Categories: Article

Sunnatullah (Bhg.11/11)

Bila ada nikmat pengampunan ilahi atas segala dosa dan noda kita, pasti terasa lega di hati kita dan tidak ada kesombongan di dalam kehidupan kita. Yang ada hanyalah bersyukur, bersyukur kepada Allah dalam segala aspek kehidupan ini.

Ini bukan berbicara politik, bukan pula berbicara cara-cara melakukan ini atau itu. Ini adalah kenyataan bahawa Allah al Khaliq Yang Maha Pencipta dan Maha Memelihara dan Menjaga isi alam ini sungguh sangat, sangat bijaksana dan sangat sangat penuh pengertian dan sangat sangat sabar yang tidak ada batasnya namun tetap Maha Adil selama-lamanya.

Masya’ Allah!

Itulah sunatullah. Tidak akan pernah boleh dipolitisir dan tidak akan pernah boleh dipesongkan. Nak ataupun tak nak, kita kena terima apa adanya seperti yang sudah disediakan oleh Allah.

Seperti yang termaktub di dalam Kitab-Kitab Allah:

QUR’AN Surah Al Mu’min [40]:2-3 …

Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui, Yang Mengampunkan dosa, dan Yang Menerima taubat, Yang Berat azabNya.

INJIL Surah Yahya 1:12

Namun demikian, (jika diibaratkan) ALLAH memberi hak menjadi putera-puteri Allah kepada mereka yang menerima sunatullah tentang Almasih Isa dan haqul yaqin dalam nama Almasih Isa yang daripada Allah.

INJIL Surah Yahya 5:24

“Sesungguhnya aku berkata kepadamu, sesiapa yang mendengar kata-kata-Ku dan percaya kepada ALLAH yang mengutus-Ku akan mendapat hidup yang kekal dan tidak akan dihukum. Dia telah terlepas daripada kematian dan mendapat hidup sebenar.”

ZABUR 119:162-165 …

Aku bergembira dengan janji-Mu umpama orang yang menjumpai harta yang amat bernilai.

Tujuh kali sehari aku memuji-Mu kerana hukum-hukum-Mu yang benar.

Sungguh besar kesejahteraan mereka yang mencintai hukum-Mu, dan tiada suatu pun menyebabkan mereka tergelincir.

TAURAT Surah Hazqiya (Yehezkiel) 36:26-27 …

Aku akan memberi kamu hati dan fikiran yang baru. Aku akan menggantikan hati kamu yang keras dengan hati yang taat. Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke dalam hati kamu agar kamu menurut hukum-Ku dan melaksanakan semua perintah yang telah Kuberikan kepada kamu.

Bila awak memang sungguh-sungguh membutuhkan pertolongan yang daripada Allah untuk mendapatkan keselamatan dan hayat yang diredai Allah, sekarang sampai selama-lamanya, dan bila awak menerima sunatulah yang sudah ditetapkan oleh Allah yaitu adanya semangat ilahi dan kuasa ilahi daripada Allah yaitu Almasih Isa Kalimah Allah dalam menggantikan manusia agar terlepas dari siksaan dan azabnya sehingga manusia boleh mensyukuri nikmat keselamatan dan keadilan daripada Allah.

Bertawasullah kepada Baginda Almasih Isa Kalimah Allah, maka beliaulah yang menjadi wakil awak dan beliaulah yang manaikkan munajat kepada Allah untuk awak dan beliaulah yang menjalankan dan menumbuhkan hayat yang awak rasakan.

Insya’ Alla hanya kerana izin Allah yang kena awak imani, dalam iman yang murni itu, awak boleh …

(1) Rasa ke-maha-adilan Allah Yang Maha Pengampun atas segala macam noda dan dosa di segala masa awak dan awak juga boleh rasa pertolongan daripada Allah bagi awak dalam menghadapi segala macam godaan dan cobaan di perjalanan hidup awak dalam perjalanan awak menuju ke hariba’aan dan hadirat Al Khaliq.

Baca …

(2) Kembali kepada Al Khaliq yang selalu menjamin nikmat, karunia dan barakah dan rizqi dalam sifat kemurahan Allah dan yang selalu membuka pintu rizqi daripada Allah Yang Maha Kaya.

Baca …

(3) Rasa aman, Damai, Bahagia dan Bergembira yang sungguh-sungguh haqiqi kerana Allah, didalam hati awak dan kerana awak rasa adanya jaminan di dalam hayat yang abadi yang awak rasa dan adanya kepastian bahawa, kerana Allah jua, nama awak telah tertulis dan diingat sebagai ahli syurga di kitab hayat di loh al mahfuz.

Baca …

(4) HIJRAH (ertinya adanya perubahan alam pikir) dan amal yang sempurna kerana Allah yang memampukan awak boleh amal ma’ruf nahi mungkar (melakukan yang baik dan membenci dosa) kerana awak merasa berhutang budi kepada al Khaliq yang murah dan penuh sayang kepada awak. Oleh kerana itulah, awak menikmati amal ma’ruf nahi mungkar bagi Allah dan bagi umat manusia tanpa pandang bulu.

Baca …

Bila, kerana Allah, anda boleh rasa itu semua. Bersujudlah kepada Allah dan panjatkanlah doa kepada-NYA:

Kepada-Mu, Ya Allah, hamba bersujud, wahai al Khaliq yang mencipta seluruh isi alam baik di bumi dan di akhirat, hamba bersujud kepada Mu mengaku dengan penuh penyesalan dan taubat kepada Mu ya Allah atas segala noda dan dosa yang menyebabkan hamba jauh daripada haribaan dan hadirat Mu ya Allah al Khaliq, tapi sekarang ya Allah, hamba bersujud kepada Mu ya Allah kerana hamba dibuat sadar oleh Mu ya Allah bahwasanya Engkau ya Allah sungguh murah dan penuh sayang dan penuh nikmat kepada hamba.

Kuasailah hidup hamba ini, ya Allah dan ampunilah segala noda dan dosa dan khilaf dan salah hamba di segala masa dan perjalanan hamba dan berilah hamba di perjalanan hidup hamba suatu nikmat tenteram dan damai dan bahagia daripada Mu ya Allah di hati dan alam pikir hamba. Dan kuasailah hamba ini yang penuh dengan sifat lupa dan lemah ini dan tuntunlah hamba untuk terus berada di Jalan Mu ya Allah.

Hamba tawassulkan semua permohonan hamba kepada Almasih Isa Kalimat dan Roh Mu, ya Allah, yang telah mengikhlaskan diri untuk disiksa dan dibunuh dihukum mati disalib dengan sangat memalukan demi menggantikan hamba yang bergelimang dengan noda dan dosa ini dan demi menutup semua kekurangan kekurangan hamba agar hamba boleh diterima oleh Mu, ya Allah yang Maha Suci Penguasa Langit dan Bumi, dan yang telah dihidupkan balik dan diangkat balik dengan penuh kemenangan kerana Allah dari liang lahat dan yang sampai saat ini sedang mengusulkan hal ehwal hamba kepada mu Ya Allah.

Amin, amin, amin ya Rabbul Alamin.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago