan anak lelakinya Ismael, serta semua kaum lelaki dalam keluarganya, termasuk hamba-hamba yang dilahirkan di rumahnya dan hamba-hamba yang dibelinya. 24Abraham berumur 99 tahun ketika dia disunat, 25dan anak lelakinya Ismael berumur 13 tahun. 26Mereka berdua disunat pada hari yang sama, 27bersama dengan semua hamba Abraham.
Cerita yang sebelum ini | Senarai Cerita Nabi | Cerita yang selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…