Petikan dari Kitab Taurat: Kejadian 48:1-22.
1Beberapa lama kemudian, Yusuf diberitahu bahawa bapanya sakit tenat. Oleh itu dia bersama dengan kedua-dua orang anak lelakinya, Manasye dan Efraim, pergi menziarahi Yakub. 2Apabila Yakub mendengar bahawa Yusuf sudah datang, dia mengumpulkan seluruh tenaganya, lalu duduk di tempat tidur. 3Yakub berkata kepada Yusuf, “Allah Yang Maha Kuasa telah menampakkan diri kepadaku di Lus, di tanah Kanaan, dan Dia memberkati aku. 4Dia berfirman kepadaku, ‘Aku akan memberikan banyak anak cucu kepadamu supaya keturunanmu menjadi banyak bangsa. Aku akan memberikan negeri ini kepada keturunanmu sebagai milik mereka selama-lamanya.’ ”
5Yakub berkata lagi, “Yusuf, kedua-dua orang anakmu, Efraim dan Manasye, yang dilahirkan di Mesir sebelum aku tiba di sini, kuanggap sebagai anakku, seperti Ruben dan Simeon. 6Jika engkau mendapat anak lelaki lagi, mereka tidak akan kuanggap sebagai anakku melainkan tetap anakmu; mereka akan menerima warisan daripada Efraim dan Manasye. 7Aku melakukan hal ini kerana ibumu Rahel. Ketika aku dalam perjalanan pulang dari Mesopotamia, ibumu meninggal di tanah Kanaan, tidak jauh dari Efrata, dan aku sangat sedih. Aku mengebumikan dia di sana, di tepi jalan ke Efrata.” (Kini Efrata dikenal sebagai Betlehem.)
8Apabila Yakub nampak anak-anak lelaki Yusuf itu, dia bertanya, “Siapakah anak-anak ini?”
9Yusuf menjawab, “Inilah anak-anakku yang diberikan Allah kepadaku di sini, di Mesir.” Yakub berkata, “Bawalah mereka mendekati aku supaya aku memberkati mereka.” 10Yakub kabur mata kerana sudah tua, dan dia tidak dapat melihat dengan jelas. Yusuf mendekatkan anak-anak itu kepada Yakub, lalu Yakub memeluk dan mencium mereka. 11Kemudian Yakub berkata kepada Yusuf, “Aku tidak sangka dapat berjumpa dengan kamu lagi, tetapi kini Allah mengizinkan aku nampak anak-anakmu juga.” 12Selepas itu Yusuf mengambil mereka dari pangkuan Yakub, lalu Yusuf bersujud di hadapan bapanya.
13-14Kemudian Yusuf menempatkan anak-anaknya dekat Yakub. Efraim, yang bongsu ditempatkannya di sebelah kiri, dan Manasye yang sulung di sebelah kanan. Tetapi Yakub menyilangkan lengannya dan meletakkan tangan kanannya di atas kepala Efraim, sedangkan tangan kirinya diletakkannya di atas kepala Manasye. 15Kemudian Yakub memberkati Yusuf,Yusuf: Pada masa Yakub memberkati Efraim dan Manasye, sebenarnya yang diberkatinya ialah Yusuf.
“Semoga Allah yang disembah oleh nenek moyangku Abraham dan Ishak, memberkati anak-anak ini.
Semoga Allah yang membimbing aku sampai sekarang, memberkati mereka.
16Semoga malaikat yang sudah melepaskan aku daripada segala bahaya, memberkati mereka.
Semoga namaku dan nama nenek moyangku, Abraham dan Ishak tetap hidup kerana anak-anak ini!
Semoga mereka mempunyai anak cucu dan keturunan yang banyak di bumi ini.”
17Yusuf tidak suka melihat bapanya meletakkan tangan kanannya di atas kepala Efraim, lalu dia memegang tangan bapanya untuk memindahkannya dari atas kepala Efraim ke atas kepala Manasye. 18Dia berkata kepada bapanya, “Jangan begitu, ayah. Inilah anak yang sulung; letakkanlah tangan kanan ayah ke atas kepalanya.”
19Tetapi bapanya membantah dan berkata, “Aku tahu, anakku, aku tahu. Manasye juga akan berkuasa dan keturunannya pun akan menjadi bangsa yang besar. Tetapi adiknya akan lebih berkuasa daripada dia, dan keturunan adiknya akan menjadi bangsa-bangsa yang besar.”
20Yakub memberkati anak-anak itu pada hari itu, katanya, “Orang Israel akan menyebut nama kamu apabila mereka memberkati orang. Mereka akan berkata, ‘Semoga Allah menjadikan kamu seperti Efraim dan Manasye.’ ” Dengan demikian Yakub mendahulukan Efraim daripada Manasye.
21Selepas itu Yakub berkata kepada Yusuf, “Lihatlah, tidak lama lagi aku akan menghembuskan nafas yang terakhir, tetapi Allah akan menyertai kamu dan membawa kamu kembali ke negeri nenek moyang kamu. 22Aku memberikan Sikhem kepadamu dan bukan kepada saudara-saudaramu; kawasan yang subur yang kurebut daripada orang Amori dengan pedang dan panahku.”
Cerita yang sebelum ini | Senarai Cerita Nabi | Cerita yang selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…