Categories: Article

Ya Aẓīm

العظيم

Maha Agung

Di dalam Kitab Allah Taurat Zabur dan Injil terdapat banyak kata yang ertinya mengingatkan kita akan kebesaran, kekuatan, keperkasaan, kehebatan daripada Allah.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani, kata yang bererti “besar” ini akar katanya adalah dari kata,

/eh’tsem/

yang ertinya, “tulang.”

Bahasa Arab nya pun sama,

/aẓam/

ertinya juga “tulang.”

Dalam Kitab Allah Taurat Zabur dan Injil, eh’tsem yang bermaksud “besar” itu dipakai untuk menerangkan bangsa-bangsa yang besar.

Baca Kitab Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 18:18, Kitab Taurat Surah At-Tasniyati [Ulangan] 4:38 dan juga untuk menerangkan fenomena kejadian alam adanya wabah belalang dalam jumlah besar di Suhuf Kitab Yunus dan fenomena kejadian alam adanya air bah atau banjir yang besar di Suhuf Kitab ‘Isya’yaa [Yesaya] 8:7.

Ketahuilah, secara unik, untuk mengingatkan dan mengungkapkan kebesaran ilahi, Kitab Taurat Zabur dan Injil memakai ungkapan yang memakai kata sifat yang membanding-bandingkan, namun sebenarnya hanya sekedar untuk mengingatkan iman tauhid kepada Allah, misalnya,

“Allah lebih besar daripada segala macam ilah.”

Lihat macam mana mertua Nabi Musa yang bernama Imam Yatsruun menyatakan kebesaran Allah.

لآنَ عَلِمْتُ أَنَّ اللهَ أَعْظَمُ مِنْ كُلِّ الآلِهَةِ

yang bermaksud,

Allah lebih agung daripada segala macam ilah.

Orang Melayu mengungkapan begini,

“TUHAN lebih agung daripada segala tuhan.”

Lihat Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Taurat Surah Al-Khuruj [Keluaran] 18:11.

Ungkapan untuk mengingatkan dengan cara memakai kata sifat yang membanding-bandingkan itu adalah hal yang amat biasa di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil dengan tujuan hanya untuk menceritakan kuasa dan kebesaran daripada Allah yang sudah amat nyata dan jelas.

Sayidina Isa putera Maryam sangat suka cara pengungkapan tauhid seperti itu. Sayidina Isa juga memakai pengungkapan tauhid seperti itu ketika beliau menjelaskan kedatangannya ke bumi ini yang tidak lain adalah untuk  menjadi qurban kaffarah (qurban daripada Allah untuk menggantikan atau menanggung siksa dan menanggung kesusahan dan duka nestapa manusia).

Ketika Sayidina Isa ditantang debat oleh kaum Farisi yakni ahli-ahli fiqh di zaman Sayidina Isa, Sayidina Isa menjawab para ahli fiqh itu untuk mengingatkan para ahli fiqh itu bahawa Sayidina Isa hanya menjalankan ketetapan dan takdir daripada Allah, sama seperti yang berlaku pada hamba-hamba Allah yang adalah tanda-tanda daripada Allah. Kepada para ahli fiqh yang mendebat Sayidina Isa, Sayidina Isa menjawab,

“Di hadapanmu sekarang ada yang lebih besar daripada Yunus. Macam mana tak boleh lihat tanda zaman daripada Allah ini?”

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitabullah Injil Surah Matta 12:41.

Sayidina Isa juga mengingatkan para ahli fiqh perihal tanda zaman sebab Allah mengenai risalah Nabi Sulaiman yang sangat jelas. Macam mana tak boleh lihat tanda zaman daripada Allah ini?

Kepada para ahli fiqh yang mendebat Sayidina Isa, Sayidina Isa menjawab,

“Di hadapanmu sekarang ada yang lebih besar daripada Sulaiman. Macam mana tak boleh lihat tanda zaman daripada Allah ini?”

Termaktub di Surah Matta 12:42.

Begitu kata Sayidina Isa mengingatkan manusia tentang tanda-tanda zaman daripada Allah yang mengatur dan mentakdirkan Sayidina Isa. Sayidina Isa juga mengingatkan bahawa risalah hawariyyun (pengikut-pengikut setia Sayidina Isa) juga adalah tanda-tanda zaman sebab izin Allah, sama seperti beliau adalah tanda zaman sebab izin Allah. Berkata Sayidina Isa kepada pengikut-pengikut setia beliau,

“Seorang hamba tidak mungkin lebih besar daripada tuannya.”

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitabullah Injil Surah Yahya 13:16.

Kitab Al-Quran Surah Al Saffat [37]:107 juga memakai kata ‘aẓīm’ yang bermaksud “besar” untuk menjelaskan bahawa qurban yang disembelih untuk MENEBUS putera Ibrahim adalah qurban yang besar,

[وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ] wafadaināhu bidzibḥin ‘aẓīm.

Para ahli tafsir Quran menyatakan bahawa kambing kibas yang diqurbankan bagi Allah itu adalah qurban yang besar pengganti atau penebus bagi putera Ibrahim.

Termaktub di Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Taurat Surah At-Takwin [Kejadian] 22:13,

“Ibrahim mengambil domba itu, lalu mempersembahkannya kepada Allah sebagai korban untuk menyenangkan hati Allah, bagi menggantikan anak lelakinya.”

Yang ditetapkan Allah untuk mengalami mati syahid dengan penuh pengorbanan dan penderitaan itu adalah perkara yang amat mustahak bagi barang siapa sahaja orang-orang yang takzim kepada Sayidina Isa dalam memahami terbunuhnya Sayidina Isa Almasih menjadi qurban kaffarah untuk menebus atau menggantikan segala macam manusia keturunan Ibrahim. Empat surah-surah dalam Kitab Injil semua menyatakan bahawa disembelihnya atau dibunuhnya Sayidina Isa sesungguhnya adalah qurban yang aẓim daripada Allah bagi manusia yang tidak lain adalah segala macam keturunan Ibrahim. Surah-surah mengenai Kisah-Kisah Para Hawariyyun dalam Kitab Injil semua menyatakan kehaqul yakinan bahawa Sayidina Isa sungguh bak qurban aẓim yang sudah ditetapkan Allah menjadi terbunuh atau tersembelih di kayu palang untuk menggantikan manusia yang dalam keadaan memalukan. Itulah qurban yang aẓim daripada Allah bagi manusia yang dalam keadaan duka nestapa. Tersebut di dalam surah Kisah Hawariyyun Ibrani yang menyatakan bahawa Sayidina Isa adalah tanda yang amat terang dari langit.

Macam mana tidak diketahui oleh manusia.

  1. Bukankah sudah jelas dan nyata, senyata malaikat-malaikat Allah. Sayidina Isa lebih besar daripada malaikat-malaikat Allah. Macam mana manusia tidak tahu kejadian besar yang sudah ditetapkan Allah itu. Kisah Hawariyyun Surah Ibrani 1:13.
  2. Bukankah sudah jelas dan nyata, senyata Nabi Musa. Sayidina Isa lebih besar daripada Musa. Macam mana manusia tidak tahu kejadian besar yang sudah ditetapkan Allah itu. Kisah Hawariyyun Surah Ibrani 3:3.
  3. Bukankah sudah jelas dan nyata senyata hukum-hukum qurban akikah kaffarah yang sudah biasa dilaksanakan orang sebelumnya. Sayidina Isa lebih besar daripada hukum-hukum qurban akikah kaffarah. Macam mana manusia tidak tahu kejadian besar yang sudah ditetapkan Allah itu. Kisah Hawariyyun Surah Ibrani 9:11-14.

Syariah-syariah tidak dapat menyatakan betapa besar pengorbanan Sayidina Isa yang rela dibunuh atau disembelih demi menjadi menggantikan atau menebus manusia tanpa pandang bulu.

Tersebut di Kisah Hawariyyun Surah Ibrani 10:12, yang bermaksud:

Tetapi Imam ini, setelah Dia mempersembahkan satu korban untuk menebus dosa selama-lamanya, duduk di sebelah kanan Allah.

Munajat:

Ya Allah yang maha agung, semoga hidupku menjadi saksi bahawa ibaratnya, tangan-Mu, ya Allah, selalu menopang dan mendukung kami dan, ibaratnya, hati-Mu selalu penuh dengan belas kasihan kepada semua ciptaan-Mu tanpa pandang bulu.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago