Categories: Article

Yā Ṣamad

الصمد

Yang Menjadi Tumpuan, Yang Abadi atau Yang Maha Diperlukan.

Yang Ilahi menjadi tempat tumpuan abadi umat manusia.

Hal itu jelas amat diyakini oleh bermacam-macam orang dalam …

[āli saydnā ibrāhīm],

Keluarga Besar Sayidina Nabi Ibrahim

dan dalam …

مِّلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا [millata ibrāhīm]

(QS Al An’am [6]:161.)

Himpunan yang terserak-serak daripada para penganut ilmu dan tauladan Nabi Ibrahim luas berbagai kaum …

  • baik yang bertamadun Bani Isra’il, mahupun Tarekat Hawariyyun,
  • baik yang bertamadun Ibrani-Suryani Timur Tengah, mahupun yang bertamadun Rom, mahupun yang bertamadun Islam.

Semua Keluarga Besar Ibrahim itu menyakini bahawa yang menjadi tempat tumpuan abadi umat manusia tidak lain adalah Allah. Semua yang bertalian darah dengan Sayidina Nabi Ibrahim disebut āli saydnā ibrāhīm, Keluarga Besar Sayidina Nabi Ibrahim. Ali Imran adalah Keluarga Imran. Keluarga Imran adalah keturunan-keturunan daripada Keluarga Besar Ibrahim.

Nabi Isa termasuk Keluarga Imran. Semua yang tidak punya pertalian darah dengan Sayidina Nabi Ibrahim, namun mengikuti ilmu dan tauladan Sayidina Ibrahim bolehlah dikategorikan sebagai millata ibrāhīm [tarekah hanif Ibrahim] atau himpunan berserak-serak. Bani Isra’il, Kristian dan Muslim tidak lain adalah kehidupan dengan harta karun hikmah yang diwariskan dan dicontohkan dan diwasiyatkan oleh Sayidina Ibrahim.

Dalam Tamadun Bani Isra’il, Tamadun Kristian dan Tamadun Islam, Yang Ilahi selalu menjadi tempat tumpuan abadi umat manusia.

Aṣ-Ṣamad adalah nama Allah yang bererti ‘tempat tumpuan abadi umat manusia.’

Satu kali, Aṣ-Ṣamad disebut di dalam Quran, iaitu di Surah Al Ikhlas [112]:2

اللَّهُ الصَّمَدُ ALLAHUṢṢAMAD

Yang Ilahi Menjadi Tumpuan Yang Abadi.

Yang Ilahi adalah tempat abadi tuk meminta segala sesuatu. Dialah Allah pangkal sebab abadi adanya segala yang ada. Allah adalah pangkal sebab abadi yang tidak disebabkan oleh apapun. Itulah erti Aṣ-Ṣamad.

Kitab Taurat dan Zabur dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani dan Injil dalam Bahasa Yunani juga mengumumkan keyakinan ini. Tapi kerana berbahasa lain, Kitab Taurat dan Zabur dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani dan Injil dalam Bahasa Yunani tidak menggunakan erti dari Aṣ-Ṣamad ini untuk mengungkapkan bahawa Allah adalah tumpuan yang abadi.

Kitab-kitabullah sebelum Al-Quran itu memiliki cara unik untuk menyatakan bahawa Allah adalah tumpuan yang abadi. Kitab-kitabullah sebelum Al-Quran itu justeru cenderong memakai …

Al-Bāqi’ /الباقع/

yang bererti,

‘Maha Kekal Abadi.’

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani ada dua kata yang secara etimologi mungkin ada kaitannya dengan kata Aṣ-Ṣamad yang bererti,

‘menjadi tumpuan dan amat diperlukan.’

Kedua kata Ibrani itu adalah,

 /tzemed/,

ertinya,

‘sepasang lembu yang amat diperlukan dan menjadi tumpuan orang-orang di Isra’il Kuno Negeri Syam Suryani untuk menggarap tanah agar dapat ditanami padi, gandum atau jagung untuk hidup.’

Kemudian kata …

 /yªsªd/,

yang ertinya,

‘asas atau dasar atau pondamen atau sesuatu yang digunakan untuk menumpu.

 /yªsªd/,

lebih terkait dengan makna kata Aṣ-Ṣamad yang bererti, ‘menjadi tumpuan.’

 /yªsªd/,

biasa ada di Kitab-Kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani.

Contohnya di Kitab Zabur 104:5

yasad ‘eretz ‘al makhonha bal timmot ‘olam ‘ed

yang bermaksud,

‘Engkau mendirikan bumi kukuh pada asasnya, supaya tidak sekali-kali bergoyang.’

Kitab Zabur 24:2 juga menyatakan bahawa pulau-pulau dan benua asasnya didirikan di samudera …

ki hu’ ‘al yammim yesada wal neharot yekhonen

‘Yang Ilahi membina dunia di atas air, dan meletakkan asasnya di samudera.’

Kitab Suhuf Sulaiman 3:19 menyatakan,

“Oleh Yang Ilahi, bumi ini ditumpukan pada hikmah-Nya.”

yh bchokhma yasad ‘aretz konen shamayim bitevuna

Kitab Suhuf Isya’ya [Yesaya] 48:13 menyatakan bahawa asas bumi dibina dan diletakkan oleh tangan Ilahi.

Dalam Kitab Zabur 8:3-4 dalam bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani, Aṣ-Ṣamad Yang Menjadi Tumpuan Abadi Umat Manusia adalah menjadi renungan utama ketika melantunkan dan mengaji Kitab Zabur 8:3-4 ini …

ki ‘er’eh shamekha ma’asei ‘etzbe’otekha yareach wkhokhavim ‘asher konaneta ma ‘enosh ki tizkerennu uven ‘adam ki tifqedennu

yang bermaksud,

Apabila aku melihat langit-Mu, hasil kerja jari-Mu, bulan dan bintang, yang Kautentukan, apakah manusia maka Engkau memberinya perhatian, dan anak manusia maka Engkau memeliharanya?

Jika yang dimaksud …

  /yªsªd/

yang ertinya, ‘asas atau dasar atau pondamen atau sesuatu yang digunakan untuk menumpu umat manusia,’

… itu adalah Allah, itu sudah selazimnya dan mudah untuk diyakini dan dijalankan.

Tapi walaupun begitu, manusia pun juga dapat membuat …

 /yªsªd/

yang ertinya, ‘asas atau dasar atau pondamen atau sesuatu yang digunakan untuk menumpu.

Walaupun yang membuat asas itu adalah manusia yang terikat kepada proses yang lambat dan tidak pasti, Kitab Taurat, Zabur dan Injil juga memakai kata …

 /yªsªd/

yang ertinya, ‘asas atau dasar atau pondamen atau sesuatu yang digunakan untuk menumpu.‘ (Suhuf Akhbarilayyamil ‘Tsānī [2 Tawarikh] 3:3, Suhuf Ezra 3:6, Suhuf Hajjai 2:18.)

Namun, manusia diingatkan kena berhati-hati dan dengan penuh hikmah dalam membuat asas atau sesuatu yang digunakan untuk menumpu.

Walaupun masih belum ada …

 /yªsªd/

yang ertinya, ‘asas atau dasar atau pondamen atau sesuatu yang digunakan untuk menumpu Bait Allah, manusia kena bersyukur kepada Allah.

Secara bahasa, dalam Kitab Taurat, Zabur dan Injil, Aṣ-Ṣamad Yang Menjadi Tumpuan itu dapat bererti Allah. Namun, secara bahasa pula, manusia pun dapat juga disebut Aṣ-Ṣamad Yang Menjadi Tumpuan. Secara bahasa!

Kalau yang menjadi tumpuan itu adalah Allah, tidak ada bimbang untuk bertumpu. Kalau Allah yang membuat asas, tidak ada yang waswas untuk bertumpu pada asas buatan Yang Ilahi itu.

Tapi kalau asas itu dibuat oleh manusia untuk dijadikan tumpuan, manusia yang membuat asas itu dinasihati kena sungguh-sungguh penuh dengan hikmah dan dengan teliti dan seksama dalam membuat asas tumpuan. Namun walaupun asas untuk dijadikan tumpuan untuk bersyukur kepada Allah belum ada, manusia tidak boleh bimbang kalau untuk menaikkan syukur kepada Allah.

Asas atau pondamen atau sesuatu yang digunakan untuk menumpu harus bersifat abadi. Seperti Kitab Al-Quran diterjemahkan ke dalam banyak bahasa di dunia ini, alhasil terdapat banyak sekali terjemahan-terjemahan Al-Quran.

Demikian pula Kitab Taurat, Zabur dan Injil juga diterjemahan ke dalam banyak bahasa di dunia ini. Maka terdapat banyak sekali terjemahan-terjemahan Kitab Taurat Zabur dan Injil. Tapi mushaf asli tetap ada.

Di dalam VULGATE, iaitu terjemahan Bahasa Yunani Kitab Taurat, Zabur dan Injil, sifat abadi selalu bererti sejak awal dibinanya asas tempat bumi bertumpu dan sampai hari kiamat. Itulah sifat abadi yang digambarkan di dalam Vulgate Terjemahan Bahasa Yunani Kitab Taurat, Zabur dan Injil.

Abadi selalu mulai dari sejak awal dibinanya asas tempat bumi bertumpu sampai pada hari kiamat. Abadi selalu mulai sejak bumi belum ada sampai kiamat. Itulah jangka masa daripada abadi. Sejak awal dibinanya asas tempat bumi bertumpu hingga sampai hari kiamat. Itulah abadi. Itulah kekal.

Sayidina Isa berkata bahawa sejak awal dibinanya asas tempat bumi bertumpu, sesungguhnya, barakah sudah disediakan bagi orang-orang yang sungguh mengamalkan …

قُدِّرَ عَلَىَّ قَبْلَ أَنْ أُخْلَقَ

/quddira ‘alayya qabla ‘an ‘ukhlaqa/

… apa yang sudah menjadi ketetapan Allah perihal Sayidina Isa sebelum dibinanya asas tempat bumi bertumpu. Sebelum asas tempat bumi bertumpu dibina, Allah sudah menetapkan Sayidina Isa.

Sayidina Isa itu ketetapan Allah yang sudah dibuat Allah jauh sebelum dibinanya asas tempat bumi bertumpu. Barangsiapa menerima ketetapan abadi Allah mengenai Sayidina Isa, barakah abadi itu akan terus diberikan dan dinikmati dunia-akhirat sampai hari kiamat sekalipun. Itulah barakah abadi. (Perkataan Sayidina Isa di Kitab Injil Surah Matta [Matius] 25:34.)

Sayidina Isa sendiri menyatakan bahawa hayat yang abadi adalah: Yang, oleh Allah, diberi …

 /barakhah/

atau barakah abadi itu akan hidup terpisah dari Yang, oleh Allah, dilemparkan ke dalam …

 /gehinnam/

النَّارِ الْأَبَدِيَّةِ nāril ‘abadiyyah

… neraka jahanam yang begitu panas penuh dengan siksaan secara abadi.

Menurut Sayidina Isa, hayat yang abadi adalah barakah yang abadi bagi ahli syurga, dan siksa abadi bagi ahli neraka. Ahli syurga dan ahli neraka hidup terpisah secara abadi. (Kitab Injil Surah Matta [Matius] 25:41.)

Jadi memang ada semacam tembok pemisah di dalam keabadian itu.

 /yasad aretz/

… atau, ‘assas al arḍ,’ 

asas tempat bumi bertumpu adalah sudah ada sebelum bumi ada أَسَّسَ الْأَرْضَ.

Asas tempat bumi bertumpu yang sudah ada sebelum bumi ada disebut oleh Nabi Isa ketika Nabi Isa menyampaikan ibarat untuk menjelaskan hal-hal yang amat pelik atau dirahsiakan yang sudah ada sebelum bumi ini ada. (Kitab Injil Surah Matta [Matius] 13:35.)

Asas tempat bumi bertumpu yang sudah ada sebelum bumi ada disebut oleh Nabi Isa ketika Nabi Isa menyatakan bahawa Allah Yang Maha Penyayang sudah menyayangi Sayidina Isa Kalimah Allah sejak sebelum bumi dan segala isinya ada. Allah sudah menyayangi Sayidina Isa Kalimah Allah sebelum bumi dan seluruh isinya ini ada. (Kitab Injil Surah Yahya 17:24.)

Asas tempat bumi bertumpu yang sudah ada sebelum bumi ada disebut oleh Nabi Isa ketika Nabi Isa menyatakan bahawa hawariyyun pengikut-pengikut setia Sayidina Isa adalah orang orang yang sudah ditakdirkan atau sudah ditetapkan bahkan sebelum mereka merasa menjadi hawariyyun sekalipun. Mereka sudah ditetapkan menjadi hawariyyun bahkan sebelum bumi ini ada.

Orang-orang yang sudah ditakdirkan mengikuti Sayidina Isa itu, oleh Allah, ditinggikan derajadnya hingga hari kiamat dan diterima sebagai mu’min oleh Allah …

Asas tempat bumi bertumpu yang sudah ada sebelum bumi ada disebut oleh Nabi Isa ketika Nabi Isa menyatakan bahawa Allah Yang Maha Penyayang sudah mengatur dan menyelesaikan semua yang dikehendakiNya sejak sebelum bumi dan segala isinya ada. Allah sudah terlanjur menyayangi setiap makhluk bahkan sebelum bumi dan makhluk itu ada. (Kitab Injil Surah Yahya 17:24.)

Itulah keabadian. Dalam Terjemahan Bahasa Yunani Taurat, Zabur, Injil, keabadian digambarkan bagaikan kehidupan, bukan sesuatu yang mati dan statik. Yahya al-Hawari menggambarkan hidup yang abadi itu adalah bagaikan menuai padi atau buah-buahan tanpa ada henti-hentinya. (Kitab Injil Surah Yahya 4:37.)

Bulus al-Hawari menggambarkan kehidupan yang abadi itu rasanya bagaikan menerima pemberian atau hadiah daripada Allah yang diberikan lewat Sayidina Isa. (Suhuf Rom 6:23).

Dalam Kitab Injil Surah Ibrani 9:14, kehidupan yang abadi digambarkan erat kaitannya dengan Roh Abadi.

Bulus al-Hawari menasihati seorang hawari yang bernama Timutawus dan kepada hawari-hawari lainnya untuk selalu berbuat baik, dengan demikian mereka meletakkan asas yang teguh bagi diri mereka untuk hari kemudian.

Suhuf 1 Timutawus 6:18-19 …

Hendaklah mereka berbuat baik, supaya mereka kaya dengan amal kebajikan, sedia memberi, rela berkongsi. Dengan demikian mereka meletakkan asas yang teguh bagi diri mereka untuk hari kemudian supaya mereka dapat hidup kekal abadi kelak.

Munajad:

Ya Allah, Kerajaan Jannah-Mu dibina dengan asas daripada Almasih Isa Kalimah Allah.

Ya Allah, Engkaulau Juru Selamat hamba yang menutup segala kekurangan hamba.

Ya Allah, Engkaulah yang menyebabkan hamba merasa lega selama-lamanya.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago