Categories: Article

Ya Ḥakam

الحكم

Yang Maha Memutuskan Hukum.

Dalam Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Ibrani dan Bahasa Suryani, ada kata

chakham

yang bermaksud bijaksana atau hikmah. Orang-orang yang berbahasa ibu Bahasa Arab menyebutnya hakim الْحَكِيمُ yang ertinya bijaksana.

Namun dalam Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Ibrani dan Bahasa Suryani, untuk kata mengadili dan pengadil dipakai kata

shafatta

bukan

chakham .

Taurat, Zabur dan Injil tidak selalu menjelaskan macam mana prosesnya orang yang berhikmah

(chakham )

boleh dianggap layak untuk mengadili

(shafatta ).

Bagaimana prosesnya orang yang bijaksana boleh dianggap layak menjadi pengadil yang memutuskan hukum? Itu tidak selalu dijelaskan di dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil.

Dalam Kitabullah Injil yang berbahasa Yunani disebutkan bahawa orang mu’min diperintahkan untuk tidak mudah menghakimi. Jangan Su’udzon! Jangan berburuk sangka!

Termaktub di Kitab Injil Surah Matta (Matius) 7:1.

Kerana menurut Kitab Injil, hanya Allah Yang Maha Benar yang berhak menghakimi bumi di Hari Kiamat. Hanya Allah!

Termaktub di Kitab Injil Surah Ar-Ru’ya (Wahyu) 20:12.

Tentang masa depan Bani Isra’il, umat Allah, Nabi Musa menyampaikan pandangan beliau bahawa Tuhan Allah akan memimpin umat melalui muamalat atau syariah.

Termaktub dalam Kitab Taurat At-Tasyniyati (Ulangan) 32:36 yang bermaksud,

“Sebab Tuhan Allah akan memberi keadilan kepada umat-Nya.”

Ketika itu Bani Isra’il langsung menerima pandangan Nabi Musa itu sampai pada saat Nabi Musa menuliskan pesan terakhirnya sebelum Nabi Musa meninggalkan bumi ini. Dalam pesan terakhirnya Nabi Musa mengungkapkan bahwa Allah menjadi raja di kawasan yang bernama Yesyurun, Timur Tengah.

Termaktub di Kitab At-Tasyniyati (Ulangan) 33:5.

Ketika Bani Isra’il berjaya keluar dari penjajahan Raja Fir’aun yang zalim, sampailah mereka di Tanah Yang Diwakafkan Allah kepada Bani Isra’il. Ketika Bani Isra’il hidup di Tanah Yang diwakafkan Allah itu, selama 400 tahun, mereka dipimpin secara silih-berganti oleh pengadil-pengadil yaitu hakim-hakim. Banyak hakim-hakim itu adalah yang laki-laki namun ada satu yang perempuan yang bernama Daburah atau Deborah. Selama 400 tahun, pengadil-pengadil itu silih-berganti memimpin Bani Isra’il.

Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Qudhaati (Hakim-Hakim) 4:4.

Pengadil-pengadil itu ada kerana adanya ketiadaan kawalan yang teratur di masyarakat hingga menyebabkan kekacauan dan kehuruharaan di masyarakat. Pengadil-pengadil itu ada kerana umat mengalami keadaan yang tidak adil dan tidak ada hukum.

Ada beberapa pengadil-pengadil yang sangat berani dan tegas dalam menghadapi kehuruharaan dan kekacauan dalam umat. Ketika masyarakat menjadi lupa kepada al-ilah atau Allah dan menjadi lebih mengutamakan ke yang selain Allah, pengadil-pengadil itu dengan tegas memberi peringatan masyarakat yang menjadi lupa itu untuk tidak melupakan Allah. Di antara para pengadil-pengadil yang gagah berani itu adalah Mat Jidun (Gideon) dan Shamu’il yang juga seorang nabiullah.

Termaktub di Al-Anbiya’ Surah Shamu’il Awal (1 Samuel) 7:6.

Di kemudian hari, para ketua suku-suku Bani Isra’il Awal itu menghadap kepada seorang pengadil yang bernama Shamu’il. Mereka mengutarakan perasaan mereka bahawa mereka tidak mahu lagi dipimpin seorang pengadil, kerana menurut mereka kepemimpinan pengadil kurang berkesan. Mereka minta dipimpin oleh seorang raja. Berkata orang-orang Bani Isra’il yang minta dipimpin oleh seorang raja kepada pengadil yang bernama Shamu’il,

“Kami tetap mahukan seorang raja. Kami mahu menjadi seperti bangsa-bangsa lain dipimpin oleh seorang raja. Raja kami akan memerintah kami dan memimpin kami.”

Termaktub Kitab Al-Anbiya’ Surah Shamu’il Awal (1 Samuel) 8:20.

Akhirnya, orang-orang Bani Isra’il dipimpin oleh raja. Salah satu raja mereka bernama Daud yang juga seorang nabiullah. Bani Isra’il dipimpin 40 raja silih berganti. Raja Daud adalah raja yang kedua. Raja Daud terkenal sebagai raja yang memimpin Bani Isra’il dengan memperlakukan rakyat dengan adil dan baik dan tidak memandang bulu.

Kitab Al-Anbiya’ Surah Shamu’il Tsaanii (2 Samuel) 8:15.

Oleh Raja Daud, tauhid ditetapkan menjadi ugama rasmi di kerajaannya. Namun walau Raja Daud berjaya menjunjung tinggi iman tauhid dan berjaya membuat umat tenteram dan sejahtera, namun kerajaannya menjadi rosak kerana masuknya pengaruh-pengaruh yang tidak mengutamakan Allah ke dalam kerajaannya. Oleh Kitab Al Qur’an, Raja Daud dianggap sebagai khalifah atau penguasa di bumi, yang oleh Allah diperintahkan untuk memberikan keputusan diantara manusia dengan adil dan dengan cara tidak mengikuti hawa nafsu, agar terus tetap dijalan Allah.

Termaktub di Qur’an Surah Sad [38]:26).

Lewat perantaraan Nabi Musa, Tuhan Allah memberi Muamalat atau Syariah untuk diamalkan semua manusia tanpa perkecualian. Namun karena runtuhnya Kerajaan Bani Isra’il, Syariah berubah menjadi IbadahSyariah bersifat kewajiban untuk semua orang di masyarakat. Ibadah bersifat kewajiban untuk diri sendiri. Syariah berubah menjadi Hujah atau ijtihad atau amalan-amalan peribadi sahaja atau kreatifiti peribadi sahaja. Syariah tidak lagi diutamakan, namun tasawuf yang mengutamakan hati yang lebih diutamakan. Amalan tidak diutamakan, namun keadaan mental lah yang lebih diutamakan. Itu semua berlaku sejak runtuhnya Kerajaan Bani Isra’il.

Kitab Allah Zabur 119 menggambarkan apa yang terjadi dengan Syariah, Muamalat, Hudud, Hukum, Peraturan, Pengadilan dan apapun namanya. Menurut Kitab Zabur 119, Syariah menjadi tidak diutamakan lagi, namun yang diutamakan adalah niat peribadi, bukan lagi kewajiban yang kena diamalkan semua orang dalam masyarakat, namun cukup hanya sekedar diingat sahaja.

Kitab Zabur 119 mengungkapkan keperihatinan yang sangat dalam perihal apa yang berlaku dengan pemberlakuan Hudud yang sudah disempitkan makna penerapannya menjadi ibadah peribadi sahaja.

Di dalam ayat ke-75, disebutkan bahawa Allah tetap dengan setia menjunjung tinggi syariah-syariah Nya. Manusia tempatnya lupa dan seringkali tidak mengindahkan hukum-hukum Allah. Manusia memang layak dan pantas dihukum oleh Allah.

أَنَا عَارِفٌ يَا رَبُّ أَنَّ أَحْكَامَكَ صَالِحَةٌ, وَأَنَّكَ بِالْحَقِّ جَعَلْتَنِي أُعَانِي الذُّلَّ.

Yang bermaksud,

Aku tahu, Ya Tuhan Allah, bahawa hukum-hukum-Mu benar, dan kerana kesetiaan-Mu kepada hukum-hukum-Mu, Engkau telah menimpakan kesusahan ke atasku.

Di dalam Kitab Zabur 119:176, manusia diingatkan untuk tidak melupakan Syariah-Syariah Allah.

ضَلَلْتُ كَخَرُوفٍ ضَائِعٍ, فَابْحَثْ عَنْ عَبْدِكَ لأَنِّي لَمْ أَنْسَ وَصَايَاكَ

Ya Allah, aku telah tersesat seperti domba yang hilang. Carilah hamba-Mu, ya Allah, kerana aku tidak melupakan perintah-perintah-Mu.

Sebagai seorang jongos daripada Allah Yang Maha Memutuskan Hukum, jongos itu pasti sudah tahu bahawa semua hukum atau peraturan di antara manusia pasti tidak bersifat mutlak dan tidak bersifat sudah tetap. Yang Mulia Sayidina Isa Almasih adalah dari Allah untuk kita ikuti dalam ..

“bersusah-susah berjuang penuh penderitaan namun tidak pernah mengugut, tetapi berserah diri bulat-bulat kepada Allah yang menghakimi dengan adil.”

Termaktub Kitab Allah Injil Surah Butrus Awal (1 Petrus) 2:23.

Munajat:

Tuntutlah pertanggungjawaban dari hamba berdasarkan hudud-Mu, Ya Allah Yang Maha Pengasih, Pemurah dan Penyayang. Namun berilah hamba ampunan apabila hamba gagal melakukan amalan-amalan menurut hudud-Mu itu, Ya Allah.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago