Categories: Article

Yā Wālī

الوالى

Maha Menguasai, Maha Menguasai Urusan, Yang Maha Memerintah;

iaitu menggenggam segala sesuatu dalam kekuasaan-Nya dan menjadi milik-Nya.

Perkara yang besar yang menjadi perhatian dalam dakwah yang dilakukan Sayidina Nabi Isa adalah tentang Jannah Kerajaan Allah. Sayidina Nabi Isa mengajarkan doa mengenai Jannah Kerajaan Allah.

 لِتَأْتِ مَمْلَكَتُكَ. لِتَكُنْ مَشِيئَتُكَ، عَلَى الأَرْضِ كَمَا هِيَ فِي السَّمَاءِ.

lita’ti mamlakatuka litakun masyī’atuka, ‘alal arḍi kamā hiya fīs samā’

… yang bermaksud,

Wahai al-Khalik, datanglah kerajaan-Mu. Terlaksanalah kerajaan-Mu di bumi sebagaimana di syurga.

(Kitab Injil Surah Matta [Matius] 6:10.)

Yang dianggap mustahak dalam doa Nabi Isa itu adalah adanya silaturahmi antara yang memanjatkan doa dengan Yang Khalik Bapa mereka. Ibaratnya sama sekali bukan untuk melupakan urusan dunia tetapi nak dipimpin oleh Tuhan Yang Di atas, namun sesungguhnya di bumi ini pun.

Tuhan Yang Di atas itu juga adalah pemimpin kita untuk urusan dunia juga. Tuhan Yang Di atas itu juga adalah Pemimpin bukan sahaja di akhirat namun sekaligus juga memimpin di bumi ini sekarang ini.

Nama Allah al-Wālī الوالى membuktikan bahawa Yang Ilahi Allah adalah maha menguasai urusan di bumi mahupun di akhirat. Di bumi tempat kita berada sekarang ini pun, sesungguhnya Yang Ilahi Allah adalah pemerintah kita.

Menurut Imam Ghazali, bagi umat Islam, nama Allah al-Wālī bermakna …

Sesungguhnya tidak ada pemerintah kecuali Yang Ilahi

Dialah satu-satu Yang Maha Mengatur.

Dan Dialah satu-satunya yang melaksanakan segala aturan-Nya.

 Nama Allah al-Wālī ada, hanya dalam Bahasa Arab. Al-Wālī bererti …

  • ‘memimpin’ atau
  • ‘memerintah.’

Kitab Taurat Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani dan Bahasa Yunani memiliki kata yang bermakna ‘memimpin’ atau ‘memerintah’ juga.

Dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani,

‘mamlakah’ atau ‘mulku’

bererti,

‘kerajaan’ atau ‘raja’.

Dalam Bahasa Arab adalah ‘mamlakah’ /مملكة/ atau ‘malik’ /مَلِك/.

Dalam Bahasa Yunani adalah,

/basiliah/ yang bererti, ‘kerajaan’ atau ‘basileus’

 yang bererti, ‘raja.’

Disebutkan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani dan Bahasa Yunani, ‘yang memimpin’ atau ‘yang memerintah’ adalah ‘mamlakah’ yang bererti Kerajaan Yang Ilahi.

Di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil yang berbahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani ada nama-nama Allah yang juga bererti ‘memimpin’ atau ‘memerintah‘ seperti …

  • AL-MALIK, maha raja
  • AL-‘ADL, yang maha adil
  • AL-WAKĪL, maha pentadbir, maha memelihara, maha mengelola
  • AL-QAWĪ, maha kuat
  • AL-MUQSIT, yang maha mengadili

Nama-nama Allah tersebut menyatakan bahawa kepemimpinan Yang Ilahi sungguh amat adil dan maha kuat.

Umat Allah Bani Isra’il berusaha meniru atau menterjemahkan kepemimpinan Yang Ilahi yang amat adil dan amat kuat itu.

Dalam sejarah umat Allah Bani Isra’il dahulu, pernah ada kerinduan untuk dipimpin langsung oleh Yang Ilahi melalui imam-imamNya dan pengungkapan syariat-syariatNya. (Kitab Taurat Surah al-Khuruj [Keluaran] 19:6.)

Dan, di suatu kawasan yang disebut Yasyūrūn pernah ada suatu usaha untuk menjadikan Allah sebagai sultan atau raja yang memerintah secara langsung umat manusia. (Kitab Taurat Surah At-Tasyniyati [Ulangan] 33:4-5.)

Kaedah-kaedah kepemimpinan teokrasi semacam itu berjaya ketika Bani Isra’il dalam perjalanan hijrah keluar dari cengkeraman Kerajaan Fir’aun yang bengis. Namun, kaedah-kaedah kepemimpinan teokrasi semacam itu tidak berjaya dijalankan dengan baik ketika umat Allah Bani Isra’il sudah sampai di tanah yang diwakafkan atau dijanjikan oleh Allah kepada mereka.

Setelah kaedah kepemimpinan teokrasi tidak dapat dijalankan oleh umat Allah Bani Isra’il itu, Bani Isra’il dipimpin oleh seorang hakim yang memimpin rakyat dalam kaedah pergabungan suku-suku persekutuan atau federasi golongan-golongan. Namun kaedah kepemimpinan para hakim ini tidak begitu amat berjaya dan tidak begitu gemilang.

Jid’un atau Gideon, salah satu hakim yang memerintah Bani Isra’il, menolak kaedah kepemimpinan hakim secara turun-temurun. Jid’un bahkan melarang puteranya untuk menjadi hakim. Dengan lantang Jid’un berkata,

“Saya tidak akan menjadi pemimpin kamu; anak saya pun tidak. Yang Ilahi lah yang menjadi pemimpin kamu.”

(Kitab Taurat Surah al-Qudhāti [Hakim-Hakim] 8:23.)

Dalam perjalanan Bani Isra’il, kaedah kepemimpinan monarki, iaitu, kerajaan yang diperintah oleh seorang raja atau sultan, adalah kaedah yang paling lama dilaksanakan.

Kejayaan Kesultanan Bani Isra’il mencapai puncaknya pada zaman Kesultanan Daud dan Kesultanan Sulaiman. Namun setelahnya, Kesultanan Bani Isra’il pecah menjadi dua bahagian, iaitu, Kesultanan Yahuda dan Kesultanan Bani Isra’il Wilayah Utara.

Ketika di zaman yang panjang di mana Kesultanan Bani Isra’il lama-lama menjadi jatuh dan kehilangan kejayaannya, orang-orang yang berjuang mencari pahala Allah merindukan mengalami kembali Zaman Kejayaan Kesultanan Daud. Mereka mengamalkan Puasa Daud.

Seperti yang telah dikatakan oleh Abdullah bin Amr bin al-‘Ash, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

إِنَّ أَحَبَّ الصِّيَامِ إِلَى اللَّهِ صِيَامُ دَاوُدَ وَأَحَبَّ الصَّلاَةِ إِلَى اللَّهِ صَلاَةُ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ يَنَامُ نِصْفَ اللَّيْلِ وَيَقُومُ ثُلُثَهُ وَيَنَامُ سُدُسَهُ وَكَانَ يَصُومُ يَوْمًا وَيُفْطِرُ يَوْمًا

“Puasa yang paling disukai di sisi Allah adalah puasa Daud, dan shalat yang paling disukai Allah adalah Shalat Nabi Daud. Beliau biasa tidur di pertengahan malam dan bangun pada sepertiga malam terakhir dan beliau tidur lagi pada seperenam malam terakhir. Sedangkan beliau biasa berpuasa sehari dan buka sehari.”

(HR. Bukhari.)

Suhuf-suhuf para al-Anbiya’ mencatat bahawa Kejayaan Kesultanan Daud akan dapat dialami kembali dalam wujud kepemimpinan yang ilahi sekaligus insani di bumi ini. Menurut Nabiullah Isya’ya [Yesaya] di Suhuf Isya’ya [Yesaya] 9:6, kesultanan Daud ditandai dengan …

bil ‘adli waṣ ṣaliḥ

بِالْعَدْلِ وَالصَّلاحِ

‘sifat adil dan penuh kebaikan.’

Menurut Nabiullah Hazkiyah, kesultanan Daud ditandai oleh sifat Daud yang adalah sultan yang memimpin umat, sekaligus gembala yang melindungi umat dan sekaligus jongos yang melayani umat. (Suhuf Hazkiyah [Yehezkiel] 37:24 dan seterusnya.)

Selain disebut Bin Maryam atau Putera Maryam, oleh orang-orang buta dan orang-orang yang dizalimi dan orang-orang yang menderita, Nabi Isa digelari Bin Daud atau Putera Daud. (Kitab Injil Surah Marqusa 10:47-48.)

Nabi Isa memberi peringatan keras kepada para hawariyun jangan sampai mereka mencontoh dunia yang menjadi kafir dimana hakikat kepemimpinan telah dibengkokkan dan disalahgunakan. Nabi Isa menyatakan bahawa kepemimpinan yang disalahgunakan bukanlah kaedah kepemimpinan didalam kekhalifahan Sayidina Isa.

Ciri khas kekhalifahan Sayidina Nabi Isa adalah …

مَنْ أَرَادَ أَنْ يَكُونَ عَظِيمًا بَيْنَكُمْ، فَلْيَكُنْ خَادِمًا لَكُمْ

man ‘arāda ‘an yakūna ‘aẓīman bainakum, falyakun khādiman lakum

yang bermaksud,

‘Sesiapa yang ingin menjadi orang besar di antaramu hendaklah melayani. Sesiapa yang ingin menduduki tempat pertama hendaklah menjadi hamba kepada semua.’

(Kitab Injil Surah Marqusa 10:44-45.)

Munajad:

Kabulkanlah doa rintihan orang-orang yang dizalimi oleh penguasa-penguasa dan pemimpin-pemimpin yang zalim.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago