اللطيف
Yang Maha Lembut.
Asma’ul Husna menggambarkan sifat-sifat Allah. Sifat-sifat Allah itu ada yang terkesan lembut dan ada pula yang terkesan keras. Al-Laṭīf termasuk yang terkesan lembut.
Ada perkataan bijak,
إِنَّ رَحْمَتِي تَغْلِبُ غَضَبِي
“inna raḥmatī taglibu gaḍabī,”
yang bermaksud,
“Sifat ku yang pengasih dan penyayang selalu mendasari amarah ku.”
Makna perkataan itu didukung oleh perkataan dalam Kitab Injil Surah Ar-Ruum 11:22 yang bermaksud,
“Kekerasan kepada mereka yang terjerumus; belas ihsan kepada kamu, asalkan kamu berterusan dalam belas ihsan Allah.”
Kitab Zabur Daud menyatakan bahawa Allah mampu bersifat lembut, namun sekaligus keras. Disebutkan dalam Kitab Allah Zabur bahawa satu kali Allah berfirman, dua hal yang terdengar, iaitu bahawa sesungguhnya Allah itu perkasa dan sesungguhnya Allah itu lembut penuh belas kasihan.
Sifat Perkasa dan
(lemah lembut yang penuh belas kasihan) kedua-duanya berasal daripada Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang. (Zabur 62:11-12.)
Sifat lemah lembut dalam Bahasa Arab adalah laṭīf. Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani adalah
Kalau diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu,
adalah belas kasihan, pemurah, saling menyayangi.
adalah kata Bahasa Bani Isra’il Ibrani untuk menggambarkan bahawa Allah itu penuh dengan belas kasihan, pemurah, dan penyayang terhadap semua makhluk tanpa pandang bulu.
Hal itu disebutkan di dalam Kitab Allah Taurat Surah Al-Khuruj (Keluaran) 20:6.
Disebutkan di dalam Kitab Zabur 33:5 dan 103:11 bahawa Allah menunjukkan belas kasihan kepada beribu-ribu keturunan dan bahawa bumi ini dipenuhi kasih-setia Allah dan bahawa belas kasihan Allah melimpah sebanyak tingginya langit di atas bumi, iaitu tidak berhad.
Sifat yang penuh belas kasihan dan lemah lembut adalah ciri khas persahabatan di antara orang-orang laki-laki. Sifat yang penuh belas kasihan dan lemah lembut itu digambarkan dengan jelas sekali dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil.
Contohnya;
Hubungan silaturahmi yang lemah lembut antara Bapa dengan puteranya, iaitu Daud dengan puteranya yang bernama Yunatan.
Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Shamu’il Awal (1 Samuel) 20:15.
Hubungan silaturahmi yang lemah lembut antara Absalum bin Daud dengan kawannya.
Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Shamu’il Tsaniyah (2 Samuel)16:17.
Hubungan silaturahmi yang lemah lembut antara Raja Yehoiakim dari Kerajaan Bani Israil Yahuda yang menjadi tawanan daripada Raja Bangsa Tidak Berkhatan Babil. Raja Yehoiakim tersebut bersilaturahmi dengan Raja Babil.
Termaktub di Kitabul Anbiya’ Surah Irmiya (Yeremia) 52:32.
Belas kasihan kepada orang-orang yang di bawah kita adalah pemandangan yang sangat menyenangkan mata Allah.
Apabila kita berbelas kasihan kepada orang-orang yang di bawah kita, Allah melihat dan sangat menyukai amalan itu.
Musuh-musuh yang menzalimi keturunan-keturunan Ya’qub atau Bani Isra’il langsung menyerah kalah hanya kerana mereka mendengar bahawa pemimpin-pemimpin Bani Isra’il suka berbelas kasihan.
Termaktub di Kitabul Anbiya’ Al-Mulukil Awal (1 Raja-Raja) 20:31.
Harapan Nabi Isya’ya mengenai raja yang kelak duduk di takhta Raja Daud adalah bahawa raja tersebut akan menjadi raja yang memerintah rakyatnya dengan kasih dan kesetiaan.
Termaktub di Kitabul Anbiya’ Isya’ya (Yesaya) 16:5.
Beberapa kata dalam Bahasa Yunani tidak mampu mengungkapkan betapa dalamnya makna daripada kata
dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani dalam Kitab Taurat, Zabur dan Kitabul Anbiya’.
ertinya kelemah lembutan yang penuh belas kasihan.
Kelemah lembutan bererti bersifat mengalah dan sangat sopan santun seperti yang disebutkan di Kitab Injil Surah Butrus Awal (1 Petrus) 2:18.
أَيُّهَا الْعَبِيدُ، اِخْضَعُوا لأَسْيَادِكُمْ بِكُلِّ احْتِرَامٍ، سَوَاءٌ كَانُوا صَالِحِينَ وَلُطَفَاءَ أَوْ قُسَاةً.
Yang bermaksud,
Wahai jongos, berserahlah kepada tuanmu dengan penuh hormat, bukan tuan yang baik dan lemah lembut sahaja, tetapi yang kejam juga.
Yang Mulia Sayidina Isa Almasih mengajak orang-orang yang mendengarkannya untuk mengikutinya dan mencari ilmu darinya kerana Yang Mulia Sayidina Isa Almasih bersifat lemah lembut dan rendah hati.
لأَنِّي وَدِيعٌ وَمُتَوَاضِعُ الْقَلْبِ
Yang bermaksud,
Aku ini lemah lembut dan rendah hati.
Termaktub di Kitab Injil Matta (Matius) 11:29.
Bulus al-Hawariyun mengulangi ajakan Yang Mulia Sayidina Isa ini untuk menasihati orang-orang mu’min di Kurintus (sekarang Turki).
ثُمَّ أَطْلُبُ مِنْكُمْ بِوَدَاعَةِ الْمَسِيحِ وَلُطْفِهِ، أَنَا بُولُسُ الَّذي يَقُولُونَ عَنَّي إِنِّي مُتَوَاضِعٌ وَأَنَا عِنْدَكُمْ، وَجَرِيءٌ وَأَنَا بَعِيدٌ عَنْكُمْ.
Yang bermaksud,
Sekarang aku, Bulus, yang gemetar ketika berhadapan denganmu tetapi berani ketika berjauhan, memohon sesuatu kepadamu atas sifat al-Masih yang lemah lembut dan rendah hati.
Termaktub di Suhuf Hawariyun Surah Tsaniyah Kurintus (2 Korintus) 10:1.
Sebelumnya, Bulus al-Hawariyun juga menasihati orang-orang mu’min untuk mengutamakan akhlak yang baik hati, Roh Allah, sifat penuh belas kasihan yang penuh dengan keikhlasan, dan percakapan yang jujur penuh dengan kehakikian.
Termaktub di Suhuf Hawariyun Tsaniyah Kurintus (2 Korintus) 6:6.
Di dalam Al-Kitab, Taurat, Zabur, Injil yang biasa dibaca oleh orang-orang mu’min Arab Kristian, disebutkan bahawa laṭīf (lemah lembut) selalu disebabkan oleh Roh Allah.
Laṭīf atau lemah lembut disebut sebagai salah satu buah-buah Roh Allah,
مَحَبَّةٌ فَرَحٌ سَلاَمٌ، طُولُ أَنَاةٍ لُطْفٌ صَلاَحٌ
sukacita, damai sejahtera, kesabaran, kemurahan, kebaikan, kesetiaan, lemah lembut dan pengusaan diri.
Termaktub di Suhuf Hawariyun Surah Galatia 5:22-23.
Munajat:
Ya Allah Yang Maha Memelihara, takdir dan rencana-Mu terlalu agung untuk dapat kami fahami. Rencana mu terlalu lembut untuk difikir oleh manusia.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…