Categories: Article

Yā Mālikul Mulk

Yang Memiliki Kerajaan.

Nama Allah ini terdiri dari dua kata, مَالِكُ mālik dan مُلْك mulk.

Mālik adalah nama Allah. Mālik bererti ‘Raja.’

Mālik al-Mulk juga adalah nama Allah. Mulk bererti ‘pemilik,’ ‘hak milik,’ dan juga bererti ‘raja’ atau ‘sultan.’

MĀLIKUL MULK adalah ungkapan Bahasa Bani Isra’il Ibrani/Suryani yang bererti ‘raja’ dan ‘milik raja.’

Nabi Isa disebut مَلِكُ الْمُلُوكِ (malikul mulūk) ‘raja sekalian raja’ adalah terjemahan dari gelar di budaya dewa-dewi Yunani.

MĀLIKUL MULK adalah nama Allah dan segala milik-Nya.

Apapun atau siapapun di mana pun dan di zaman apapun di alam semesta ini adalah milik-Nya. MĀLIKUL MULK, dialah pemilik dari segala milik-Nya. Segala di alam semesta ini adalah Milik dari Tauhid Tuhan Yang Maha Esa. Tuhan Yang Utama dan Pertama. Segala milik-Nya adalah amat penting dan mulia.

MĀLIKUL MULK adalah nama Allah dan segala milik-Nya.

Allah dan segala milik-Nya adalah ungkapan yang sah dan biasa di dalam Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur, Injil.

Ingatlah kisah Khidir Sang Imam atau Maliki Sadik yang bertemu dengan Ibrahim Sang Nabi. Khidir pernah bertemu dengan Ibrahim di Lembah Raja-Raja. (Termaktub di Kitab Taurat At-Takwin [Kejadian] 14:17-18.)

Ingatlah kisah Khidir Sang Imam yang bertemu dengan Musa Sang Nabi.

Bahkan disebutkan di dalam Kitab Injil Surah Ibrani 5:5-6 bahawa Nabi Isa makmum kepada Khidir. Khidir adalah Imam daripada Nabi Isa.

Dalam Kitab Injil, Nabi Isa sering menyebut dirinya adalah Putera Insan اِبْنُ الإِنْسَانِ (ibnul insān). Putera memiliki makna bathiniyah yang amat dalam. Insan manusia pun memiliki makna bathiniyah yang amat dalam. Putera dan Insan kedua-duanya memang berwujud.

Ketika Yang Mulia Sayidina Isa lahir ke bumi, lahirnya lain daripada yang lain. Dalam perjalanan hidup beliau untuk dakwah tauhid, Yang Mulia Sayidina Isa menyembuhkan orang-orang sakit, menghidupkan orang-orang mati. Akhir hayat beliau di bumi ini berakhir dengan diangkat ke langit kembali ke hariba’an ilahi. Yang Mulia Sayidina Isa adalah satu-satunya yang memiliki Sijil Kelahiran, Rèsumè, Batu Nisan Liang Lahat yang ajaib dan tidak selazimnya. Semua mengenai Sayidina Isa itu adalah ajaib dan tidak lazim. Pasti itu adalah tanda bahawa Sayidina Isa adalah ketetapan ilahi untuk menjadi Putera Ilahi atau Kalifah Ilahi sekaligus amat insani dan memahami macam mana rasanya menjadi insan manusia. Sayidina Isa merasakan sakitnya sakaratul maut dan akhirnya merasakan sakitnya ajal maut dan Sayidina Isa merasakan sengsaranya dalam keadaan jauh dari Sang Ilahi tempat beliau berasal. Sang Ilahi tempat beliau berasal diibaratkan sebagai orangtua atau bapa di syurga Jannah. (Kitab Injil Surah Matta 26:39 dan 27:46.)

Beliau berkata Putera Insan mengalami sengsara,

“tiada tempat untuk meletakkan kepalanya.”

(Kitab Injil Surah Luqa 9:58.)

Beliau menyatakan Putera Insan akan,

“duduk di sebelah kanan Allah Yang Maha Kuasa.”

(Kitab Injil Surah Luqa 22:69.)

Pada zaman dahulu kala sebelum Nabi Isa lahir, sudah ada nabiullah yang bernama Isya’ya yang menyatakan bahawa Yang Akan Turun itu menjadi insan manusia. Yang Akan Turun itu menjadi “bayi” وَلَدٌ dan “putera” ابْنٌ.

Hadis Nabi menyatakan bahawa semua bayi lahir pasti menangis kecuali Isa Putera Maryam.

Nabi Isya’ya menyatakan bahawa itulah tanda bahwa sesungguhnya Isa tidak lain adalah hadirnya مُشِيرًا عَجِيبً Penasihat Bijaksana, إِلَهًا قَدِيرً Allah Perkasa أَبًا أَبَدِيًّا Bapa Kekal رَئِيسَ السَّلامِ Raja Damai.

Sesuai dengan tanda-tanda yang ditetapkan oleh Allah sendiri, Isa adalah Khalifah Yang Ilahi. Kitabul Al-Anbiya’ Surah Isya’ya 9:5-6.

Gelar-gelar yang dimiliki Sayidina Isa membuktikan adanya kereda’an wajah ilahi menjadi wujud dalam wajah insan,

“yang akan memerintah sebagai ganti Raja Daud, pemerintahan-Nya akan berdasarkan syariat dan keadilan dari sekarang hingga akhir zaman.”

TUHAN ALLAH Yang Maha Kuasa pasti melakukan segala perkara ini.” Kitabul Al-Anbiya’ Surah Isya’ya 9:6

Itulah Isa — Kereda’an Allah atau Wajah Allah.

Di dalam Kitabullah Injil Surah 1 Timutawus 6:15 dinyatakan bahawa Sayidina Isa adalah,

مَلِكُ الْمُلُوكِ وَرَبُّ الأَرْبَابِ

Raja sekalian raja dan Junjungan sekalian junjungan.

Gelar kehormatan untuk Sayidina Isa itu diberikan untuk mengingat dan menghargai Sayidina Isa ketika dihakimi dan dizalimi oleh Kaisar kafir Bangsa Tidak Berkhatan Bangsa Rum yaitu Kaisar Pontius Pilatus. Kitabullah Injil Surah 1 Timutawus 6:13.

Kaisar Bangsa Tidak Berkhatan inilah yang menghukum Isa dengan hukuman mati penyaliban. Kaisar Bangsa Kafir inilah yang memasang tulisan penuh hinaan di atas kayu salib di mana Isa digantung di kayu salib. Tulisan itu berbunyi,

“Inilah Isa dari desa kecil Nasari yang menyatakan diri sebagai Raja Bani Isra’il Penganut Tauhid.”

Tulisan itu sungguh menghina dan menuduh Isa adalah jahat dan syirik. Semua orang di Tanah Suci Al-Quds Yerusalim akan melihat Isa tergantung di hukuman mati penyaliban dan mereka pasti membaca tulisan itu dan orang-orang di Tanah Suci Al-Quds Yerusalim akan beranggapan bahawa Isa itu jahat dan syirik sampai selama-lamanya. (Kitabullah Injil Surah Yahya 19:18 dst.)

Oleh kerana itulah, tidak hairan Kitabullah Injil dan Kitabullah Al-Qur’an membela Isa dengan menyatakan bahawa Sayidina Isa adalah Kalimat Allah dan Roh Allah …

Kitab Injil Surah Ar-Ru’ya menyatakan bahawa di akhir zaman Sayidina Isa yang diibaratkan bagai Kambing Qurban Allah akan perang melawan Dajjal dan Sayidina Isa akan membunuh Dajjal dan memenangkan peperangan itu dan Kambing Qurban Allah itu akan disebut,

مَلِكُ الْمُلُوكِ وَرَبُّ الأَرْبَابِ

Raja sekalian raja dan Junjungan sekalian junjungan.

(Kitabullah Injil Surah Ar-Ru’ya [Wahyu] 17:14.)

Dan barangsiapa yang dengan setia membela Kambing Qurban Allah pasti akan dimuliakan oleh Allah dan Allah akan menyebut mereka sebagai orang yang mendapat hidayah, yang mendapat panggilan ilahi dan mengakui mereka sebagai mu’min yang istiqamah. Itulah pahala dan kemuliaan daripada Allah bagi yang dengan setia membela dan menjaga kemuliaan Sayidina Isa dan mengikuti Sayidina Isa dengan setia. (QS Ali Imran [3]:55.)

Munajad:

Wahai Junjungan Yang Ilahi, Engkaulah pemilik kehidupan hamba di dunia ini dan di akhirat juga. Semuanya milik-Mu!

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago