Categories: Article

Yā Muqtadir

المقتدر

Allah Yang Maha Menetapkan adalah القادر Al-Qādir.

Sifat Allah Yang Maha Menetapkan itu lebih ditekankan lagi oleh …

لمقتدر /Al-Muqtadir/

(Yang Maha Menentukan atau Yang Maha Mentakdirkan).

Imam Ghazali menterjemahkan …

المقتدر /Al-Muqtadir/

‘Yang Menentukan.’

Imam Ghazali mengakui bahawa manusia pun sebenarnya juga punya kemampuan untuk menentukan, namun kemampuan manusia untuk menentukan amat tidak sempurna.

Ada kemungkinan manusia belajar sedemikian rupa sehingga manusia dapat memiliki beberapa kekuasaan Ilahi. Tapi tidak semua kekuasaan Ilahi dapat dipelajari dan dapat diraih oleh manusia.

Kitab Taurat, Zabur, Injil dalam Bahasa Isra’il Ibrani-Suryani menyatakan Yang Ilahi memiliki kuasa yang tidak berhad atau tidak berhingga kuasaNya. Kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani mengakui kuasa-kuasa Allah yang digambarkan oleh:

  • العليم Al-‘Alīm Yang Maha Mengetahui
  • اَلْحَكِيْم Al-Ḥakīm Maha Bijaksana, iaitu memiliki kebijaksanaan yang tertinggi kesempurnaan ilmuNya serta kerapiannya dalam membuat segala sesuatu
  • المؤخر Al-Muakhkhir Maha Menangguhkan (Maha Mengakhirkan/ Maha Melambat-lambatkan)
  • الأول Al-Awwal Maha Pemulaan (Maha Pertama), iaitu terdahulu sekali dari semua yang wujud

Allah Yang Maha Mentakdirkan atau Allah Yang Maha Menentukan adalah tema utama daripada surah-surah Taurat, Zabur, Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani dan Bahasa Yunani. Kerana berbeza bahasa, pengungkapannya tentu unik dan khas Taurat, Zabur, Injil. Khazanah pengungkapannya dalam Taurat Zabur Injil adalah unik. Khazanah pengungkapan bahwa Allah Maha Mentakdirkan dalam Kitab Alquran juga unik dan khaz Al-Quran.

Lihat Quran Surah Al Qadr [97]:5

بِّسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ

وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ

yang bermaksud,

Sesungguhnya Kami telah menurunkan ini pada Malam Lailatul-Qadar,

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

Dan tahukah kamu apakah malam Laitul Qadar itu ?

Salah satu Rukun Iman adalah beriman akan adanya takdir ketetapan Yang Ilahi atau Kehendak Ilahi baik yang menyeronokkan kita atau tidak.

Di dalam Al-Quran ada ayat-ayat yang rupanya menyatakan bahawa Allah tidak pernah memaksa manusia makhluk-Nya, namun Allah memberi manusia kemampuan untuk berpikir dan akhirnya memutuskan pilihannya sendiri.

QS Al Baqarah [2]:286, QS Al Kahf [18]:28, namun walaupun begitu, segala ketetapan terpulang kepada Allah Yang Maha Menentukan. Manusia boleh berpikir dan berusaha, namun Allah lah yang menentukan. Allah sungguh amat berkuasa. Itulah Kehendak Ilahi. Allah Yang Maha Menetapkan adalah القادر Al-Qādir.

Dialah Allah Yang Mentakdirkan Segalanya, bahkan sesungguhnya takdir Allah atau Kehendak Allah juga boleh berlaku bukan hanya kepada manusia, namun juga kepada pada ayat-ayat atau tanda-tanda-Nya sekalipun.

Termaktub di QS Al Baqarah [2]:106

مَا نَنسَخْ مِنْ آيَةٍ أَوْ نُنسِهَا نَأْتِ بِخَيْرٍ مِّنْهَا أَوْ مِثْلِهَا ۗ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّ اللَّهَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Apa sahaja ayat keterangan yang Kami mansukhkan (batalkan), atau yang Kami tinggalkan (atau tangguhkan), Kami datangkan ganti yang lebih baik daripadanya, atau yang sebanding dengannya. Tidakkah engkau mengetahui bahawasanya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu?

Ada Imam Ghazali di tahun 1100-an. Ada pula George Adam Smith di tahun 1800-an. George Adam Smith adalah seorang hawariyyun cendikiawan yang arif daripada tamadun Kristian. Beliau mengingatkan kita tentang Suhuf Al-Anbiya’ Irmiya [Yeremia] 1:5

“قَبْلَ مَا صَنَعْتُكَ فِي بَطْنِ أُمِّكَ اخْتَرْتُكَ, وَقَبْلَ مَا وُلِدْتَ كَرَّسْتُكَ وَجَعَلْتُكَ نَبِيًّا لِلأُمَمِ.”

yang bermaksud,

Berkata Allah kepada Nabi Irmiya ketika beliau masih belum ada, “Sebelum Aku membentuk engkau dalam rahim ibumu, dan sebelum engkau dilahirkan, aku sudah memilih dan melantik engkau menjadi nabi bagi bangsa-bangsa.”

Menurut George Adam Smith, itulah takdir menurut pandangan Kitab Taurat Zabur dan Injil. Menurut tafsir beliau, takdir itu bukan perkara watak seseorang atau juga bukan perkara perangai seseorang, juga bukan perkara nasib, dan juga bukan perkara selamat atau tidak, dan juga bukan perkara masuk syurga atau tidak atau juga bukan perkara dilemparkan ke dalam api neraka atau tidak. Bukan!

Takdir adalah perkara agar kita melaksanakan ibadah dan bermanfa’at demi kemuliaan Allah dan umat manusia.

Hamba Allah yang disebut di Suhuf Isya’ya 42:1 sudah ditetapkan oleh Allah untuk menegakkan keadilan.

Allah berfirman, “Inilah hamba-Ku, yang telah Kukuatkan; seorang yang telah Kupilih, dan yang menyenangkan hati-Ku.

Kuasa-Ku telah Kuberikan kepadanya, dia akan membawa keadilan kepada setiap bangsa.

Butrus al-Hawari di Tanah Suci Baitul Maqdis Yerusalem menyatakan bahawa Sayidina Isa Almasih reda dan tidak enggan menjadi hamba yang menjadi manfa’at demi untuk menolong umat manusia tanpa pandang bulu menuju sabilillah, Jalan Ilahi.

Khutbah Butrus al-Hawari dicatat di Suhuf A’mālur Rusul [Kisah Para Rasul] 2:23-24 dan juga dicatat juga Quran Surah An Nisa’ [4]:172.

Munajad:

Jangan sampai hamba lupa bahawa sebenarnya hamba tidak lain berada bersama dengan-Mu, ya Ilahi Yang Maha Pemurah dan Penyayang.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago