Suhuf Risalah Ruma (Rom) 3:23 …
لأَنَّ الْجَمِيعَ أَخْطَأُوا وَلَمْ يَبْلُغُوا إِلَى مَا يُمَجِّدُ اللهَ.
Sebab semua orang sudah lupa memuliakan Tuhan Allah dan sudah lupa bagaimana kembali kepada Allah yang mulia.
“Umat manusia sudah lupa bagaimana kembali kepada Tuhan Allah yang mulia.” Apa ertinya itu?
Ertinya adalah walaupun sudah selayaknya kita mempercayai dan menghargai Tuhan Allah, namun tidak ada satupun dari kita yang sungguh-sungguh haqul yaqin percaya dan sungguh-sungguh menghargai Tuhan Allah. Tidak ada satupun dari kita yang sungguh-sungguh puas akan adanya Tuhan Allah al Khaliq. Syaraf dan reflex kita tidak sungguh-sungguh mengakui Keagungan Tuhan Allah. Syaraf dan reflex kita tidak sungguh-sungguh puas dan tidak sungguh-sungguh lega akan adanya Tuhan Allah al Khaliq.
Keagungan Tuhan Allah tidak sungguh-sungguh kita terima sebagai kenyataan yang sangat terasa melegakan dan memuaskan. Akibatnya, kita tidak menjalani hidup kita menurut Kehendak Tuhan Allah. Selama ini yang kita usahakan hanyalah mencari kelegaan dan kepuasan dalam hal-hal yang lain selain Allah dan menganggap hal-hal yang lain selain Allah itu lebih mantap dan lebih diingini daripada Tuhan Allah. Ketahuilah, itulah syirik. Itulah penyembahan kepada selain Allah.
Lihat Suhuf Risalah Ruma (Rom) Bab 1, ayat 21-23 …
21 فَهُمْ قَدْ عَرَفُوا اللهَ، لَكِنَّهُمْ لَمْ يُمَجِّدُوهُ كَإِلَهٍ وَلَمْ يَحْمَدُوهُ، بَلِ انْحَطَّ فِكْرُهُمْ، وَأَظْلَمَ عَقْلُهُمُ الْغَبِيُّ.
22 يَزْعُمُونَ أَنَّهُمْ حُكَمَاءُ، وَهُمْ فِي الْحَقِيقَةِ أَغْبِيَاءُ.
23 وَبَدَلا مِنْ جَلالِ اللهِ الدَّائِمِ، يَعْبُدُونَ التَّمَاثِيلَ الْمَصْنُوعَةَ عَلَى شَكْلِ الإِنْسَانِ الْفَانِي، وَالطُّيُورِ، وَالْحَيَوَانَاتِ، وَالزَّوَاحِفِ.
21 Walaupun mereka telah mengenal Allah, tetapi mereka tidak memuliakan-Nya dan tidak memuji-Nya dengan syukur, sebaliknya mereka memikirkan yang sia-sia dan jiwa mereka yang tolol diliputi kegelapan.
22 Mereka mengaku bijaksana, tetapi sebenarnya mereka tolol.
23 Mereka berpaling daripada kemuliaan Allah yang kekal lalu menyembah patung-patung yang diperbuat seperti bentuk manusia yang fana, burung, haiwan berkaki empat dan binatang yang menjalar.
Sejak sifat lupa itu meraja rela di dunia ini, kita semua cenderung tidak nak menerima Tuhan Allah sebagai sumber puas dan sumber kelegaan kita. Lihat Suhuf Risalah Afaasusa (Efesus) 2:3. Sungguh itu merupakan kejahatan yang sangat kasar terhadap tahta keagungan Tuhan Allah.
Lihat Kitab Al Anbiya’ ‘Irmiya (Yeremia) 2:12-13 …
12 Oleh itu Aku memerintahkan langit bergoncang kerana ngeri, hairan dan terperanjat,
13 kerana umat-Ku telah melakukan dua dosa: mereka meninggalkan Aku, sumber air pemberi hidup kepada manusia, dan mereka menggali kolam yang bocor dan tidak dapat menampung air.”
Suhuf Risalah Ruma (Rom) 6:23 …
لأَنَّ أُجْرَةَ الْخَطِيئَةِ هِيَ الْمَوْتُ
Kerana upah dosa adalah maut.
Kita semua sudah merendahkan dan mengecilkan Keagungan Tuhan Allah. Macam mana hal itu boleh berlaku?
Hal itu telah terbukti kerana kita umat manusia lebih cenderong menyukai hal-hal yang lain selain Allah. Itu sungguh menandakan bahawa kita tidak bersyukur kepada Tuhan Allah. Itu sungguh menandakan bahawa kita tidak percaya kepada Tuhan Allah. Dengan begitu, sudah terbukti, kita sesungguhnya tidak peduli dan tidak menghiraukan Tuhan Allah apalagi ta’at kepadaNya. Jadi sudah selayaknya, Tuhan Allah menjauhkan kita untuk selama-lamanya dari nikmat kemuliaanNya.
“Manusia akan menjalani azab hukuman maut selama-lamanya, dan dijauhkan dari hadirat Allah dan dari kemuliaan kekuatanNya.”
Lihat Suhuf Risalah 2 Tasalunki (2 Teselonika) 1:9.
Dalam Kitab Injil, “neraka” disebut sebanyak 12 kali. Nabi Isa sendiri menyebutkan bahawa neraka itu ada sebanyak 11 kali. Jadi, neraka bukanlah dongeng yang penuh khayalan. Neraka adalah peringatan yang sangat keras dan kasar dari Kalimat Allah. Kalimat Allah datang ke dunia dalam wujud Nabi Isa agar manusia boleh terjauhkan dari neraka. Manusia seringkali menganggap neraka itu tidak ada. Anggapan bahawa neraka tidak ada itu sungguh sangat merbahaya. Tapi walaupun begitu, Kitab-Kitab Allah tidak hanya berhenti sampai kenyataan bahawa neraka itu ada.
Kalau seandainya Kitab-Kitab Allah berhenti hanya pada sampai di kenyataan itu sahaja, semua orang pasti terlempar dan tercampak ke dalam neraka jahanam suatu masa yang tidak ada harapan sama sekali. Bahawa neraka itu ada, YA. NERAKA SUNGGUH-SUNGGUH ADA.
Namun, Kitab-Kitab Allah tidak tamat sampai pada kenyataan itu sahaja.
Suhuf Risalah 1 Timutawusa (1 Timotius) 1:15 …
هَذَا كَلامٌ حَقٌّ، وَيَسْتَحِقُّ أَنْ يُقْبَلَ تَمَامًا: إِنَّ الْمَسِيحَ عِيسَى جَاءَ إِلَى الْعَالَمِ لِيُنْقِذَ الْمُذْنِبِينَ
Perkataan ini benar dan wajib diterima dan dipercayai, iaitu bahawa Almasih Isa datang ke dunia untuk menyelamatkan manusia berdosa dan kotor.
Itulah Kabar yang Melegakan manusia berdosa dan kotor. Kabar yang Melegakan manusia berdosa dan kotor itu adalah Almasih Isa telah diazab sampai mati oleh Allah sebagai qurban kaffarah yang menggantikan manusia berdosa dan kotor ini dan kemudian, oleh Allah, Almasih Isa dihidupkan kembali dan diangkat kembali kepada Allah untuk membuktikan bahawa ajalnya Almasih Isa sungguh penuh dengan mukjizat yang memiliki kemustajaban dan kemujaraban yang boleh menyelamatkan nyawa manusia dosa dan juga boleh membuka pintu Jannah yang penuh dengan hayat kehidupan yang senang selama-lamanya. (Lihat Suhuf Risalah 1 Korintus 15:20.)
Ertinya Tuhan Allah sungguh membebaskan manusia yang penuh dengan dosa dan lupa dan kotor ini dari semua azab hukuman namun pada waktu yang sama Tuhan Allah tetap menjunjung tinggi rasa keadilan. Suhuf Risalah Ruma (Rom) 3:25-26.
Suhuf Risalah 1 Butrusa (1 Petrus) 3:18 …
Sebab Almasih sudah mati satu kali sahaja demi menggantikan manusia dalam menjalani hukuman umat manusia. Almasih Isa yang suci terazab mati menjadi qurban demi keadilan Allah dan demi Allah yang maha pemurah agar berlaku peristiwa terselamatkannya manusia dosa dan kotor agar sah tersampaikan manusia dosa dan kotor kepada Allah SWT yang maha suci.
Menuju ke haribaan Allah disitulah tempat ditemukannya rasa lega dan rasa senang yang abadi. Almasih Isa bak air wudu yang menyebabkan manusia yang penuh hadas menjadi suci dan menjadi sah dan sampai solatnya kepada Allah Yang Maha Suci.
Artikel sebelum ini | Blog Abdushomad | Artikel selepas ini |
Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…
Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…
Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…
Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…
Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…
Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…