Nabi Ibrahim diperintah Allah untuk menyembelih puteranya bukan haiwannya sebagai kaffarah pengganti atau penutup segala kekurangan
Isa Putera Dara Maryam bak Khibas dari langit disembelih oleh Allah sendiri. Telah termaktub di dalam Kitab-Kitab Allah:
TAURAT Surah Isya’ya 61:1 …
Kuasa TUHAN ALLAH Raja ada padaku, Dia telah memilih aku dan mengutus aku untuk mengkhabarkan berita baik kepada orang miskin, untuk memulihkan orang yang hancur hati, untuk mengumumkan kemerdekaan kepada orang tawanan, dan pembebasan kepada orang di dalam penjara.
(Ramalan para nabi akan turunnya Hakim Yang Adil, Almasih daripada Allah.)
Dia menghantar Kalimah daripada Nya dan menyembuhkan mereka; serta melepaskan mereka daripada kemusnahan.
INJIL Surah Yahya 1:1, 14 …
Pada permulaan sudah wujud Kalimah, dan Kalimah itu bersama Allah dan Kalimah itu adalah Allah. Kalimah itu bersama Allah.
Kalimah itu menjadi manusia dan hidup di kalangan kita. Kita melihat kemuliaan-Nya.
INJIL Surah Butrusa Awal (1 Petrus) 3:18 …
Al-Masih juga telah mati sekali untuk selama-lamanya kerana dosa kita. Dia yang tidak bersalah telah menderita untuk kita yang bersalah supaya Dia dapat membawa kita kepada Allah. Dia telah dibunuh.
QUR’AN Surah Ali Imran [3]:45 …
(Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan.
Di dalam Kitab Al-Qur’an, dari semua utusan-utusan Allah, hanya Isa yang disebut suci tidak ada dosa setitikpun …
Dalam Hadis Sahih Bukhari disebutkan:
Kullu bani Adam yuth’inusy syaithanu fi ainaihi bishbu’ihi hina yuladu ila ‘Isabnu Maryam
Ertinya,
Semua anak Adam, kedua matanya ketika lahir pasti ditusuk Syaitan dengan ujung jarinya, kecuali Isa putera Maryam.
Dalam Al-Qur’an Tafsir bil Hadis, disebutkan bahawa Hadis Nabawi mengatakan bahawa pernyataan “yang membenarkan Kalimah dari Allah” di QS Ali Imran [3]:39 itu ertinya adalah:
Al ‘Aufi dan yang lainnya meriwayatkan dari Ibnu Abbas, Al Hasan, Qatadah, Ikrimah, Mujahid, Abu Asy-Sya’sa’, As Sudi, Ar Rabi’ bin Anas Ad Dahak, serta yang lainnya sehubungan dengan ayat “yang membenarkan Kalimah dari Allah” di QS Ali Imran [3]:39 bahawa yang dimaksud Kalimah dari Allah ialah Isa bin Maryam. Ar Rabi’ bin Anas mengatakan bahawa Yahya adalah orang yang pertama kali percaya kepada Isa.
Ibnu Jujaij berkata bahawa Ibnu Abbas pernah mengatakan tentang maksud firman Allah di QS Ali Imran [3]:39 – KALIMAH DARIPADA ALLAH.
Yahya dan Isa adalah saudara sepupu. Diceritakan bahawa Ibu Yahya kepada Maryam, “Sungguh, aku merasakan bahawa anak yang ada didalam perutku ini BERSUJUD kepada anak yang berada di dalam perutmu.” Yang demikian itu merupakan pembenaran Yahya kepada Isa ketika Yahya masih berada dalam perut ibunya. Yahya adalah orang yang pertama kali percaya kepada Isa yang ada melalui Kalimat Allah, dan Yahya lebih tua usianya daripada Isa” (Ibnu Kasir, Tafsirul Qur’anil Azimi, jilid 3, 2000 M/1421 H:55).
Boleh dikata Isa bin Maryam a.s. adalah satu-satunya manusia yang tidak lazim dan supra natural dan sangat ghaib, sijil kelahirannya, resume nya dan batu nisan nya. SEMUA ASPEK NYA GHAIB. DALAM SEMUA SEGI GHAIB, SUNGGUH HANYA ISA.
ATAS IZIN ALLAH
Menurut QS Maryam [19]:21, tentang Isa sesungguhnya adalah perkara yang sudah diputuskan oleh Allah SWT, oleh kerana itulah bagi barang siapa sahaja yang tidak boleh menerima keputusan Allah itu adalah termasuk dalam golongan-golongan orang-orang kafir.
Seperti Allah, Nabi Isa a.s. tidak menikah dan tidak memiliki anak, ada dengan selalu bergantung kepada iman tauhid ALLAH UTAMA dan YANG DIUTAMAKAN.
Laa ilaaha illallaah. TIADA ILAH SELAIN ALLAH.
Disebutkan di QS Maryam [19]:30-34 …
19|30| Isa menjawab:” Sesungguhnya aku ini hamba Allah; Allah telah memberikan kepadaku Kitab (Injil), dan Allah telah menjadikan daku seorang Nabi.
19|31| Dan Allah menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup.
19|32| ” Serta (diperintahkan daku) taat dan berbuat baik kepada ibuku, dan Allah tidak menjadikan daku seorang yang sombong takbur atau derhaka.
19|33| Dan segala keselamatan serta kesejahteraan dilimpahkan kepadaku pada hari aku diperanakkan dan pada hari aku mati, serta pada hari aku dibangkitkan hidup semula (pada hari kiamat)”.
19|34| Yang demikian sifat-sifatnya itulah Isa Ibni Maryam. Keterangan yang tersebut ialah keterangan yang sebenar-benarnya, yang mereka ragu-ragu dan berselisihan padanya.
Dalam Al-Qur’an, Surah Ali Imran [3]:55 …
“idz qaalallahu yaa ‘iisa inii mutawaffika waraafi’uka ilayya wa muthahhiruka minalladziina kafaruu wajaa’ilulladzinattaba’uuka fauqalladdzina kafaruu ilaa yaumilqiyaaamat. tsumma ilayya marji’ukum fa ahkumu bainakum fiimaa kuntum fiihi takhtalifuun.”
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mewafatkanmu, dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan menjadikan orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir, hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu perselisihkan.”
Fenomenal. Luar biasa!
Fenomena batu nisan liang lahat beliau luarbiasa kerana kubur Isa telah kosong kerana setelah dijadikan qurban oleh Allah SWT dengan dibunuh dengan cara dihukum mati salib atas izin Allah SWT (QS An Nisa’ [4]:157), Isa, oleh Allah SWT, dihidupkan balik dan diangkat ke sisi Allah. SUBBILAHUM. Tampaknya mereka orang-orang Yahudi membunuh dan mewafatkan Isa dengan cara menghukum mati salib, tapi sebenarnya bukan mereka. Hanya tampaknya saja mereka.
Hanya tampaknya saja orang-orang Yahudi syuk itu yang melakukannya.
Jadi pada dasarnya bukan orang-orang Yahudi syuk itu yang membunuh Sayidina Isa, melainkan wafatnya Sayidina Isa adalah atas ketetapan dan kehendak Allah kerana Sayidina Isa, oleh Allah, dinilai pantas dan sempurna untuk dijadikan qurban untuk menjunjung tinggi keadilan akhirat, kemurahan Allah terhadap manusia yang didera oleh dosa dan siksa-siksa akibat dosa-dosanya akibat fitnah Almasih Dajjal. Ibarat, putera Ibrahim tidak jadi dibunuh menjadi qurban kerana sudah disediakan pengganti oleh Allah SWT.
Oleh Allah SWT, putera Maryam jadi dibunuh menjadi qurban agar manusia yang lalai dan hubuth, yang jatuh, malu, kalut serta serba salah dan takut ini boleh dibayar lunas segala denda kaffarah dan tebusannya.
Telah mutawatir hadis dari Nabi Muhammad s.a.w. bahwasanya beliau mengabarkan bahawa Nabi Isa a.s. akan turun di akhir zaman. Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata,
Rasulullah s.a.w. telah bersabda, “Tidak akan ada yang mampu mengalahkan Almasih Dajjal kecuali Almasih Isa putera Maryam a.s.” (HR Abu Dawud Ath-Thayalisi dalam Musnad nya).
Penutup segala kekurangan manusia bukanlah karya manusia dan bukanlah hasil amalan-amalan tradisi-tradisi pada ritual-ritual dan situs-situs ugama dan juga bukanlah hasil pemikiran-pemikiran falsafah. BUKAN! Jika Allah tidak mentakdirkan adanya PENUTUP yang menutup segala kekurangan serta dosa manusia, keadaan manusia sungguh-sungguh rusak akhlaq dan moralnya dan manusia tidak ada harapan sama sekali.
Masya’ Allah!
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…