Categories: Article

Yā Ākhir

الآخر

Maha Penghabisan, Yang Akhir;

iaitu kekal terus.

Dalam kitab-kitab Allah, kata ‘ākhir’ sering digunakan untuk hal apa sahaja.

Ākhir’ juga digunakan untuk menyatakan keadaan ghaib yang tidak difahami oleh akal manusia.

Keadaan ‘ākhir’ adalah keadaan yang tidak diikuti oleh keadaan apapun setelahnya. Dianya memang adalah keadaan ‘ākhir.’  Itulah urusan akhirat. Urusan akhirat. Itulah yang akan berlaku setelah keadaan di bumi ini.

Nabi Ayub mengingatkan kita tentang urusan akhirat itu,

“Tetapi aku tahu bahawa di syurga ada Penyelamatku; akhirnya Dia akan datang menolong aku.”

(Suhuf Ayub 19:25.)

Nabi Musa pun juga mengingatkan kita tentang apa yang berlaku dalam urusan akhirat itu.

يَا ليْتَهُمْ كَانُوا حُكَمَاءَ لِيَفْهَمُوا هَذَا, وَيَتَأَمَّلُوا آخِرَتَهُمْ.

yang bermaksud,

Mereka tidak tahu mengapa mereka dikalahkan, mereka tidak dapat memahami apa yang sudah berlaku.

(Kitab Taurat Surah at-Tasniyati [Ulangan] 32:29.)

Nabiullah Isya’ya menantang orang-orang yang bercakap-cakap dengan berhala-berhala mereka. Orang-orang itu tidak bercakap-cakap dengan Al-Ilah, Yang Ilahi, Tuhan, Allah. Tidak! Orang-orang itu berhubungan dengan berhala-berhala mereka. Orang-orang yang bercakap-cakap dengan berhala-berhala mereka, oleh Nabiullah Isya’ya, ditantang,

“Ramalkanlah hal-hal yang akan berlaku, supaya kami tahu bahawa kamu benar-benar ilahi!”

(Suhuf Isya’ya [Yesaya] 41:23.)

Hal-hal yang akan berlaku adalah urusan akhirat. Dapatkah berhala-berhala itu berbicara mengenai akhirat? Apakah uang, harta, wanita-wanita cantik dan lelaki-lelaki tampan kekasih-kekasih mereka itu dan kedudukan-kedudukan tinggi mereka di dunia ini dapat dibawa oleh mereka ketika mereka meninggal dunia?

Kata Al-Ākhir ini amat berhubungan dengan kata dalam Bahasa Bani Isra’il Ibrani-Suryani.

Perihal ini dijelaskan dalam pembahasan Nama Ilahi Al-Muakhkhir, yang bermaksud,

  • Maha Membelakangkan,
  • Maha Mengakhirkan,

… iaitu melewatkan sebahagian sesuatu dari yang lainnya. Sesungguhnya Al-Muakhkhir akar katanya berasal daripada Al-Ākhir.

Terjemahan Bahasa Yunani Kitab Injil menggunakan kata …

 /eschatos/

yang bermaksud ‘akhir.’

Insan-insan Muslim sebut, ‘akhirat.’ Insan-insan Kristian yang bertamadun Yunani-Romawi menyebutnya, eskatologi, yang bermaksud ‘urusan akhir zaman.’

Kitab al-Quran menyebutnya, الْآخِرَةِ (al-akhirat). Disebutkan di dalam Quran Surah Ali Imran [3]:45

كَلِمَةٍ مِّنْهُ اسْمُهُ الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ وَجِيهًا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّبِينَ

KALIMATIMINHUSMUH AL-MASĪH ‘ĪSA IBNU MARYAM WAJĪHAN FĪDDUNYĀ WAL ĀKHIRAT WA MINAL MUQARRABĪN

yang bermaksud,

“Kalimah daripada Allah namanya Almasih Isa putera Maryam terkemuka di dunia dan di akhirat dan termasuk yang didekatkan kepada Allah.”

Menurut Quran, urusan akhirat selalu mengenai perpecahan atau perpisahan atau digolong-golongkannya manusia menjadi golongan-golongan. Alhasil ada tiga macam golongan di akhirat …

  • Golongan kesatu adalah ‘golongan kanan’ orang yang suka melakukan amalan-amalan yang baik
  • Golongan kedua adalah ‘golongan kiri’ orang yang melakukan perbuatan-perbuatan yang jahat
  • Golongan ketiga adalah golongan orang yang paling dahulu beriman

Golongan ketiga ini adalah orang-orang yang didekatkan kepada Allah untuk mengamalkan perbuatan-perbuatan yang baik. Namun hanya sedikit orang yang ada di golongan yang ketiga yang terkemuka ini, namun syurga jannah dipenuhi oleh orang-orang yang jumlahnya hanya sedikit ini. (QS Al Wāqi’ah [56]:7 dan seterusnya.)

Pernah disabdakan oleh Sayidina Isa kepada para hawariyyun tentang adanya jalan yang sempit menuju ke kehidupan yang tenteram dan tidak banyak orang yang menemukan hikmah jalan yang sempit itu. Hanya sedikit orang yang melewati jalan yang sempit itu menuju ke kehidupan yang tenteram. Hanya sedikit orang yang menemukan kehidupan yang tenteram dengan melewati jalan yang sempit itu. (Kitab Injil Surah Matta [Matius] 7:14.)

Itulah yang disebut Jembatan Sirat al-Mustaqim. Jembatan yang sempit seperti rambut dibelah tujuh. Sempit sekali dan tipis sekali.

Mengenai urusan akhirat, Sayidina Isa juga mengingatkan akan adanya perpecahan atau perpisahan atau digolong-golongkannya manusia menjadi beberapa golongan. Menurut Sayidina Isa, manusia akan digolongkan menjadi dua, iaitu,

  • Golongan orang-orang yang diberi barakah dan pahala oleh Allah, dan
  • Golongan kedua adalah orang-orang yang dilemparkan ke dalam liang kegelapan yang amat dalam sekali jauh diluar sana.

Mengenai urusan akhirat ini, Sayidina Isa berulang-ulang berkata,

” لأَنَّ الْمَدْعُوِّينَ كَثِيرُونَ، وَلَكِنَّ الْمُخْتَارِينَ قَلِيلُونَ”

yang bermaksud,

“Ramai yang dipanggil, tetapi cuma sedikit yang dipilih.”

Perkataan Sayidina Isa yang paling kasar adalah ketika Sayidina Isa menegur orang-orang munafik, iaitu, orang-orang yang tidak tegas dalam urusan akhirat. Penampilan luaran mereka seperti orang alim namun dalaman hati mereka kotor berbau busuk. Ibaratnya mereka bagaikan sebuah makam yang dari luar tampak bersih namun dalamnya berbau busuk dan memprihatinkan. Ini kata Nabi Isa,

‘Malanglah wahai kamu munafik! Kamu seperti kubur yang bercat putih: cantik di luar tetapi di dalamnya penuh dengan tulang dan mayat yang busuk.

(Kitab Injil Matta [Matius] 23:27.)

Selama berada di bumi, Sayidina Isa sering bercerita mengenai penghakiman akhirat, neraka jahanam, pahala daripada Allah, dan syurga jannah, namun sebelum bercerita urusan-urusan akhirat itu semua, Sayidina mengingatkan:

فَإِنِّي أَقُولُ لَكُمْ: إِنْ كَانَ صَلاَحُكُمْ لاَ يَزِيدُ عَنْ صَلاَحِ الْفُقَهَاءِ وَالفَرِّيسِيِّينَ، فَلَنْ تَدْخُلُوا مَمْلَكَةِ اللهِ.

Oleh itu ingatlah: Untuk memasuki kerajaan syurga, kamu mestilah melaksanakan kehendak Allah lebih daripada guru Taurat dan orang Farisi.

(Kitab Injil Matta [Matius] 5:20.)

Pada zaman dahulu, sebelum Sayidina Isa diangkat ke langit, kepada para hawariyyun, Sayidina Isa menjanjikan …

 /Parakletos/

… yang bermaksud Roh Allah iaitu, Roh Pelipur, agar mereka terus terlipur menjadi orang mu’min di dunia ini, walau Sayidina Isa tidak di bumi ini bersama mereka. (Kitab Injil Surah Yahya 16:8.)

Bagi Butrus al-Hawari, perkara akhirat itu bermula daripada Sayidina Isa bunga kiamat yang menjanjikan …

 /Parakletos/

… yang bermaksud Roh Allah iaitu, Roh Pelipur bagi orang-orang Mu’min.

Turunnya Roh Allah itu kepada para hawariyyun akan menandakan berlakunya banyak peristiwa-peristiwa akhir zaman. (Kitab Injil Surah al-Hawariyyun [Kisah Para Rasul] 2:17 dan seterusnya.)

Sebelum peristiwa besar turunnya kembali Sayidina Isa, para hawariyyun menyatakan,

“Sesiapa yang menyeru nama Sayidina Isa akan diselamatkan.”

(Kitab Injil Surah al-Hawariyyun [Kisah Para Rasul] 2:21.)

Munajad:

Wahai Korban Allah yang menyelamatkan hamba, semoga hamba terlipur oleh janji-Mu bahawa Engkau akan selalu melindungi hamba dunia-akhirat.

Artikel sebelum ini Blog Abdushomad Artikel selepas ini


admin

Recent Posts

Zaman Keemasan Islam (Bahagian 2/2)

Berbagai dalil dan dasar matematika juga diperoleh dari terjemahan yang berasal dari India. Selain itu…

2 years ago

Nasrani dalam Pengertian Islam (Bhg. 1/4)

Bismillah, assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh, ikhwah fillah. Saudaraku yang dirahmati Allah! Insya Allah aku akan mulai…

2 years ago

Patuh SOP pada Sholat Eid Boleh Diterima?

Pengertian Sholat Secara Etimologi Terminologi Standar masyarakat Islam Asia Tenggara ini adalah an-edukated yang kurang…

3 years ago

Permulaan Transformasi Kalbu Jiwa

Terimalah rahmat dan kasih karunia Allah s.w.t. Hiduplah dalam rahmat dan kasih karunia-Nya. Berjalanlah dalam…

3 years ago

Sisi Gelap Kalbu Jiwa Manusia

Sebab utama manusia jatuh ke dalam dosa ialah pikiran perasaan kehendak yang berpusat pada kalbu…

3 years ago

Privacy Policy

Polisi Privasi Ya-Rahman Media ... laman web dan semua app ... Laman web ... https://ya-rahman.org…

4 years ago