Categories: Article

Sunnatullah (Bhg.10/11)

Orang yang mengalami kesusahan dan penderitaan pasti lega dan bersujud syukur kerana adanya rasa kepasrahan kepada Almasih Isa dari Allah yang menggantikan kita dalam menanggung azab Allah atas dosa dan noda yang kita buat.

Termaktub di dalam Kitab-Kitab Allah:

TAURAT Surah Irmiya 24:7

Aku akan memberikan kemahuan kepada mereka untuk memahami bahawa Akulah ALLAH. Dengan demikian mereka akan menjadi umat-Ku, dan Aku menjadi Ilah mereka, kerana mereka akan kembali kepada-Ku dengan sepenuh hati.

ZABUR 13:5

Ya Allah, aku bergantung kepada kasih-Mu yang abadi; aku akan bergembira kerana Engkau menyelamatkan aku.

INJIL Surah Wahyu 3:20

Dengarlah! Aku Isa Almasih berdiri di hadapan pintu sambil mengetuk. Jika seseorang mendengar suara-Ku dan membuka pintu, Aku akan masuk ke rumahnya. Aku akan makan bersamanya dan dia bersama-Ku.

QUR’AN Surah Ra’d [13]:27-28 …

13|27| “Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya , dan memberi kepada petunjuk kepada sesiapa yang rujuk kepadaNya, –

13|28| “(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (mengingat Allah”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Isa itu sunatullah untuk dibunuh Allah sebagai qurban kafarrah yang menggantikan manusia dalam kesusahannya di dunia dan di akhirat. Terimalah dan usapkankan darah yang keluar dari Isa, maka Isa sudah menggantikan kalian menjalani segala azab dan hukuman dosa-dosa kalian, dengan demikian Almasih Isa menggantikan kalian dalam kesusahan dan penderitaan kalian selama-lamanya.

Mengenai Almasih Isa yang ditetapkan Allah untuk menyelamatkan orang-orang yang mengalami kesusahan dan penderitaan dalam lembah lembah yang kelam dalam kehidupan mereka, bacalah kisah berikut ini sebagai ibarat:

TANGANNYA TAK PERNAH MENGECEWAKAN

Ada seseorang yang nak mendaki Puncak Everest, puncak tertinggi daripada Pegunungan Himalaya. Dia membawa segala sesuatu yang diperlukan dan menyewa seorang guide atau pemandu yang akan menunjukkan jalan yang kena dilewati.

Ketika mereka berangkat, cuaca sangat baik. Mereka berangkat dengan hati riang gembira hingga makan siang pun mereka masih tidak mengalami permasalahan apapun. Setelah makan siang, mereka melanjutkan perjalanan pendakian mereka, tetapi apa yang mereka dapati? Mereka mendapati jalan yang akan ditempuh sungguh susah. Keadaan jauh berubah dengan sebelumnya. Jalan kecil yang mereka andalkan menghilang. Jalannya menjadi sangat terjal dan curam dan sangat licin. Tiba-tiba mereka sampai pada suatu jurang yang dalam dan terjal sampai-sampai perjalanan tidak boleh dilanjutkan.

Setelah berpikir sejenak, sang pemandu mendekati pinggir jurang itu dan melihat-lihat kalau-kalau ada sesuatu yang menonjol untuk dia jadikan pegangan yang boleh menolong mereka untuk boleh menyeberangi jurang dalam dan terjal itu. Sang pemandu itu akhirnya menemukan sesuatu yang mencuat mengajur kuat untuk boleh dijadikannya pegangan yang teguh. Lalu Sang Pemandu meloncat ke ujung karang di seberang jurang itu. Akhirnya Sang Pemandu itu berjaya melompati jurang itu dan berjaya sampai pada seberang jurang.

Kemudian, pendaki itu berusaha untuk melakukan seperti Sang Pemandu, namun pendaki itu menjadi sangat takut dan was-was dan takut terperosok jatuh ke dalam jurang yang dalam itu. Melihat pendaki itu, Sang Pemandu kemudian memegang ujung jurang erat-erat, lalu menjulurkan tangannya ke pendaki itu dan menyuruh pendaki itu untuk berpegangan pada tangan Sang Pemandu yang dijulurkan ke pendaki itu. Sang Pemandu berkata kepada pendaki, “Jom, peganglah tanganku dan gunakanlah tanganku sebagai pegangan mu agar kau boleh melewati jurang yang dalam dan terjal ini.”

Namun pendaki itu tetap saja merasa takut dan was-was untuk melakukan seperti apa yang diperintahkan Sang Pemandu kepadanya. Lalu, Sang Pemandu itu berteriak kepada pendaki itu, “Tuan, jangan takut! Tanganku sudah berkali-kali menolong banyak orang untuk melewati jurang yang dalam dan terjal ini dan belum pernah gagal! Haqul yaqinlah kepadaku dan kau akan boleh melewati jurang yang terjal dan dalam ini.”

Lalu akhirnya, pendaki itu melakukan seperti yang diperintahkan Sang Pemandu kepadanya. Dan dengan segera, pendaki itu dengan selamat berjaya melewati jurang yang dalam dan terjal itu dan berjaya sampai di seberang jurang yang dalam itu. Akhirnya pendaki itu boleh meneruskan cita-citanya untuk sampai di puncak yang dia inginkan.

Macam mana dengan awak? Awak sedang berada pada perjalanan menuju suatu puncak yang sangat tinggi, yang membawa awak menuju ke suatu ketenteraman dan kebahagiaan dan kehidupan abadi yang daripada Allah. Apakah awak menolak atau terus menerus was-was dan pening untuk memasrahkan diri awak kepada semangat ilahi Nya dalam menolong awak mencapai HAYAT YANG ABADI di JANNAH ALLAH. Haqul yakinlah dan gunakan iman anda pada tangan itu, yang telah dihancurkan oleh hukuman mati SALIB dan izinkan Almasih Isa memperjuangkan awak mengalami pentolongan ilahi yang penuh nikmat dan adil itu!

Ini semua termaktub di dalam Kitab-Kitab Allah:

TAURAT Surah Akhbarilayamil Awal (1 Tawarikh 22:19) …

Maka sekarang, arahkanlah hati dan jiwamu untuk mencari Wajah Allah.

ZABUR 28:6-7 …

TUHAN ALLAH melindungi dan membela aku; aku percaya kepada-Nya. Dia menolong aku dan menggirangkan hatiku; aku memuji Dia dengan lagu kesyukuran.

INJIL Surah Rom 10:10

Kerana dengan hatimu kamu beriman dan diperbenar, dan dengan mulutmu kamu mengaku lalu diselamatkan.

INJIL Surah Ibrani 10:22

Maka marilah kita hampir dengan hati yang tulus dan iman yang teguh sepenuhnya. Hati kita telah direnjis sehingga suci daripada kejahatan dan tubuh kita telah dibasuh dengan air yang bersih.

QUR’AN Surah Al Mujadilah [58]:22

Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya.

ALLAH TELAH MELAKUKAN BAHAGIANNYA DEMI KESELAMATAN AWAK, SUDAHKAH AWAK MELAKUKAN YANG MENJADI BAHAGIAN AWAK?

APA YANG AWAK PEROLEH BILA AWAK MELAKUKAN YANG MENJADI BAHAGIAN AWAK, YAITU HAQUL YAQIN DAN MEMASRAHKAN SELURUH ASPEK KEHIDUPAN KITA KEPADA ALMASIH ISA YANG DARIPADA ALLAH YANG ADALAH JURU SELAMAT UMAT MANUSIA?

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago