Categories: Article

Sebab Menganut dan Taat pada Perintah-Perintah Allah dalam Kitab Allah Al-Qur’anul Karim, Kami Pun Beriman kepada Kitan-Kitab Allah Sebelum Kitab Allah Al-Qur’anul Karim

شَرَعَ لَكُم مِّنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَن يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَن يُنِيبُ

QS.Asy-Syura [42]:13

Allah telah menerangkan kepada kamu – di antara perkara-perkara ugama yang Ia tetapkan hukumnya – apa yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), dan juga yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: “Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah.”

Berat bagi orang-orang musyrik (untuk menerima ugama tauhid) yang engkau seru mereka kepadanya. Allah memilih serta melorongkan sesiapa yang dikehendakiNya untuk menerima ugama tauhid itu, dan memberi hidayah sesiapa yang rujuk kembali kepadaNya (dengan taat).

قُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَمَا أُنزِلَ إِلَيْنَا وَمَا أُنزِلَ إِلَىٰ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ وَيَعْقُوبَ وَالْأَسْبَاطِ وَمَا أُوتِيَ مُوسَىٰ وَعِيسَىٰ وَمَا أُوتِيَ النَّبِيُّونَ مِن رَّبِّهِمْ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّنْهُمْ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

QS.Al Baqarah [2]:136

Katakanlah (wahai orang-orang yang beriman): “Kami beriman kepada Allah, dan kepada apa yang diturunkan kepada kami, dan kepada apa yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub serta anak-anaknya, dan juga kepada apa yang diberikan kepada Nabi Musa dan Nabi Isa, dan kepada apa yang diberikan kepada Nabi-nabi dari Tuhan mereka; kami tidak membeza-bezakan antara seseorang dari mereka; dan kami semua adalah Islam (berserah diri, tunduk taat) kepada Allah.”

وَلاَ تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلاَّ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلاَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ وَقُولُوا آَمَنَّا بِالَّذِي أُنْزِلَ إِلَيْنَا وَأُنْزِلَ إِلَيْكُمْ وَإِلَهُنَا وَإِلَهُكُمْ وَاحِدٌ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

QS.Al-‘Ankabut [29]:46

Dan janganlah kamu berdebat dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah: “Kami beriman kepada yang diturunkan kepada kami dan kepada yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri.”

أَلإِ قْرَارُ

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّحِيْمِ

(وَ بَعْدُ( فَإِ نَّ وَالْهَمْدُ للهِ

قَدْ رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا،

وَ بِالإِ سْلاَمِ دِينًا

وَ بِمُحَمَّدٍ نَبِيًا

وَ رَسُولاً، وَ بِالْقُرْاَنِ إِمَامًا،

وِ بِالْكَعْبَةِ قِبْلَةً،

وَبِالْـمُؤْمِنِينَ وَ الْـمُسْلِمِينَ  َكُلُّ إَخْوَانِي،

تَبَرَأْتُ كُلِّ دِينٍ يُخَالِفُ دِينَ لإِ سْلاَمِ

: فَاَمَنَّابِللهِ

وَمَلاَئِكَتِهِ،

وَكُتُبِهِ،

وَرَسُلِهِ،

لاَنُفَرِقُ بَينَ أَحَدٍ مِنْ رَسُلِهِ،

وَ بِالْيَوْمِ الْاَخِر،

IKRAR

Dengan menyebut Nama Allah Yang Maha lagi Pengasih Maha Penyayang, (sesudahnya)

Sesungguhnya segala puji bagi Allah.

Sungguh-sungguh saya rela pada Allah sebagai Tuhan, dan pada Islam sebagai din, dan pada Muhammad sebagai Nabi dan Rasul, dan pada Al Qur’an sebagai pimpinan, dan pada Ka’bah sebagai kiblat, dan pada insan-insan beriman dan insan-insan Islam sebagai saudara saya.

Saya berlepas diri dari semua ugama yang menyelisihi din Islam.

Maka kami telah beriman pada:

Allah dan malaikat-malaikatNya dan Kitab-KitabNya dan pada Rasul-RasulNya dan pada hari kiamat dan pada takdir dari apa yang baik dan dari apa yang buruk dari Allah Yang Maha Tinggi.

Kami juga sangat bersyukur kepada Allah atas karya dan perjuangan ulama-ulama yang rabbani di Zaman Keemasan Islam pada zaman dahulu. Sebab menganut dan ta’at pada perintah-perintah Allah dalam Kitab Al Qur’anul Karim, ulama-ulama yang rabbani di Zaman Kejayaan Islam pada zaman dahulu tersebut tetap bersungguh-sungguh dalam mencari ilmu dan iman tauhid dalam Kitab-Kitab Allah sebelum Kitab Allah Al Qur’anul Karim. Ulama-ulama rabbani di Zaman Keemasan Islam tersebut antara lain:

  • Abu’l-Rabi‘ b. al-Layth (Abad ke 8)
  • ‘Ali b. Rabban al-Tabari (lahir tahun 810)
  • Abu Muhammad ‘Abd Allah b. Muslim b. Qutayba (lahir tahun 828)
  • Ahmad b. Abi Ya‘qub b. Ja‘far b. Wahb b. Wadih al-‘Abbasi (lahir tahun awal abad 9)
  • Abu Ja‘far Muhammad b. Jarir al-Tabari (lahir tahun 839)
  • Abu’l-Hasan ‘Ali b. al-Husayn al-Mas‘udi (lahir tahun 893)
  • Abu Bakr Muhammad b. al-Tayyib b. Ja‘far b. Muhammad b. al-Qasim (ibn) al-Baqillani (lahir tahun 950)
  • Fakhr al-Razi yang meninggal tahun 1209
  • Qurtubi yang meninggal tahun 1273

Din, berdasarkan kamus munjid, secara bahasa, kata din terbagi ke dalam beberapa masdar kata, salah satunya al hisab yang ertinya perhitungan. Ertinya, semua manusia pasti merasa dalam keadaan berhutang kepada Allah Sang Khaliq Pencipta setiap manusia.

Islam, secara bahasa, kata ‘islam’ berasal dari kata ‘aslam’ yang ertinya berserah diri. Dengan begitu, ertinya, semua makhluk dalam keadaan berserah diri kepada Allah. Islam bukan rezim yang selalu berburuk sangka pada orang lain dan bangsa lain. Islam menjadi jaya justru kalau menjadikan ilmu “menjadi rahmat bagi sekalian alam” sebagai khemah besar.

Jom! Alami kembali Zaman Kegemilangan Islam حضارة إسلامية (Tahun 750 – 1250: Zaman Kerajaan Abbasiyah). Pada Zaman Kegemilangan Islam tersebut, para ahli falsafah dan ahli sains, serta jurutera-jurutera dari dunia Islam banyak menyumbang kepada teknologi. Mereka melakukan ini dengan dua cara, iaitu dengan mengekalkan tradisi-tradisi yang awal (berserahdirinya para nabi kepada Allah, baik pada era Masjidil Aqsa di Yerusalem dan Masjidil Haram di Mekkah), serta dengan menambahkan rekaan-rekaan dan pembaharuan-pembaharuan mereka sendiri. Pencapaian-pencapaian saintifik dan intelektual mekar pada zaman keemasan itu.

Kitab-kitab Allah Taurat, Zabur dan Injil tidak mengajak kita untuk menyembah Dewa Latta dan Uzza, tapi justru selalu mengingatkan kita untuk dekat lagi dengan Allah Sang Khaliq Pencipta setiap makhluk.

Termaktub di QS.Al Ma’idah [5]:82

“Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang أَقْرَبَهُم مَّوَدَّةً (aqrabahummawaddah) dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: ‘Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani.’”

Bahkan QS.Yunus [10] ayat 94 menyebut mereka adalah فَسْـــــــَََٔلِ ٱلَّذِينَ يَقْرَءُونَ ٱ لْــكِتَٰبَ مِنْ قَبْلِكَ tempat untuk bertanya sebab para ahli Kitab tersebut diperintahkan Allah dan diberi amanah oleh Allah untuk memelihara bimastuhfiz kitab Allah Taurat Zabur dan Injil dan mereka diperintahkan oleh Allah untuk menjadi saksi terhadap Kitab-kitab Allah tersebut. QS.Al Ma’idah [5]:44.

Tentu kita tidak diperbolehkan mencontoh kemunafikan sebagaian besar mereka, tapi yang mustahak kita wajib mencontoh dan mengamalkan Kitab-kitab Allah sebelum Qur’an yaitu Taurat, Zabur dan Injil, karena kitab-kitab tersebut dijaga oleh Allah, bagaimanapun juga kita tidak boleh mempertanyakan kemampuan Allah di dalam menjaga kitab-kitabNya tersebut. Kita kena haqul yaqin bahawa kitab-kitab Allah Taurat, Zabut dan Injil tersebut secara textual tetap asli kitab-kitab Allah!

Disebutkan di QS.Al Baqarah [2]:100-101 bahawa Rasulullah pun مُصَدِّقٌ لِّـمَا مَعَهُمْ menyatakan bahwa Kitab-Kitab yang ada pada mereka itu benar. Kalau seseseorang membuat janji kemudian tidak ditepatinya, yang berubah bukan janji itu, tapi orang yang membuat janji itulah yang berubah, bukan janji yang berubah.

Kalau Firman Allah tidak diamalkan oleh penceramah, yang tidak benar bukan Firman Allah tapi penceramah itulah yang tidak benar. Hanya kerana akhlaq orang-orang yang membacanya tidak sama dengan apa yang termaktub pada teks-teks yang mereka baca tersebut, kita tidak boleh menuduh kitab-kitab Allah yang mereka baca tersebut tidak murni. Yang tidak murni adalah politik dan tingkah laku orang-orang yang membaca Kitab-Kitab Allah.

Semoga mata kita semua bercucuran air mata disebabkan kebenaran yang telah kita ketahui oleh kerana hidayah Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago