Categories: Article

Taurat, Zabur, Injil dan Qur’an Kena diImani Tanpa diBeza-Bezakan

Tengok pada Al Qur’an Surah Al-Baqarah [2]:285, Al Islam adalah gerakan inklusif bukan gerakan eksklusif. Tidak mungkin menjadi muslim namun berjiwa eksklusif dan rasis yang suka membeza-bezakan orang.

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): “Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami, dan kepadaMu jualah tempat kembali”.

Termasuk dalam Rukun Iman daripada Al Islam adalah …

  • Beriman kepada Kitab-Kitab Allah
  • Beriman kepada Utusan-Utusan Allah
  • Kutubihi dalam QS. Al-Baqarah [2]:285 adalah bentuk jamak daripada Kitab
  • Rusulihi adalah bentuk jamak daripada Utusan Allah
  • Al Islam tidak beriman kepada satu Kitab sahaja
  • Al Islam tidak beriman kepada satu Utusan sahaja

QS.Ali Imran [3]:84

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami (Al-Quran), dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa (Taurat) dan Nabi Isa (Injil), dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka (dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah semata-mata”.

Para utusan-utusan Allah tidak hidup sezaman. Mereka terpisah oleh waktu ratusan tahun dan terpisah oleh bahasa yang berbeza-beza. Mereka menghadapi budaya yang berbeza-beza. Namun mereka semua beriman kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Nabi Ibrahim tidak pernah bertemu dengan Nabi Musa. Nabi Sulaiman tidak pernah bertemu dengan Nabi Yahya. Nabi Dawud tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa.

Nabi Musa menggunakan Bahasa Ibrani. Nabi Isa menggunakan Bahasa Ibrani di perantauan di Negeri Syam dan Palistin, yaitu Bahasa Suryani. Kitab Taurat ditulis dalam Bahasa Ibrani bahasa orang-orang Bani Isra’il. Kitab Injil ditulis dalam Bahasa Yunani, bahasa antar bangsa ketika itu. Kitab Taurat sangat menghormati Asma Tuhan. Dalam Kitab Taurat, Asma Tuhan itu tidak boleh diucapkan oleh mulut-mulut kotor manusia. Oleh kerana itu di dalam Kitab Taurat yang asli Bahasa Ibrani, Asma Tuhan itu disebut ELOHIM (TUHAN AGUNG). Bandingkan dengan ALLAHUMA. Sedangkan dalam Kitab Injil yang asli Bahasa Yunani, Asma Tuhan itu disebut THEO (Sang Dewa). Orang-orang yang takdzim kepada Nabi Isa di Negeri Syam menyebut Asma Tuhan, ALAHA (TUHAN AGUNG). Orang-orang Arab sebelum Muhammad lahir menyebut Asma Tuhan, ALLAH (Al ILAH atau Sang Tuhan).

Dalam kitabnya yang bertajuk Atlas Budaya Islam, Isma’il R. Al Faruqi menyebutkan bahawa pada prasasti Arabia Selatan (Ma’in, Saba’ dan Qathaban) maupun Arabia Utara (Lihyan, Tsamud dan Shafa) membuktikan bahawa TUHAN AGUNG yang disebut AL ILAH atau ALLAH sudah disembah ramai orang jauh sebelum Muhammad lahir. Orang-orang Nashara Ebionit dan Kristian sudah lama bersujud kepada ALLAH jauh sebelum Muhammad lahir.

Namun walaupun ditulis dalam bahasa yang berbeza-beza, orang-orang yang beriman kepada Tuhan adalah satu dalam keyakinan mereka kepada Sang Tuhan atau yang dalam Bahasa Arab disebut ALLAH.

Orang-orang Inggris menyebut Asma Tuhan itu GOD (Sang Dewa Matahari).

Tuhan itu sungguh sangat berkuasa dan menerima budaya manusia dan keadaan manusia apa adanya. Marilah kita berusaha menjadi orang Muslim yang cerdas.

Dalam kitabnya yang bertajuk Atlas Budaya Islam, Isma’il R. Al Faruqi, seorang sarjana Islam dari Jaffa Palestin menyatakan bahawa Ibrahim, Musa, Dawud dan Isa adalah nabi-nabi Allah. Kitab yang diturunkan kepada mereka yaitu Taurat, Zabur dan Injil adalah wahyu dari Allah. Haqul yaqin kepada nabi-nabi ini dan juga kepada Kitab Taurat, Zabur dan Injil merupakan bahagian intergral yang tak terpisahkan dari Iman Islam. Mengingkarinya apalagi membeza-bezakannya bererti murtad.

Lebih lanjut Isma’il R. Al Faruqi mengatakan bahawa penghormatan Islam kepada nabi-nabi Allah beserta wahyu-wahyu sebelum Nabi Muhammad itu bukan sekedar basa-basi (atau bukan “lip service”), bukan sekedar berpura-pura mengambil berat kepada Taurat, Zabur dan Injil sebagai kitab-kitab Allah sebelum Qur’an, namun menerima kitab-kitab tersebut, mengimaninya dan mengamalkannya dan menerimanya sebagai haq dan kebenaran haqiqi dan ukrowi dan diniyah. Penghormatan Islam kepada Kitab Taurat, Zabur dan Injil dan kepada semua nabi-nabi Allah itu bukanlah sekedar toleransi budaya dan bukan sekedar toleransi kerukunan sosial-masyarakat dan bukan pula sekedar toleransi kerukunan peradaban, namun adalah haqiqi dan ukrowi dan diniyah.

Diriwayatkan dalam Hadis Riwayat Muslim bahawa para nabi adalah bersaudara dari satu bapak, sementara ibu mereka berlainan, ugama mereka SATU (Hadish Riwayat Muslim 7/96 1626).

QS Al-Baqarah [2]:139

Patutkah kamu (hai kaum Yahudi dan Kristian) membuat bantahan terhadap kami mengenai pilihan http://tanzil.net/#trans/ms.basmeih/3:114Allah dan pengurniaanNya ? Padahal Dia lah Tuhan kami dan Tuhan kamu.

Lihat pula QS Al-Ahqaf [46]:12-14; Al-Ankabut [29]:46; Ali Imran [3]:114; Al-Ma’idah [5]:69; Al-Baqarah [2]:62.

ALLAHU A’LAM.

Allah lebih tahu.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago