Categories: Article

Rom, Bani Isra’il Munafik vs Bani Isra’il Para Nabi

Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Dikisahkan, orang-orang keturunan Nabi Ya’qub disiksa dan dizalimi oleh askar-askar bangsa yang tidak berkhatan iaitu Bangsa Rom atau Bangsa Romawi. Bangsa Rom adalah bangsa yang bengis dan jahat.

Orang-orang keturunan Nabi Ya’qub, sama seperti datuk-datuk sebelum mereka beribadah menyembah Allah. Nama nenek moyang mereka adalah Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub. Nenek moyang mereka adalah yang mula-mula berkhatan. Mereka disebut Bangsa Yang Berkhatan. Ibrahim adalah datuk mereka kerana Ibrahim mempunyai putera bernama Ishaq dan Ishaq mempunyai putera bernama Ya’qub.

Kerana suka berjuang mencari pahala yang dari Allah, Ya’qub, oleh Allah, diberi nama baru iaitu Isra’il, yang ertinya adalah orang yang suka berjuang demi mencari pahala yang dari Allah. Oleh kerana itulah putera-puteri dan keturunan-keturunan Isra’il dijuluki Bani Isra’il. Ilah yang disembah orang-orang berkhatan itu adalah Allah. Orang-orang Rom tidak menyembah ilah yang disembah orang-orang berkhatan. Orang-orang Rom tidak menyembah ilah yang disembah Bani Isra’il.

Yang disembah Bani Isra’il tidak lain adalah sesembahan yang disembah oleh nenek moyang mereka Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub. Ilah yang disembah Bani Isra’il tidak lain adalah yang disembah nenek moyang mereka Ibrahim, Ishaq, dan Ya’qub. Tidak lain itulah tauhid. Itulah Esa. Echad. Atau dalam bahasa Arab Ahad. Yang ertinya, tidak lain adalah yang disembah nenek moyang Bani Isra’il Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub.

Tersebut di Kitab Allah At Taurat,

Sh’ma Yis-ra-eil, A-do-nai E-lo-hei-nu, A-do-nai E-chad.

Ertinya,

Ingatlah, hai Isra’il! TUHAN – dan TUHAN satu-satunya ialah ALLAH.

Orang-orang Rom tidak peduli dengan apa yang disembah nenek moyang Bani Isra’il. Orang-orang Rom bahkan menghina dan memperlekehkan keyaqinan tauhid Bani Isra’il. Orang-orang Rom bahkan menjajah Bani Isra’il. Orang-orang Rom memperlakukan Bani Isra’il sebagai budak atau jongos mereka. Orang-orang Rom membawa pedang dan peralatan perang untuk menzalimi orang-orang berkhatan Bani Isra’il.

Inilah gambar askar Rom yang menzalim Bani Isra’il.

Bagi orang-orang Rom yang tidak berkhatan, sesembahan Bani Isra’il adalah tidak mustahak. Orang-orang Rom bahkan menzalimi dan menjajah Bani Isra’il. Maruah dan harga diri Bani Isra’il yang berkhatan diinjak-injak oleh askar-askar Rom yang tidak berkhatan.

Tanah Qana’an, Tanah Yang Diikhlaskan Allah kepada orang-orang keturunan Nabi Ya’qub, diambil alih menjadi milik Bangsa Rom yang tidak berkhatan. Kaisar Rom mengangkat salah satu Bani Isra’il sebagai pemimpin boneka Kaisar Rom. Seorang Bani Isra’il yang mahu menjadi pemimpin boneka Kaisar Rom itu bernama Hiruudis Al-Malik. Oleh Kaisar Rom, Hiruudis Al-Malik dijadikan Menteri Besar Qana’an yang dijajah oleh Bangsa Rom yang tidak berkhatan itu.

Hiruudis Al-Malik. adalah Bani Isra’il boneka Kaisar Rom. Hiruudis Al-Malik adalah Bani Isra’il yang munafik. Hiruudis Al-Malik memang orang yang berkhatan namun dia tidak suka mencari pahala daripada Allah, tapi suka dipuji dan disanjung oleh Kaisar Rom.

Di zaman Hiruudis Al-Malik menjadi pemimpin Bani Isra’il, banyak orang-orang Bani Isra’il menjadi munafik yang suka mencari pahala dan pujian dan sanjungan dari Kaisar Rom daripada dari Allah yang disembah oleh nenek moyang mereka Ibrahim, Ishaq dan Ya’qub.

Di zaman Hiruudis Al-Malik, yang menjadi imam di Bait Allah di Tanah Suci Al-Quds Ur Salim adalah Zakaria. Zakaria adalah Bani Isra’il yang sungguh sungguh mencari pahala dari Allah dan bukan dari Kaisar Rom.

Zakaria adalah Bani Isra’il yang sangat sangat memerlukan Allah di dalam hidupnya bak orang haus memerlukan air. Zakaria sudah tua. Dan istri beliau bernama Aliyasabat. Istri Zakaria yang bernama Aliyasabat itu adalah seorang wanita yang sangat tua dan mandul tidak boleh hamil.

Diceritakan, ketika Zakaria menjadi imam di Bait Allah di Tanah Suci Al-Quds Ur Salim. Ketika berada di bilik imam di Bait Allah di Tanah Suci itu, ada satu malaikat Allah mendatangi Zakaria.

Malaikat itu adalah malaikat pembawa kabar gembira. Malaikat itu memberi tahu Zakaria kabar baik bahawa isterinya yang sudah tua dan mandul itu hamil dan akan melahirkan seorang putera. Berkata malaikat itu kepada Zakaria,

“Putera mu yang akan lahir itu akan menjadi seorang yang alim dan saleh yang kerana izin Allah akan menjadi pemimpin orang Bani Isra’il agar mereka menjadi insyaf dan bertaubat menjadi sungguh-sungguh Bani Isra’il,”

ertinya menjadi sungguh-sungguh mencari pahala dan keredaan Allah dan bukan lagi mencari pujian dari Kaisar Rom. Putera mu menjadi pemimpin Bani Isra’il untuk menjadikan Bani Isra’il yang sejati iaitu menjadi orang yang berjuang sungguh-sungguh mencari pahala daripada Allah bukan daripada Kaisar Rom.

Kerana kepemimpinan putera mu, orang-orang munafik akan menjadi insyaf dan menjadi sungguh-sungguh isra’il yang memerlukan Allah bak orang yang haus memerlukan air, yang mencari pujian dan pahala daripada Allah dan marah apabila dipuji Kaisar Rom dan tidak suka dipuji manusia.

Putera yang akan keluar dari rahim seorang perempuan yang sangat tua dan mandul itu akan mempersiapkan datangnya Almasih iaitu seorang pemimpin KETURUNAN ORANG PEREMPUAN yang sudah dijanjikan Allah akan menghancurkan kepala ALMASIH DAJJAL. Oleh kerana itu, putera mu kena kau beri nama YAHYA.

Zakaria haqul yaqin, namun masih meminta tanda bahawa apa yang dia saksikan itu benar-benar akan berlaku. Seketika itu juga, Zakaria menjadi bisu tidak boleh bercakap sepatah katapun. Itulah tanda dari Allah untuk Zakaria. Memang akhirnya benar, istrinya yang sangat tua dan mandul itu hamil dan melahirkan seorang bayi yang diberi nama YAHYA.

Ketika itu, juga ada seorang dara yang didatangi malaikat pembawa kabar gembira. Kepada dara yang bernama Maryam itu, malaikat Allah pembawa khabar gembira itu berkata bahawa dari rahim seorang dara itu akan keluar bayi yang kena diberinama ISA.

Salah satuh hadis sahih bahkan menyebutkan bahawa, ketika masih di dalam rahim, yang di dalam rahim istri Zakaria ini menyembah kepada yang ada di dalam rahim seorang dara yang bernama MARYAM. Mereka semua masih di dalam wujud janin belum berbentuk manusia.

Disebutkan Kitab Al-Qur’an di Surah Ali Imran [3]:39

3|39|فَنَادَتْهُ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ وَهُوَ قَآئِمٌ يُصَلِّى فِى ٱلْمِحْرَابِ أَنَّ ٱللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَىٰ مُصَدِّقًۢا بِكَلِمَةٍ مِّنَ ٱللَّهِ وَسَيِّدًا وَحَصُورًا وَنَبِيًّا مِّنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

yang ertinya,

3|39| Lalu ia diseru oleh malaikat sedang ia berdiri sembahyang di Mihrab, (katanya): “Bahawasanya Allah memberi khabar yang mengembirakanmu, dengan (mengurniakanmu seorang anak lelaki bernama) Yahya, yang akan mensahkan Kalimah dari Allah, dan akan menjadi ketua, dan juga akan menahan diri dari berkahwin, dan akan menjadi seorang Nabi dari orang-orang yang soleh.”

Siapakah yang ada di rahim seorang dara yang disembah oleh yang ada di rahim wanita mandul itu?

Yang ada di rahim seorang dara yang disembah oleh yang ada di rahim seorang wanita mandul itu adalah Almasih Isa putera dara Maryam.

Siapakah Kalimat Allah yang disahkan oleh putera yang berada di rahim wanita mandul istri Zakaria itu?

Al-Qur’an menyatakan bahawa Kalimat Allah itu tidak lain adalah Almasih Isa putera dara Maryam.

3|45| إِذْ قَالَتِ ٱلْمَلَٰٓئِكَةُ يَٰمَرْيَمُ إِنَّ ٱللَّهَ يُبَشِّرُكِ بِكَلِمَةٍ مِّنْهُ ٱسْمُهُ ٱلْمَسِيحُ عِيسَى ٱبْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِى ٱلدُّنْيَا وَٱلْءَاخِرَةِ وَمِنَ ٱلْمُقَرَّبِينَ

3|45| (Ingatlah) ketika malaikat berkata: “Wahai Maryam! Bahawasanya Allah memberikan khabar yang mengembirakanmu, dengan Kalimah daripada Allah, namanya: Al-Masih, Isa Ibni Maryam, seorang yang terkemuka di dunia dan di akhirat, dan ia juga dari orang-orang yang didampingkan (diberi kemuliaan di sisi Allah).

Isa Bani Isra’il sejati. Isa suka pahala dari Allah. Isa suka pahala. Isa suka pahala daripada Allah.

Isa tidak suka pujian Kaisar Rom. Isa bukan Bani Isra’il munafik.

Isa cari reda Allah, bukan pujian manusia. Isa cara pahala Allah.

Isa Isra’il tulen. Isa Isra’il para nabi.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago