المميت
Maha Mematikan
Disebutkan di Suhuf Shamu’il Awal [1 Samuel] 2:6 …
اللهُ يُمِيتُ وَيُحْيِي, وَيُنْزِلُ إِلَى الْقَبْرِ وَيُقِيمُ مِنْهُ.
Allah mematikan manusia, Dia juga menghidupkan mereka.
Dia menghantar manusia ke dunia orang mati, dan Dia juga membawa mereka kembali.
Muhṣī, Mubdi’, Mu’īd, Muḥyī adalah nama-nama Allah, yang bermaksud “Allah lah yang Menghitung, Memulai, Memulihkan, Menghidupkan.”
Secara Nahwu Shorof tata Bahasa Arab, nama-nama itu dimulai dengan awalan ‘mu.’ Yang kalau dalam tata Bahasa Melayu adalah awalan ‘me.‘
Menghitung, Memulai, Memulihkan, Menghidupkan itulah sifat-sifat Allah.
Sekarang ini kita sampai pada nama Allah,
المميت /’al-Mumīt’/
yang bermaksud,
‘Yang Maha Mematikan.’
Namun ‘mu’ dalam nama al-Mumīt bukan suatu awalan, namun merupakan bagian dari kata dasar iaitu,
موت /maut/,
yang bermaksud, ‘mati.’
Di situ ‘mu’ bukan sekedar awalan seperti di Muhṣī, Mubdi’, Mu’īd, Muḥyī, yang bermaksud Allah lah yang Menghitung, Memulai, Memulihkan, Menghidupkan.
Nama Allah al-Mumiit memiliki erti yang menakutkan, iaitu, mematikan. Namun sesungguhnya Allah bukan hanya bersifat menakutkan, namun sekaligus juga bersifat melegakan.
Allah bersifat …
AL-QĀBIḌ (Yang Maha Menyempitkan) sekaligus | AL-BĀSIṬ (Yang Maha Melapangkan) |
AL-KHAFIḌ (Yang Maha Merendahkan) sekaligus | AR-RĀFI’ (Yang Maha Mengangkat) |
AL-MU’IZ (Yang Maha Memuliakan) sekaligus | AL-MUDZIL (Yang Maha Menghinakan) |
Memang Allah bersifat al-Mumiit (Maha Mematikan), namun sekaligus Allah juga bersifat al-Muḥyī menghidupkan dan juga bersifat al-Hayat hidup. Bahasa Bani Isra’il Ibrani dan Bahasa Arab memiliki kata yang sama yang bererti ‘mati.’
sama makna dengan,
موت /maut/.
Terjemahan Bahasa Arab Taurat Zabur Injil dan Taurat Zabur Injil Bahasa Ibrani Suryani melafalkannya sama, iaitu /maut/ yang bererti ‘mati.’
Peristiwa Sayidina Isa menghidupkan orang mati bermula begini. Sayidina Isa memiliki kawan yang bernama La’azar. Adik perempuan daripada La’azar bernama Marza dan Maryam. Ketiga bersaudara itu adalah kawan-kawan Sayidina Isa. Pada suatu hari, La’azar jatuh sakit amat teruk. Ketika Sayidina Isa diberitahu bahawa La’azar, kawan beliau itu, sakit teruk, Sayidina Isa tidak langsung pergi menjenguk untuk menenteramkan kawan-kawannya yang sedang dalam penderitaan tersebut. Sayidina Isa hanya titip pesan kepada mereka,
“Sakit Lazarus tidak akan membawa maut. Hal ini berlaku untuk memuliakan Allah.”
(Kitab Injil Surah Yahya 11:4.)
Sayidina Isa berpesan begitu kerana Sayidina Isa tahu bahawa Marza dan Maryam bukan hanya sekedar ingin ditenteramkan dengan kata-kata sahaja, namun mereka sungguh amat takut kalau sampai abang mereka mati. Mereka sungguh dicekam oleh ketakutan. Oleh kerana itulah, Sayidina Isa titip pesan kepada mereka,
“Sakit nya La’azar tidak akan membawa maut. Hal ini berlaku untuk memuliakan Allah.”
Takut mati adalah ketakutan semua orang tanpa pandang bulu!
Disebutkan dalam Suhuf Isra’ [Ibrani] 2:15 bahawa takut mati adalah …
“belenggu seumur hidup”
daripada semua orang tanpa pandang bulu. Bersabda Sayidina Isa,
“Kematian selalu datang secara tidak disangka-sangka oleh tuan rumah sama seperti datangnya pencuri di malam hari selalu tidak disangka-sangka.”
(Terjemahan Bahasa Melayu Kitab Injil Matta [Matius] 24:43.)
Disadari atau tidak, mati tidak disangka-sangka datangnya. Oleh kerana itu, takut mati itu selalu menjadi penyebab yang melatar belakakangi tingkah laku serta tabiat manusia. Orang berbuat segala sesuatu atau berperangai macam-macam itu ujung-ujungnya adalah kerana takut mati.
Kitab Taurat, Zabur, Injil Bahasa Ibrani Suryani mengakui bahawa kematian memang adalah peristiwa yang sungguh amat menakutkan.
Mayat orang mati harus sungguh-sungguh diperhatikan. (Kitab Taurat Surah al-Awiyaina [Imamat] 21:11.)
Minta petunjuk daripada arwah-arwah demi kepentingan orang yang masih hidup dilarang keras oleh Nabiullah Isya’ya. (Suhuf Isya’ya [Yesaya] 8:19.)
Nabiullah Isya’ya juga menyatakan bahawa semua orang takut menuju ke alam kubur atau alam barzah, tiada orang yang tahu di mana alam kubur atau alam barzah itu, namun ke situlah semua orang akan berada. Kuburan adalah secara lahiriah di bumi ini dan dapat diketahui tempatnya, namun alam kubur atau alam barzah tidak ada orang yang tahu. Ke alam barzah itulah semua orang akan berada.
Ketika Daud, kerana Allah, berjaya mengalahkan musuh-musuh dalam peperangan, Daud melantunkan nasyid untuk mengungkapkan segala perasaan keperihatinan dari relung hati yang paling dalam,
Bahaya maut mengelilingi aku, dan kubur memasang perangkap untukku.
(Termaktub di Suhuf Samu’il Tsani [2 Samuel] 22:6.)
Kemudian Daud juga melantunkan nasyid yang mengungkapkan adanya harapan yang dirasakannya.
Ya Allah, kerana Engkau tidak akan membiarkan nyawaku di alam maut, Engkau tidak membiarkan hambaMu binasa. Engkau akan menunjukkan aku jalan hidup.
(Kitab Zabur 16:10-11.)
Yunus memanjatkan doa dari alam barzah dunia orang mati, dan Yunus merasa Allah mengabulkan doanya, dan Yunus berkata (di Suhuf Yunus 2:2, 6),
“Aku berseru kepada-Mu, Ya Allah.
Engkau, ya Allah, mendengarkan doaku, di Rumah-Mu yang suci Engkau mendengarkan aku.
Dari laut yang dalam, Engkau menyelamatkan aku, ya Allah ilah yang kusembah!”
Kemudian para nabi-nabi Allah lebih terang-terangan menyatakan bahawa orang-orang yang merasakan sujud ke Allah lebih nikmat daripada wanita-wanita cantik atau pemuda-pemuda tampan, pornograpi dan kenikmatan harta dunia, mereka akan diberi pahala menikmati Firdaus. (Suhuf Hazqīya [Yez] 28:8 dan seterusnya.)
Disebutkan pula bahawa orang yang mengutamakan wanita-wanita cantik atau pemuda-pemuda tampan dan kenikmatan harta dunia, mereka akan mengalami siksa di alam kubur, kerana bukan Allah yang mereka utamakan.
Nabi Daniyal lebih terus terang menyatakan bahawa orang yang ibaratnya tidur di alam kubur akan bangun terjaga, ada yang mendapati di alam kehidupan mulia yang abadi. Ada pula yang mendapati mereka dalam keadaan malu dan hina, tidak mulia. (Suhuf Daniyal 12:2.)
Itulah nasib orang yang tidak mentauhidkan atau tidak mengutamakan Allah. Yang mereka utamakan justeru wanita-wanita cantik atau pemuda-pemuda tampan, pornograpi dan kenikmatan harta dunia.
Sayidina Isa bersabda kepada para hawariyyun melalui Butrus al-Hawari mengenai Allah yang begitu besar kesabaran-Nya.
Allah tidak mahu seorangpun binasa dan Dia ingin semuanya bertaubat, dengan begitu selamatlah orang dari hancurnya dunia dan nafsunya. (Suhuf Butrus Tsani [2 Petrus] 3:9 dan seterusnya.)
Al-Masih Isa mati sebagai korban dan dikubur dan dihidupkan lagi dan diangkat kembali kepada Allah untuk menjadi Junjungan yang ilahi bagi orang-orang yang sudah mati dan orang-orang yang masih hidup.
(Suhuf Ruum [Rom] 14:9.)
Disebutkan pula di dalam Kitab Quran bahawa al-Masih Isa Kalimah Allah pernah hidup di bumi ini dan pernah mati dikuburkan dan berada di alam kubur atau alam barzah dan dihidupkan kembali dan diangkat oleh Allah …
Menurut Quran Surah Ali Imran [3]:49 dan Hadis Riwayat Ahmad, Sayidina Isa adalah bunga kiamat atau tanda kiamat.
Sayidina Isa bersabda kepada para hawariyyun melalui Butrus al-Hawari mengenai Allah yang begitu besar kesabaran-Nya.
Allah tidak mahu seorangpun binasa dan Dia ingin semuanya bertaubat, dengan begitu selamatlah orang dari hancurnya dunia dan nafsunya.
Munajat:
Wahai Isa Kalimah Allah yang ditetapkan Allah untuk menjadi tawassul keselamatan bagi makhluk, apa yang Kau sabdakan dan Kau janjikan pada hamba, sungguh adalah kepastian badal yang menuntun hamba di jalan Allah sehingga hamba boleh melampaui semua siksa kematian.
Allah Maha Pemurah sekaligus Maha Adil.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…